* adaptasi dari tiga kisah dongeng (beauty and the beast, snow white, cinderella) dalam satu cerita - BEAUTYSNOWRELLA*
Pada zaman dahulu, sebuah kerajaan yang diberi nama Bexonior telah berlaku perpecahan apabila Raja yang memerintah kerajaan tersebut telah melantik anak keduanya Putera Jang Hyuk untuk menggantikan takhtanya. Anak sulungnya Putera Ji Suk sengaja mengadakan kekecohan pada hari perlantikan adiknya sebagai Raja Kerajaan Bexonior kerana Putera Ji Suk merasakan bahawa beliau yang sepatutnya menjadi Raja bukan adiknya. Namun Raja Jong Kook tetap dengan keputusannya kerana baginda tidak mempercayai akan anak sulungnya untuk memerintah kerajaan mereka setelah Putera Ji Suk sering membuat hal serta suka berfoya-foya dengan rakyat mereka sendiri. Oleh itu baginda tidak dapat menaruh sepenuh kepercayaannya pada Putera Ji Suk sebaliknya mengharapkan Putera Jang Hyuk yang akan meneruskan pemerintahan yang aman di Kerajaan Bexonior. Banyak pertumpahan darah telah berlaku pada hari perlantikan apabila Putera Ji Suk membawa pengikutnya untuk menyerang Putera Jang Hyuk namun akhirnya Putera Ji Suk bersama pengikutnya telah tumpas. Akibat malu dengan kekalahan yang dihadapi, Putera Ji Suk telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kerajaan mereka tetapi Putera Ji Suk sempat berteriak bahawa beliau akan membalas dendam dan Putera Jang Hyuk akan membayar semula segala yang telah berlaku.
35 tahun kemudian
Permaisuri Boa yang sememangnya di sayangi oleh rakyat jelata kerana sikap penyayangnya sedang berjalan dengan penuh sopan sambil mengangkat sedikit kain gaun kembangnya agar mudah untuk berjalan, menuju ke meja makan untuk bersarapan bersama keluarga tercinta. Sampai sahaja di tempat makan, Permaisuri Boa segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil memandang wajah tiga putera kesayangannya yang masih lagi tidak makan kerana menunggunya.
Boa : ayahanda mana?
Kyuhyun : ayahanda kata dia ada sesuatu untuk diselesaikan bonda.
Permaisuri Boa mengangguk tanda memahami lalu mempelawa putera-puteranya untuk makan. Ketiga-tiga puteranya mengangguk lalu terus memakan makanan yang telah terhidang di atas meja.
Anak sulung Permaisuri Boa, Putera Kyuhyun. Beliau seorang yang merendah diri serta suka membantu rakyat yang berada dalam kesusahan. Putera Kyuhyun lebih suka menyelesaikan sesuatu masalah dengan berbincang daripada berperang dan bertumpah darah kerana bagi beliau berbincang lebih baik dan pasti akan dapat memuaskan hati semua orang dengan keputusan yang diputuskannya.
Putera kedua, Putera Kikwang. Beliau seorang yang aktif serta suka melakukan aktiviti lasak di hutan. Setiap pagi, Putera Kikwang pasti akan menunggang kuda masuk ke dalam hutan dan beliau akan ke kawasan air terjun di atas sebuah bukit untuk bersenam serta berlatih memanah disitu. Putera Kikwang lebih suka membuat halnya sendiri dari menyakitkan kepalanya untuk memikirkan hal kerajaan mereka kerana baginya ayahandanya serta kakandanya Putera Kyu sudah cukup untuk memerintah kerajaan mereka.
Putera bongsu, Putera Chanyeol seorang anak yang manja serta lembut tutur bicaranya. Mana-mana gadis pasti mudah jatuh hatinya dengan gaya serta cara percakapannya yang tenang tambahan pula wajahnya yang kacak pasti menjadi idaman semua gadis-gadis di kerajaan Bexonior. Walaupun Putera Chanyeol digilai ramai gadis-gadis namun beliau tidak pernah mengambil kesempatan pada mana-mana gadis sebaliknya ingin mencari cinta hatinya mengikut kata hatinya sendiri.
Putera Kikwang yang telah selesai makan mengelap mulutnya dengan kain lap lalu mengundurkan kerusinya kebelakang untuk bangun dari tempat duduknya. Perlakuannya menarik perhatian ibundanya.
Boa : Putera kiki. Nak ke mana?
Kikwang : kiki nak ke hutan sebentar.
Boa : buat apa? Bukan ke pagi tadi sudah ke sana?
Kikwang : bosan la bonda. Kiki nak latih kuda kiki tu lari lagi laju.
Boa : bonda tak izinkan. Bahaya ke sana waktu begini. Kiki tahu kan, anak Putera Ji Suk itu sering kesana waktu begini untuk mencari kamu. Sebab itu bonda minta kamu kesana awal pagi supaya mereka tidak terjumpa kamu.
Putera Kikwang sudah menarik muka apabila Permaisuri Boa tidak membenarkan beliau keluar untuk masuk ke hutan. Putera Kyuhyun yang kasihan melihat Putera Kikwang segera meleraikan keadaan yang sedikit tegang.
Kyuhyun : bonda. Biarlah kiki masuk ke hutan sana. Kyu akan ikut sekali untuk teman kiki. Bonda jangan risau ya.
Chanyeol : nak ikut! Chan tak pernah pergi atas bukit sana. Boleh ye bonda?
Boa : tapi..
Kyuhyun : kyu akan jaga adik2 kyu. Bonda janganlah risau. Apa2 yang jadi kyu akan tanggung akibatnya.
Akhirnya Permaisuri Boa mengalah dengan pujukan Putera Kyuhyun.
Boa : janji dengan bonda, jangan balik lewat ya.
Kyuhyun : baiklah bonda.
Putera Kyuhyun menyiku Putera Kikwang di sebelahnya sambil mengangkat keningnya. Putera Kikwang tersenyum gembira lalu bangkit dari tempat duduknya diikuti oleh Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol. Mereka bertiga sempat menunduk hormat pada Permaisuri Boa sebelum keluar dari bilik makan mereka.
Kikwang : thanks hyung!
Kyuhyun : ish syyyy diam. Kang bonda dengar kita cakap tak formal macam ni die bising kang.
Kikwang : ahh lantaklah! Bosan taw tak nak kene cakap formal gile macam tu. Sebab tu kiki suke diam je bile kat istana.
Chanyeol : sama la. Tapi sianla bonda kalau die cakap kite buat bodoh je.
Kyuhyun : eh dah dah. Jom ambik kuda masing2.
Sebelum menaiki kuda mereka masing2, Putera Kikwang segera menanggalkan pakaian diraja mereka lalu meletakkannya di dalam sebuah beg. Kemudiannya beliau menyarung pakaian biasa lalu naik ke atas kuda kesayangannya itu. Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol sedikit terkejut melihat tindakan Putera Kikwang.
Chanyeol : kenape hyung pakai baju biasa?
Kikwang : alah, rimaslah pakaian kite ni. Hyung lagi suke pakai baju biasa. Lagi senang nak bersenam, memanah dan bergerak dengan bebas. Takde butang sane butang sini. Errr.
Kikwang terus memakai beg memanahnya lalu menunggang kudanya masuk ke hutan. Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol mengekori langkah Putera Kikwang dari belakang. Putera Kikwang yang sudah mahir menunggang sesekali melepaskan tali pegangannya lalu mengambil anak panah dari belakangnya dan terus memanah beberapa pokok yang berada disitu dalam keadaan kudanya berlari dengan pantas. Semua panahannya tepat, tiada satu pun yang tersasar. Keadaan itu membuatkan Putera Chanyeol berasa kagum dengan kakandanya tetapi sebaliknya pula perasaan Putera Kyuhyun, beliau takut Putera Kikwang akan mudah tertarik dengan peperangan. Sampai sahaja di kawasan air terjun di atas bukit, mereka bertiga berhenti menunggang. Masing-masing turun dari kuda mereka. Putera Kikwang sempat menggosok kepala kudanya sebelum meneruskan latihan memanahnya. Keadaan kawasan air terjun yang tenang menenangkan perasaan Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol. Mereka berdua duduk di tepi sebuah batu besar sambil menemani Putera Kikwang disitu. Putera Chanyeol yang teruja bermain-main dengan air disitu. Putera Chanyeol sempat merenjiskan air pada Putera Kyuhyun sebelum berpura-pura tidak menyedari Putera Kyuhyun sedang merenung tajam ke arahnya.
Kikwang : korang taknak cuba memanah ke? Tak pun kita lawan pedang nak?
Chanyeol : nak! Hyung ajar la. Chan tak pandai memanah. Pedang boleh la sikit2.
Kyuhyun : kite datang sini nak teman kiki bukan ikut sekali apa die buat.
Kikwang : relax la hyung. Kiki takdenye nak belasah Chan lah.
Kyuhyun : tapi hyung tak suke. Jangan ajar Chan memanah dan mahir dalam pedang jugak. Lepas hyung ambik alih keajaan kita, semua senjata tak perlu digunakan lagi. Tiada pertumpahan darah akan berlaku.
Putera Chanyeol memuncungkan mulutnya tanda merajuk apabila kakandanya tidak membenarkan beliau untuk bertarung bersama Putera Kikwang. Putera Kikwang mengeluh kecil lalu meneruskan aktivitinya tanpa menghiraukan pandangan Putera Kyuhyun. Tiba-tiba bunyi tapak kaki kuda berlari seperti sedang menghampiri ke arah mereka. Putera Kyuhyun yang panik segera menghalang Putera Chanyeol manakala Putera Chanyeol sudah bersedia mengeluarkan pedangnya walaupun beliau tidak begitu mahir menggunakan pedang. Putera Kikwang berlari ke arah kudanya lalu mengambil pedangnya dan semua anak panahnya. Seperti yang di jangka oleh ibunda mereka, anak Putera Ji Suk, Ren, bersama tenteranya sudah mengelilingi mereka bertiga.
Ren : akhirnya! Tiga2 sekali ade kat sini. Baguslah.
Kyuhyun : apa yang kamu mahu wahai saudaraku?
Ren : saudara? Hahaha. Aku tak pernah bersaudara dengan kau lah.
Kikwang : kau ingat aku nak ke bersaudara dengan kau!
Ren : panggil aku Putera Ren.
Putera Kikwang serta merta tergelak apabila mendengar Ren mengaku dirinya sebagai Putera. Keadaan itu menyebabkan Ren menjadi marah.
Ren : tak sangka aku putera-putera di raja ni kurang waras.
Kikwang : yang kurang waras tu kau bukan kitorang. Ade mengaku diri putera. Kitorang yang memang putera ni pun tak pernah mintak rakyat kitorang panggil kitorang putera taw tak.
Kyuhyun : Putera Kikwang!
Putera Kikwang pantas menoleh ke arah Putera Kyuhyun.
Ren : anak raja tak beradab!
Ren turun dari kudanya dan diikuti oleh pengikut-pengikutnya. Putera Kikwang memegang pedangnya untuk bersedia apa sahaja kemungkinan. Putera Chanyeol juga terus berlari ke sebelah Putera Kikwang untuk membantu kakandanya. Putera Kyuhyun segera mara ke hadapan untuk berunding dengan Ren.
Kyuhyun : apa kemahuan mu? Kami tidak mahu ada pertumpahan darah disini.
Ren ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Putera Kyuhyun. Putera Kikwang sudah mula berasa jengkel dengan Ren tetapi beliau menahan diri daripada terus menyerang Ren kerana beliau tahu pasti Putera Kyuhyun tidak mahu itu berlaku.
Ren : aku mahu ayahanda kalian memulangkan kembali takhta ayahanda aku!
Kyuhyun : aku akan turut apa sahaja kemahuan mu tapi aku takkan sesekali menyerahkan Kerajaan Bexonior pada ayahanda mu.
Ren : kalau begitu, aku mahu darah kalian bertiga.
Ren mengangkat sedikit sahaja tangannya serta merta semua pengikutnya berlari mara ke hadapan untuk menyerang Putera Kyuhyun, Putera Kikwang dan Putera Chanyeol. Putera Kikwang pantas memanah sesiapa sahaja selagi mereka belum betul-betul berada di hadapannya. Beberapa pengikut Ren telah mati di panah Putera Kikwang namun disebabkan mereka agak ramai masih ada lagi beberapa yang dapat menyerang tiga putera di raja itu. Ketiga-tiga putera mengeluarkan pedang masing-masing dan pantas membunuh sesiapa sahaja yang hampir dengan mereka untuk melindungi diri mereka. Putera Chanyeol yang kurang mahir menggunakan senjata hampir terbunuh namun Putera Kyuhyun lebih pantas membunuh musuh mereka. Sedang masing-masing sibuk mempertahankan diri tiba-tiba Putera Kikwang mengerang kesakitan sambil terlutut memegang lengannya yang di tusuk panah. Dalam masa yang sama semua pengikut Ren yang masih hidup berhenti menyerang dan berundur beberapa langkah kebelakang manakal Ren dengan wajah bongkak berjalan menghampiri mereka bertiga sambil ketawa. Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol segera mendapatkan Putera Kikwang yang berlumuran darah di lengan kanannya.
Kyuhyun : kiki!
Chanyeol : hyung! Hyung okay tak?!
Putera Kikwang sedaya upaya menahan sakit sambil menarik panah yang tersusuk di lengannya. Akhirnya panah yang dipanah oleh Ren secara serang hendap berjaya di keluarkan. Putera Chanyeol segera mengoyakkan kain bajunya lalu mengikat lengan Putera Kikwang.
Ren : itu akibatnya untuk orang bodoh sombong macam korang ni.
Kyuhyun : aku sudah cakap, aku tidak mahu ada pertumpahan darah!
Kesabaran Putera Kyuhyun sudah menipis apabila melihat Putera Kikwang dalam kesakitan. Putera Chanyeol sedaya upaya menghalang daripada darah Putera Kikwang terus keluar. Wajah Putera Kikwang sudah mula pucat akibat kehilangan banyak darah.
Ren : untuk pengetahun kalian bertiga, aku bukan memanah dengan panah biasa. Ini panah beracun. Hanya aku sahaja yang ade penawarnye.
Ren menunjukkan botol kecil yang berisi air sambil tersenyum puas. Serta merta wajah Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol menjadi cemas mendengar pengakuan Ren.
Ren : kalau kalian mahu dia selamat. Pulangkan semula takhta ayahanda aku. Jika tidak, putera kamu itu akan di sumpah menjadi sesuatu yang aku sendiri pun tak pasti. Ingat! Hanya aku sahaja yang ade penawarnye. Fikir baik2. Aku beri tempoh paling lama 1 bulan, sekiranya takhta ayahanda aku masih belum di pulangkan, aku akan hapuskan penawar ini! Sampai bila2 sumpahan itu takkan terhapus.
Ren berserta pengikutnya yang masih hidup segera menunggang kembali kuda masing-masing dan meninggalkan tiga putera begitu sahaja tanpa rasa bersalah. Putera Kyuhyun terdiam kerana terkejut dan tidak tahu apa yang patut di lakukannya ketika ini. Putera Kikwang sudah rebah tidak sedarkan diri di atas pangkuan Putera Chanyeol. Putera Chanyeol memandang wajah Putera Kyuhyun dengan wajah cemas kerana risau akan Putera Kikwang dan juga risau akan dimarahi oleh ibunda mereka Permaisuri Boa.
Chanyeol : macam mana ni?
Kyuhyun : papah kiki letak kat belakang kuda hyung. Biar hyung yang jawab dengan bonda. Hyung da janji akan bertanggungjawabkan. Chan, tunggang kuda sambil tarik kuda kiki sekali okay.
Putera Chanyeol hanya menurut perintah kakandanya tanpa banyak soal. Sampai sahaja di istana, Putera Kyuhyun memapah Putera Kikwang masuk dan Putera Chanyeol mengekori dari belakang. Semua pengawal istana terkejut melihat keadaan tiga putera yang pulang ke istana dengan kusut masai dan berlumuran darah. Permaisuri Boa yang mendengar tentang kepulangan putera-puteranya dalam keadaan yang tidak diingini pantas berlari mendapatkan putera-puteranya yang berada dalam bilik Putera Kikwang.
Boa : apa sudah jadi?! Kenapa dengan Putera Kiki?!
Wajah Permaisuri Boa cemas melihat Putera Kikwang tidak sedarkan diri dengan lengannya penuh bemandikan darah. Permaisuri Boa meminta orang suruhannya memanggil doktor persendirian mereka untuk merawat Putera Kikwang. Tidak lama kemudian Raja Jang Hyuk masuk ke bilik Putera Kikwang juga dengan wajah tidak senang.
Jang Hyuk : apa sudah jadi?
Kyuhyun : Ren serang kami ayahanda. Ini semua salah Kyu ayahanda. Kyu sedia terima apa saja hukuman dari bonda dengan ayahanda sebab gagal menjaga Putera Kiki.
Putera Kyuhyun menundukkan wajahnya kerana kesal dengan dirinya sendiri. Permaisuri Boa terduduk di sebelah Putera Kikwang sambil menangis melihat keadaan puteranya. Putera Chanyeol hanya melihat tanpa berani bersuara.
Boa : bonda dah cakap jangan keluar tapi kamu semua degil tak mahu dengar cakap bonda!
Kyuhyun : Ren mahu takhta ayahanda. Selagi ayahanda tidak beri takhta ayahanda selagi itu Ren tidak akan berikan penawar panah beracun dia pada kita.
Tiba-tiba Putera Kikwang bergerak dan mula buka matanya. Permaisuri Boa segera memeluk Putera Kikwang. Putera Kikwang mengerang kesakitan apabila Permaisuri Boa menindih tangannya yang luka.
Boa : maafkan bonda.
Putera Kikwang langsung tidak bersuara membalas pertanyaan mereka semua sebaliknya terketar-ketar menahan sakit.
Chanyeol : hyung ok tak?
Boa : Putera Chan!
Chanyeol : maaf bonda. Putera kiki, ok tak?
Putera Kikwang langsung tidak memandang mereka yang berada di situ. Tiba-tiba Putera Kikwang bangkit dari pembaringannya dan duduk sambil memandang ke arah luar tingkap. Mereka semua memandang Putera Kikwang dengan wajah pelik dan hairan. Putera Kikwang menjerit tetiba dan fizikal Putera Kikwang mula berubah. Permaisuri Boa terundur beberapa tapak kebelakang kerana terkejut melihat perubahan anakandanya. Makin lama makin banyak perubahan yang berlaku. Tiada seorang pun yang berani menghampiri Putera Kikwang yang mula berubah fizikalnya menjadi seperti seekor serigala yang besar. Terbeliak mata Putera Chanyeol melihat keadaan kakandanya. Raja Jang Hyuk menjerit meminta pengawal masuk kedalam bilik kerana khuatir Putera Kikwang akan mencederakan isteri dan anak-anaknya. Akhirnya Putera Kikwang telah sepenuhnya berubah menjadi seekor serigala yang sangat besar. Permaisuri Boa terus pengsan melihat puteranya telah berubah menjadi binatang buas. Putera Kikwang yang juga terkejut melihat perubahan dirinya terus terjun keluar tingkap lalu berlari seperti seekor serigala dengan pantas dan terus hilang di sebalik kegelapan malam.
Kyuhyun : Putera kiki!!!
Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol cuba menghalang Putera Kikwang namun Putera Kikwang telah menghilangkan dirinya begitu sahaja. Raja Jang Hyuk mengarahkan pengawalnya untuk mencari Putera Kikwang tanpa mencederakan Putera Kikwang. Raja Jang Hyuk dan Putera Kyuhyun turut sama mengikut mencari manakala Putera Chanyeol menjaga Permaisuri Boa yang masih lagi pengsan tidak sedarkan diri.
********************************************************************************************************************
Di sebuah pekan terpencil terdapat sebuah rumah yang agak besar didiami oleh sepasang suami isteri bersama lima orang anak perempuan. Eunhye merupakan isteri kedua Leeteuk setelah isteri pertama Leeteuk meninggal dunia. Eunhye yang juga pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Yuri dan Yoona manakala anak tirinya merangkap anak kandung Leeteuk bersama isteri pertamanya iaitu Juniel, IU dan Eunji. Eunhye mempunyai sebuah cermin ajaib yang berada dibilik tidurnya yang akan menunjukkan wajah perempuan yang paling cantik di tempat mereka apabila Eunhye menyeru cermin ajaib itu. Setiap kali Eunhye berbuat demikian, pasti wajahnya bersama dua orang anaknya yang akan keluar. Eunhye sangat berpuas hati melihat dia masih perempuan tercantik disitu. Tetapi sejak anak-anak tirinya meningkat dewasa, sering kali wajah anaknya telah bertukar ganti dengan wajah Juniel dan IU. Itu sangat merisaukan Eunhye. Eunhye mahu anak-anaknya yang menggantikan tempatnya bukan anak-anak tirinya.
Juniel, anak sulung Leeteuk seorang yang lemah lembut dan mempunyai kulit yang halus dan mulus. Oleh itu juniel di gelar snow white oleh rakan-rakannya. Namun Juniel tidak begitu gemar di gelar sebegitu kerana Juniel lebih suka dipanggil dengan namanya sendiri dan akhirnya mereka memanggilnya snow Juniel.
IU merupakan anak kedua Leeteuk yang sedikit kasar dan sering bergaduh dengan adik beradik tirinya yang suka mengarah Juniel dan Eunji kerana mereka berdua terlalu lembut dan sopan berbanding dirinya yang lebih suka melawan kata-kata adik beradik tiri dan ibu tirinya dan tidak akan sesekali mengikut arahan mereka. Walaupun IU bersikap sedikit kasar, namun disebabkan wajahnya yang yang cantik, orang-orang di kawasan tempat tinggalnya memanggilnya beauty.
Eunji, anak bongsu Leeteuk yang paling lemah lembut dan sering ditindas oleh Yuri dan Yoona apabila bapanya tiada dirumah. Walaupun IU sering membela dirinya namun Eunji hanya menurut kata-kata keluarga tirinya kerana tidak suka bergaduh. Sikap baik serta penyayang Eunji dengan semua orang membuatkan semua orang menyenangi dirinya.
Hari ini sekali lagi cermin ajaib menunjukkan wajah Juniel dan IU yang akan menggantikan tempat anak-anak Eunhye daripada menjadi wanita paling cantik di tempat mereka. Eunhye sangat marah dengan kejujuran cermin ajaib tersebut dan ingin membunuh Juniel bersama IU agar mereka tidak merampas tempat anak-anaknya. Cermin ajaib juga memberitahu Eunhye bahawa dia harus membunuh Juniel dan IU serentak supaya dia dan anak-anaknya akan mendapat kecantikan yang kekal selama-lamanya. IU yang sudah lama mengesyaki sesuatu yang pelik tentang ibu tirinya terkejut melihat ibu tirinya bercakap besama sebuah cermin ajaib dan lebih mengejutkan apabila dia mengetahui dia akan dibunuh bersama Juniel. IU berundur beberapa tapak kebelakang dan terlanggar pasu bunga disitu. Eunhye yang terdengar bunyi pasu bunga terjatuh segera menoleh kebelakang dan mendapati IU berada di hadapan pintu biliknya yang sedikit terbuka. IU pantas melarikan diri dan dikejar oleh Eunhye.
IU : unnie! Saeng!
IU menjerit memanggil adik beradiknya sambil berlari.
Eunhye : jangan harap kau akan dapat lari dari aku!
Eunhye terus mengejar IU dan dia dapat menarik lengan baju IU. IU yang ingin menyelamatkan dirinya segera bergelut dengan Eunhye untuk melepaskan diri tetapi dia ditampar sehingga berdarah mulutnya oleh Eunhye. IU tersungkur. Eunhye pantas mahu mendapatkan IU tetapi IU lebih pantas menendang perut Eunhye sekuat hati lalu menarik rambut Eunhye menumbuk muka Eunhye sehingga pengsan. IU terus melarikan diri dari rumah tanpa pengetahuan sesiapa.
Yuri dan Yoona yang baru pulang terkejut melihat ibu mereka terbaring pengsan di hadapan pintu dengan wajah sedikit lebam.
Yuri : omma!
Yoona : omma, bangun omma!
Yoona berlari kedapur mengambil segelas air lalu memercikkan air ke wajah Eunhye. Akhirnya Eunhye sedar dari pengsan dan memanggil nama IU.
Yuri : macam mane omma boleh pengsan depan pintu ni? Kenape omma cari IU?
Eunhye yang masih pening memicit-micit kepalanya sendiri dan bangun dari pembaringannya.
Eunhye : IU mane?! Mane IU?!
Eunhye pantas bangun sambil meninjau sekeliling mencari IU. Tiba-tiba Juniel pulang bersama eunji. Mereka berdua memandang wajah ibu tiri mereka dengan pelik apabila Eunhye kelihatan seperti tidak senang duduk. Eunhye merenung tajam Juniel dan Eunji.
Eunhye : mane korang sorok IU?
Juniel : sorok IU? Kitorang tak faham la.
Eunhye : jangan pura-pura tak faham! Aku taw mesti korang tolong sorok die kat mane2 kan?!
Eunji : kenape kitorang nak sorokkan die pulak?
Nafas Eunhye kedengaran kuat apabila die sedang marah. Eunhye terus menarik rambut Juniel dan mengheret Juniel masuk ke dalam bilik bawah tanah yang agak tersembunyi. Eunji merayu-rayu di kaki Eunhye agar melepaskan kakaknya namun Eunhye langsung tidak memperdulikan rayuan Eunji. Eunhye terus menolak Juniel masuk ke bilik lalu menguncinya dari luar. Juniel menggegar-gegarkan pintu minta di lepaskan namun Eunhye terus menarik tangan Eunji dan meninggalkan Juniel di bilik bawah tanah itu.
Eunhye : selagi aku tak jumpe mane IU, selagi tu Juniel akan terus berada bawah sana. Jangan kau berani2 cuba lepaskan die. Kau dengar tu Eunji?!
Eunji yang terkejut disergah mengelap air matanya yang mudah merembes tanpa menjawab apa-apa. Yoona dan Yuri tersenyum sinis sambil menjeling Eunji. Kemudian, Yoona sengaja menumpahkan air ke lantai.
Yoona : opsss. Tertumpah. Kau tunggu ape lagi?! Bersihkan la!
Yoona menolak Eunji sehingga tersungkur ke lantai.
Yuri : bodyguard kau IU dah takde. Juniel pulak dah kene kurung. Bapak kesayangan kau tu kalau dah masuk berburu entah tahun bile la dapat balik kan. Jadi, kalau nak hidup menumpang dengan kitorang buat cara menumpang. Semua kerja dalam rumah ni kau buat, faham?!
Eunji langsung tidak menjawab sebaliknya perlahan mengambil kain lap lalu mengelap air yang ditumpahkan oleh Yoona. Yoona dan Yuri terseyum puas apabila Eunji mendengar arahan mereka tanpa membantah. Selepas itu, Yoona dan Yuri terus berjalan menuju ke bilik Eunhye untuk menenangkan ibu mereka yang kelihatan begitu marah.
Yuri : omma ok tak ni? Kenape omma marah sangat dengan Snow Juniel tu? IU gi mane?
Eunhye : kamu taw tak yang IU dan Juniel tu akan ambil alih tempat kamu sebagai orang paling cantik kalau mereka terus hidup?!
Yoona : apa?! Mane boleh!
Eunhye : cermin ajaib kata untuk kekalkan kecantikan kita bertiga, kita mesti bunuh Juniel dan IU serentak. Omma tak perasan IU intai omma waktu tu dan die dah larikan diri. Omma tak boleh bunuh Juniel sorang tanpa IU.
Yuri : yaa! Kite kene cari IU!
Eunhye : jangan risau. Omma akan pastikan kita jumpe die dalam masa terdekat ni.
********************************************************************************************************************
IU sudah jauh berlari meredah belukar, sungai dan sebagainya. IU berlari sekuat hati agar die terlepas dari dibunuh oleh ibu tirinya. IU pasti Juniel tidak akan dibunuh selagi dia belum ditemui kerana IU mendengar segala arahan yang diberikan oleh cermin ajaib pada Eunhye. Keadaan makin gelap , sesekali cahaya halilintar membelah langit menunjukkan awan bakal memuntahkan isi perutnya. IU sedaya upaya mencari tempat berteduh dan juga tempat untuk bermalam. Tiba-tiba IU terjumpa sebuah rumah lama yang besar tetapi sudah usang. Tanpa berfikir lebih panjang, IU terus masuk ke dalam rumah tersebut kerana hujan sudah mula turun. Keadaan rumah yang gelap gelita menaikkan bulu roma IU namun IU berpura-pura berani dan berjalan meninjau keadaan rumah terbiar itu. Bunyi guruh sesekali memeranjatkan IU. Akhirnya IU membuat keputusan untuk duduk dan bersandar di dinding akibat keletihan sambil menggosok-gosok lengannya yang mula terasa pedih akibat luka sewaktu meredah hutan sebentar tadi. Jantung IU mula berdegup kencang apabila IU terdengar bunyi tapak kaki berjalan. Makin lama kedengaran makin dekat. Angin yang kuat menyebabkan jendela terbuka dan cahaya halilintar di langit yang masuk ke dalam rumah menyebabkan IU terlihat seekor serigala yang besar sedang berada di hadapannya dengan wajah yang menakutkan.
IU : aaaarghhhh!!!!
IU serta merta pengsan.
********************************************************************************************************************
Setiap hari Permaisuri Boa menangis meratapi kehilangan Putera Kikwang. Raja Jang Hyuk cuba berunding secara baik bersama kakandanya Putera Ji Suk, namun beliau sedikit pun tiada perasaan belas kasihan sebaliknya hanya memikirkan takhta yang dikehendakinya sahaja. Putera Kyuhyun juga tidak jemu meminta penawar untuk Putera Kikwang dari Ren tetapi Ren tetap dengan pendiriannya. Setiap hari mereka akan masuk ke hutan mencari Putera Kikwang tetapi tidak ditemui jejaknya.
Chanyeol : bonda, hujung minggu ni adalah sambutan ulang tahun Kerajaan Bexonior. Kita akan teruskan ke menyambut tanpa Putera Kikwang?
Boa : bonda dah jemput semua rakyat kita, tak mungkin bonda akan batalkan.
Jang Hyuk : kita tak boleh kelihatan lemah di hadapan rakyat kita.
Kyuhyun : baiklah ayahanda. Tetapi Putera Kyu tak janji yang Putera Kyu akan terlibat dalam majlis tari-menari tu. Biarkan saja Putera Chan yang mengambil bahagian.
Chanyeol : yaa! Sape nak?!
Kyuhyun : kurang2 kamu wakil dari salah seorang Putera ayahanda dan bonda. Lagipun ramai gadis2 luar sana datang untuk melihat kamu.
Chanyeol : eeeee! Tak suke la!
Boa : Putera Chan!
Chanyeol : yela bonda.
Putera Chanyeol terus berjalan masuk ke kamarnya kerana sedikit kurang puas hati dengan keputusan yang di buat oleh keluarganya. Putera Kyuhyun yang memahami perasaan Putera Chanyeol menepuk-nepuk belakang Putera Chanyeol lalu masuk kebiliknya sendiri.
********************************************************************************************************************
Yuri yang baru pulang dari membeli pakaian baru untuknya berlari masuk kerumah sambil menjerit memanggil nama ibunya dan adik perempuannya.
Yuri : omma! Yoona!
Yoona : ape ape? Kau kene kejar harimau ke?!
Eunhye : kenape?!
Yuri yang kelihatan termengah-mengah menunjukkan kertas yang berada ditangannya. Eunhye segera merampas lalu membacanya. Yoona di belakang ibunya turut sama membaca. Eunji hanya memasang telinga dari dapur.
Yoona : yaaa! Sabtu ni ke?! Hari ni hari ape unnie?
Yuri : jumaat.
Yoona : omma! Yoona nak beli gaun baru. Takkan nak pakai gaun yang ada ni je pergi majlis tari-menari dekat istana tu.
Yuri : taw takpe. Unnie pun nak beli gaun baru. Kita pergi ye omma. Yuri teringin nak jumpe Putera Kyu.
Yoona : Putera Chan lagi hensem. Nak jumpe die! Kite kene pakai cantik2 baru la dorang pandang kite.
Enhye : tiada siapa yang lebih cantik dari anak2 omma. Ye, kite bertiga akan pergi.
Yuri dan Yoona memeluk ibunya kerana terlalu gembira. Eunji yang dapat mendengar segala perbualan mereka senyum sendiri kerana dia sendiri telah lama menunggu peluang untuk ke majlis tari-menari dan harap dapat turut sama pergi.
Eunhye : kau senyum ape sorang2?! Nah ni baju! Basuh semua!
Eunhye melemparkan pakaian yang bertimbun pada Eunji.
Eunhye : aku taw, aku balik nanti semua dah siap basuh. Faham?!
Eunji : ye omma.
Eunhye mencebik lalu meninggalkan Eunji dan keluar untuk membeli pakaian baru bersama anak-anaknya. Eunji terus membasuh pakaian keluarga tirinya sehingga selesai. Sebaik sahaja selesai membasuh pakaian, Eunji turun ke bilik bawah tanah dengan membawa makanan untuk Juniel. Juniel kelihatan lemah kerana sudah beberapa hari tidak diberi makan. Eunji sedih melihat nasib Juniel dan dia juga sedih apabila IU hilang tanpa khabar berita. Eunji menghulurkan makanan pada Juniel menerusi bawah pintu.
Eunji : unnie ok?
Juniel hanya mengangguk lemah sebelum mengambil makanannya.
Eunji : IU lari kemana unnie?
Juniel : unnie pun tak taw.
Eunji : unnie tunggu jap, Eunji ambik air ye.
Eunji terus berjalan ke arah dapur untuk mengambil air untuk Juniel tiba-tiba Eunji ternampak kunci kurungan Juniel kerana Eunhye tertinggalnya di atas sofa. Eunji terus mengambil kunci tersebut dan berlari semula ke bilik kurungan.
Eunji : unnie! Kunci! Eunji lepaskan unnie ye? Unnie lari la dari rumah ni, biar Eunji je yang jawab dengan dorang nanti.
Eunji mahu membuka pintu kurungan Juniel tetapi di halang oleh Juniel.
Juniel : jangan! Kalau unnie lari dari sini unnie nak Eunji ikut sekali dengan IU. Kita tunggu IU balik ok?
Eunji : eunji tak rasa IU unnie akan balik. Kita cari dia sama2?
Juniel : ok, tapi bukan sekarang. Mungkin dorang akan balik tak lama lagi.
Eunji : malam minggu ni ada majlis tari-menari di istana. Dorang semua pergi. Kita lari masa itu boleh?
Juniel : tari-menari? Bukan ke Eunji dah lama berangan nak pergi majlis macam tu?
Eunji angguk sambil tersenyum.
Eunji : takpelah. Unnie dengan IU unnie lagi penting.
Juniel : macam ni la. Dalam majlis tu pasti seluruh rakyat Bexonior akan datang. Kita juga akan turut sama. Mesti dorang takkan perasaan. Tapi sebelum pukul 12 kite kene balik dan cari IU ok?
Eunji : betul ke ni unnie?
Juniel mengangguk tanda mengiakan. Eunji tersenyum gembira. Tiba-tiba namanya di panggil oleh Eunhye. Eunji segera berlari keluar.
Eunji : eunji pergi dulu unnie.
********************************************************************************************************************
Akibat kepenatan serta kepala IU yang terhantuk di lantai dengan kuat ketika pengsan tempoh hari membuatkan IU tidak sedarkan diri beberapa hari. Akhirnya kini IU sudah sedar. IU menggosok-gosok matanya dan memicit-micit kepalanya yang terasa sedikit pening. IU duduk dan melihat keadaan sekelilingnya. IU berada di sebuah bilik yang usang dan berselerak namun perabot masih lengkap berada dalam bilik itu. Pintu bilik tekuak sendiri dan IU memandang ke arah pintu. Tiba-tiba muncul seekor serigala, serentak IU mengundurkan dirinya kebelakang sambil memegang sebatang kayu panjang yang IU terjumpa di bilik itu. IU mengacukan kayu tersebut.
Kikwang : saya tak makan orang.
IU bertambah terkejut sehingga jatuh terduduk apabila serigala di hadapannya boleh bercakap.
IU : kau ke yang bercakap?!
Kikwang : iye saya.
Putera Kikwang cuba menghampiri IU tetapi IU tidak membenarkannya.
IU : jangan dekat! Entah2 kau ni jelmaan sihir si Eunhye tak?!
Kikwang : Eunhye? Sihir Eunhye ke yang buat saya jadi macam ni?
IU : eeeee aku tak faham! Baik kau mengaku kau ni siape?!
Kikwang : saya manusia biasa jugak macam awak. Tapi saya terkena sihir seseorang dan saya berubah jadi macam ni. Hanya seorang saja yang ada penawar tapi dia tidak mahu bagi penawar tu. Mungkin awak boleh tolong saya kalau betul Eunhye tu yang buat saya macam ni.
IU menggaru-garu kepalanya kerana pelik dengan situasi yang dihadapinya ketika ini. IU melepaskan kayu yang dipegangnya lalu menghampiri Putera Kikwang walaupun IU agak takut melihat wajah Putera Kikwang.
IU : betul kau ni manusia?
Kikwang : iye.
IU : sebenarnye Eunhye tu mak tiri aku. Aku main cakap je die ade sihir. Iyelah manelah taw kan. Tapi aku tak rase die yang wat kau macam ni. Kau siape tetibe die sihir sampai jadi macam ni. Mesti kau ni anak raja yang kene sihir jadi macam ni lepas tu ade perempuan datang dan sudi nak kahwin dengan kau lepas tu die cium kau, sihir kau pun terhapus macam cerita beauty and the beast kan? Hahahaha.
IU terdiam dan berhenti ketawa apabila melihat wajah di hadapannya itu seperti mahu memakannya sahaja. IU menundukkan wajahnya.
IU : aku main2 je. Jangan la marah.
Kikwang : saya marah ke tak rupa saya tetap macam ni jugak. Saya pun tak taw macam mana nak gelak.
IU : hmmm, dah lama ke kau macam ni? Ni rumah kau eh?
Kikwang : baru je. Tak la, saya lari dari keluarga saya sebab malu dengan dengan diri saya sendiiri dan terjumpa rumah ni. Macam mana awak boleh sampai sini?
IU : aku lari dari perempuan sihir tu. Ade ke nak bunuh aku dengan kakak aku. Die ingat die siape.
Kikwang : mane kakak awak?
IU : die takde masa aku lari ni. Tapi aku tak kesah sangat sebab aku taw die takkan bunuh kakak aku macam tu tanpa aku. Kau tolong aku selamatkan kakak aku nak?
Kikwang : mane boleh. Orang akan anggap saya ni binatang yang berbahaya. Nyawa saya terancam. Saya tak boleh pergi macam tu je tanpa pengetahuan keluarga saya. Pasti mereka sedang mencari saya.
IU mengeluh berat apabila dia tidak dapat membantu kakak dan adiknya buat masa ini.
IU : aku IU. Ade la budak2 kat tempat aku panggil aku beauty tapi aku tak suke. Perempuan sihir kata aku ni bodyguard adik aku sebab aku selalu jaga die. Mesti die buli adik aku cukup2 bila aku takde.
Kikwang : saya Kikwang. Panggil je kiki.
IU : kiki? Kau nak jadi macam anak kedua Raja Jang Hyuk tu ke? Putera Kiki. Haha. Boleh tahan jugak die tu tapi biasalah anak raja, takdenye nak pandang rakyat biasa.
Kikwang : mana awak taw?
IU : mestilah taw. Selalunye kan orang2 bangsawan ni mesti akan cari yang sama taraf dengan mereka. Dah kaya tu nak kahwin lagi dengan orang kaya. Tamak betul.
Kikwang : gaya awak bercakap macam awak kenal rapat dengan dorang tu?
IU : rapat? Haha jumpe pun tak pernah. Tengok2 gambar macam tu je adelah.
Kikwang : awak tak boleh nilai dorang macam tu kalau awak tak kenal dorang. Bukan senang hidup jadi anak raja, banyak pantang larang. Rimas betul.
IU membuat muka pelik apabila Putera Kikwang berbicara seperti dia mempunyai pengalaman menjadi anak raja.
IU : cara kau cakap pun macam kau pernah jdi anak raja.
Kikwang : errr. Hensem ke Putera Kiki tu? Saya tengok biasa je.
IU : kalau kau rasa die hensem maknanya ade sesuatu yang tak normal la tu haha. Boleh la. Suke jugak la tengok die sebab die sasa. Hihi. Ahhh lantak die la. Macam die kenal aku pulak.
IU bangun dari tempat duduknya dan meninjau keadaan bilik tersebut.
IU : rumah ni besar, tapi sayang ditinggalkan.
Tiba-tiba kedengaran suara beberapa orang perempuan meminta tolong. Perhatian IU serta-merta teralih keluar bilik. IU seperti mengenali suara tersebut. IU segera keluar dari bilik.
IU : unnie! Saeng!
Juniel : IU!
Mereka bertiga saling berpelukan antara satu sama lain.
Eunji : aaaaaaaaa!
Jeritan Eunji mengejutkan IU dan Juniel.
IU : asal?
Eunji tidak dapat bercakap. Lidahnya seperti kelu. Eunji hanya menunding jari ke arah bilik. IU dan Juniel serentak memandang ke arah bilik tersebut dan Juniel memberikan reaksi yang sama seperti Eunji kecuali IU. IU tergelak melihat mereka berdua terkejut melihat Putera Kikwang.
IU : eh eh, relaks la. Die tak makan orang ok. Die kawan IU.
Eunji : kawan?
IU : susah la nak explain, yang penting die bukan sebarang serigala ok. Die Putera Kiki.
Juniel : Putera Kiki?!
IU : hahaha gurau je la. Nama dorang sama. Putera Kiki kat istana die la. Eh jap, macam mane korang boleh sampai sini?
Juniel dan Eunji saling berpandangan.
Eunji : cerita die macam ni…
Imbas kembali
Yuri, Yoona dan Eunhye sakan bersolek untuk ke majlis tari-menari yang diadakan oleh kerabat di raja istana. Eunhye yang masih tidak menyedari kunci bilik kurungan yang berada dalam genggaman Eunji langsung tidak menghiraukan keadaan Juniel. Setelah bersiap, Eunhye bertemu Eunji di bilik tidurnya.
Eunhye : aku balik, aku nak rumah kemas. Kalau tak nahas kau!
Eunhye menghempas pintu bilik Eunji lalu keluar bersama anak-anak kesayangannya. Eunji mengintai di sebalik tirai melihat pemergian keluarga tirinya. Setelah mereka sudah hilang dari pandangan, Eunji pantas berlari ke bilik kurungan Juniel lalu membuka kunci pintu bilik tersebut. Eunji memeluk Juniel yang kelihatan semakin lemah. Eunji memberikan makanan dan minuman terlebih dahulu pada kakaknya sebelum mereka bersiap untuk ke majlis tari-menari itu juga sekaligus ingin lari jauh dari keluarga tirinya.
Eunji : unnie pasti ke dengan ape kite buat ni?
Juniel : mestilah. Unnie nak tengok impian adik unnie ni tercapai dulu.
Eunji : terima kasih unnie. Tapi kalau dorang nampak kite macam mane?
Juniel : mustahillah. Ramai orangkan kat situ. Lagi pun depan ramai orang ape je yang dorang boleh buat?
Eunji mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Juniel. Eunji dan Juniel juga bersiap lalu keluar dari rumah mereka. Tanpa diduga sebuah kereta kuda yang lengkap berhias berada di hadapan rumah mereka. Eunji dan Juniel tergamam seketika. Seorang wanita berpakaian seperti pari-pari menghampiri mereka.
Angel : saya ditugaskan untuk membantu kalian berdua kerana kebaikan yang kalian sering lakukan. Pergilah ke istana dengan kereta kuda ini, tetapi ingat, tepat sahaja pukul 12 malam, kereta kuda ini akan berubah menjadi labu dan kuda-kuda ini akan menjadi tikus. Baliklah sebelum pukul 12 malam. Semoga Berjaya.
Juniel : tapi..
Belum sempat Juniel bertanya apa-apa, pari-pari tersebut telah hilang begitu sahaja. Eunji kelihatan teruja dengan kereta kuda tersebut lalu menaikinya sambil mengajak Juniel turut serta. Juniel teragak-agak untuk naik namun die tetap menaikinya. Kereta kuda tersebut membawa Eunji dan Juniel sampai di hadapan istana. Turun sahaja dari kereta kuda yang dinaiki, mereka di sambut baik oleh penyambut tetamu. Eunji dan Juniel melangkah bersama sampai masuk ke dalam istana. Siapa sahaja masuk kedalam istana pasti teruja dengan hiasan dalamannya. Ruang yang luas terdapat banyak bahagian. Bahagian tengah tempat di mana tetamu menari beramai-ramai mengikut alunan muzik yang dimainkan. Bahagian kanan istana penuh dengan makanan. Semua tetamu perempuan berpakaian gaun kembang berwarna warni. Eunji menarik tangan Juniel sampai ke bahagian menari. Juniel yang tidak gemar menari tersipu malu untuk menari dan akhirnya meminta untuk menunggu Eunji di kawasan luar istana. Eunji yang memahami sikap kakaknya membiarkan sahaja Juniel keluar. Tiba-tiba semua gadis2 disitu menjerit. Eunji memanjangkan lehernya untuk melihat dan barulah Eunji memahami. Putera Chanyeol yang baru menunjukkan muka menjadi rebutan gadis2 disitu. Disebabkan semua perempuan berpusu-pusu mahu mendekati Putera Chanyeol, Eunji terjatuh akibat ditolak oleh ramai orang. Putera Chanyeol yang menyedari seorang rakyatnya jatuh ingin menolong tetapi keadaan tidak mengizinkan dan Putera Chanyeol hanya melihat disebalik keramaian orang yang mebanjiri di hadapannya. Putera Chanyeol yang tidak mahu menghampakan rakyatnya telah bersetuju untuk menari bertukar-tukar pasangan bersama mereka. Yuri dan Yoona tidak terkecuali untuk menari bersama Putera Chanyeol. Setelah beberapa kali bertukar pasangan akhirnya Putera Chanyeol dapat berpasangan bersama Eunji. Eunji tersipu malu apabila dapat berpasangan bersama Putera Chanyeol. Putera Chanyeol yang masih mengecam wajah Eunji memberikan senyuman manisnya pada Eunji.
Chanyeol : awak ni yang terjatuh tadi tu kan?
Eunji : huh? Ya tuanku.
Chanyeol : ahh takyah tuanku2 lah. Panggil je saya Putera Chan.
Eunji : baiklah tuanku. Eh Putera Chan.
Chanyeol : maafla sebab saya, awak kene tolak sampai jatuh. Ade luke ke?
Eunji : saya baik saja Putera Chan.
Chanyeol : bagusla tu.
Orang ramai mula berkerumun mengelilingi Putera Chanyeol bersama Eunji apabila Putera Chanyeol tidak menukar lagi pasangannya setelah bersama Eunji dan hal ini menimbulkan kecemburuan di hati semua gadis disitu termasuk keluarga tirinya yang terkejut melihat Eunji berada disitu.
Yoona : omma! Macam mane perempuan ni boleh datang sini?!
Eunhye : takpe, tunggula die balik nanti.
Eunhye berlagak tenang walaupun dalam hatinya bimbang jika Juniel turut sama berada disitu. Putera Chanyeol dan Eunji masih seronok menari bersama sambil berkenalan antara satu sama lain sehingga tidak menyedari keadaan sekeliling mereka.
Di luar istana Juniel berjalan seorang diri sambil melihat taman bunga disitu. Juniel berpeluk tubuh akibat kesejukan. Keadaan taman yang agak gelap menyebabkan Juniel tidak perasan seseorang sedang memerhatinya. Tiba-tiba seseorang menyapanya.
Kyuhyun : apa kamu buat disini? Bukankah semua orang berada didalam istana?
Juniel pantas menoleh dan terkejut apabila Putera Kyuhyun yang menegurnya. Juniel segera menundukkan wajahnya dan menunduk hormat dihadapan Putera Kyuhyun.
Juniel : patik cuma ingin melihat taman disini sahaja.
Kyuhyun : kenapa tidak menari di dalam. Mungkin kamu berpeluang bertemu Putera Chanyeol.
Juniel : patik tidak pandai menari tuanku. Patik dapat berjumpa tuanku sudah cukup bertuah.
Putera Kyuhyun tergelak kecil mendengar kata-kata Juniel.
Kyuhyun : panggil saja saya Putera Kyu. Tak perlu berbahasakan diri kamu patik. Apa nama kamu?
Juniel : juniel.
Kyuhyun : cantik nama. Macam tuannya juga.
Juniel tertunduk malu apabila dipuji oleh Putera Kyuhyun. Putera Kyuhyun memetik sekuntum bunga mawar di tamannya itu lalu di sorokkannya di belakangnya.
Kyuhyun : Permaisuri Boa selalu cakap, perempuan yang cantik ni macam bunga. Untuk awak.
Putera Kyuhyun memberikan bunga mawar tersebut pada Juniel. Juniel teragak-agak untuk menerimanya.
Juniel : terima kasih Putera Kyu.
Di dalam istana keadaan masih tidak berubah sehingga Permasuri Boa dan Raja Jang Hyuk menyedari keadaan tersebut. Putera Chanyeol masih berpasangan bersama Eunji.
Eunji : jam sudah menunjukkan pukul berapa Putera Chan?
Chanyeol : sudah hampir pukul 12. Kenapa?
Eunji serta-merta berhenti menari apabila mendengar pukul 12. Tiba-tiba menara jam berbunyi menandakan sudah tepat pukul 12. Eunji terus menolak Putera Chanyeol tanpa disedari oleh dirinya sendiri lalu berlari keluar dari istana. Putera Chanyeol yang terkejut segera mengejar Eunji. Eunji yang tergesa-gesa ingin pulang menjerit nama Juniel sambil menuruni anak tangga.
Eunji : Juniel unnie! Unnie!
Juniel yang terkejut apabila namanya dipanggil terus berlari mendapatkan Eunji. Putera Kyuhyun mengekori langkah Juniel. Eunji yang memakai kasut tumit tinggi akhirnya jatuh terduduk di anak tangga terakhir.
Juniel : kenape Eunji?
Eunji : dah pukul 12.
Juniel : ape?! Jom cepat!
Juniel menolong Eunji untuk bangun dan sebelah kasut eunji terpisah dari tapak kakinya. Eunji mahu memakai semula tetapi keluarga tirinya tiba-tiba muncul.
Eunhye : siape benarkan kau keluar?
Eunhye besama kedua-dua anaknya pantas menuruni anak tangga. Putera Chanyeol dan Putera Kyuhyun terkaku melihat adegan mereka. Putera Chanyeol mengutip kasut Eunji yang tercicir dan mahu memulangkan semula tetapi Eunji pantas berlari sambil memegang tangan Juniel. Eunji dan Juniel tersentak apabila kereta kuda mereka sudah berubah rupa menjadi sama seperti yang dikatakan oleh pari-pari tadi.
Eunji : macam mane ni unnie?
Eunji menoleh ke belakang dan melihat keluarga tirinya makin menghampiri mereka.
Juniel : lari.
Juniel menarik tangan Eunji lalu berlari sekuat hati sehingga memasuki kawasan perhutanan. Makin jauh mereka berlari makin hilang wajah keluarga tiri mereka dari pandangan. Juniel dan Eunji langsung tidak berhenti dari berlari sehinggalah Eunji tersungkur akibat tumit kasut yang masih dipakainya patah. Juniel cuba untuk membantu Eunji namun Eunji sudah terlalu lemah sehingga tidak terdaya untuk bangun. Juniel turut berehat sambil duduk di sebelah adiknya. Tiba-tiba Juniel terlihat sebuah rumah yang besar tetapi sudah usang akibat telah ditinggalkan tidak jauh di hadapannya.
Juniel : Eunji! Tengok tu!
Juniel menunding jari ke arah rumah tersebut. Eunji mengangkat kepala dengan lemah untuk melihat.
Juniel : bangun jum. Kite bermalam kat sane.
Juniel memapah Eunji untuk berjalan sehingga ke rumah tersebut.
********************************************************************************************************************
Setelah tamat bercerita, Juniel dan Eunji terus duduk akibat penat yang masih belum hilang. IU mengangkat keningnya kerana marah dengan sikap keluarga tirinya.
Eunji : IU unnie kenape lari rumah macam tu je?
IU : perempuan sihir tu nak bunuh unnie dengan Juniel unnie.
Terperanjat Juniel mendengar kenyataan IU.
Juniel : biar betul?! Patut la die kurung unnie tak bagi lari jugak.
IU : ape?! Die tu memang melampau la! Ye la. IU dengar die cakap dengan cermin ajaib tu.
Eunji : habes tu sekarang ni macam mane? Die mesti akan cari kite sampai dapat taw tak.
Kikwang : mungkin Putera Chanyeol dan Putera Kyuhyun boleh bantu.
Juniel, IU dan Eunji serentak memandang Putera Kikwang dan kemudiannya berpandangan sesama sendiri.
********************************************************************************************************************
Putera Chanyeol telah membuat pengumuman kepada semua gadis-gadis, sesiapa yang mempunyai saiz kaki yang sama dengan kasut tumit tinggi yang ada padanya ketika ini bakal menjadi calon isterinya. Walaupun Permaisuri Boa tidak begitu bersetuju dengan tindakan anak bongsunya itu, namun atas desakan Putera Chanyeol yang tetap mahu mencari semula Eunji akhirnya Permaisuri Boa mengalah. Penuh kawasan hadapan istana di banjiri dengan gadis di Kerajaan Bexonior. Putera Chanyeol hanya duduk sambil melihat pembantunya menyarungkan kasut tumit tinggi tersebut pada setiap gadis yang hadir disitu. Semuanya beratur menunggu giliran. Hampir separuh dari mereka telah mencuba kasut tersebut namun tiada seorang pun yang berjaya memakai kasut itu. Putera Chanyeol hampa. Putera Chanyeol segera bertemu kakandanya Putera Kyuhyun yang telah bersiap-siap untuk mencari lagi Putera Kikwang.
Chanyeol : nak ikut.
Kyuhyun : dah jumpe ke tuan punye kasut tu?
Putera Chanyeol melihat kasut tersebut yang berada ditangannya sambil menggeleng.
Chanyeol : nak teman hyung cari kiki hyung.
Kyuhyun : jom la. Tapi hyung nak masuk hutan tebal tu taw. Mane la taw die ade kat situ.
Chanyeol : ok.
********************************************************************************************************************
IU memasang lilin untuk memberi cahaya di dalam rumah usang yang didiaminya sekarang ini kerana rumah tersebut sudah tiada bekalan api. Keadaan luar yang berangin dan guruh berdentum sesekali menandakan awan ingin memuntahkan segala isi perutnya menyukarkan IU untuk membiarkan api lilin terus membakar dirinya. Juniel dan Eunji sudah nyenyak tidur di dalam bilik manakala IU menemankan Putera Kikwang di ruang tamu sebagai jaminan pada Juniel dan Eunji bahawa Putera Kikwang tidak akan mengapa-apakan mereka. Sudah beberapa hari mereka bermalam disitu. IU duduk bersandar di dinding sambil memerhatikan Putera Kikwang yang berjalan disekeliling rumah.
IU : taknak tidur lagi ke?
Pertanyaan IU menarik perhatian Putera Kikwang. Putera Kikwang perlahan berjalan ke arah IU.
Kikwang : belum. Awak tidurlah dulu.
IU : aku rindu appa aku.
Kikwang : saya pun. Saya rindu keluarga saya. Mesti mereka risaukan saya terutama omma saya.
IU : taknak balik ke?
Kikwang : dalam keadaan macam ni? Saya akan memalukan mereka kalau orang ramai tahu saya dah disumpah macam ni.
IU : hmmm macam ni la, kalau masalah aku dengan adik beradik aku dah selesai, aku janji aku tolong kau cari penawar kau okay?
Kikwang : terima kasih.
Mata IU yang sudah mula berat akhirnya terlelap. Putera Kikwang juga turut terlelap di sebelah IU. Bunyi guruh yang kuat menyedarkan Juniel dari tidurnya. Juniel terjaga dan melihat adiknya, Eunji yang masih nyenyak tidur disebelahnya. Juniel yang sudah tidak dapat melelapkan mata tidak mahu mengejutkan Eunji kerana tidak ingin mengganggu Eunji tidur. Juniel keluar dari bilik dan terlihat IU dan Putera Kikwang sudah nyenyak tidur juga. Keadaan luar yang masih hujan lebat menyebabkan Juniel memeluk tubuhnya sendiri akibat kesejukan. Tiba-tiba Juniel terlihat seseorang sedang berdiri dihadapan pintu rumah. Juniel tidak dapat melihat wajah orang tersebut kerana badannya sudah bongkok dan kepalanya ditutupi dengan kain. Juniel teragak-agak mahu menghampiri orang itu. Akhirnya Juniel menghampiri orang itu dan Juniel melihat seorang perempuan sudah berusia dalam kebasahan.
Juniel : nenek buat apa dekat sini?
Sapaan Juniel mebuatkan perempuan tua tersebut perlahan-lahan memusingkan badannya untuk menghadap wajah Juniel. Nenek tua tersebut kelihatan sudah uzur.
Nenek : nenek tumpang berteduh saja cu. Bolehkan?
Juniel : ahh mestilah boleh. Masuklah.
Nenek tua itu segera masuk dan dipimpin oleh Juniel. Nenek itu berteduh di dalam rumah sehingga hujan sudah mula renyai. Juniel menemani nenek tersebut sehinggalah nenek itu mahu pulang ke rumahnya.
Nenek : terima kasih la cu. Hujan dah mula berhenti. Nenek pulang dulu ye.
Juniel : yelah nek.
Nenek tersebut mengeluarkan sesuatu dari bakul yang dipegangnya lalu dihulurkan pada Juniel.
Nenek : disebabkan cu bagi nenek tumpang sebentar disini. Ambillah epal ni sebagai tanda terima kasih.
Juniel : eh takpelah. Cu ikhlas ni. Nak cu teman nenek sampai depan sana ke?
Nenek : boleh jugak. Tapi ambillah epal ni. Boleh dimakan dalam perjalanan nanti.
Juniel yang tidak mahu menghampakan nenek tersebut segera mengambil dan menemani nenek tersebut berjalan. Sambil berjalan Juniel memakan epal yang diberi. Sesekali nenek itu menjeling ke arah Juniel sambil tersenyum sendiri. Setelah agak jauh berjalan, Juniel meminta izin untuk kembali ke rumah usang itu semula kerana Juniel khuatir dia akan tersesat jalan dan nenek itu mengizinkan Juniel meninggalkannya. Juniel terus berpatah balik semula untuk pulang. Tiba-tiba kepala Juniel terasa pening. Juniel melihat jalan di hadapannya seperti mempunyai dua jalan. Semua yang berada di hadapan mata Juniel seperti mempunyai kembar. Juniel memegang kepalanya sambil memejamkan mata. Epal yang dipegang Juniel jatuh ke tanah dan Juniel terus rebah tidak sedarkan diri.
********************************************************************************************************************
Cahaya matahari yang memasuki ruang bilik tidur Eunji menyilaukan pandangannya. Eunji terjaga dari tidur dan terus mengikat rambutnya yang panjang mengurai. Sesekali Eunji menguap dan menutup mulutnya. Eunji melihat disebelahnya kosong. Eunji terus keluar dari bilik dan mencari Juniel disetiap ruang di rumah itu. Eunji yang mulai risau kerana tidak kelihatan kelibat kakaknya segera mengejutkan IU yang masih nyenyak tidur.
Eunji : unnie. IU unnie.
Eunji menggoncang-goncangkan tubuh IU. IU tersedar sambil menggosok-gosok matanya.
IU : kenape ni?
Eunji : Juniel unnie dah takde.
IU : ape?!
Mata IU terus segar mendengar berita yang disampaikan oleh adiknya.
Eunji : kiki mane?
IU melihat di sebelahnya dan Putera Kikwang turut tiada disitu.
Eunji : ni mesti kerja kiki. Kan Eunji dah cakap kite tak boleh percaya die. Unnie nak jugak pertahankan die. Entah2 die dah makan Juniel unnie.
IU : tak mungkinlah. Die tidur sebelah unnie malam tadi. Unnie tak rasa kiki buat macam tu. Die bukan serigala sebenar yang makan orang. Die jugak manusia.
Eunji : habis tu die pergi mana? Mana Juniel unnie? Kenapa unnie nak pertahankan sangat die? Kalau die menipu je yang die kene sumpah semua tu macam mana?
Tanpa mereka sedari Putera Kikwang yang berada di hadapan pintu mendengar segala perbualan mereka. Walaupun IU tidak bersetuju dengan pendapat Eunji, namun sedikit sebanyak kata-kata Eunji sudah menghasut mindanya. Putera Kikwang berpura-pura tidak mengetahui apa-apa segera masuk ke dalam rumah. Eunji terus bangun dan mengambil sebatang kayu lalu mengacukannya pada Putera Kikwang.
Eunji : mana Juniel unnie?! Mana unnie aku?!
IU yang risau Eunji akan mengapa-apakan Putera Kikwang segera berdiri di antara mereka dan menghalang Eunji dari bertindak melulu.
IU : sabarlah Eunji! Jangan main tuduh je!
Kikwang : percayalah, saya tak pernah mengapa-apakan sesiapa dan takkan sesekali berbuat macam tu.
Eunji : ingat aku nak percaya cakap binatang macam kau?!
IU : Eunji!!
Eunji yang kecewa apabila IU memihak pada Putera Kikwang terus menghempaskan kayu yang di pegangnya. IU berpaling menghadap Putera Kikwang.
IU : kau takkan tipu aku kan?
Kikwang : awak pun tak percaya saya dah?
IU tidak dapat menjawab pertanyaan Putera Kikwang.
Kikwang : saya ingat awak percaya saya.
Putera Kikwang terus berlari keluar dan hilang sekelip mata di sebalik semak. IU jatuh terduduk kerana risaukan keselamatan Juniel dan dalam masa yang sama rasa bersalah kerana tidak dapat mempercayai sepenuhnya Putera Kikwang.
********************************************************************************************************************
Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol yang sudah jauh berada di dalam hutan sudah tersesat dan tidak jumpa jalan keluar. Mereka meneruskan perjalanan untuk mencari jalan keluar dan dalam masa yang sama mencari Putera Kikwang. Tiba-tiba kuda yang mereka tunggang berhenti mengejut.
Chanyeol : eh kenape ni?
Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol terlihat sekumpulan orang kerdil berdiri dihadapan kuda mereka. Orang-orang kerdil itu tidak mengetahui bahawa Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol anak Raja kerana mereka sengaja berpakaian seperti rakyat biasa. Kedua-dua putera segera turun dari kuda tunggangan mereka.
Kyuhyun : apa yang kalian mahu?
Orang kerdil : bagi semua harta yang kamu ada sekarang juga!
Chanyeol : biadap sungguh kalian!
Kata-kata Putera Chanyeol menaikkan kemarahan orang-orang kerdil tersebut. Mereka semua terus menghunuskan pedang pada Putera Chanyeol.
Kyuhyun : maafkan adik saya. Dia tak berniat berkata begitu.
Orang kerdil : bawak dua orang ni ke rumah kita.
Seorang memberi arahan, semua orang kerdil yang lain menurut. Mereka mengikat tangan kedua-dua putera dan memaksa Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol mengikuti mereka. Sampai sahaja di rumah mereka, mereka mengarahkan Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol masuk ke dalam rumah mereka. Di dalam rumah, mereka menyelongkar poket seluar Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol dan mengambil apa sahaja yang dijumpai oleh mereka. Putera Kyuhyun sempat memandang keadaan sekeliling rumah orang-orang kerdil tersebut. Terdapat seorang perempuan bersaiz normal sedang tidur di atas sebuah katil. Setelah mengamati wajah perempuan tersebut, Putera Kyuhyun berasa seperti mengenali perempuan itu.
Kyuhyun : Juniel?
Kata-kata Putera Kyuhyun membuatkan semua mata memandangnya serentak.
Chanyeol : siapa Juniel?
Kyuhyun : perempuan tu.
Orang kerdil : kau kenal perempuan tu?
Kyuhyun : yaa. Dia memang tinggal disini?
Orang kerdil : tak. Kami terjumpa dia pagi tadi pengsan di tengah hutan. Kami cuba sedarkan dia tapi dia langsung tidak bangun. Kami fikir dia sudah mati tetapi nadinya masih bergerak.
Kyuhyun : boleh saya mendekati dia?
Orang-orang kerdil itu berpandangan sesama sendiri apabila mendengar permintaan Putera Kyuhyun lalu menganggukserentak. Putera Kyuhyun terus berdiri dan berjalan menghampiri Juniel. Putera Chanyeol ingin mengikuti langkah Putera Kyuhyun tetapi di halang oleh salah seorang dari tujuh orang kerdil itu. Putera Chanyeol mencebik apabila dia terpaksa mengikut arahan orang kerdil itu. Putera Kyuhyun duduk di birai katil bersebelahan Juniel dengan tangannya terikat di belakang.
Kyuhyun : Juniel. Juniel.
Orang kerdil : dia takkan bangun.
Kyuhyun : kenapa dengan dia? Dia elok sahaja sebelum ni.
Chanyeol : mane hyung kenal dia?
Kyuhyun : malam majlis hari tu.
Chanyeol : yang lari sekali Eunji tu?
Kyuhyun : yeah! Chan boleh cari Eunji kalau Juniel sedar.
Putera Chanyeol yang teruja apabila mendapat tahu dia bakal bertemu dengan Eunji semula mahu menuju ke arah Putera Kyuhyun. Baru sahaja Putera Chanyeol bangun dari tempat duduknya, orang-orang kerdil membuat muka ketat. Putera Chanyeol duduk semula sambil menahan dirinya untuk terus sabar.
Chanyeol : korang taw tak aku ni siapa?
Kyuhyun : Chan!
Chanyeol : dorang ni melampau lah hyung.
Orang kerdil : apa nama kalian?
Kyuhyun : saya Kyuhyun, itu adik saya Chanyeol.
Orang kerdil : Kyuhyun? Chanyeol? Putera Kyu dan Putera Chan?
Serentak ketujuh-tujuh orang kerdil melutut dan tunduk hormat pada Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol.
Orang kerdil : maafkan kami putera.
Orang-orang kerdil tersebut segera membuka ikatan tangan Putera Chanyeol dan Putera Kyuhyun.
Kyuhyun : tidak mengapalah.
Chanyeol : tu la. Belagak sangat tadi.
Kyuhyun : Chan, dorang bukan sengaja.
Chanyeol : yelah. Sekarang ni macam mane kita nak bangunkan Juniel?
Otak Putera Kyuhyun ligat mencari buah fikiran untuk menyedarkan semula Juniel dari “tidurnya”.
Orang kerdil : sewaktu kami terjumpa dia, ada buah epal ni disebelahnya. Sudah ada kesan gigit, mungkin dia yang makan buah ini. Saya ambil buah ini kerana mahu makan tetapi tiba-tiba buah ini bertukar menjadi warna hitam.
Chanyeol : bagi sini.
Buah epal yang sudah bertukar menjadi warna bertukar tangan dari orang kerdil itu ke tangan Putera Chanyeol. Putera Chanyeol meneliti buah tersebut lalu menghidu buah epal tersebut. Wajah Putera Chanyeol tiba-tiba berubah sambil memandang Putera Kyuhyun.
Kyuhyun : kenape?
Chanyeol : buah epal ni beracun.
Kyuhyun : biar betul?!
Chanyeol : yeah.
Kyuhyun : macam mane sekarang?
Putera Chanyeol mengangkat bahu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Putera Kyuhyun gelisah dan tidak senang duduk.
Kyuhyun : mesti ada penawar!
Putera Chanyeol terkejut melihat Putera Kyuhyun yang selama ini bersikap tenang berubah menjadi kelam kabut dan menengkingnya.
Chanyeol : memang Chan boleh bau benda yang ada racun tapi Chan tak tahu macam mane nak cari penawarnya. Kenape hyung risau sangat ni?
Kyuhyun : dia kan rakyat kita.
Chanyeol : jadi hyung risau ni hanyalah atas nama pemimpin dan rakyat?
Putera Kyuhyun terus terdiam dan duduk kembali di sebelah Juniel. Putera Kyuhyun sendiri tidak faham mengapa dia begitu mengambil berat tentang Juniel.
Chanyeol : pernah dengar cerita dongeng? Seorang perempuan diracuni dan seorang putera datang cium perempuan tersebut. Perempuan tu terus sedar.
Kyuhyun : ape kaitan dengan hyung?
Chanyeol : cubalah. Mane taw berkesan.
Kyuhyun : nama pun cerita dongeng. Yang Chan percaya kenape?
Chanyeol : Chan kate cubalah. Eh belum cuba belum taw.
Kyuhyun : tak mungkin!
Orang kerdil : mungkin ada benar kata-kata Putera Chan itu tuanku.
Putera Kyuhyun terkebil-kebil sambil menggigit bibirnya. Semua mata memandang Putera Kyuhyun.
Kyuhyun : yela yela.
Putera Kyuhyun teragak-agak untuk mencium Juniel. Kemudiannya Putera Kyuhyun pantas mencium pipi Juniel.
Kyuhyun : haa! Kan dah kata tak berhasil.
Putera Chanyeol menggeleng-gelengkan kepalanya.
Chanyeol : bukan cium pipi lah.
Putera Kyuhyun mengerutkan dahinya lalu mencium pula hidung Juniel dengan pantas.
Kyuhyun : same je. Tak berhasillah.
Kali ini Putera Chanyeol dan orang-orang kerdil serentak menepuk dahi mereka.
Chanyeol : eeee hyung ni! Harap je tua! Ape pun tak faham.
Kyuhyun : habis tu nak hyung cium mane?!
Putera Chanyeol terus meletakkan jari telunjuknya di bibir sambil mengenyitkan mata pada Putera Kyuhyun. Putera Kyuhyun mengerutkan dahinya sambil menggeleng-geleng tanda tidak setuju.
Chanyeol : hyung! Nak Juniel bangun ke tak?
Kyuhyun : taknak la!
Chanyeol : okay Chan janji tak bagitaw omma.
Kyuhyun : Chan. Takde cara lain ke?
Chanyeol : kalau tak berhasil jugak yang ni baru kite fikir yang lain.
Kyuhyun : janji jangan bagitaw omma?
Chanyeol : iye. Hehe.
Putera Kyuhyun mencapai bantal yang ada di atas katil lalu mencampakkannya ke muka Putera Chanyeol.
Chanyeol : ape ni! Cacat muka kacak Chan ni kang.
Kyuhyun : jangan tengoklah! Chan budak2 lagi.
Chanyeol : eleh, kalau Chan tak ajar hyung mane taw ape2.
Putera Kyuhyun sempat menjeling Putera Chanyeol sebelum memandang semula Juniel. Putera Kyuhyun mendekati wajah Juniel. Makin lama makin hampir dan Putera Kyuhyun teragak-agak untuk mengikut arahan Putera Chanyeol. Akhirnya Putera Kyuhyun memejamkan matanya dan terus mencium bibir Juniel. Putera Chanyeol segera menutup matanya dengan kedua-dua belah tangannya. Putera Chanyeol membuka kembali matanya dan terlihat wajah Putera Kyuhyun kecewa kerana Juniel masih sama seperti tadi. Putera Kyuhyun menundukkan wajahnya dan Putera Chanyeol menggosok lembut belakang Putera Kyuhyun.
Chanyeol : takpelah. Kita cari cara lain okay.
Tiba-tiba mereka terdengar suara Juniel terbatuk. Pantas mereka semua memandang ke arah Juniel. Putera Kyuhyun yang sangat gembira apabila Juniel sudah sedar segera memeluk Juniel. Juniel yang masih mamai terkejut dipeluk.
Kyuhyun : baguslah awak dah bangun. Ingat saya lagi tak? Putera Kyu. Kita pernah jumpe sebelum ni.
Juniel : IU! Eunji! Saya kat mana ni?!
Kyuhyun : sabar2. Panjang ceritanya.
Chanyeol : Eunji?! Mane?! Mane Eunji?!
Kyuhyun : Chan!
Putera kyuhyun segera menceritakan segalanya pada Juniel dengan bantuan orang-orang kerdil yang menjumpai Juniel. Juniel juga menceritakan kisahnya bagaimana dia boleh berada di dalam hutan itu dan boleh pengsan di tengah-tengah hutan itu seorang diri.
Kyuhyun : mungkin nenek tua tu ibu tiri awak tak?
Juniel : mungkinlah. Tapi saya taknak tuduh dia tanpa bukti. Yang penting sekarang, saya kena balik ke rumah usang tu semula. Pasti adik2 saya risau.
Chanyeol : betul tu! Chan sokong. Sian Eunji.
Juniel tergelak melihat telatah Putera Chanyeol.
Juniel : bukan Eunji je, IU pun. Saya ade dua orang adik. IU pun ibu tiri saya nak bunuh jugak. Nasib dia sempat larikan diri.
Chanyeol : Eunji?
Juniel : tak. Tapi Eunji dorang suka jadikan orang suruhan.
Chanyeol : ciss. Kalau Chan jumpe dorang, Chan pancung sorang2. Berani sungguh!
Kyuhyun : Chan ni lebih2 kenape?
Putera Chanyeol tersengih apabila dia sendiri bersetuju dengan kata-kata Putera Kyuhyun.
Juniel : jom la. Juniel mesti pulang sekarang juga.
********************************************************************************************************************
Eunji memeluk tubuh sambil menangis kerana risaukan Juniel manakala IU bercangkung di luar rumah sambil mengukir sesuatu di pasir dengan menggunakan ranting kayu. Sesekali IU memandang keadaan sekeliling dengan harapan Juniel atau Kiki akan pulang. Tiba-tiba IU terdengar bunyi tapak kaki kuda. IU segera mencampakkan ranting kayunya dan berlari masuk ke dalam rumah sambil mengunci pintu.
Eunji : kenape unnie?
IU membuat isyarat menggunakan jari menyuruh Eunji diam. Makin lama bunyi tapak kaki kuda berlari makin hampir dan tiba-tiba berhenti di hadapan rumah itu. Eunji segera berlari mengahampiri IU dan memeluk IU. IU memeluk adiknya itu sambil memasang telinga untuk mendengar suara orang yang berada di halaman rumah.
IU : Juniel unnie?
Eunji : huh?!
IU : macam suara Juniel unnie.
IU terus membuka kembali pintu.
Juniel : IU! Eunji!
Juniel berlari mendapatkan kedua-dua adiknya itu lalu memeluk mereka. Putera Chanyeol tidak berkelip memandang Eunji lalu mengeluarkan kasut milik Eunji dari dalam begnya. Putera Chanyeol segera menghampiri Eunji lalu menghulurkan kasut Eunji.
Chanyeol : awak punya.
Eunji : Putera Chan. Macam mane awak ade kat sini?
Chanyeol : saya kan superhero. Mestilah ade kat mane2 je.
Eunji tergelak mendengar kata-kata Putera Chanyeol. Eunji mengambil semula kasutnya.
Eunji : terima kasihlah sebab simpankan kasut ni.
Chanyeol : takpe. Saya rela.
Kyuhyun : dah mula dah Chan ni.
IU agak teruja kerana inilah kali pertama dia bertemu dengan putera-putera Raja Jang Hyuk.
Eunji : unnie pergi mana? Risau IU unnie dengan Eunji taw tak.
Juniel terus menceritakan segala-galanya yang berlaku pada dirinya. Wajah IU tiba-tiba berubah.
Juniel : kenape IU?
IU : Kiki! IU kene cari Kiki. IU dah agak dia takde kaitan dengan ni semua.
Eunji : maafkan Eunji unnie.
Tiba-tiba IU menangis kerana rasa bersalah pada Putera Kikwang lalu berlari masuk ke dalam hutan untuk mencari Putera Kikwang.
Juniel : IU!
Kyuhyun : Kiki?
Juniel : Kiki tu kawan IU. IU jumpe dia kat rumah ni. Tapi dia bukan manusia biasa, dia dah disumpah jadi serigala. Selama ni saya dengan Eunji selalu salah anggap dengan dia.
Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol berpandangan sesama sendiri mendengar ceria Juniel.
Chanyeol : Kiki hyung! Jom kita ikut IU.
Kyuhyun : jom! Awak dengan Eunji tunggu kat rumah ni. Kitorang akan bawak IU pulang.
Juniel dan Eunji mengangguk tanda memahami. Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol terus menunggang kuda mengikut arah IU meninggalkan mereka. Disebabkan IU hanya berlari, sekejap sahaja Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol dapat menjejakinya.
Kyuhyun : IU! Naik sini. Kita sama2 cari Kiki.
IU : biar saya tunggang sendiri.
Kyuhyun : baiklah.
Putera Kyuhyun memberikan kudanya pada IU dan beliau menaiki kuda tunggangan Putera Chanyeol. IU menunggang kuda milik Putera Kyuhyun. Sampai di satu kawasan IU dan Putera Chanyeol memberhentikan kuda tunggangan masing-masing apabila Ren bersama tenteranya sedang berdiri tegak memandang ke arah mereka. Tiba-tiba IU ternampak Putera Kikwang sedang ditawan oleh mereka.
IU : Kiki!
IU segera turun dari kudanya dan diikuti oleh Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol.
Kyuhyun : apa lagi kamu mahu?
Ren : korang cari binatang ni?!
IU : jaga mulut kau!
Ren segera mengalihkan perhatiannya pada IU.
Ren : hai IU. Baguslah semua ade kat sini.
IU mengerutkan dahinya apabila Ren mengetahui namanya sedangkan dia sendiri tidak mengenali Ren. Tiba-tiba Eunhye keluar di sebalik tentera yang ramai di belakang Ren.
Eunhye : lama kita tak jumpa IU.
IU : perempuan sihir!
Eunhye : yeah memang aku perempuan sihir. Kalau kau nak taw, Putera Kikwang ni aku yang sihir. Hanya aku je yang ada penawarnya.
IU : Putera Kikwang?!
IU mengangkat keningnya apabila kurang memahami keadaan yang berlaku ketika ini. Dia langsung tidak menyangka gurauannya yang mengatakan Kiki adalah Putera Kikwang adalah benar.
Chanyeol : saya merayu, bagilah kami penawar tu.
Ren : boleh! Tapi macam yang telah aku cakap sebelum ni. Dan disebabkan korang lambat, ada tambahan permintaan. Aku nak perempuan tu dengan Juniel.
Kyuhyun : jangan harap aku akan bagi Juniel!
Ren memetik jarinya lalu seorang pengikutnya memukul Putera Kikwang dengan sebatang kayu. IU terkejut apabila melihat apa yang berlaku.
Ren : sekali lagi aku mintak. Kalau tak..
IU : baiklah! Jangan pukul Kiki, err Putera Kikwang dah. Aku serah diri. Tapi aku merayu bagilah penawar tu.
Eunhye : kau sorang tak cukup! Aku nak Juniel sekali!
Ren : Eunhye! Kau jangan lupe perjanjian kita. Aku tetap mahukan takhta ayahanda aku!
Kyuhyun : baiklah kalau tu yang kau nak Ren. Tapi aku nak penawar tu dulu. Kau taw kan aku bukan jenis yang mungkir janji.
Ren : okay.
Eunhye : aku tetap nak Juniel!
Kini Eunhye dan Ren pula seperti mahu bergaduh kerana masing-masing mahu kehendak mereka di penuhi.
Ren : mana Juniel?!
IU : lepas kau bagi penawar tu, aku akan bagitaw mane Juniel.
Eunhye : aku tak pernah percayakan kau IU!
IU : mungkin kali ni boleh. Korang boleh jadikan aku umpan untuk dapatkan Juniel.
Ren terus mendapatkan IU lalu menolaknya sehingga jatuh tersungkur di sebelah Putera Kikwang. Kini Eunhye pula menghampiri IU lalu menampar muka IU sekuat hatinya.
Eunhye : itu balasan sebab kau tumbuk aku haritu.
IU mengelap mulutnya yang berdarah sambil memandang Putera Kikwang yang kelihatan lemah.
IU : aku, maafkan saya tuanku. Err. Saya dah janji saya akan tolong tuanku cari penawarkan? Saya akan tunaikan janji saya.
Putera Kikwang hanya memandang IU tanpa bersuara kerana beliau benar-benar lemah ketika ini. Ren berjalan dihadapan Putera Kyuhyun sambil menunjukkan botol penawar dan berpura-pura ingin memberikan botol tersebut pada Putera Kyuhyun. Putera Kyuhyun ingin mengambil botol tersebut tetapi Ren menariknya semula.
Ren : kalau Juniel jaminannya IU. Takhta ayahanda aku jaminannya?
Chanyeol : aku.
Kyuhyun : Chan!
Ren : ade lagi yang nak tunjuk hero. Okay aku terima.
Ren terus menarik baju Putera Chanyeol dan menyuruh pengikutnya menjaga Putera Chanyeol.
Ren : sebelum aku bagi penawar ni aku nak ingatkan kau, penawar ni hanya ada satu tapi panah beracun yang sama macam Kikwang kene tu ada banyak lagi. Kau mungkir janji, makin bertambah keturunan serigala dalam keluarga kau. Nah!
Ren mencampakkan botol penawar pada Putera Kyuhyun dan disambut oleh Putera Kyuhyun.
Ren : jom semua! Bawak IU sekali. Serigala tu tinggal.
Mereka semua baru sahaja mahu berangkat tiba-tiba panah bertubi-tubi menyerang mereka. Beberapa tentera Ren mati akibat terkena panah. Ren terkejut lalu menoleh ke arah Putera Kyuhyun.
Ren : kau bawak tentera?!
Ren segera mengeluarkan pedangnya. Tiba-tiba sekumpulan orang kerdil keluar dari semak lalu terus memanah tentera Ren. Keadaan serta merta bertukar menjadi kecoh dan Putera Kyuhyun mengambil pedang milik tentera Ren yang sudah kecundang lalu membantu orang-orang kerdil itu menentang tentera Ren. IU dan Putera Chanyeol juga turut membantu. Eunhye yang takut akan dibunuh segera mengeluarkan panah beracunnya dan ingin memanah Putera Kyuhyun namun IU yang menyedarinya tanpa teragak-agak terus menikam Eunhye dari belakang sehingga tembus ke perut dengan sebilah pedang. Terbeliak mata Eunhye menahan sakit dan akhirnya mati disitu dengan mata terbeliak dan wajahnya menjadi kedut. IU terlutut di sebelah mayat Eunhye kerana tidak menyangka akhirnya Eunhye mati ditangannya. Tiba-tiba Putera Kyuhyun menjerit memanggil namanya.
Kyuhyun : IU! Ambik ni!
Putera Kyuhyun melemparkan botol penawar pada IU. IU segera menyambutnya dan pantas berlari ke arah Putera Kikwang. IU membukakan mulut Putera Kikwang lalu memasukkan penawar itu ke dalam mulut Putera Kikwang. Putera Kikwang menjerit dengan tiba-tiba. IU mengesot ke belakang kerana terkejut. Putera Chanyeol yang juga terkejut memandang ke arah Putera Kikwang dan pada masa yang sama pengikut Ren sempat menyerang Putera Chanyeol. Tangan Putera Chanyeol berdarah kerana terkena pedang milik pengikut Ren. Kemudiannya pengikut Ren itu mahu membunuh Putera Chanyeol namun salah seorang dari tujuh orang kerdil itu pantas memanah lelaki itu. Putera Kyuhyun masih lagi bertarung dengan Ren.
Orang kerdil : Putera Chan tak apa-apa?
Chanyeol : takpe. Saya okay.
Perlahan-lahan Putera Kikwang berubah menjadi dirinya yang sebenar kembali. IU tergamam melihat Kiki yang selama ini merupakan serigala jadian telah berubah menjadi Putera Kikwang anak kepada Raja Jang hyuk. Ikutkan hati mahu sahaja IU menghampiri Putera Kikwang tetapi dia berasa janggal. Putera Kikwang masih lagi terbaring dalam keadaan lemah. Putera Chanyeol perlahan-lahan datang menghampiri Putera Kikwang dengan keadaan tangannya berdarah. Putera Chanyeol memeluk Putera Kikwang. IU hanya memerhatikan dari jauh. Ren yang takut akan dibunuh kerana semua tenteranya sudah tumpas segera melepaskan pedangnya dan menyerah kalah lalu melarikan diri dengan kuda tunggangannya. Putera Kyuhyun mengucapkan terima kasih pada orang-orang kerdil kerana membantunya.
Kyuhyun : Kiki!
Kikwang : hyung. Chan.
Putera Kyuhyun baru menyedari lengan Putera Chanyeol luka. IU segera mengoyakkan sedikit kain dari bajunya lalu mengikat lengan Putera Chanyeol. IU sempat menjeling Putera Kikwang lalu berjalan meninggalkan mereka bertiga.
Kyuhyun : IU! Pergi mana?
IU : balik. Mesti Juniel unnie dengan Eunji risau.
IU meneruskan kembali langkahnya. Tiba-tiba sekali lagi namanya di panggil.
Kikwang : IU.
Langkah IU mati sekali lagi. Namun kali ini IU tidak menoleh semula sebaliknya IU terus berlari meninggalkan mereka semua. Putera Kikwang mahu bangun dan Putera Kyuhyun membantunya.
Chanyeol : IU tak taw pasal diri sebenar hyung?
Putera Kikwang menggeleng lemah.
Kikwang : dia marah ke?
Chanyeol : mungkin.
Kyuhyun : takpelah nanti kita pujuk dia okay. Sekarang ni jom kita balik dulu. Hari dah nak gelap ni.
********************************************************************************************************************
Juniel dan Eunji masih setia menanti di luar rumah. Mereka berdua berasa lega apabila terlihat kelibat kuda tunggangan milik Putera Kyuhyun dan Putera Chanyeol. Ketiga-tiga putera turun dari kuda tunggangan mereka.
Juniel : IU mane?
Kyuhyun : IU dah balik dulu sebelum kitorang.
Eunji : takde pun.
Kikwang : IU tak balik lagi?
Wajah Putera Kikwang risau. Putera Kikwang segera menaiki kuda semula.
Kyuhyun : Kiki, kiki belum betul2 sembuh lagi.
Kikwang : Kiki lagi sakit kalau IU takde.
Putera Kikwang berpatah balik semula masuk ke dalam hutan untuk mencari IU.
Eunji : Putera Kikwang tu yang kene sumpah jadi serigala tu ke?
Chanyeol : yup. Saya selamatkan dia tadi sampai luka ni haa. Sakit taw.
Putera Chanyeol menunjukkan luka tangannya pada Eunji sambil memuncungkan mulutnya.
Kyuhyun : Chan! Jangan mengadalah. Maaflah adik saya ni memang manja mengada sikit.
Eunji : takpelah. Nanti Eunji cucikan luka tu ye.
Chanyeol : haa tu lah saya nak dengar.
Eunji tersenyum malu apabila Putera Chanyeol mengda-ngada dengan dirinya. Juniel perlahan menghampiri Putera Kyuhyun.
Juniel : Putera Kyu baik2 saja kan?
Kyuhyun : yaa. Saya okay je.
Chanyeol : tipu! Waktu Juniel tak sedarkan diri hyung ni macam orang tak betul sampai lah dia ci..
Kyuhyun : Chan! Diamlah!
Chanyeol : kenape nak malu? Kalau kita suka seseorang kene la terus terang macam Chan suka Eunji.
Putera Chanyeol menutup mulutnya sendiri kerana terlepas cakap. Muka Eunji bertambah merah apabila mendengar pengakuan Putera Chanyeol.
Kyuhyun : hahaha. Tu lah. Kene lah berterus terang kan? Padan muka. Malu sendiri.
Chanyeol : takpelah. Kurang2 Chan dah bagitaw. Hyung tu haa.
Kyuhyun : kenape dengan hyung?
Chanyeol : hyung dah ci..
Putera Kyuhyun pantas menutup mulut Putera Chanyeol. Juniel dan Eunji terkebil-kebil kerana tidak memahami.
Kyuhyun : okay2 biar hyung bagitaw.
Chanyeol : haa macam tu la.
Kyuhyun : Juniel, saya mintak maaf sebab terpaksa cium awak. Saya buat macam tu sebab nak bagi awak sedar. Saya bukan sengaja nak ambik kesempatan kat awak. Percayalah.
Juniel : dari kecik lagi saya selalu mengharapkan lelaki yang bakal berkahwin dengan saya yang akan menjadi orang pertama dan yang terakhir cium saya. Tapi takpelah bukan salah awak.
Kyuhyun : kalau macam tu, kahwinlah dengan saya.
Bulat mata Juniel mendengar Putera Kyuhyun melamarnya. Eunji berpura-pura tidak mendengar kata-kata Putera Kyuhyun pada kakaknya lalu menghampiri Putera Chanyeol.
Eunji : Putera Chan, ajar saya tunggang kuda boleh?
Chanyeol : ouh mestilah.
Putera Chanyeol menceritakan segalanya pada Eunji cara-cara menunggang kuda dan Eunji hanya memandang kosong wajah Putera Chanyeol sambil mengelip-ngelipkan matanya.
Chanyeol : awak faham tak?
Eunji : tak langsung.
Putera Chanyeol mengeluh sambil menepuk dahinya.
Chanyeol : awak tak payah la belajar. biar saya je bawak awak nak?
Eunji : tapi saya teringin nak tunggang kuda.
Chanyeol : takpelah. hari2 saya bawak awak naik kuda.
Eunji : hari2 saya nak kene menghadap Raja dan Permaisuri nak jumpe Putera Chan?
Chanyeol : eh tak yah susah2. awak tinggal je la kat istana.
Eunji : jadi dayang?
Putera Chanyeol mengangguk sambil tersenyum.
Chanyeol : jadi dayang saya sorang je.
Putera Chanyeol sempat mengenyitkan matanya pada Eunji.
********************************************************************************************************************
IU bersandar di sebatang pokok sambil mengelap air matanya. IU malu untuk menangis di hadapan orang dan dia sendiri tidak pasti mengapa dia perlu menangis hanya kerana Kiki tidak menceritakan hal sebenar bahawa dia adalah Putera Kikwang.
Kikwang : kalau sebab saya berubah jadi Putera Kiki buat awak nangis saya rela jadi serigala sampai bila2.
IU yang terkejut tiba-tiba Putera Kikwang muncul pantas menyapu air matanya. Putera Kikwang duduk disebelah IU. IU segera memalingkan mukanya memandang tempat lain.
Kikwang : awak taknak kawan dengan saya dah ke?
IU langsung tidak bersuara dan menjawab soalan Putera Kikwang.
Kikwang : dah nak malam ni. Bahaya duduk sini, jom lah balik.
IU : tuanku balik lah dulu. Saya dah biasa dengan keadaan disini. Tempat macam ni mungkin tak sesuai untuk tuanku. Maaflah selama ni kurang sopan bercakap dengan tuanku. Baliklah.
Kikwang : dari dulu saya selalu rasa semua perempuan hanya nak ambik kesempatan pada saya dan adik-beradik saya kerana kami ni anak raja. Tapi saya dah jumpa orang yang boleh terima saya walau macam mana pun keadaan saya.
IU : baguslah tu.
IU segera bangun dari tempat duduknya dan berjalan seorang diri. Putera Kikwang mengekori IU dari belakang. IU memberhentikan langkahnya.
IU : pulanglah tuanku.
Kikwang : taknak! Saya Putera Kikwang mengarahkan kamu untuk ikut beta pulang sekarang jugak.
IU : kalau saya taknak?
Kikwang : beta hukum kamu, kahwin dengan beta!
IU mengerutkan dahinya.
Kikwang : cakaplah taknak.
IU : kalau nak?
Kikwang : errr beta hukum jadi permaisuri beta!
IU : errr. Kalau due2 taknak?
Kikwang : hmmmm beta hukum, hukuman due2 sekali akan dikenakan.
IU tergelak kecil pada awalnya dan akhirnya ketawa terbahak-bahak. Putera Kikwang pelik melihat IU mentertawakannya.
Kikwang : saya buat lawak ke?
IU : sangat lawak. Awak jangan ingat awak putera raja saya akan ikut apa sahaja yang awak arahkan.
IU terus berlalu meninggalkan Putera Kikwang. Putera Kikwang mengejar IU.
Kikwang : awak tak suka saya ke?
IU : saya benci penipu!
Kikwang : saya takde niat nak tipu. Saya cuma taknak awak layan saya baik sebab awak taw saya ni anak raja. Terima kasih la sebab teman saya sepanjang beberapa hari ni. Terima kasih sebab percayakan saya yang saya takkan apa-apa kan awak. Terima kasih sebab tunaikan janji awak nak tolong saya cari penawar. Saya harap awak boleh maafkan saya.
Putera Kikwang terus memeluk IU.
Kikwang : jangan tinggalkan saya. saya sakit kalau takde awak. Awak penawar saya sebenarnye.
********************************************************************************************************************
Hari ini merupakan hari paling bersejarah dalam Kerajaan Bexonior apabila ketiga-tiga putera Raja Jang hyuk dan Permaisuri Boa akan melansungkan majlis perkahwinan mereka serentak. Raja Jang hyuk dan Permaisuri Boa tersenyum gembira apabila putera-putera mereka akhirnya bertemu dengan gadis pilihan hati masing-masing. Seluruh rakyat Kerajaan Bexonior hadir membanjiri dan memeriahkan lagi majlis.
Pengerusi majlis : hari ini kita akan saksikan perkahwinan ketiga-tiga putera Raja Jang hyuk dan Permaisuri Boa. Pasangan yang pertama, putera yang berjiwa rakyat bersama puteri snow whitenya, Putera Kyuhyun dan Puteri Juniel.
Putera kyuhyun dan Puteri Juniel masuk beriringan dengan wajah malu kemerah-merahan dan disambut meriah oleh semua tetamu yang hadir.
Pengerusi majlis : pasangan yang kedua, puteri yang cantik bersama putera yang bertubuh sasa, beauty and the beast. Dipersilakan Putera Kikwang dan Puteri IU.
Putera Kikwang dan Puteri IU masuk beriringan sambil tersenyum kepada semua tetamu yang hadir. Putera Kikwang sempat mencucuk pinggang IU. IU yang terkejut menjeling Putera Kikwang dan Putera Kikwang terus tersenyum pada semua tetamu dan berpura-pura tidak menyedari Puteri IU sedang menjelingnya.
Pengerusi majlis : pasangan yang terakhir, putera kegilaan ramai bersama cinderellanya, Putera Chanyeol dan Puteri Eunji.
Mereka juga masuk beriringan. Puteri Eunji cuba terseyum pada semua rakyat yang hadir manakala Putera Chanyeol hanya memandang wajah Puteri Eunji. Apabila Puteri Eunji terpandang Putera Chanyeol, Putera Chanyeol mengenyitkan matanya.
Jang hyuk : beta rasa berbangga hari ini kerana ketiga-tiga putera beta telah mempunyai teman hidup masing2. Beta juga telah berfikir masak2 dan beta akan menyerahkan takhta beta kepada Putera Kyuhyun mulai hari ini.
Boa : saya juga rasa bertuah kerana mempunyai putera-putera yang baik hati seperti mereka. Saya juga amatlah berbangga kerana dapat melihat putera-putera saya berkahwin. Bonda harap kalian semua akan berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Putera Kyuhyun tersenyum bahagia kerana dapat membanggakan ayahanda dan ibundanya lalu mencium pipi Puteri Juniel. Putera Chanyeol yang tidak mahu kalah juga mahu mencium puterinya, Puteri Eunji. Manakala Putera Kikwang pula sengaja mencubit pipi Puteri IU dengan kuat sehingga merah. Puteri IU yang geram berpura-pura tersenyum dihadapan orang ramai tetapi tangannya di belakang mencubit pinggang Putera Kikwang. Yuri dan Yoona yang turut hadir di majlis tersebut masing-masing menangis kerana bengang dan marah melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah adik-berdik tirinya.
THE END ^_^
Thanks for reading :)