nuka nuka ツ



Complicated Love Story ep 7
Tuesday, 18 December 2012 | 09:12 | 0 c r e e p e r



ini adalah sambungan complicated love story ep 6 <-- click untuk ep 6





yoona yang merasakan bahawa dia patut menceritakan kebenaran berlari untuk bertemu sungjong yang selalunya akan berada di kantin sebelum pulang ke rumah. sewaktu perjalanan yoona terlanggar kawan karibnya namjoo.

namjoo : hoit. ni lari2 sampai tak nampak orang ni nak gi mane?
yoona : ha?? aku ade hal. later aku cite bye.

yoona terus berlari sehingga sampai di hadapan sungjong yang sedang rancak berbual dengan woohyun dan L. sampai di hadapan mereka yoona termengah-mengah akibat berlari dari kelasnya hingga ke kantin sekolah mereka. mereka semua memandang yoona dengan wajah yang hairan.

L : ni apesal tercungap-cungap ni? kene kejar anjing ke?
woohyun : haha selalu jalan nak catwalk je. 

L dan woohyun mentertawakan yoona. sungjong yang hanya mendiamkan diri mula bersuara kerana tidak mahu yoona dimalukan. 

sungjong : dah la korang. seronok sangat pehal?
woohyun : alahh kau terasa lebih.
yoona : suke hati korang la nak gelakkan saya ke ape ke yang penting saya datang sini nak jumpe sungjong.

sungjong tersentak mendengar yoona menyebut mahu bertemu dengannya. tanpa segan silu yoona menarik tangan sungjong dan membawanya jauh sedikit dari L dan woohyun kerana yoona malu untuk bercakap bersama sungjong di hadapan mereka.

sungjong : ade ape awak nak jumpe saye? kan saye dah kate yang saye takkan buat awak rimas lagi.
yoona : saya sebenarnye nak bagitaw awak sesuatu. tapi awak janji jangan gelak ye.

sungjong mengangkat sebelah keningnya tanda tidak memahami apa yang yoona cuba ingin sampaikan kepadanya.

yoona : aihh. saya pun tak taw bile, kenape dan macam mane ini boleh jadi tapi saya kene cakap jugak.
sungjong : errr okay. cakaplah.

sungjong memandang tepat ke arah muka yoona gadis pujaannya itu. yoona menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya perlahan-lahan sambil memejamkan matanya untuk mencari kekuatan meluahkan apa yang dirasainya. yoona menggenggam erat tangannya sendiri. yoona kelihatan berdebar.

yoona : ahhh! saye tak boleh nak cakap pulak.
sungjong : aihh. tak boleh cakap cube buat action.
yoona : action? are sure nak saye buat action sebagai ganti?
sungjong : yeah why not if buat macam tu awak tak kesah.
yoona : okay.

yoona segera menarik sungjong ke arahnya dan kemudiannya dia mencium sungjong. mata sungjong terbeliak akibat terkejut dicium yoona. L dan woohyun yang memerhati mereka dari jauh juga turut terkejut. yoona melepaskan sungjong yang masih lagi terkejut sambil menggigit bibirnya.

yoona : hilang dah my first kiss.

yoona tertunduk malu. yoona sendiri tidak menjangka yang dia akan melakukannya di hadapan orang ramai.

sungjong : emmm. err.. ape makna yang awak cube sampaikan tadi tu?

sungjong sengaja berpura-pura tidak memahami kerana ingin mendengar sendiri kebenaran dari mulut yoona.

yoona : awak tak faham?
sungjong : nope. better awak cakap kot dari buat action.
yoona : huh?!! err.. saya... saya... emmm.. saya sebenarnye.. alaahhhh..
sungjong : saya sebenarnye alaahhh?? ape tu? haha.
yoona : ish. saya..... sebenarnye... emmm..  suka awak.
sungjong : what? hahaha.. tapi saya tak suka awak pon.
yoona : what?!! yang selama ni awak kacau saya hari2 tu, awak saje2 je?

sungjong mengangguk sebagai jawapan pertanyaan yoona itu. muka yoona yang pada awalnya sudah sedikit gembira kerana dia berjaya luahkan perasaannya akhirnya bertukar kecewa.

yoona : ouh.. its okay.. yang penting saya dah luahkan ape yang saye rase. saye tak pakse awak pon suke saye jugak. lagipun saye selalu marah2 awak so maybe ini balasan untuk saye kan. huhh. hope awak happy lepas ni. i got to go. bye.

yoona berpusing kebelakang untuk melangkah pulang dengan perasaan kecewa namun pantas di halang sungjong. sungjong menarik tangan yoona dan membawanya berlari di barisan paling hadapan kantin dan kemudiannya memaksa yoona berdiri di atas bangku kantin bersamanya. yoona yang kebingungan dengan tindakan sungjong hanya menurut.

sungjong : ehem2! attention please! semua yang masih belum balik dan berada di sini tolong dengar sini sekejap!! saya ade pengumuman penting.!!
yoona : ape awak nak buat ni?
sungjong : ish awak ni sabarlah. okay semua!! harini dengan bangga dan berbesar hati, saya sungjong ingin memberitahu bahawa saya kepunyaan yoona!! jadi gadis2 sekolah ni janganlah berani2 untuk goda saya!! dan yoona juga dengan rasminya menjadi hak milik saya!! so jejaka2 kat sekolah ni jangan cube2 kacau yoona saya!! sekian terima kasih!!

yoona terkejut dengan tindakan melulu sungjong. sungjong menarik yoona untuk turun dari bangku kantin sekolah mereka itu dan sungjong tersenyum girang memandang yoona.

yoona : whats wrong with you ha? kate tak suke saya?
sungjong : memang saya tak suke awak pon. tapi saya sayang awak.

serta merta wajah yoona menjadi kemerah-merahan tanda malu dengan kenyataan sungjong. yoona menundukkan wajahnya sambil tersenyum.

di rumah iu

gain yang sedang mengemas pakaiannya kerana dia sudah mahu pulang semula ke amerika tersenyum seorang diri. eunji yang memerhati kakaknya itu dari tadi segera menghampiri gain.

eunji : hai, senyum sorang nampak. ingat kat si dia ke??
gain : ahaha.. dah duduk sorang2 takkan nak senyum berlapan kot. hee mestilah ingat kat si dia.
eunji : untunglah dapat hubby baik.
gain : hee. janganlah buat ayat sedih macam tu. unnie yakin one day eunji pon akan dapat hubby baik jugak macam dujun oppa.
eunji : yaaa i hope so. kenapelah tecyeon tu harap je adek beradek dengan dujun oppa tapi perangai langsung tak same. errr.
gain : entahlah. eunji dah bagitaw mummy yang eunji dah cerai dengan taecyeon?

eunji menggelengkan kepalanya dengan wajah hampa kerana dia dipaksa berkahwin dengan taecyeon adek kepada dujun namun perangai mereka jauh berbeza. walaupun gain juga dipaksa berkahwin dengan dujun lelaki yang dia tidak pernah kenal sebelum ini, namun gain bernasib baik kerana dujun seorang yang baik hati, penyayang dan setia. taecyeon pula adalah sebaliknya. dia sering memukul eunji sehingga eunji memohon agar diceraikan jika taecyeon tidak mahu eunji membuat laporan polis akan dirinya.

eunji : biarkan lah unnie. dalam keadaan family kite sekarang ni tengah huru hara, eunji malas nak tambah kemarahan mummy. eh unnie, unnie ingat tak waktu sebelum kita pindah ke amerika dulu. eunji kan ade sorang kawan baik nama dongwoon yang selalu jaga eunji. ingat tak? eunji pernah cerita pasal die kat unnie dulu.
gain : dongwoon? kawan baik eunji? yang pernah tolong eunji waktu budak2 nakal dulu tu buli eunji ke?
eunji : yes!! betul2. die tu la.
gain : ouh ingat2. kenape dengan die?
eunji : eunji terjumpe die balik baru2 ni kat taman depan tu haa time unnie panggil eunji tu.
gain : ouh ya??! wah!! ehem2 ade chance la nak masuk line. eunji kan single dah.
eunji : memang la. tapi die dah ade anak la. haihh.

imbas kembali
12 tahun yang lalu

eunji seorang budak yang pemalu dan tidak pandai bergaul. eunji sering dibuli oleh budak2 lelaki nakal di kawasan perumahannya. eunji juga sering diejek oleh mereka kerana tidak mempunyai kawan. suatu hari ketika mereka sedang seronok mengejek eunji seorang budak lelaki datang dan membela eunji.

dongwoon : hey!! korang dah takde kerja ke ha buli budak perempuan?! kalau berani buli aku lah!

salah seorang dari budak nakal yang membuli eunji bernama dongho cuba menunjuk berani di hadapan kawan-kawannya.

dongho : eleh.. kau hebat sangat ke ha? jom la lawan dengan aku.
dongwoon : ouh okay.

dongho segera menyerang dongwoon namun dongwoon dapat mengelaknya dengan mudah sekali. kemudiannya dongwoon menolak dongho sehingga terjatuh dan kawan-kawan dongho mentertawakannya. dongho yang malu ditertawakan oleh kawan-kawannya sendiri berlari meninggalkan mereka.

dongho : aku bagitaw omma aku! jaga lah kau!
dongwoon : bagilah taw pengecut! macam kau sorang je ade omma. omma aku lagi gangster lah!

dongwoon yang berusia dua tahun lebih tua dari mereka semua termasuk eunji langsung tidak takut untuk bergaduh dengan mereka kerana dia kasihankan eunji yang sering dibuli mereka. eunji yang dari tadi memandang dongwoon bergaduh bersama dongho cuba melarikan diri apabila dongwoon mendekatinya.

dongwoon : eh eh! kenape lari? saya bukan nak buli awak jugak lah.

eunji yang mendengar kata-kata dongwoon itu segera mematikan lariannya. dongwoon berlari anak untuk menghampirinya lagi.

dongwoon : awak jangan takut okay. saya janji yang dorang semua takkan buli awak lagi.
eunji : macam mane awak taw yang dorang takkan buli saya lagi?
dongwoon : saya taw la. selagi saya ade dorang takkan berani kacau awak punye. saya kan kuat macam ultraman haha.

eunji tergelak apabila dongwoon cuba melakonkan gaya ultraman.

dongwoon : berjaya pon saya buat lawak haha. nama saya dongwoon, awak?
eunji : saya eunji.
dongwoon : ouh. okay salam.

dongwoon memberikan tangannya untuk bersalam dengan eunji. eunji teragak-agak untuk bersalaman dengan dongwoon namun dia tetap membalasnya kerana dia merasakan bahawa dongwoon benar-benar baik terhadapnya.

dongwoon : okay. sekarang kita kawan. kalau awak ade ape2 hal awak cari saya ye.

eunji mengangguk sambil tersenyum. tiba-tiba di terdengar suara ommanya boa menjerit memanggilnya untuk pulang kerumah. eunji segera berlari meninggalkan dongwoon kerana takut dimarahi ommanya.

dongwoon : hey! nak pergi mana?!
eunji : balik rumah!
dongwoon : boleh jumpe lagi tak?!
eunji : besok petang dekat taman permainan!

eunji membalas soalan dongwoon sambil berlari.

hari ini
3 bulan kemudian
di amerika

guruh mula berdentum dan hujan mulai turun renyai-renyai. iu yang sedang membaca e-mail daripada minhwan yang tidak pernah lupa menghantar e-mail kepadanya walaupun sehari terpaksa menutup komputer ribanya kerana takut disambar petir.

thunder : ade ape senyum sorang2 ni?

iu yang terperanjat dengan kehadiran thunder segera memandang ke arah thunder.

iu : takde ape2 lah. teringat my bff kat sana.
thunder : ouh. nak balik sane ke jumpe dorang?
iu : hmmm tengoklah. maybe after competition ni lah. sekarang ni kita semua sebok berlatih kan. seminggu je lagi nak bertanding dah.
thunder : a'ah. first time group kitorang bawak ahli perempuan ni.
iu : dont worry lah. i'll do my best okay. ehh see.

iu menunding jarinya ke luar tingkap.

thunder : dah mula musim hujan sekarang ni.
iu : ish bukan itu lah nak tunjuk.
thunder : dah tu? pakcik yang tengah jual burger tu?
iu : itu lagi lah bukan. nak tunjuk sekarang tengah hujan. so...
thunder : so??
iu : aihh lembab jugak u ni. jom lah.

iu menarik tangan thunder dan berlari sehingga ke luar. dia mengajak thunder bermain hujan.

thunder : basah lah baju macam ni.
iu : dah hujan memang lah basah. kalau api terbakar hahaha. lama tak main hujan.
thunder : ish ish macam budak2 betul. ehem2 menari dalam hujan jom.
iu : jom!

iu begitu seronok apabila thunder hanya melayan sahaja karenahnya. dari dalam rumah mereka jessica memerhati perangai mereka. jessica mencari sudut yang tiada orang berada disitu lalu dikeluarkan telefon bimbitnya. jessica sedang menekan punat telefonnya dan mendial nombor seseorang. hoya yang terlihat jessica keseorangan disitu datang untuk menemaninya.

hoya : buat apa sorang2 kat sini?

jessica yang terperanjat apabila ditegur olah hoya segera mematikan panggilannya dan cuba mengukir senyuman.

hoya : call bf ke?
jessica : bf? haha takde lah. call my parents.
hoya : ouh. dah practise harini?
jessica : hmm dah dengan iu pagi tadi sampai tengah hari. perfect!
hoya : haha thats great.
jessica : yeah. im sure kite boleh menang. btw, siapa ahli yang paling penting dalam grup kite ni ye? i mean yang kite takkan boleh teruskan competition tanpa die.
hoya : haa? semua ahli penting la. tapi thunder lah tulang belakang kitorang. kalau die takde susahla sebab die yang susun atur semua tarian kite. why?
jessica : ouh oh. hehe takde ape saje je tanye. hmm nak pergi dapur jap.
hoya : ouh okay.

di pejabat boa

boa yang sedang leka menaip segera berhenti apabila ada seseorang mengetuk pintu biliknya.

boa : masuk.

apabila pintu biliknya di buka kelihatan onew dengan wajah serba salah masuk ke dalam biliknya. boa yang menyukai kehadiran onew segera bangun dari tempat duduknya dan mempelawa onew untuk duduk. onew terus melabuhkan punggungya di atas kerusi tetamu di dalam bilik boa.

boa : lamenye aunty tak jumpe onew. sehat?
onew : sehat aunty. aunty?
boa : aunty pon sehat je. kenape tak bagitaw dulu nak datang?
onew : ahh. onew lupe nak call aunty. lagi pon onew bukan nak singgah lame kat sini. ade hal sikit je nak tanye aunty ni.
boa : ouh oh. tanye lah.
onew : hmmm aunty kenal cikgu toushiro?
boa : kenape kalau aunty kenal?
onew : ouh tak. actly onew ade dengar cerite yang iu ade scandal dengan cikgu tu tapi onew macam nak caye or tak caye lah sebab onew tengok iu rapat dengan minhwan tapi kan haritu onew nampak iu dengan sorang boy ni tapi onew tak kenal siape so onew betul2 tak faham ape sebenarnye semua ni. can u explain it for me?

mendengar sahaja nama iu membuatkan boa berasa panas hati namun dia cuba menenangkan diri di hadapan onew.

boa : sebenarnye cikgu toushiro tu bekas suami aunty so die tu appa iu.
onew : what?! seriusly?! tapi kenape diorang taknak bagitaw orang lain?
boa : yess. yang tu aunty taktaw sebab iu dengan appa die same je suke simpan rahsia sendiri2.ouh yang pasal minhwan tu aunty rasa dorang juz fren sebab iu dah sukekan someone sejak di amerika lagi and aunty rase orang yang onew nampak lagi sorang tu budak tu kot.
onew : die datang sini cari iu?
boa : yup. and iu belakangkan keluarga die sendiri demi budak jalanan tu so, aunty dah halau die dari rumah. aunty mintak maaf sangat2 kat onew sebab bagi onew harapan untuk satukan onew dengan iu tapi aunty rase semuanya dah hancur.

onew tidak tahu untuk membalas apa di atas segala penerangan boa. cuma yang onew tahu dia rasa bersalah kerana bersangka buruk terhadap iu selama ini. onew juga tidak menduga bahawa iu akan berani meninggalkan keluarganya demi orang yang di sayanginya.
onew bangun dari tempat duduknya.

onew : onew rasa onew kene pergi dulu. sorry kacau aunty. thanks for all your explaination. onew appreciated it.

di bandar seoul

L yang sedang menemani adiknya namjoo membeli belah meminta untuk berehat seketika kerana sudah lama mereka berjalan tanpa berhenti.

L : ouh aku dah tak larat nak jalan. duduk kejap lah namjoo.
namjoo : alaaa oppa ni baru jalan sikit dah tercungap-cungap. oppa duduklah sini biar namjoo jalan sorang2.
L : haa! great idea. nanti dah habes datang sini balik. oppa tunggu sini yeh.
namjoo : ye lah. duduk elok2 kang kene culik pulak. haha.
L : ecehh. kau tu pompuan, kau tu yang kene jalan elok2.

namjoo tergelak dengan kata-kata abangnya itu lalu meninggalkan L seorang diri di kaki lima. L berjalan perlahan-lahan seorang diri mencari tempat berteduh sambil ingin membuka lagu dari telefon bimbitnya untuk menghilangkan kebosanan. sedang L mencari lagu kesukaannya, seseorang dari hadapan terlanggarnya. telefon bimbit L terjatuh ke lantai dan barang-barang yang dibawa oleh gadis yang melanggarnya itu bertaburan di lantai.

someone : oh my GOD! im so sorry saya tak sengaja sebab saya nak cepat. habeslah saya, nah telefon awak cube cek elok lagi tak?

pada mulanya L ingin memarahi perempuan itu namun apabila terpandang wajahnya membuatkan L terpaku. tambahan pula gadis itu kelihatn sungguh cemas dan tidak berhenti-henti meminta maaf membuatkan L ingin tergelak tetapi di tahannya. akhirnya L tergelak juga dengan telatah gadis itu.

someone : err are you okay? awak memang suke bile telefon awak jatuh ke?
L : bukanlah. ikutkan hati saya, saya nak flying kick siape yang berani jatuhkan telefon bimbit kesayangan saya ni taw tak. tapi bila tengok muka awak cemas semacam saya rasa kelakar pulak.
someone : haihh penat je buang masa kat sini. kalau saya taw awak tak marah baik saya pergi terus. dah la saya lambat ni.
L : eh eh dah buat salah nak pergi macam tu je?
someone : awak kate tak marah kan?
L : memangla tak tapi telefon bimbit saya ni dah rosak. awak kene bagi ganti rugi.
someone : haaa?? yeke? tapi saya takde duit lah. saya hutang dulu eh. saya kene pergi bye.
L : hey jup2. macam mane saye nak ambil ganti rugi saye?
someone : a'ah kan. hmmm awak taw depan simpang sana ade kedai bunga?

L mengangguk sebagai jawapan kepada soalan gadis itu.

someone : saye kerja kat sane. seminggu lagi awak datanglah. maybe saye ade duit dah kot. okay saya memang dah lambat. bye.

gadis itu terus meninggalkan L. namun L mengejarnya kerana dia masih ada pertanyaan untuk di tanyakan.

L : eh eh. lagi sekali jup. nama awak?
someone : im hyorin.

hyorin berjalan meninggalkan L yang tak berhenti-henti mengulang namanya.

L : hyorin, hyorin, hyorin. sedap name tu.

sedang L leka bercakap seorang diri, dia ternampak adiknya namjoo bersama seunghyun. L yang mengetahui namjoo bukan jenis yang mudah rapat dengan lelaki dan namjoo pasti akan menceritakan segala perkara kepadanya tetapi kali ini namjoo tidak menceritakan kepadanya siapakah seunghyun dengan namjoo.

di taman rekreaksi

woohyun yang ternampak sojin sedang berjalan bersama hongki, minhwan, jaejin, dan jonghoon disitu berlari ke arah mereka. 

woohyun : sojin, im sorry about that day. tapi saya memang perlu berbincang dengan awak please.
hongki : ape lagi kau nak bincang?

hongki yang cuba menghampiri woohyun di halang oleh minhwan.

minhwan : hongki, chill ah. kitorang bagi kau cakap dengan sojin tapi kau tak boleh nak paksa2 die kalau die taknak cakap dengan kau okay. if tak, aku tak tolong kalau si hongki gi kat kau lagi.
woohyun : okay aku janji tak pakse die dah.
minhwan : okay. kitorang usha korang dari jauh.

minhwan dan kawan-kawannya mula menjauhi woohyun dan sojin untuk memberi peluang kepada mereka berbincang.

sojin : cakaplah.
woohyun : okay, listen carefully. saya memang betul2 sayang awak sojin. saya tahu saya salah selama ni sebab selalu marah2 awak dan cemburu tak tentu pasal dan jugak kongkong hidup awak sampai awak rimas dengan saya. tapi saya janji saya akan ubah diri saya demi awak. saya betul maksudkan ape yang saya cakap ni.
sojin : how about hara? she's love you rite?
woohyun : pasal hara awak jangan risau, saya dah terangkan keadaan sebenar dekat die. cume sekarang ni semua keputusan kat tangan awak sojin. i hope u can forgive me and please be mine back.

sojin memandang wajah woohyun untuk mencari keikhlasan di sebalik kata-katanya itu.

woohyun : boleh awak terima saya balik?
sojin : saya tak janji. u need to prove it to me. kalau awak betul2 berubah saya akan pertimbangkan. i got to go, gud luck bye.

sojin terus berjalan ke arah rakan-rakannya yang memerhati dari jauh. woohyun tidak berani menghalang sojin kerana dia sudah berjanji pada minhwan untuk tidak memaksa sojin dalam apa keadaan sekali pon.

di belakang sebuah bangunan lama

boa yang baru meminta pemandu peribadinya memberhentikan kereta miliknya di situ menbuka pintu keretanya. boa keluar melangkah dari perut keretanya dan menyandar di sisi kereta. boa meninjau di sekitar seperti sedang menantikan kehadiran seseorang. kedengaran tapak kasut dari arah belakang menuju kepadanya. boa segera memandang.

lee joon : hello. lee joon imnida. are u boa?
boa : yes i am.

boa tersenyum puas melihat kedatangan lee joon di situ.

persoalannya:

siapakah lee joon? siapakah seunghyun pada namjoo? adakah sojin akan menerima woohyun kembali? adakah woohyun benar-benar akan berubah? adakah eunji masih menyimpan perasaan pada dongwoon? 

nantikan sambungannya di complicated love story ep 8

thanks for reading :)

OLDER POST | NEWER POST