|
Complicated Love Story ep 12
Saturday, 22 December 2012 | 05:46 | 0 c r e e p e r
ini adalah sambungan complicated love story ep 11 <--click untuk ep 11
malam masih muda namun kebanyakannya dari mereka sudah lena dibuai mimpi. mungkin kerana penat akibat perjalanan yang jauh dari korea ke amerika dan sepanjang hari mereka tidak dapat berehat kerana ingin menyelesaikan juga masalah tentang iu. iu mengintai mereka semua dari kamarnya. disebabkan bilik yang tidak mencukupi, mereka semua hanya tidur di ruang tamu. hongki sudah lelap sambil berbaring disebelah jonghoon. jaejin kelihatan sedang rancak berbual bersama hara sambil ketawa. eunji yang kelihatan cukup penat sudah terlena dibahu dongwoon yang juga sudah tertidur sambil menyandar di dinding. seunghyun nampak serius berborak bersama namjoo. gain sudah terlena sambil bersandar di atas sofa manakala dujun pula tertidur di riba gain. sung jong dan yoona kelihatan seronok bermain dengan kamera mereka sambil ketawa. woohyun yang masih lagi berjaga berborak dengan onew sambil mengusap lembut rambut sojin yang tidur di ribanya. gi kwang juga kelihatan berborak bersama eunjung yang belum lagi dikenali oleh iu namun iu perasan tentang eunjung yang berseragam polis di balai polis siang tadi. iu mengagak bahawa eunjung adalah kenalan gi kwang. cuma hyorin sahaja kelihatan masih bersedih sambil memeluk tubuh di hadapan pintu namun L tetap menjadi peneman setianya. suzy, hoya, ricky dan rakan-rakan yang lain pasti sudah nyenyak dibuai mimpi di bilik tidur masing-masing namun iu masih lagi tidak dapat melelapkan matanya. iu perlahan-lahan menyusup keluar dari biliknya dan ke arah dapur sebelum menghilangkan diri dalam kegelapan malam seorang diri perlahan-lahan kerana bimbang dia akan menganggu orang lain.
L : sudah la awak. saya dah la tak pandai pujuk orang. saya risau la tengok awak macam ni. L masih belum berputus asa untuk memujuk hyorin. hyorin : awak takkan faham perasaan saya. dia satu2nya keluarga saya. dia je yang saye ade. lepas ni saya tak taw la macam mane hidup saya. L : saya kan ade. jangan la cakap macam tu. hyorin : tapi.. belum sempat hyorin menghabiskan ayatnya, L segera memeluk hyorin lalu menepuk perlahan belakangnya. L : saya janji yang saya takkan tinggal awak macam dia okay. namjoo dan seunghyun yang dari tadi bercerita mengenai hyorin dan abangnya, lee joon memerhati tindakan L dan hyorin. seunghyun : kesian die kan. namjoo : yeah. die sendiri pon tak taw abang die tu selama ni buat kerja macam tu. die terkejut time abang die kene tangkap semalam. senghyun : yela, kalau saya kat tempat die pon saya terkejut terus pengsan tahu. namjoo : ecehh over pulak die. orang terkejut je die nak pengsan sekali. senghyun : eh eh biarla. jeles pulak die orang nak pengsan. huh. senghyun memuncungkan mulutnya sambil berpura-pura merajuk. namjoo : alooo cakap sikit nak merajuk. gedik! dah la nak tidur. senghyun : siapa gedik? awak la gedik. saya pon nak tidur jugak hehe. namjoo : sana sikit la, sebok je menyempit dekat saya. seunghyun : suke hati la. tak kira, nak tidur sini jugak. yoona dan sungjong sejak dari tadi seronok menangkap gambar melihat kembali gambar-gambar mereka berdua. yoona : ahh comelnye yuyu. sungjong : memang pon. tapi jojo lagi comel. yoona : eh mane ade, yuyu lagi comellah. sungjong : eh degil pulak yuyu ni, dengar cakap jojo. kalau jojo kata jojo yang lagi comel maknanya jojo la. haha yoona : mane boleh! sungjong : siapa kata tak boleh? yoona : yuyu kata. sungjong : tapi kene dengar kata jojo bukan yuyu so, boleh. yoona : yelaa. yoona mengalihkan kedudukannya. yoona membelakangkan sungjong kerana malas lagi untuk bertengkar. sungjong tergelak sambil menutup mulut kerana tidak mahu didengari yoona yang dia sedang ketawa kerana yoona merajuk hanya disebabkan perkara kecil. sungjong memanjangkan tangannya lalu menangkap gambar gambar yoona secara curi. yoona : hey, ape ni? sungjong : hahaha. buruknye rupa yuyu merajuk eh? baru jojo nampak. yoona : eee delete la gambar tu. bak sini yuyu delete. sungjong : tak boleh. jojo nak simpan. nanti time bad mood kalau tengok gambar ni mesti tergelak haha. yoona : eee jahat taw jojo ni. di luar iu yang berjalan seorang diri akhirnya sampai di atas bumbung di mana tempat dia dan thunder suka luangkan masa bersama. angin yang bertiup agak kuat di atas itu terasa dingin sekali. namun iu tidak mengendahkannya. setelah beberapa minit iu berdiri kaku di atas bumbung itu sambil memerhati pemandangan malas dari atas, akhirnya dia mengalah dengan kesejukan malam itu. iu perlahan-lahan memeluk tubuhnya. tiba-tiba iu terasa seperti ada sesuatu yang hinggap di atas bahunya. iu segera menepis lalu menoleh kebelakang. iu : eh awak. minhwan mengutip kembali sweaternya yang jatuh ditepis oleh iu lalu mengibas-ngibaskannya agar tiada habuk yang melekat pada sweater itu dan minhwan sekali lagi menyarungkan sweaternya pada iu. iu hanya membiarkan sahaja tindakan minhwan itu tanpa menyoal. iu : sorry, saya terkejut tadi. minhwan : takpe. memang suke datang sini sorang2 time malam macam ni? bahayalah. iu : sebelum ni berdue. sejak akhir2 ni sorang lah. macam mana awak taw saya kat sini? minhwan : saya nampak awak keluar dari bilik awak, lepas tu awak pergi dapur kan. saya ingat awak nak makan so saya pon ikutlah sebab saya lapar. tapi saya tengok awak keluar sorang2. so sekali lagi saya ikutlah awak sebab saya risau awak keluar sorang2 tengah2 malam ni. iu : ouh sorrylah buat awak risau. tapi saya dah biasa. minhwan perlahan-lahan menghampiri iu. kemudian minhwan merenung wajah iu. iu yang malu ditenung sebegitu mengalihkan pandangannya ke arah lain. minhwan : nak tanya sikit boleh? iu : what? minhwan : kenapa rambut ni panjang sangat? minhwan sengaja menyerabutkan rambut iu dengan tangannya. iu pantas menepis tangan minhwan. iu : ish janganlah. ni style lah. minhwan : style? haha. dah macam lelaki saya tengok. rambut awak lagi pendek dari rambut saya taw. iu : biarlah jeles pulak. minhwan : siapa jeles? cepatlah, nak taw ni kenapa potong rambut? elok2 rambut panjang dulu. iu : saya dah tak berminat dengan lelaki, so saya nak jadi macam lelaki and ngorat perempuan pulak. nak jadi lelaki kene rambut pendek kan? minhwan yang terperanjat dengan kenyataan iu segera menamparnya. iu membulatkan matanya sambil menggosok pipinya kerana terkejut ditampar oleh minhwan. iu : whats wrong with you? minhwan : langsung tak kelakar okay alasan awak tu. penat2 saya tunggu awak even saya taw awak dah ade orang lain punye sebab saya selalu ingatkan diri saya yang manusia just merancang tapi God yang tentukan. so saya tetap yakinkan diri saya selagi awak belum marry with thunder, i still have a chance. now sedap2 je awak nak cakap awak nak jadi lelaki and ngorat perempuan?! are u crazy?! iu tergamam mendengar minhwan membebel panjang sambil mengaku menyukai dirinya. tiba-tiba iu tergelak. iu : relax lah. saya baru nak cakap yang saya gurau je. tapi awak ni kelam kabut lah. siap sepak saya lagi tu. kalau perlahan takpe. saya baru ingat nak main2, tak sangka yang awak ni serius lebih hari ni. minhwan : awak main2 je? serius? iu : yelaa. ish ish. ingat saya gila ke nak bercinta dengan kaum sejenis. minhwan yang malu dengan tindakan melulunya menunndukkan wajahnya. minhwan : alooo siapa suruh main2 macam tu. sorry la. meh sini saya tengok mana sakit? minhwan merapati iu lalu merapatkan wajahnya pada pipi iu yang telah ditamparnya. minhwan meniup perlahan pipi iu sambil menggosoknya dengan ibu jarinya. iu yang tidak dapat bergerak akibat wajahnya terlalu hampir dengan minhwan tersenyum sendiri kerana dia berasa lucu dengan keadaan seperti itu. minhwan yang perasan iu tersenyum segera memberhentikan tindakannya. minhwan : yaa! ape senyum2?nak amik kesempatan kat saya ye? iu : hey! bile mase pulak? minhwan : dah tu senyum sorang2 kenape? suke la tu saya dekat dengan die. iu : eeeee perasan! iu menjelirkan lidahnya sambil menjeling pada minhwan. minhwan yang sengaja berpura-pura marah memegang muka iu dengan kedua-due belah tangannya lalu berlawan mata dengan iu. minhwan : this time, kalau awak alihkan pandangan awak lagi maknanya awak penakut. iu : elehhh. saya tak takut dengan awaklah! iu yang bengang dengan kata-kata minhwan itu memuncungkan mulutnya. tiba-tiba minhwan melepaskan pegangannya dan berundur beberapa tapak kebelakang. minhwan : see! iu : what?! minhwan : awak nak ambil kesempatan lagi kat saya. minhwan berpura-pura takut sambil menutup mulutnya. iu yang tidak memahami maksud sebenar minhwan membulatkan matanya. minhwan : mentang2 la muka saya dekat dengan awak, awak sengaja muncungkan mulutkan? nak kiss saya la tu. iu : OMG!! kenapalah perasan sangat awak ni? sudahlah malas layan awak. iu terus berpaling dari minhwan dan berjalan beberapa tapak kehadapan sambil memandang pemandangan malam.angin yang semakin terasa meniup, memeluk tubuh sesiapa sahaja disitu. iu memejamkan matanya. minhwan yang memikirkan iu merajuk dengannya segera menghampiri iu. minhwan : hey, marah ke? sorry lah. saya gurau2 je. lama tak tengok muka awak marah. jangan la take serius ya? iu : diamlah. i wanna talk to the air rite now. minhwan : huh? buat lawak ke nak cakap dengan angin? iu tidak menjawab pertanyaan minhwan tetapi iu segera membuka kembali matanya sambil memandang ke arah minhwan lalu tersenyum. iu : wanna know something? minhwan : what? iu : sinilah tempat saya selalu habiskan masa dengan thunder. kat sini lah kitorang suka cerita macam2. kat sinilah tempat last saya nampak die. kat sinilah tempat last saya dengar die cakap dia sayang saya. kat sinilah tempat die hembuskan nafas die yang terakhir dalam pangkuan saya. terlampau banyak kenangan kitorang dekat sini. sebab tu saya suke datang sini. minhwan : ouhh. depan mata awak die kene.. minhwan tidak berani menyebut perkataan "bunuh" kerana takut ia akan mengguris perasaan iu. tetapi iu yang memahami segera mengangguk. iu : sebelum die pergi die ade cakap pasal awak. minhwan : saya?! iu : yeah. die kate awak sayang saya macam die sayang saya. haha. merepek je die tu. dia jugak cakap kalau dia dah takde one day, dia nak amanahkan awak untuk jaga saya. minhwan : ouh kalau macam tu, come here. minhwan menarik iu dekat dengannya. minhwan meletakkan kedua-dua belah tangannya pada bahu iu. iu : why? minhwan : saya dah diamanahkan untuk jaga awak. so, awak tak boleh jauh dari saya okay. and paling utama, follow me go back to korea. keesokannya suzy sibuk mencuci pinggan mangkuk yang digunakan mereka semua semasa bersarapan pagi tadi dibantu oleh hoya. suzy : awak rasakan, iu ikut dorang balik ke tak nanti? hoya : entahlah. maybe ikut kot. sebab die datang sini dulu pon sebab thunder. now thunder dah takde kan. suzy : kesian korang. hilang due ahli group dalam satu masa lah nanti. hoya : takpelah. yang penting awak ada. suzy : what? hoya yang sengaja bercakap dengan nada perlahan mengharapkan suzy tidak mendengar kata-katanya itu. hoya sengaja membuat muka seperti dia tidak memahami apa-apa. hoya : huh?kenapa? suzy : ulang ayat awak tadi. hoya : mane ade sayacakap apa-apa. suzy : ade tadi. hoya : mane ade lah! hoya yang tersipu malu sengaja membaling air sabun pada suzy. suzy : hey, ape ni? nah ambik ni!!! suzy lebih teruk membaling air pada hoya. akhirnya mereka berdua berhenti membasuh pinggan tetapi bermain dengan air sabun. mereka yang lain berada di ruang tamu membuat hal masing-masing. hyorin yang duduk di lantai sambil memeluk lututnya merenung jauh ke luar. L datang ke arahnya membawa makanan dan minuman padanya. L : nah ni roti bakar dengan hot chocolate. makan la sikit. dari semalam awak tak makan. hyorin langsung tidak membalas kata-kata L apatah lagi menoleh ke arahnya.hyorin tetap kaku seperti asal kedudukannya. L : i dunno what can i do for make u smile. tapi at least please la makan. okay, i will not disturb u. take yur time. i hope bila saya datang balik sini, awak dah sentuh sikit makanan n minuman tu. L berlalu meninggalkan hyorin dengan wajah hampa. gain yang sudah berkemas barangnya bersama dujun harus bertolak segera kerana gain masih sibuk menguruskan syarikat mummynya bersama dujun di situ. gain : okaylah korang. gain nak kene gi pejabat dah. banyak kerja tak siap lagi tu. malam kang datangla rumah gain yeh. suruh eunji or iu bawakkan. eunji : orite unnie. dujun : eunji, tengok2 kan iu tu ye. pape hal call kitorang okay. eunji : arasso. dujun segera memegang tangan isteri tersayangnya gain lalu keluar dari rumah itu sebelum menaiki kereta yang dipandu oleh driver dujun ke pejabat mereka. eunji melambai gain sehingga kereta gainhilang dari pandangannya. dongwoon yang berada di belakangnya mencuit bahu eunji. eunji : yaw. nak ape? dongwoon : nak awak. haha eunji : tak boleh. kene bayar. dongwoon : bluekk tak nak bayar. membazir haha. eh eh, jom la jalan2. bawak saya pergi tempat2 yang awak suke kat sini. eunji : nak ke? dongwoon : iyelah. eunji : okay jom. eunji menarik tangan dongwoon dan terus berjalan keluar. eunji yang sudah biasa dengan jalan-jalan disitu tiada masalah untuk berpusing di sekitar kawasan tersebut. tiba-tiba eunji ternampak seseorang yang sangat dikenalinya sedang berjalan bersama seorang wanita yang tidak dikenali berlawan arah dengannya. eunji cuba mengelak dari bertembung namun terlambat. taecyeon : hello! yaaa, watcha doing here? dengar cerita balik korea. dongwoon yang tidak mengenali taecyeon atau tahu apa-apa mengenai kisah silam antara taecyeon dengan eunji hanya mendiamkan diri dan melihat reaksi mereka berdua. eunji pula hanya menundukkan wajahnya kerana dia tidak sanggup melihat wajah bekas suaminya itu. taecyeon : hahaha, dah tak boleh bercakap ke huh? reaksi eunji tetap sama. dongwoon memandang eunji yang kelihatan berbeza dari tadi namun dongwoon merasakan belum masanya untuk bertanya. eunji mengangkat sedikit mukanya memandang ke arah gadis yang dirangkul oleh taecyeon. perempuan tersebut kelihatan tidak selesa. reaksi perempuan tersebut seperti menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. taecyeon : aku malas layan orang bisu. taecyeon terus berjalan melintasi eunji dan dongwoon. sewaktu mereka melintasi eunji, perempuan tersebut sempat memandang eunji sambil mengerutkan dahinya. eunji yang tidak memahami apa-apa tidak menghiraukan perempuan tersebut namun, yang menarik perhatian eunji apabila ada sehelai kertas yang sudah direnyukkan oleh perempuan tersebut jatuh dari tangannya dihadapan eunji. eunji segera mengutip kertas tersebut lalu membuka renyukan kertas tersebut. eunji dan dongwoon terkejut apabila terdapat perkataan " please help me!" di kertas itu. persoalannya : siapakah perempuan tersebut? apakah motif kertas tersebut? adakah iu akan pulang ke korea bersama minhwan? apakah maksud sebenar hoya terhadap kata-katanya pada suzy? sampai bilakah hyorin akan terus bersikap begitu? nantikannya di complicated love story ep 13 thanks for reading :) |