nuka nuka ツ



Complicated Love Story ep 3
Monday, 17 December 2012 | 18:26 | 0 c r e e p e r



ni adalah sambungan bagi complicated love story ep 2 <--click untuk ep 2



cikgu toushiro sedang berjalan ingin menuju ke bilik guru.dalam perjalanan, cikgu toushiro terserempak dengan cikgu shiroshi. mereka saling berpandangan. kemudiannya cikgu shiroshi segera meneruskan langkahnya.

cikgu toushiro : shiroshi!

langkah cikgu shiroshi berhenti di situ. dia menoleh semula kearah cikgu toushiro.

cikgu shiroshi : ade ape?
cikgu toushiro : whats wrong with you huh?
cikgu shiroshi : hahh. what? i rasa you yang ada something wrong right!

cikgu shiroshi memberikan senyuman sinis kepada cikgu toushiro dan terus meninggalkannya yang masih tidak memahami maksud sebenar cikgu shiroshi itu. sampai di bilik persendiriannya, cikgu shiroshi melihat minhwan sedang berdiri sambil memeluk tubuh dihadapan biliknya. bunyi tapak kasut cikgu shiroshi membuatkan minhwan menyedari kehadiran cikgu shiroshi di situ. minhwan segera menunduk hormat pada cikgu shiroshi.

cikgu shiroshi : kamu buat ape depan bilik saye ni?
minhwan : emmm saye rase kite patot berbincang.
cikgu shiroshi : masuk bilik saye

tanpa secalit senyuman di bibir cikgu shiroshi, dia segera membuka pintu biliknya dan masuk kedalam. minhwan mengikuti langkahnya, tetapi sebelum itu minhwan sempat menoleh ke arah kawan-kawannya termasuk sojin yang memberi semangat kepadanya untuk menyelesaikan konflik antara cikgu shiroshi dengan iu. minhwan mengangguk tanda memahami dan melemparkan senyuman kepada rakan-rakannya itu dan terus memasuki bilik cikgu shiroshi.

hongki : dah la, jom gi makan. kita tunggu si minan tu kat kantin.
jaejin : makan? jom! hongki belanje.
hongki : hello! ade aku cakap aku nak belanje? sojin je aku belanje hehe.
sojin : yeke? awww saye okay je hee..
seunghyun : dah mule dah dorang ni.
jonghoon : dah la weh aku lapa ni, jom la gi makan.

mereka berlima terus ke kantin dan menunggu minhwan disitu.

di dalam bilik cikgu shiroshi

cikgu shiroshi : ape yang kamu nak berbincang dengan saye?
minhwan : its about iu. saye nak tuntut janji cikgu pada saye.
cikgu shiroshi : hahahaha. janji? ape yang saye janji pade kamu?

minhwan terkejut dengan kata-kata cikgu shiroshi yang seperti tidak mengetahui apa-apa yang dimaksudkannya.

minhwan : cikgu jangan buat2 lupe. cikgu dah janji kalau saye tolong cikgu haritu cikgu tak akan jatuhkan ape2 hukuman lagi pada iu. tapi cikgu tipu saye kan? wae?
cikgu shiroshi : huh! kalau kamu nak bagitahu orang lain pon kamu takde bukti lah. kite cume janji dari mulut and takde hitam putih kan? so, takde siape boleh dakwa saye menipu kamu.
minhwan : tapi cikgu tak boleh buat macam ni! saye dah khianat kepercayaan iu pade saye sebab cikgu tahu!

minhwan mula meninggikan suaranya.

cikgu shiroshi : itu bukan masalah saye. yang menjadi masalah saye sekarang si iu tu! sejak die datang sini macam2 masalah yang die bawa.
minhwan : ape yang die buat? die tak pernah kacau hidup cikgu pun kan?
cikgu shiroshi : tak pernah?! tak pernah kamu cakap?! die adalah pengacau terbesar dalam hidup saye tahu!!!

diluar bilik cikgu shiroshi, onew sedang berjalan melintasi bilik cikgu shiroshi. dia tidak sengaja terdengar suara cikgu shiroshi memarahi minhwan. dia segera memberhentikan langkahnya di hadapan bilik cikgu shiroshi dan memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka.

minhwan : saye masih tak faham ape yang cikgu cube maksudkan.
cikgu shiroshi : kamu tak perlulah nak membela iu tu. die tak sebaik yang kamu sangke. die tu perampas!
minhwan : im still not clear teacher.
cikgu shiroshi : for your information, cikgu toushiro tu my boy. sejak iu datang sini cikgu toushiro tu dah kurang bagi perhatian pada saye. kalau kamu perasan , mereka berdue tu rapat lebih dari seorang guru dengan muridkan? im sure, dorang ade hubungan! arghhhhhhhhhhhhh!

minhwan sangat terkejut dengan pengakuan dan kenyataan cikgu shiroshi. bukan minhwan sahaja malah onew yang sedang mencuri dengar juga sangat terkejut. dia mula merasakan seperti ada kebenaran disebalik tuduhan cikgu shiroshi pada iu kerana dia juga pernah melihat cikgu toushiro sedang memujuk iu. onew yang tidak sanggup lagi untuk mendengar segera meninggalkan kawasan itu.

di kantin

woohyun : siape budak2 yang lepak dengan sojin tu?
sungjong : mane2?
woohyun : punye lah besar dorang tu kau tak nampak ke?
sungjong : ouh oh nampak2 hehe. entah la. aku tak pernah nampak dorang sebelum ni.

woohyun adalah bekas kekasih sojin yang masih menyukai sojin walaupun sudah ada pengganti. die merupakan abang kepada onew dan seorang yang panas baran kerana itu sojin mengambil keputusan untuk meninggalkannya.
dari jauh woohyun ternampak adiknya sedang berjalan seorang diri menuju ke luar pagar.

woohyun : weh onew!!!

onew segera mencari suara yang memanggilnya. woohyun melambai-lambaikan tangannya pada onew. onew mengeluh kerana dia terasa sangat penat untuk berjalan.

onew : ape?
woohyun : sini lah jup. aku nak tanye sikit.
onew : cepatlah. aku nak balik dah ni.
woohyun : ish kecoh betul kau ni. aku nak tanya sikit je. sape yang lepak dengan sojin ramai2 tu?

woohyun menunding jari ke arah mereka. onew segera memandang. kelihatan juga minhwan sedang berjalan menuju ke tempat duduk mereka di sana. melihat sahaja minhwan mengingatkan onew pada kenyataan cikgu shiroshi sebentar tadi. fikirannya terganggu kerana sedikit sebanyak kata-kata itu sudah mempengaruhi mindanya.

woohyun : aku tak sangke pulak aku ade adik bisu.

onew tersentak dengan sindiran woohyun.

onew : tu budak2 baru. apehal kau nak taw? jangan kau nak cakap yang kau still taruh hati kat sojin tu. ingat sikit kat hara. dah lah aku nak balik.

onew terus meninggalkan abangnya. dia tidak mempunyai perasaan untuk melayan karenah abangnya pada saat itu.

sungjong : asal adik kau tu? semacam je aku tengok.
woohyun : entah. kena sampuk kot. biarlah die. ingat aku heran sangat kalau die takde.

tiba-tiba hara mengejutkan woohyun dari belakangnya.

hara : oppa!
woohyun : tak boleh sopan lagi ke?

hara memuncungkan mulutnya tanda merajuk dengan teguran woohyun.

hara : alahh oppa ni, gurau sikit pun tak boleh. huh! oppa, saye lapar lah. jom la makan.
woohyun : kite makan kat luar je lah. oppa malas makan kat kantin tu. bukan sedap sangat pun makanan die.

woohyun cube menyembunyikan perasaan cemburunya melihat sojin bersama lelaki lain. hara hanya menuruti kemahuan woohyun.

woohyun : weh sungjong, taknak ikut ke?
sungjong : taknak ah. aku tunggu L. kitorang balik sekali.
woohyun : yelah tu kau. entah2 nak kacau si yoona tu. ingat aku tak perasan kau usha die dari tadi huh.

sungjong tersipu malu apabila woohyun dapat menghidu perasaan sebenarnya. yoona merupakan pelajar perempuan yang popular disekolah mereka. disebabkan dia di kenali ramai dan di sukai oleh ramai pelajar lelaki, dia menjadi sombong dan memilih untuk berkawan. sungjong sudah lama menaruh hati pada yoona tetapi tidak dilayan oleh yoona.
woohyun telah pun meninggalkan sungjong dan berlalu pergi membawa hara dengan menaiki motorsikalnya. sungjong mengambil peluang ini untuk mendekati yoona. yoona yang sedang leka memerhatikan wajahnya di cermin tidak menyedari kehadiran sungjong. 

sungjong : hai yoona.

yoona mengalihkan pandangannya pada sungjong.

yoona : hmm nak ape?
sungjong : sorang je ke?
yoona : eh takde lah 18 orang ni tak nampak ke?

yoona yang sememangnya terkenal dengan sifat sombongnya langsung tidak menghiraukan perasaan orang lain. dia segera bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan sungjong seorang diri yang kecewa dengan sikap yoona melayan dirinya.
yoona yang baru perasan kehadiran pelajar baru disitu segera ke arah mereka.

yoona : hello guys, im yoona. pelajar paling popular disini.

sojin, hongki, minhwan, jaejin, jonghoon dan seunghyun tergamam seketika. yoona memberikan senyuman menggodanya di hadapan pelajar baru dengan harapan mereka juga akan jatuh hati padanya.

hongki : errr hello.

hongki melambai tangan pada yoona kemudian mereka terus menyambung perbincangan mereka tanpa mempedulikan yoona disitu. yoona sangat marah kerana mereka tidak melayannya, terus die duduk di sebelah minhwan tanpa segan silu.

yoona : hai, name sape ni?
sojin : weh, jangan kacau kitorang sekarang ni boleh tak? besok2 lah nak menggedik. syoh2.
yoona : how dare you syoh2 orang huh! btw im not talking to you sojin!
minhwan : errr girls, stop la. hello im minhwan. nice to know you.
yoona : heee. nice to know you too.
sojin : ape kate kite pergi rumah iu nak?
jaejin : cadangan yang baik. jom!

sojin sengaja mengalihkan topik untuk lari dari yoona. mereka berenam segera mengemaskan barang mereka untuk ke rumah iu. yoona masih terpinga-pinga kerana semua orang meninggalkannya.

di rumah iu

iu yang baru bangun dari tidur menuruni anak tangga untuk ke dapur mencari makanan kerana perutnya sudah berbunyi. 

gi kwang : amboi! awal kau bangun.

gi kwang merupakan abang kepada iu. mereka yang tidak sekepala sering bertengkar. iu yang malas melayan karenah abangnya itu membiarkan sahaja soalannya tidak berjawab.

gi kwang : nah kunci rumah. aku nak keluar kejap. duduk rumah hadap muke kau pun aku tak dapat ape2. cakap kat mummy malam aku balik.

gi kwang melemparkan kunci rumah di atas meja makan. kemudian, dia terus meninngalkan iu seorang diri di dalam rumah. iu segera ke ruang tamu membawa secawan coklat panas bersama roti untuk menonton televisyen.

iu : ahhh bosannya tak gi sekolah. rindu sojin. hmmm..

iu membebel seorang diri. tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi menandakan ada orang yang melawat rumahnya. iu segera menjenguk keluar untuk melihat siapa yang berada di luar rumahnya. 

iu : ahhh! sojin!

iu segera berlari mendapatkan kawan baiknya itu. die membuka pagar rumahnya dan terus memeluk sojin.

sojin : weh, aku bosan takde kau kat sekolah tahu.
iu : aku pun bosan lah duduk rumah sorang2.

sedang gembira bersembang bersama sojin, iu baru terpandang minhwan yang juga berada disitu. dengan serta merta wajahnya berubah kerana dia masih marah pada minhwan kerana mengkhianati dirinya . 

sojin : errr iu, aku taw kau still marahkan minhwan kan? tapi sebenarnya..
minhwan : ahh takpe sojin biar saya yang terangkan. saya taw iu, awak marahkan saya lagi tapi takpe saya datang ni pun nak bagitaw awak perkara yang sebenar. after that, its up to you nak maafkan saya atau tak.

minhwan pun menjelaskan segala-galanya kepada iu. iu mendengarnya dengan teliti.

iu : ouh ya?!!! what the..... ahhh. name je cikgu si shiroshi tu tapi perangai aihhh.
sojin : tu lah pasal. kitorang pun terkejut jugak mule2 minhwan bagi taw yang die mintak minhwan menipu tu..
iu : tapi kan, hahahahahahaha.

mereka semua terperanjat apabila iu yang mula-mulanya marah tiba-tiba berubah reaksi. 

hongki : aihh baru sehari tak pergi sekolah dah tak betul?
jonghoon : hongki!
hongki : ish setiap kali aku cakap kau mesti nak sebok.
iu : hahaha tak la. cerita tu mule2 memang menyakitkan hati. tapi ending die kelakar tahu. ade ke patut cikgu shiroshi kate aku ade skandal dengan cikgu toushiro hahaha. kalau korang nak taw, cikgu toushiro tu daddy aku lah.

mereka semua seperti tidak mempercayai kata-kata iu itu.

jaejin : yeke? asal awak tak balik dengan die je kalau die tu ayah awak?
iu : waktu saya umur 5 tahun dulu, mummy n daddy saya bercerai. lepas tu mummy bawa saya dan due orang lagi kakak saya pergi amerika.
sojin : gi kwang?
iu : tu abang tiri aku lah. mummy aku kahwin lain kat sane. lepas bisnes mummy aku kat amerika tu dah stabil die bukak pulak cawangan kat sini. tu yang due bulan lepas kitorang pindah balik sini. dan kakak-kakak aku yang uruskan bisnes kat sane. tapi yang aku tak puas hati mummy aku tu bawa sekali gi kwang tu datang sini errr.
minhwan : ohhh. patutla cikgu toushiro ambil berat sangat pasal awak ye. eh tapi, how about onew?
iu : haa?? maksud awak?

iu masih tidak mengetahui tentang pergaduhan onew dan minhwan tempoh hari.

minhwan : emmm, betul ke die tu bakal tunang awak?
iu : huh? how you know?
sojin : maknanya memang betul?
iu : haihh. a'ah. sebab mummy aku nak jage hubungan die dengan keluarga onew tu. keluarga dorang pemegang saham terbesar dalam syarikat mummy aku. dan paling tak patut sekali aku yang jadi mangsa. tapi aku takkan ikut cakap mummy aku tu. after habes sekolah nanti aku nak balik amerika balik.
senghyun : haiyoo, complicated betul cerita family awak ni.
iu : hahaha agaklah.
minhwan : kenapa mesti nak balik sane balik? tak suke duduk sini?
iu : bukan tak suka. tapi, saya dah janji dengan seseorang yang saya akan balik sana balik walau ape pun yang akan jadi.
boa: haaaa elok sangat lah tu.

mereka terperanjat apabila tiba-tiba boa muncul terutamanya iu. mereka yang sedang berbual langsung tidak menyedari kehadiran boa disitu yang mendengar segala perbualan mereka.

boa : baguslah tu bagi taw semua orang yang mummy ni ade anak yang langsung tak nak dengar cakap mummy kan?! kalau kamu nak pergi sane balik sebab nak tolong kakak-kakak kamu uruskan syarikat mummy kat sane mummy izinkan. tapi kalau sebab 'budak' tu, jangan harap!

persoalannya :

siapakah 'budak' yang dimaksudkan oleh boa itu? dengan siapakah iu sudah berjanji untuk pulang semula ke amerika? adakah sungjong akan berputus asa menawan hati yoona? adakah sojin masih mempunyai perasaan terhadap woohyun?

nantikan sambungannya di complicated love story ep 4

thanks for reading :)


OLDER POST | NEWER POST