|
Complicated Love Story ep 10
Saturday, 22 December 2012 | 05:35 | 0 c r e e p e r
ini adalah sambungan complicated love story ep 9 <-- click untuk ep 9
di sekolah
sungjong dan yoona yang kini sememangnye akan datang ke sekolah bersama-sama berjalan menuju ke kelas masing-masing. sungjong : yuyu, rehat nanti tunggu jojo okay. yoona : mestilah. semalam tu yuyu lapar sangatlah tu yang yuyu pergi makan dulu. sungjong : lain kali jangan buat macam tu dah. jojo bosan makan takde yuyu. yoona : alololo yelah sayang. eh yuyu dah lambat ni. jumpe rehat nanti. annyeong. sungjong : okay sayang. annyeong. sungjong melambai pada yoona dan yoona membalasnya.begitu kehidupan mereka setelah bergelar pasangan kekasih. yoona tidak lagi mengacau mana-mana lelaki sesuka hati dan sungjong juga tidak perlu bersusah payah lagi menarik perhatian yoona seperti dahulu. sungjong yang ingin berjalan ke kelasnya terdengar suara L memanggil namanya. sungjong memandang kearah L yang sedang berlari anak menuju kepadanya. L : woi, awal sampai. sungjong : yelah, yoona ade kelas awal hari ni. L : wahhh sejak dah dapat yoona ni aku pon kau lupe kan? huh, ape punye bff. sungjong : haha mane ade aku lupe kau. kau tu cepat2 lah cari gf. takkan nak harapkan aku je jage kau. L : ceit. bile mase pulak kau jage aku? menipu tak beragak. woohyun : hoi korang!! gosip tak ajak aku.. woohyun yang baru datang terus menjerkah kawan-kawan baiknya itu. sungjong yang terkejut dengan sergahan woohyun mengurut dadanya sambil menjeling pada woohyun. sungjong : sehari tak buat jantung lemah kau tak boleh kan? woohyun : haha relax lah. aku tengok korang cite muke semangat je. nak taw jugak ape. L : sebok lah kau. aku baru nak start cerita kau datang. woohyun : haaa! baguslah tu. cepat la nak dengar jugak. L : aku kan, jumpe sorang pompuan ni taw. and aku tak taw macam mane aku nak gambarkan ape yang aku rasa setiap kali aku jumpe die. sungjong : kau fall in love dengan die? woohyun : tahniah!! akhirnya kau ade perasaan jugak. selama ni aku fikir kau gay. haha. L yang bengang di katakan gay oleh woohyun menumbuk perut woohyun. woohyun : adoii.. sakitlah gile. L : padan muke kau. mulut takde insurans. sungjong : hahaha kalau aku pon aku tumbuk muke kau sekali. woohyun : diamlah kau.. jojo!!! eyukkk. gedik! sungjong : ahh kau jeles lah tu, makwe kau tak panggil kau manje2 macam yuyu aku kan kan. L : die bukannye ade gf pon. sojin taknak kat die lah. hahaha. sungjong : eh sambung lah cerita kau pasal perempuan tu. L pun menceritakan kesemua tentang pertemuannya dengan hyorin. sungjong mendengar dengan penuh minat manakala woohyun mendengar sambil menggososk-gosok perutnya yang masih lagi sakit akibat ditumbuk oleh L. woohyun : cantik tak perempuan tu? L : mestilah. macam bunga2 yang die jual jugak. sungjong : wahhh. kau tackle lah die cepat2 sikit. kang melepas pulak macam ade sorang budak tu kan. dulu ade depan mata tak reti hargai. dah terlepas sebok je nak merayu balik. haha. woohyun : kau cari gaduh dengan aku ke? sungjong : taklah dengan makcik sapu sampah tu. woohyun yang geram diperli oleh sungjong segera mengepit kepala sungjong dengan lengannya. L hanya melihat sambil ketawa melihat perangai kawan-kawannya yang suka bergurau kasar itu. sungjong : lepaslah weh! rosak rambut aku! woohyun : janji dulu kau takkan kutuk2 aku dah! sungjong : yelah!! serabai rambut aku kang! malulah nak jumpe yoona time rehat nanti! woohyun yang ternampak sojin sedang berjalan bersama minhwan segera melepaskan kepala sungjong dan terus berlari ke arah sojin. sungjong : eeee hancur rambut aku! mane die pergi? L : tu haaa.. dah nampak sojin baru die nak lepaskan kau. takpe2 nanti time balik kau rosakkan rambut die pulak. sojin yang mendengar woohyun memanggil namanya terus mematikan langkahnya. minhwan yang memahami terus meninggalkan mereka berdua. woohyun : morning. sojin : morning. woohyun yang tiba-tiba gugup apabila berdepan dengan sojin menggaru-garukan kepalanya dan berfikir untuk berkata sesuatu di hadapan sojin. sojin : why? woohyun : hmmm awak, aaaaammm.. aihhh.. sojin : hmmmm ammmm aihhh?? ape tu? woohyun : no no! free malam ni? sojin : entah la why? woohyun : i treat u dinner tonight can? sojin : haa? tengoklah. woohyun : okay. anything call me yaa. i wait for u. see ya. sojin : yelah. woohyun yang gembira kerana kini dia sudah dilayan baik oleh sojin berlari menuju kekelasnya sambil tersenyum seorang diri. di rumah iu boa yang baru pulang dari tempat kerjanya pantas menuju ke kamarnya. boa seperti tergesa-gesa sehingga terlanggar gi kwang ketika menaiki tangga untuk ke bilik tidurnya. gi kwang : mummy! kalau gi kwang jatuh mati sia-sia je. boa : sorry2. mummy nak cepat sebenarnye. muke boa yang kelihatan cemas menyebabkan gi kwang mencurigainya. gi kwang perlahan-lahan mengekori boa. kebetulan boa yang terlupa menutup pintu biliknya memudahkan gi kwang untuk memerhati tindakannya itu. gi kwang melihat boa mengeluarkan satu bungkusan kecil dari tas tangannya dan terus menyimpannya di dalam laci di meja soleknya. gi kwang yang takut di lihat oleh boa segera turun semula ke bawah setelah mengetahui apa yang telah dilakukan oleh boa. eunji yang baru lalu di hadapan kamar boa disapa oleh boa. boa : eunji! eunji : ye mummy? boa : pergi mane? eunji : nak keluar kejap jumpe kawan. boa : bile eunji nak balik amerika? taecyeon tak marah eunji tinggal die lame2 kat sane? nanti die cari orang lain baru taw. eunji yang malas untuk menyentuh mengenai taecyeon segera menukar cerita. eunji : semalam kenape mummy tak balik langsung? risau eunji. boa : ahhh mummy tertidur kat office. penat sangat. btw kalau nak balik amerika nanti make sure jangan tertinggal flight macam haritu lagi okay. eunji hanya mengangguk. eunji yang menipu tertinggal kapal terbang ketika ke tandas pada boa sebagai alasan kerana tidak mahu boa menyoal lebih banyak terus meninggalkan boa dan menuruni anak tangga untuk keluar. di taman rekreaksi dongwoon, eunji dan mikio berjalan bertiga disitu sambil menghirup udara segar. mikio yang berada di tengah-tengah antara eunji dan dongwoon memegang tangan mereka berdua. mikio yang terlihat gerai yang menjual aiskrim segera meminta dongwoon membelikannya. mikio : appa! nak aiskrim tu. dongwoon : alaaa, mikio ni hari2 makan aiskrim. nanti kene kencing manis barutaw. mikio : tapi mikio suke aiskrim tu lah. eunji : takpe2 biar aunty belikan. mikio : yeay!! dongwoon : eh eh awak ni. layan sangatla perangai mikio ni. eunji : biarlah. awak dulu pon time kecik2 dulu hari2 makan aiskrim jugak lah huh. dongwoon : mane ade. mikio jangan dengar cakap aunty ni die tipu je tu. eunji : lalalala.. mikio percaye cakap aunty ke appa? miko : hmmm sebab aunty belanje mikio jadi mikio percaye aunty lah. eunji : hahaha mikio tak percaye awak. dongwoon memuncungkan mulutnya tanda merajuk dan merenung tajam anaknya mikio kerana menyebelahi eunji. mikio mengalihkan pandangannya dari dongwoon kerana takut direnung sebegitu. eunji segera membeli aiskrim untuk mikio, dongwoon dan dirinya juga. eunji menghulurkan aiskrim pada dongwoon yang masih lagi berpura-pura merajuk. eunji : nak ke tak ni aiskrim ni? kang saya bagi mikio je. dongwoon : taknak ah. saya bukan suke aiskrim pon lah. eunji : elehhh. ye ye je. cepatlah kang saya makan. satu... dua... tiga... aaaaaaa.. dongwoon : eh eh! bak sinilah. tak elok kalau awak manis banyak2. biar saya tolong makan sikit. hehe. eunji : taw pon nak. jual mahal sangat. dongwoon : mestilah. kalau jual murah kang semua orang nak beli saya. melepaslah awak. eunji : eee perasan. mikio tengok appa mikio ni. die memang kuat perasan yeh? mikio : a'ah. kat rumah kan aunty, die suke cakap "appa lah lelaki paling kacak sekali kan".. dongwoon segera menutup mulut mikio. eunji tergelak dengan tindakan dongwoon itu. dongwoon : hmmm eunji, alaaa awak taw la budak2 kan suke buat cerita. so, takyah caye sangatlah si mikio ni eh. eunji : yeke? bukan budak2 tak pandai menipu huh? mikio : appa jugak pernah cakap aunty cantik. eunji mengangkat keningnya pada dongwoon sebagai tanda inginkan kepastian. dongwoon tersenyum sambil menyembunyikan wajahnya yang sudah kemerah-merahan. dongwoon : eh mikio nak makan kat mana tadi? dongwoon cuba mengubah topik perbualan mereka. mikio : haaa? mane ade mikio kate nak makan. eunji : saya nak makan. dongwoon : ouh ya? nak makan ape? eunji : nak makan awak boleh? geram tengok awak hahaha. dongwoon : eeee teruknye awak ni. ape cakap depan budak kecik macam tu. ish ish. eunji : eh ape yang teruknye? saye cakap betulla. geram tengok muke awak yang suke alih2 topik tu. ehem2, can we back to the topic? dongwoon : what?! eunji : suke buat2 tak faham. malasla nak cakap. jom mikio. kita jalan2 kat sane. dongwoon : eh eh okay2. yeee saye cakap awak cantik, comel, baik. puas? eunji : huh? awak cakap dengan siape? kite kenal ke? dongwoon : awak!!! jangan la buat saye macam ni. dongwoon pantas mengejar eunji dan mikio yang sudah meninggalkannya di belakang. dongwoon menghentak-hentakkan kakinya seperti anak kecil apabila eunji tidak melayannya. eunji : eeee malu la buat perangai macam tu. dongwoon : taw pon. sape suruh tinggal saye. eunji : sape suruh awak gedik. dongwoon : sape suruh awak mengade. mikio : appa, aunty, mikio lapar la. mendengar suara mikio membuatkan mereka terdiam kerana mereka sudah terlupe tentang mikio apabila mereka sudah mule bertengkar. dongwoon : eh. ye ye nak gi makan la ni.. dongwoon dan eunji memberikan senyuman di hadapan mikio. tetapi di belakang mikio mereka menampar-nampar antara satu sama lain sambil berjalan. di rumah sojin sojin mundar mandir di dalam biliknya seorang diri. sojin tidak tahu sama ada dia patut menerima pelawaan woohyun mengajaknya keluar untuk makan malam atau tidak. sojin bermain-main dengan telefon bimbitnya dan mencari nombor telefon woohyun. sojin teragak-agak untuk menekan butang panggil untuk menelefon woohyun. sojin meletakkan telefonnya di telinga dan menunggu woohyun menyambut panggilannya. woohyun : annyeonghasaeyo. sojin : err annyeong.. woohyun : ye sojin. sojin : hmmm yang pasal malam ni tu kan.. woohyun : sojin tak nak pergi eh? its okay. saye tak pakse pon. sojin : eh tak! saye nak. hee. woohyun : seriusly? sojin : haha yeah. pick me yaa. woohyun : sure. cube tengok luar tingkap awak. sojin : huh? why? sojin segera melihat keluar tingkap biliknya. di luar pagar rumahnya, woohyun sudah berada disitu bersama motorsikal kesayangannya itu. sojin tergelak kecil melihat woohyun yang sudah berada disitu bersama dua topi keledar yang sudah semesti salah satu untuk dirinya. sojin menyambung semula perbualan mereka di telefon. sojin : hahaha cepatnye awak sampai. woohyun : sebelum awak call tadi lagi dah standby tunggu sini hee kalau awak tak setuju baru nak bla. eh cepat la gi siap. sojin : ahhh okay2 kejap. sojin terus mematikan panggilannya. sojin segera bersiap dan kemudian keluar menuju ke arah woohyun yang tersenyum memandangnya. tanpa dijangka hongki juga tiba-tiba muncul disitu. kedatangan hongki memeranjatkan sojin dan woohyun. hongki juga tidak menyangka yang woohyun akan berada disitu. sojin : awak kenape datang rumah saye malam2 ni hongki? hongki : emmmm.. sebenarnye saye ade bende nak cakap. btw awak nak keluar ke? sojin : ouh ya.saye nak keluar dengan woohyun. awak nak cakap ape? hongki : ahhh tak penting pon its okay. saye balik dulu. woohyun, jage sojin baik2. hongki terus berlalu begitu sahaja tanpa memberitahu terlebih dahulu apa yang ingin dikatakannya pada sojin. keesokkannya di rumah ft-island minhwan yang terkejut dengan email yang diperolehinya dari seseorang menjerit kegembiraan lalu memanggil kawan-kawannya yang lain untuk berkongsi kegembiraan itu bersama-sama. minhwan : weh hongki!!! jaejin!! jonghoon!! senghyun!! tengok sini!!! mereka semua yang terkejut apabila minhwan menjerit memanggil nama mereka bergegas kearahnya. jaejin : asal kau?!! minhwan : tengok2!! cube bace! mereka semua pun menumpukan perhatian pada skrin laptop minhwan. mereka semua membaca email yang diterima oleh minhwan dengan teliti. selepas habis mereka membacanya, mereka saling berpandangan sesama sendiri dan kemudian.... mereka semua menjerit yeay!!!!!! jonghoon : hahaha tak sangka aku!! minhwan : itulah pasal. aku pon tak sangka. jaejin : maknanya dia ni ada time kita wat show haritu eh? sebab die tulis kat sini "saya berminat nak jadikan anda semua band di bawah naungan syarikat F&C music selepas melihat persembahan anda semua tempoh hari kerana saya dapat melihat bakat anda semua"hahaha. tak perasan pon die ade kan kan. seunghyun : so how now? bile kite nak bagi jawapan kat dorang ni? minhwan : hmmm dorang tulis kat sini kalau boleh secepat mungkin lah kan. aku okay je. kau hongki? asal diam dari tadi? selalu kau kecoh sangat. hongki : aku okay je. aku mestilah suke sebab ni lah impian kite dari dulu kan. cume aku tengah frust sikit ah. minhwan : laaa asal? bukan nak cerita dari tadi. di amerika iu memandang wajahnya di cermin di meja solek sambil bermain-main dengan rambutnya. iu telah memotong rambutnya sama seperti rambut thunder. dari cermin itu juga iu melihat suzy datang untuk menghampirinya. suzy tersenyum memandang iu lalu memeluknya dari belakang dan menongkat dagunya di bahu iu. suzy : iu. kita keluar nak harini? saya belanje awak makan eh? awak cakap je awak nak makan ape. iu tetap seperti tadi bermain-main dengan rambutnya tanpa memberikan sebarang reaksi dengan ajakan suzy itu. suzy sedikit kecewa namun dia tetap tidak berputus asa untuk memujuk iu agar kembali ceria seperti dulu. suzy : comellah awak potong rambut pendek. dah bosan rambut panjang ye? sekali lagi pertanyaan suzy tidak diendahkan oleh iu. angin dari luar memasuki corong-corong tingkap bilik iu yang terbuka. anginmenampar lembut wajah iu dan suzy. iu segera memejamkan matanya dan menikmati angin yang lalu kerana dia masih mengingati kata-kata thunder bahawa apabila dia tiada lagi dialah angin yang berada disekeliling iu. iu perlahan-lahan meleraikan pelukan suzy dan bingkas bangun dari tempat duduknya. iu terus keluar untuk merasai angin yang dia sudah anggap seperti thunder dengan lebih dekat. suzy hanya membiarkan sahaja iu melakukan apa yang diingininya. hoya menghampiri suzy yang menjadi pemerhati iu dari tadi. hoya : die still taknak bercakap? suzy hanya mengangguk kecewa. hoya menggosok bahu suzy sambil tersenyum. hoya : takpelah. awak dah cube yang terbaek. maybe die tak dapat terima kenyataan lagi kot. lame2 nanti okay la tu. suzy : yeah i hope so. saye sedih tengok die macam tu. tiba-tiba suzy menjadi sebak dan menitiskan air matanya. lalu hoya menarik suzy untuk menangis di bahunya. suzy : aloooo dah basah baju awak. sorry2. hoya : eh its okay. memang saye beli baju ni untuk awak basahkan pon. hahaha. suzy menampar manja bahu hoya sambil mengesat air matanya. tiba-tiba iu berjalan ke arah mereka. suzy : are u okay iu? iu menggelengkan kepalanya lalu memeluk suzy. iu merasakan suzy dihadapannya kini seperti sojin yang sentiasa ada disisinya ketika senang atau susah. iu : i miss sojin. suzy tekedu mendengar iu bersuara. suzy memandang hoya dengan wajah gembira. suzy : sojin? siapa dia tu? iu : she's my bff. i miss minhwan, hongki, jaejin, seunghyun n jonghoon. suzy : ouh takpe2. nanti kita jumpe diorang okay. iu hanya mengangguk. di korea di rumah iu gi kwang yang mempunyai perasaan ingin tahu tentang apakah barang yang disimpan oleh boa secara tergesa-gesa itu pon memasuki bilik boa ketika boa sudah keluar ke pejabatnya. gi kwang membuka laci tempat penyimpanan bungkusan tersebut. gi kwang tersenyum apabila bungkusan itu tidak susah dicari. gi kwang segera mengambilnya lalu dibuka bungkusan itu dengan berhati-hati. gi kwang pon mengeluarkan barang yang berada dalam bungkusan itu. gi kwang : lah gambar rupenya. gambar itu dalam kedudukan terbalik lalu gi kwang mengalihkan kedudukan gambar tersebut. gi kwang : oh my GOD!! gi kwang terlepas kesemua gambar yang dipegangnya itu setelah mengetahui gambar apa sebenarnye yang berada dalam bungkusan itu. persoalannya: gambar siapakah yang berada di dalam bungkusan itu? mengapakah boa kelihatan cemas ketika menyimpan bungkusan itu? apakah yang ingin dikatakan oleh hongki kepada sojin? sampai bilakah iu akan terus berubah menjadi pendiam seperti itu? sampai bilakah eunji akan menyembunyikan kebenaran hubungannya bersama taecyeon sudah musnah daripada boa? nantikan sambungannya di complicated love story ep 11 thanks for reading :) |