nuka nuka ツ



Love to Hate
Saturday, 22 December 2012 | 06:06 | 0 c r e e p e r

clue

*words* <-- cakap dalam hati
(words) <-- perbuatan



cuaca yang agak mendung hari ini diiringi angin bayu yang lembut meniup rambut menyebabkan aku terpaksa mengikat rambut ku. lebih dari setengah jam aku sudah berada di stesen keretapi ini tapi kelibat keretapi langsung tak kelihatan. waktu menunjukkan pukul 4.35 minit petang. 'aduhai mana keretapi aku ni' rungut ku didalam hati. orang juga tidak ramai menunggu keretapi hari ini. walaupun aku agak takut sebenarnya menunggu seorang diri disitu tanpa orang yang aku kenali namun seperti biasa aku akan berlagak seperti sudah biasa disitu. ouh, sebelum cerita lebih panjang, namaku iu. aku anak tunggal yang manja, cuai dan penyayang. disebabkan kecuaian aku ni, aku jarang dibenarkan keluar seorang diri tetapi harini aku ingin kerumah kekasih hati kesayangan aku iaitu gwangsu. jadi omma dan appa bagi keizinan aku keluar seorang diri. gwangsu seorang yang baik tetapi dia sering memarahi aku disebabkan aku selalu terlupa itu dan ini. dia meminta aku untuk menjadi lebih matang dan berdikari. jadi, aku akan cuba untuk ubah diri aku demi dia. sweet kan aku? hehehe.

iu : ouchhh! (pandang belakang)

seorang lelaki entah dari mana datangnya melanggar belakang ku. lelaki tersebut hanya menjeling kearah ku sambil bersiul. aku yang mula berasa curiga segera bangun dan beralih tempat duduk ku. tiba-tiba lelaki sebentar tadi menghampiri ku dan duduk disebelah ku. 

iu : gile ke laki ni? (bisik seorang diri)

aku berpura-pura membaca novel sambil mendengar lagu.

sungje : die yang gile sebenarnye. baca novel sambil dengar lagu.

tersentak aku mendengar kata-kata lelaki itu walaupun dia hanya menyebut perlahan tetapi aku dapat dengar dengan jelas. pantas aku menjeling lelaki tersebut tetapi lelaki itu hanya memandang ke tampat lain. tepat pada masanya keretapi sudah pun tiba. aku menggalas begku lalu berlari untuk memasuki perut keretapi itu. tetapi lelaki itu pantas masuk dahulu sebelum ku dan terus duduk ditempat yang kosong. aku meninjau-ninjau tempat duduk yang masih kosong tetapi tiada kecuali.... disebelah lelaki itu. mahu tidak mahu aku berjalan untuk duduk disitu. walaupun hati aku memberontak tidak mahu duduk disebelahnya tetapi disebabkan beg ku yang agak berat dan aku perlukan tempat duduk aku terpaksa juga duduk disebelahnya. lebih menyakitkan hati apabila seseorang tertolak aku sehingga aku jatuh terduduk diatas lelaki itu ketika dia ingin keluar dari keretapi itu. 

iu : hoi ! jalan tak tengok orang huh ?! (cekak pinggang)

aku pantas bangun dari riba lelaki tersebut. aku membetulkan baju dan rambut ku lalu duduk disebelahnya. aku perasan lelaki itu memandangku namun aku buat2 tidak perasan dan menjelingnya.

sungje : *dah la jatuh atas aku, mintak maaf langsung tak reti* 

aku yang agak malu sebenarnye tetapi aku membuat muka tidak bersalah dan memandang keluar tingkap melihat pemandangan luar. tiba-tiba aku terasa sesuatu jatuh di atas bahu kanan aku. pantas aku menoleh.

iu : yaa! yang u ni tido atas bahu i asal ?!
sungje : apehal makcik ni bising (bukan sebelah mata)
iu : (bukak headphone) memang my mom lahirkan i untuk u tido atas bahu i pon! (renung tajam)

what the.... lelaki ni boleh terus tidur je atas bahu aku tanpa rasa bersalah. nasib orang ramai jadi aku malas nak bertengkar dengan lelaki ni dan biarkan sahaja dulu dia tidur dibahuku walaupun dalam hati aku rasa nak tumbuk je muka dia.

iu : beratnye kepala die ni. banyak kutu ke.

hampir setengah jam jugak lelaki ni tidur kat bahu aku. errrrr. tiba-tiba dia bangun dari bahuku dan membetul-betulkan kepalanya. aku yang sangat geram hanya merenung tajam wajahnya.

sungje : ape tengok2 ?! ade hutang ?!
iu : ciss. dasar orang gile. (betul2kan bahu)
sungje : *apehal entah die ni. tetibe je. dari tadi tak puas hati dengan aku ni dah kenape*
iu : *dah la tido atas bahu aku lepas tu boleh buat muke takde pape berlaku*

pembesar suara mengumumkan destinasi seterusnya. keretapi sudah mula perlahan tanda untuk berhenti.

iu : yes sampai dah. (galas beg)

tanpa menoleh aku terus keluar dari keretapi tersebut. terasa lapang sedikit apabila sudah jauh dari lelaki gile tadi. sambil berjalan aku memandang kawasan sekitar. tiba-tiba aku terasa seperti seseorang mengekori ku dari belakang. aku pun lantas berpaling kebelakang.

iu : yaaa ! u follow me or what ?!
sungje : mwo ? hey awak yang follow saya lah !
iu : i bangun dulu kan ? then i keluar u pun nak keluar. now i nak gi sane u pun nak gi sane. whats ur prob huh ?!
sungje : hey ape masalah awak huh ?! dah rumah sewa saya dekat sini nak buat macam mane ? adoi. semak lah perempuan ni !
iu : okay. teruskan. i patah balik ikut jalan jauh. huh ! (pusing belakang dan jalan)

aku berlalu pergi dengan perasaan marah dan mula mencari dimana rumah gwangsu berpandukan alamat yang diberi. setelah bertanya orang mereka mengatakan disinilah rumah gwangsu. aku pantas meletakkan begku lalu berpaling.. tiba-tiba..

iu : ahhh! (pegang dahi)
sungje : aduss saketnye ! sape jalan tak tengok orang ni ?! (terkejut) mwo ? perempuan ni lagi ? hey tadikan dah cakap ambik jalan masing2 !
iu : yaa ! u ?! (pandang belakang) how come boleh ade kat sini ? tadi sane kan ?! eeeee !
sungje : hey. sini rumah sewa sayalah. (tunjuk alamat) yang awak buat ape kat sini ? 
iu : i cari rumah bf i gwangsu. see alamat die kat sini haa.
sungje : ni sama alamat dengan rumah sewa saya. awak ni dah kenape ? mane ade sesiape tinggal sini. pffftt.
iu : dah tu, die bagi i alamat rumah ni. mana la i taw ni rumah u. (manyun)

what?! ni bukan rumah gwangsu? pffttt apakah semua ini? penat-penat aku bertapak dari seoul ke sini last2 rumah lelaki gila ni. errr. lelaki gila ni pulak tetiba bawak keluar fon nak call sape je? huh!

sungje : hello encik tuan rumah. betul ke alamat yang awak bagi ni ? saya nak dapatkan kepastian. sebab ade perempuan sewel mane entah mengaku2 ni rumah bf die. name bf die gwangsu. dah kene tipu dengan bf. sesedap je kate rumah saya rumah die (jeling)

lelaki ni memang menyakitkan hati betullah. dia kate aku sewel? aku?!!! aku yang cantek ni?!! pffttt.

sungje : oh yeke ? takpelah. minta maaf kerana mengganggu. (off call) dengar ni, awak yang salah alamat lah.
iu : yaa !! i salah alamat pun tak boleh cakap elok2 ke haa ?! sape sewel ?! (muke sedih) teruk betul die ni. tak pernah jumpe lelaki macam die ni. huhh ! dah la tadi tido atas bahu aku then banyak cakap pulak. (jalan)
sungje : die yang tetibe marah orang. dari masa naik train lagi. dah la jatuh atas orang !! lepas tu tak minta maaf !! ciss.. hey, ape tinggal beg merata-rata ni ?! 

nak di jadikan cerita, time tu la jugak angin nak bertiup kencang dan guruh mula berdentum. cisss. cerita hindustan sungguh. alamak! beg! aku kan cuai hadoi.. aku pun patah balik untuk ambil semula beg aku. 

iu : mulut macam perempuan banyak bebel2 huh. (angkat beg)
sungje : ek eleh minah ni. 

aku pun sambil jalan mengeluarkan telefon dan terus menelefon gwangsu. 

iu : yaaa !! tak gune punye jantan !! jangan cari aku dah !! pffttt.. (off call) lelaki semua sama je tak bergune. 
sungje : makcik ni pehal ? balak die yang tak gune nak salah kan semua lelaki pulak pfftt. jangan lah ade awek macam ni. merana ! (masuk rumah dan tutup pintu)

cisss die dengar lagi rupanya. sempat pulak tu kutuk aku sebelum masuk rumah.. dia lah lelaki paling annoying penah aku jumpa setakat ni. dah lah kuat membebel. kalah omma aku.. aduh.. aku pun tak taw mane arah tuju aku sekarang ni. awan makin mendung menunjukkan tanda bakal hujan. yaaa! panjang umur hujan. baru je aku sebut dah turun. tapi aku langsung tak kesah sebab aku gemar main hujan sejak kecik lagi. so, da alang-alang basah dan sakit hati dari awal pagi tadi, baik aku happy kan diri aku sekarang dengan main hujan. wohooo..

sungje : wah kosong gile rumah ni. takpe2 dalam masa sebulan ni aku akan penuhkan rumah ni dengan perabot dan yang paling penting tv dengan set game aku. (buka tingkap dan tengok sekeliling) ehh mane datang suara makcik tadi ? (tengok bawah) laa tak bla2 lagi die ni ? yang dok bermastautin kat halaman rumah aku ni kenape ? adoi.. dah la macam budak2 main hujan.
iu : wohooo !! ouh damn ! (tengok baju) habes basah lencun. haha. (sepak2 air) lalalala errrr. (lambai) hey pakcik banyak bebel ! jum main hujan !
sungje : * ek eleh makcik ni. tak malu ape. dah la baju tu warna cerah. pfftt nampak badan* yaa makcik !! tak malu ke ?!!
iu : what ?! i cant hear u ! hujan lebat ! nak join ke huh ?!
sungje : (jerit) hey makcik, tak malu ke huh ?!
iu : malu ? why ? i memang suke mandi hujan !
sungje : bukan tu ! baju makcik tu kan basah ! errr..
iu : (tengok baju) patut la dari tadi pandang tak kelip2 kan ?! ceit !
sungje : ceit. takde sape pun tergoda lah !
iu : tak kate pun u tergoda !

elehh.. gedik je lelaki gile ni huh.. dah la panggil aku makcik. bile aku kahwin dengan pakcik dia entah. dari aku buat free show depan dia baik aku bla. rambut aku habis basah jugak so aku terpaksa bukak getah rambut aku dan lepaskan rambut. kang berbuah rambut aku. tidak!!!!. aku pun tanpa berlengah terus angkat balik beg aku dan jalan dari situ. aku ikut je mane arah kaki aku nak pergi sebab aku tak pernah taw ape-ape pun pasal tempat ni. yang aku peliknye time hujan macam ni pun ade mamat-mamat jalanan nak melepak? pffftt homeless sungguh. dah tu pandang aku macam tak pernah nampak manusia. errr. lelaki semuanya memang annoying huh? 

iu : laparnye (pegang perut) yaa! ape pandang2 ?! tak pernah nampak perempuan jalan dekat sini huh ?! hujan2 pun nak melepak. errr.

bagusnye mulut aku ni. time2 ni jugak nak cakap main lepas je. dah lah aku sorang2. buatnye dorang ni ape2 kan aku naya je. tapi aku kene buat2 berani baru nampak perempuan tak lemah. haihh. aku pun terus lah jalan, jalan dan jalan tanpa arah tuju dengan perut berbunyi macam2 dah. mana taknya, dari pagi aku tak makan apa-apa. sob sob.

sungje : haihh perempuan ni tak taw jaga diri langsung. pergi jugak akhirnya. (baring atas katil) ahh penat gile harini . adoi. besoklah kemas2. nak tido dulu. tadi tak puas tido. maklumlah tido atas batu haha.

hari ni adalah hari malang bagi aku. kalau aku taw macam ni nak jadi baik aku duduk rumah je. nasib hujan dah mula berhenti. penatnye!! huh. jalan punya jalan aku jumpe pokok rendang so aku pun duduk lah bawah pokok tu nak berehat sekejap. aku maki si gwangsu tu sambil aku main2 fon aku kat bawah pokok tu. lebih malang lagi nasib aku bila bateri fon aku dah mula low dan.... 'tup' mati .. waaaa!! ape kena dengan nasib aku harini. aku yang sememangnye dari tadi dah sedih gile dengan nasib aku pun, ternangis kat bawah pokok tu sorang-sorang sampailah aku tertidur. 

half an hour later

sungje : ahhh puas gile tidur. (tengok jam) lah baru setengah jam. hujan pun dah berhenti. nak keluar la gi beli makanan. tapi, aku tak biase lagi tempat ni. aihh takpela boleh jalan2 sekali. 

sungje pantas bangun dan membersihkan diri sebelum keluar mencari makanan. 

sungje : mane kedai ni ? dari tadi tak jumpe. (sepak tin ) haihh. (terkejut) eh tu bukan makcik tadi ke ? ape die buat kat bawah pokok tu ? dah la ade lelaki kerumun die. nak kate kawan baru first time datang sini. haihh makcik ni memang tak reti jaga diri betul.

sungje menghampiri tempat aku terlelap itu.

sungje : hoi, korang ape tu ?!
penjahat 1 : mane ade buat ape2. yang kau ni siape ? datang2 main sergah je.
sungje : aku datang nak tengok ape korang buatlah.
penjahat 2 : yang kau nak sebok kenape ?
sungje : mane ade. aku nak tengok je ape korang nak buat kat makcik tu.
penjahat 1 : lantak kitorang la nak buat ape pun, die bukan gf kau pun.
sungje : memang lah bukan.
penjahat 1 : dah tu asal kau nak sebok?

aku yang terdengar bunyi orang kecoh-kecoh mula tersedar dari tidur.  bila aku bukak mata, aku rasa macam berkhayal ternampak dua orang lelaki depan aku tengah bising-bising dengan siape entah. aku pun menggosok-gosok mata aku dan apa yang aku nampak bukan khayalan tapi realiti. aku pantas berdiri sambil memeluk begku. apabila aku bangun, serentak dua orang lelaki itu cuba menghampiri aku. pfftt malang apakah lagi ini.

iu : yaa ! yang korang keramaian kat sini asal huh ?! (tengok kiri dan kanan)

aku ternampak pakcik banyak bebel tu a.k.a lelaki gile dalam train tadi. dia ade kat situ. walaupun aku tak kenal jugak siapa dia tapi aku anggap aku kenal dia. aku dengan muka tak malu terus lari dan menyorok belakang pakcik tu. 

sungje : sebenarnye die, die kawan aku. 
penjahat 2 : kalau die kawan kau asal die duduk bawah pokok ni ? (tarik iu)
sungje : hoi kau nak buat ape huh ?! (tumbuk muka penjahat 2) makcik, nah ambik ni kunci rumah saya. pergi balik rumah saya. sini bahaya.
iu : okay (lari)

aku sempat toleh belakang tengok pakcik tu still gaduh dengan dua mamat jalanan mane entah. aihh. malang aku melekat kat pakcik tu pulak. walaupun aku ada la jugak rasa bersalah tinggalkan pakcik tu kat situ tapi nak buat macam mana. sampai je depan rumah pakcik tu aku terus bukak pintu rumah dia menggunakan kunci yang dia bagi tadi dan masuk. aku tutup pintu dan kunci dari dalam. fuhhh. merentas desa aku hari tak pasal-pasal. 

iu : mane je pakcik ni ? (tengok luar dari tingkap) buat aku risau pulak dah. mane je die ni ? erkkk (pegang perut)aku lapar.

'tok tok tok' bunyi pintu diketuk. aku yang agak terkejut apabila tiba-tiba ada orang mengetuk pintu segera pandang ke arah pintu.

sungje : ya makcik ! bukak pintu ni.

fuhhh lega aku dengar suara si pakcik tu yang ketuk pintu bukan orang lain. aku pun berlari bukak pintu.

iu : pakcik tak ape2 ? ade luke mane2 ? (belek muka pakcik) im so sorry. if tak sebab i mesti semua ni tak jadi. mianhae. eh tak ! ni semua salah gwangsu ! (muke sedih)
sungje : sabar2. tu hal kecik je. kacang je orang tadi tu. jentik terus pengsan. (gelak) bende dah tertulis nak jadi. kite tak mintak pun kan ? so chill lah. (tengok atas bawah) laa ni baju tadi kan ? asal tak salin lagi ? takkan semua baju basah kot.
iu : i mana bawak baju datang sini. tak plan pun nak stay sini. 
sungje : hadoi. tunggu sini jap.

aku tengokkan je pakcik tu naik atas then tak lama lepas tu dia turun balik dengan baju dan tuala di tangan dia.

sungje : nah ambik baju dengan tuala ni. toilet ade kat dapur sane.
iu : thanks.

aku pun ambik lah baju dengan tuala yang pakcik ni bagi. aku terus melangkah masuk ke dapur dan masuk ke bilik air untuk mandi dan tukar pakaian aku yang dah basah and kotor sebab aku duduk atas pasir je tadi kan. selekeh betul aku hari ni. lepas mandi, aku pun keringkan rambut aku dengan tuala pakcik tadi. aku tergelak sorang-sorang tengok diri aku sendiri yang pakai t-shirt lelaki. sekarang baru aku rasa segar dan lega. nasib jugak la pakcik ni ada. kalau tak , tak taw lah aku nak gi mana malam ni.

sungje : hey makcik, saya nak keluar jap. dengar cerita ade funfair kat taman sana.nak ikut ke nak stay rumah ? kat sana ada kedai baju so boleh la beli sekali.
iu : boleh jugak. tapi rambut i tak kering lagi. tak pelah bialah. jom!
sungje : okay jom.

sementara menunggu si pakcik ni kunci rumah dia tiba-tiba orang sebelah rumah pakcik ni tegur kitorang dua.  

jiran : hey, pengantin baru pindah ke?

aku yang agak tersentap dengan ayat orang tu hanya mampu tersenyum dan pandang si pakcik ni.

sungje : hey, a'ah. baru je kahwin. selamat berkenalan. (senyum)

what?! aku terus macam orang bisu kat situ tak taw nak cakap apa-apa bila si pakcik ni dengan slumber bulldog dia je mengaku kitorang dah kahwin. 

jiran : nak pergi funfair ke ?
sungje : a'ah. nak pergi jugak ke ?
jiran : yup. jom la pergi sekali.
iu : (bisik) why u iyekan je ape die cakap ?
sungje : yelah kalau bagitaw hal sebenar ape pulak die pikir. dah la kite tinggal serumah.
jiran : eh ape bisik2 ni ? jom la pergi. 
iu : (senyum terpaksa) annyeong selamat berkenalan. 
sungje : (bisik) dah jom2 kang dorang syak pulak. 
jiran : funfair dekat sini 3 tahun sekali je ade.
sungje : ouh yeke ? kirenye kitorang luck lah ni ?
jiran : tuah pengantin baru.

tertelan-telan air liur aku dengar ayat ' tuah pengantin baru' tu. haihhh. sampai bila la nak kena berlakon macam ni. adakah ini malang untuk aku untuk malam ni pulak? pfffttt. sepanjang perjalanan aku hanya tunduk dan sesekali tersenyum sinis tengok pakcik berlakon.kemain pakcik ni. huh.

sungje : (bisik) hehe ikut jelah ye.
iu : heee (cubit tangan pakcik)
sungje : ouchhh saketlah !! (gosok2 tangan)
iu : (pandang jiran) hehehe. ahh tangan u sakit yeobo ? meh sini i gosokkan meh.
sungje : haha its okay yeobo. (senyum sinis)
jiran : sweetnye korang.
sungje : hee. hmm btw saya dengan isteri saya nak pergi belah sana. nanti kita jumpe lagi ye. 

si pakcik ni terus tarik tangan aku pergi ke tempat lain jauh dari jiran dia tu. ahhh sekarang baru aku tenang dan selesa nak jalan.

iu : sesedap je kata i isteri u !
sungje : mianhae. terpaksalah. dah tu nak kata ape ? adek ? makcik dah rupa mak saya je.
iu : habes tu nanti i dah takde pakcik nak cakap ape ? dah cerai ?
sungje : (gelak) duduk je la rumah tu sampai bile2. rumah tu pun besar. dah3 jom gi kedai baju. takkan nak pakai baju ni je.
iu : i dah la baru kenal pakcik harini. nak duduk terus rumah tu ? memang tak la. err. okay okay jom.
sungje : suke hati la. tak paksa pun. btw dari tadi saya panggil makcik ni makcik and makcik panggil saya pakcik kan ? nama ape ? saya lee sungje 
iu : iu imnida. ouh sungje. memang duduk sorang ke kat sini ?
sungje : sepatutnye dengan member. tapi die dah dapat rumah sewa lagi dekat dengan tempat kerja. so, duduk sorang jela.
iu : ouh. eh, u tunggu sini jap. i nak gi beli baju dulu okay.
sungje : taknak saya ikut sekali ?
iu : u nak tolong bayarkan ke ? 
sungje : yelah. awak tu ade ke duit ? nanti nak beli token lagi. kang awak takanak duduk rumah saya pulak.
iu : (gelak) takpe la i ade duet lagi. nanti kalau dah habes i bagi taw u okay.

sungje hanya mengangguk sambil tersenyum dan membiarkan aku pergi membeli pakaian. hmmm rupanya pakcik tu opsss sungje, tu tak lah seteruk yang aku sangka sebelum ni. selepas aku membeli pakaian aku, aku terus keluar mendapatkan sungje yang setia menunggu aku diluar kedai.

iu : okay dah (hulur plastik) nah for u. dah jom pergi tempat lain.
sungje : ape ni ? (ambil)
iu : ahh i tak taw pun u keje ape tapi i tengok tie tu cantek so i beli jela. (sengih)
sungje : ouhh (gelak) i kerja cikgu dan kene pindah dekat sini.
iu : ouh elok lah tu.. (pegang perut)
sungje : eh kenape ni ? (muke risau)
iu : i lapar. dari pagi tak makan.
sungje : lah tadi ade ramen kat dapur awak tak makan ke ?
iu : (geleng) tak berani makan makanan orang if tak tanye dulu.
sungje : okay okay jum gi kedai makan.

aku mengikut sahaja kemana sungje membawa aku pergi. asalkan aku dapat makanan sebab aku tersangat lapar sekarang ni. tapi, ade bende yang telah spoilkan mood aku sekarang ni. aku ternampak gwangsu dengan perempuan lain dekat situ. what the ?!!!!

iu : jap ! tu gwangsu ! what the hell he's doing here with that fucking girl huh ! ahh ! sebab die hidup i malang harini ! u wait here ! i nak gi jumpe die jup !
sungje : (tarik tangan iu) sabar2. saya taw awak marah. tapi takkan nak serang die dekat sini ? *ouh itu gwangsu*
iu : kalau tak sebab die, im not here okay !
sungje : menyesal ke ? kalau tak sebab die kite tak kenal okay. saya takde kawan dekat sini.
iu : (manyun) kalau tak sebab die, i tak menyusahkan u. dapat tumbuk muke die sekali baru puas hati.
sungje : tak rasa susah pun la. sabar2. nanti saya tumbuk die okay. sekarang kita gi makan.

aku sempat jeling gwangsu yang langsung tak perasan ku disitu sebelum pergi ke kedai makan. sungje bawa aku ke kedai sushi dan dia membiarkan saja aku order macam2 makanan kat situ. aku dah macam harimau kelaparan dah time tu. semua makanan aku rasa nak order. nasib baik aku masih  boleh control nafsu makan aku time tu. sampai sahaja semua makanan, aku terus makan dengan gelojoh. 

sungje : eh kejap taw. ade bende nak cari. tolong jagakan telefon saya. 
iu : okay. 

aku sempat toleh ke arah sungje. entah ape je bende yang dia nak cari. tapi aku langsung tak peduli ape dah bila dalam keadaan kelaparan macam ni ada banyak makanan depan mata aku. 

sungje : mane pulak lah mamat ni (tertinjau-tinjau) haa! tu pun die. hey, kau gwangsu kan?
gwangsu : ha'ah kenape ? (muke pelik)
sungje : kau kenal iu ? (masuk tangan dalam poket)
gwangsu : asal dengan perempuan tu ? (kerut dahi)
sungje : kenape kau tanye ? (senyum sinis) kau taw tak die datang cari kau ?!
gwangsu : kau ni siape ? tetibe je !
sungje : sape aku tak penting. kau taw tak kau dah menyusahkan hidup die ? aku pantang betul lelaki main2kan perempuan.
gwangsu : lantak lah. hidup aku. (senyum sinis)
sungje : cis, kau memang manusia like a bastard (tumbuk gwangsu)


aku yang baru habis makan still menunggu si sungje ni. entah mana je la dia pergi. meja yang tetiba vibrate membuatkan aku tersentak. handphone sungje berbunyi menunjukkan ada panggilan masuk. di skrin fonnya tertera nama 'bobby'. 'bobby?' bisik hatiku. mungkin kekasih dia kot. aku membiarkan saja panggilan itu mati sendiri. makin lama aku makin tak senang duduk seorang diri. pantas aku mencapai handphone sungje dan bangun dari tempat dudukku lalu berjalan seorang diri sambil mencari sungje. sesuatu menarik perhatianku apabila aku ternampak orang ramai sedang berkumpul di suatu sudut. aku turut mencelah untuk melihat apa yang berlaku disitu.

gwangsu : kau ni kenape ?! tetibe je belasah orang tak tentu pasal ! pfffttt.. kau nak ape huh ?! (lap darah di mulut)
sungje : aku nak, kau jangan pernah muncul dalam hidup die lagi. kalau tak..
gwangsu : kalau tak ?
sungje : kalau tak aku buat kau lagi teruk dari hari ni.
gwangsu : kau siape nak sebok jaga tepi kain die ?!
sungje : aku bf baru die. so, aku tak nak kau muncul lagi dalam hidup die.

aku tergamam melihat apa yang berlaku. aku langsung tak menjangkakan bahawa orang ramai berkumpul disini menyaksikan sungje bergaduh bersama gwangsu. aku yang serta merta blank kepala otak, tak tahu apa yang patut aku lakukan segera menarik tangan sungje sebelum keadaan menjadi lebih teruk. tetapi sebelum beredar dari situ, aku harus memuaskan hatiku dulu. 

iu : (berjalan kearah gwangsu) kau memang tak gune ! (sepak gwangsu) dah ! jom sungje.
sungje : macam mana awak ade kat sini ? dah habis makan ke ?
iu : dah lame dah. i nampak orang ramai kumpul kat sini i pun datang la tengok. u pun bukan nak bagitaw i nak jumpe die. (manyun)
sungje : saya taknak kacau awak makan. thats why pergi senyap2. ouh ok lah kalau macam tu. jom lah pergi dari sini. dok sini lame2 pun saket hati jugak. (tarik tangan iu)
iu : lain kali bagilah taw. nah fon u (bagi fon) tadi ade orang call tapi i tak angkat.
sungje : ouh yeah ? sape je yang call ni ? (cek fon) ahh bobby. jap eh, nak call balik.
iu : ok. im waiting u here.

sementara menunggu sungje menghubungi semula orang yang menelefonnya tadi itu, aku menunggu sungje sambil bercangkung. aku mencapai ranting kayu yang ada disitu lalu mengukir namaku bersama sungje. aku tersenyum sendiri sambil melihat sungje yang sedang bercakap di telefon.

sungje : hello seongsanims. nae. sungje imnida. ye dah sampai dah. petang tadi. rumah okay je. bile boleh lapor diri ? hmmm minggu depan okay ? ahh ye ye terima kasih puan. (off call)

melihat sungje yang sudah mula menghampiriku, aku pantas memadam nama kami dengan kasut. 

sungje : okay dah habis, jom. 
iu : eh, dah ke ?
sungje : ahh. dah habis. buat ape tu ? sorry, tadi pengetua pulak telefon.
iu : hehe takde pape. besok dah start keje eh ?
sungje : tak. minggu depan baru lapor diri. saje bagi alasan kat pengetua nak rehat and kemas2 rumah baru. actly malas nak hadap budak2 kat situ. dah la semua perempuan. (gelak)
iu : ouh. dah ni nak gi mane je ?
sungje : mane2 pun boleh. hari pun still awal lagi. hmmm. jom try tu nak ? competition for couple.
iu : huh ? siyes ke ? i okay je.
sungje : siyeslah. 
iu : ok jom.

aku dan sungje pun terus join couple competition tu dengan riang rianya. kitorang di sapa baik oleh penganjur dan mereka meminta kitorang mendaftarkan diri dengan menggunakan nama couple. 

sungje : name couple ?
iu : ikut u la. i tak taw.
sungje : hmm your full name ?
iu : i love u equal to iu. (gelak) tak la name i lee ji eun.
sungje : so we end up with Lee Couple sebab saya lee sungje.
iu : orite (angguk)

sungje terus memberitahu penganjur tentang nama couple kami then kitorang diminta memilih acara yang kitorang ingin bertanding. setelah berbincang kitorang dengan bangganya ambik acara menembak. walaweh, aku dah la sememangnye sekali pun tak pernah tembak menembak ni. nak tak nak aku buat-buat pandai je lah.

iu : (bisik) tembak ahjussi tu.
sungje : (gelak) tembak perut die yang boroi tu.
iu : ish diam2. die pandang. kang die tak bagi main pulak. (tahan gelak)
sungje : (buat peace kat ahjussi) okay2, nak target yang mana ni ?
iu : teddy2 !! yaa, go oppa !! (lompat2)
sungje : oppa ? *salah dengar ke ni?* okay2 teddy tu. (fokus)
iu : sorry terpanggil (sengih) yeah, fokus !
sungje : sokay. (target and shoot) yeah kene !! (peluk iu)
iu : (terkejut) yeah kene. dasyat lah u. (blushing)
sungje : oppss mian. happy sangat sampai terpeluk. (sengih)

ahhh. that time!! juz God know how fast my hearbeat. tapi macam biasa, aku tetap dengan muka bajet takde ape-ape berlaku walaupun jantung aku rasa nak boom je time tu. tambahan pula lepas tu, turn aku pulak untuk menembak. ahh! aku langsung tak reti. disebabkan berlagak biasa adalah trademark aku, so aku masih lagi berlagak tenang and tak cuak langsung. 

iu : my turn. tapi i tak reti menembak la. kalau tak kene sorry eh.
sungje : tak pe. ahh saya nak patung pororo tu. 
iu : okay. (nervous) aihh i tak pernah menembak ni. kang tertembak ahjussi tu kang.
sungje : ape salahnye (gelak) anggap je patung pororo tu orang yang paling dibenci.

mendengar sahaja perkataan 'orang yang paling dibenci' automatik dalam kepala aku "GWANGSU" ! dia lah yang paling aku benci setakat ni. menyusahkan hidup aku je. cisss !

iu : huh ! i kill u gwangsu ! (tembak) yeah ! kene si tak gune tu. (lompat2)
sungje : yeah! gimme 10. ahjussi, kami dah menang. mane hadiah huh ?
iu : yup yup. hadiah cepat.
sungje : eh eh, ahjussi ni kemane pulak ? adoii ahjussi. kami nak ke tempat lain pulak.
iu : nak kene ahjussi ni. tembak die kang. (manyun) 
sungje : tu pun die. eh eh berjoget pulak kat situ. 

ciss, ahjussi ni nak main-main pulak dengan kitorang. aku yang dah mula muak tengok ahjussi yang perut boroi tu cuba buat lawak bodoh pun terus mencangkung cari batu kecik then bangun terus baling dekat ahjussi tu.

iu : yaaa ! jangan buang masa kitorang lah !
ahjussi : okay2, pasangan bahagia tak baik marah2. sila ambik hadiah yang telah dimenangi.
sungje : taw takut. (ambik hadiah) jom awak gi tempat lain pulak.
iu : jom. gedik betul ahjussi tu. nasib tak tembak die. nak gi mana pulak ?
sungje : jom naik tu. eye on korea. 
iu : okay jom !
sungje : emm awak. (pegang tangan iu)
iu : ye ? (pandang pelik)
sungje : barang awak. 
iu : ouh ! (tepuk dahi) sorry. i memang selalu terlupa barang2 saya. adoi. thanks lah ye.

haihhh. nasib aku bukan dengan gwangsu. kalau tak mesti aku dah kene marah sebab suke tinggal barang aku merata-rata. ahhh! lantaklah si gwangsu tu. macam lah die bagus sangat. sungje jauh berbeza dengan gwangsu. tapi satu je masalah si sungje ni, mulut die kadang-kadang menyakitkan hati. maksud aku, macam waktu awal-awal kenal siang tadi. boleh tahan jahat mulut si sungje ni. 

sungje : jom naik. yang ni free. nanti kita boleh tengok lampu liplap liplap dari atas. (gelak)
iu : patutlah ramai naik. nak warne purple ! i suke purple.
sungje : okay jom naik.

masuk sahaja, aku terasa seperti budak-budak kecik yang memang gemar naik bende macam ni. eceh, aku dah perasan dewasa. padahal perangai aku still macam budak-budak bak kata gwangsu lah. ciss gwangsu lagi! stop ingat pasal die!

iu : eh mana lampu liplap liplap tu ?
sungje : tu kat belakang tu. wah cantiknya, bentuk love lagi tu.
iu : (tengok belakang) ouh ya ya ya. nampak akhirnya.
sungje : cantikkan ? ade macam2 warne lagi tu.
iu : (angguk) ahh. (bersandar) penat pulak rasa. asyik berjalan je harini.
sungje : yelah. tak rehat pon. lepas gaduh2 tadi, main hujan pulak lepas tu gi makan then terus datang sini.
iu : kelakar la bile ingat balik (tutup muke)
sungje : (gelak) tu lah tak sangka pulak boleh jadi kawan.
iu : yaaa pakcik gile dalam train. dah la tido atas bahu i then buat muke tak malu. (gelak)
sungje : yeke ? saya rasa macam tido atas batu je tadi.
iu : yaaa ! memang bahu saya ni keras la kan ?
sungje : tuff ! 

ciss si sungje ni nak kene ni. ade ke patut cakap aku tuff. ingat aku lelaki bina badan ke? huh. see! aku dah kata, kadang-kadang mulut die ni jahat taw. tak lama kemudian, roda gedabak a.k.a eye on korea tu pun dah mule slow and lastly stop. kitorang pun turun dan berjalan semula. aduhh! aku dah mula rasa kaki aku sakit dan lenguh.

iu : u nak main ape2 lagi ke ?
sungje : dah penatlah. jomlah balik. dah lewat dah ni. tak baik untuk kesihatan.
iu : yeah. badan pun dah saket2. eh jap, duduk dulu. kaki i dah saket nak jalan.
sungje : ok. tak pape ke kaki tu ? kalau tak larat saya boleh dukungkan.
iu : takyah la. i dah la berat macam batu. tuff la katekan.
sungje : (gelak) marah ke ? saya gurau je lah.
iu : tak la. ouh ok jom jalan balik. aihh.
sungje : siyes boleh jalan ni ?
iu : (angguk) banyak sangat jalan tadi. lenguh2 dah.
sungje : macam pelik je cara jalan. tak pelah saya dukung. (bercangkung)
iu : siyes ke ni ? tak menyusahkan ke ?
sungje : tak. saya kuat lah. (tepuk2 bahu)
iu : okay okay. 

walaupun sebenarnye aku malu gile tapi disebabkan kaki aku yang mmang betul-betul sakit, aku pun terus naik di belakang sungje. aihhh malunye!!!

iu : berat tak ?
sungje : tak rase berat pun. (berdiri) jom balik. awak asal dari mana ?
iu : dari rumah omma i. (gelak) i dari s.e.o.u.l (nyanyi lagu suju) u ?
sungje : same lah. kite kan tunggu train sekali siang tadi. awak datang sini parents taw tak ?
iu : a'ahlah. dorang taw i datang sini nak jumpe gwangsu tu la. tapi dorang tak taw i tak balik malam ni. tapi dorang tak marah punye la. family u mane je ?
sungje : family dekat seoul. datang sini sebab kene mengajar.
iu : sorang2 tak bosan ke ?
sungje : mestilah bosan. sebab tu ajak awak teman duduk sekali. (sengih)
iu : harini boleh la sebab dah lewat. besok kene balik dah la. 
sungje : ouh. ingatkan lama lagi kat sini.
iu : tak la. bukan ade ape pun nak buat kat sini. menyusahkan u pulak nak jaga i.
sungje : tak susah pon. awak bukan budak kecik. eh dah sampai rumah tak sedar pulak.

sampai sahaja di rumah, sungje terus merendahkan badannya dan aku turun dari belakangnya. mesti lenguh pinggang si sungje ni. tapi bukan salah aku jugak, dia yang nak sangat tolong aku kan. hee. masuk sahaja dalam rumah, aku terus tekan suis lampu. masing-masing berjalan lemah akibat kepenatan seharian berjalan hari ni. oppsss aku tak berjalan dah sejak balik tadi heee.

sungje : malam ni awak tido kat bilik saya lah.
iu : eh, dah tu u tido mane ?
sungje : saya tido ruang tamu pun boleh. asalkan ade bantal.
iu : ouh okay la macam tu. u gi la salin baju dulu.
sungje : awak gi salin sana. dalam bilik saya kan ade bilik air jugak. saya kat sini pun tak pe. 
iu : yela2. dah macam laki bagi arahan kat isteri pulak. (manyun)
sungje : (gelak) saya memang kuat membebel.
iu : habislah isteri u nanti kene tahan telinga dengar u membebel (gelak)
sungje : awaklah isteri saya (sengih) tak la. sepatutnye habislah anak2 murid saya nanti kene bebel.
iu : a'ah. habislah student u nanti. silap sikit kene bebel kan. eh, u dah nak tido ke ?
sungje : saya bebel ni ade kebaikannya. saya nak semua hidup selesa. hmmm entah lah. jom tengok tv.
iu : eh jap. u gi lah tengok dulu. i nak kemas2 barang. esok senang tak yah kemas da.
sungje : okay (angguk)

aku terus capai begku dan berlari naik ke bilik sungje. setelah menukar pakaian dan mengemas segala barang yang aku bawa, aku turun semula. aku terus meletakkan begku di sebelah pintu. bukan apa, takut-takut penyakit pelupa aku tu datang besok, habis semua barang aku tertinggal. selepas itu, aku terus mendekati sungje dan duduk disebelahnya yang sedang khusyuk menonton televisyen.

iu : cerita ape je ?
sungje : berita nightline je. gile bosan. (menguap)
iu : berita lah best. dapat taw macam2. errr (terkejut dan pandang sungje) aihh nak tido kat tempat keras macam batu ni jugak. ish die ni.
sungje : *selesa lah pulak * (tahan gelak)
iu : (main2 rambut sungje) haihh kalau tak sebab gwangsu tak gune tu, takdelah aku menyusahkan die ni macam harini. thanks so much babe. (cium dahi sungje) 

alang-alang sungje dah tidur, aku pun dah mula rasa mengantuk. so aku pun slow-slow alihkan kepala die dari bahu aku ke sofa. aku jugak terus mematikan televisyen dan bangun untuk naik keatas. belum sempat aku melangkah, tiba-tiba tangan aku ditarik. terkejut beruk aku time tu. tapi macam biasa trademark aku 'belagak biasa'.

sungje : wait ! can we stay like this till morning ?
iu : eh bukan u dah tido ke tadi ?
sungje : tak lah. belum lagi.

ahhh, cisss! sungje ni tak tidur lagi rupenye. aku pun dengan muka belagak biasa teragak-agak untuk duduk semula sebelah die. lagipun die dah pegang tangan aku tak lepas-lepas ni. aihh.

iu : nak tengok tv ke ? jap i bukak balik.
sungje : no ! i mean, boleh tak saya tidur atas bahu awak ?
iu : ouh. yeah sure, why not. 
sungje : thanks. (baring atas bahu iu) saya susahkan awak ke ?
iu : err tak la. langsung tak. i lagi banyak susahkan u hari ni.
sungje : tak la. saya tolong ikhlas. 
iu : thanks so much. kata nak tido. 
sungje : most welcome. okay okay. gudnite, sleep well. 
iu : okay gudnite.

keesokannya

kepala aku terasa berat dan cahaya matahari menyilaukan pandanganku. setelah aku mula rasa stabil aku melihat sekelilingku. aku masih berada di sofa kerana aku juga tidur disitu semalam. tetapi sungje entah kemana. aku yang masih mamai, membetul-betulkan urat kepala ku lalu terpandang jam di dinding yang menunjukkan sudah pukul 6. ouh 6 kata hati ku. what ?!!! 6 !!! now dah petang?! how come aku boleh tidur selama ini?!mesti sebab aku terlampau penat semalam dan.... train cuma ada sampai pukul 8 malam. automatik aku jadi gelabah. aku terus membuka begku dan mengambil tuala lalu berlari ke bilik air di dapur untuk mandi. setelah selesai semua, aku ke ruang tamu semula dan sungje dengan slumbernya tengah tengok tv disitu. asal die tak kejut aku langsung?! errrr! kalau aku terlepas train balik, semua salah die! ahhh! perut aku pulak time-time ni jugak nak berbunyi. aku pun dengan muke tak malu duduk disebelah sungje.

iu : lapar lah.
sungje : gi lah makan.
iu : belanja lah.
sungje : (pegang poket) takde duit.
iu : miskin rupenye si sungje ni.
sungje : saya ade banyak duit lah.
iu : kedekut ! taknak kawan ! (jeling)
sungje : ouh. kwan dengan saya sebab duit ? now i know. (angguk)
iu : bukanlah ! err takpelah. gi cari makanan sendirilah. (bangun)

aku menggalas begku dan terus keluar dari rumah. sungje yang mengekoriku sempat melambai ke arahku dengan senyuman. errr! die dah mule balik perangai kejam die! aku yang terus rasa mahu pulang segera ke stesen keretapi. jam kini sudah pukul 7. mungkin train masih ada. aku cepat-cepat mebeli tiket untuk pulang ke seoul dan aku harus tunggu train aku sampai. andai kata aku terlepas train kali ini, aku harus pulang ke rumah besok kerana ini adalah train yang terakhir sebelum jam 8 malam. aku pun terus duduk di tempat menunggu. aku yang perasaan sungje mengekoriku dari tadi tetapi sengaja berpura-pura tidak nampak. 

sungje : tadi kata nak gi cari makan. ni tunggu train pulak.
iu : suke hati la ! balik rumah nanti adelah makanan. sini takde pape makanan pun. huh !
sungje : (gelak) suke tengok awak mengamuk. nah ni, tadi beli dulbokki kat kedai depan sane. makanlah. merungut je dari tadi.
iu : (buat2 tak dengar) ouh train dah sampai.
sungje : hey2 ! jangan perasan. train awak tu lambat lagi. nah ambik dulbokki ni. 
iu : eee ! bak la ! nanti i makan dalam train. dah gi balik !
sungje : amboi ! sedap2 je nak halau orang. bajet berani je makcik ni duduk sorang2. (senyum sinis)
iu : sape makcik ?! bile mase i kahwin dengan pakcik u ?! eleh, i dah biasalah jalan sorang2.
sungje : takyah belagaklah makcik. sini sunyi. nanti makcik kene kacau, saya jugak yang makcik cari.
iu : eleh ! haa train dah sampai. (lambai)
sungje : rumah makcik dekat pendalaman ke ? tu train nak gi seberang. utara busan.

huh?! errrr train ni main2 dengan aku ke? bile train aku nak sampai ni? huh! dah la si sungje ni dah mule balik panggil aku makcik. grrrrr! entah bile aku kahwin dengan pakcik die. cisss! dah salah train, so aku pun duduk baliklah kat tepat menunggu tu.

sungje : kalaulah saya balik tadi, dah sesat dah makcik ni taw tak. haihh makcik2. (geleng) u know what ? u cant live without me.
iu : perasan !! i cant live without oxygen ! okay now pakcik, u see, train yang datang tu die tulis s.e.o.u.l so thats my train. okay, thanks for everything bye.

aku pun dengan muka bangga bangun nak masuk ke dalam train aku. tapi...... sekali lagi pakcik ni halang. dia ni memang suke main tarik2 tangan ke huh?! 

iu : hey cepat la ! kang train ni jalan !
sungje : ni dulbokki ni. tengok tu careless betul. macam mane kalau saya takde ? haihh. jagalah barang2 tu elok2 sikit. dalam train tu tengok kiri kanan, jangan main duduk je. beg tu jaga elok2. yang paling penting, diri tu haaa.
iu : amboi banyaknye bebel. i ni bukan budak kecik lagi okay. dah la gi la balik. (pandang belakang) train !!!! (terlepas beg) its all your fault !!!
sungje : bo ? (muke tak bersalah) saya cume nasihat bende yang betul. saya nak jaga keselamatan makcik bile saya takde nanti.
iu : mane nak dapat train lagi malam2 ni huh ? u bebel la sorang2 pakcik ! (jalan)
sungje : merajuklah pulak. nak pergi mane tu ?

ahhhh! sebab die aku dah terlepas train balik malam ni. aku malas nak dengar die membebel dah. aku cuma tutup telinga dan lari supaya aku tak dengar apa-apa dah walaupun kenyataannya still dengar. errkkk.

sungje : (jerit) ohoi makcik careless. beg ni saya bawak balik rumah ye.
iu : (terkejut) yaaa ! thats my beg. bak sini !

sekali lagi aku tertinggal beg aku merata-rata. pfffttt. dan lebih menyakitkan hati bila aku mintak beg aku dari sungje tapi......... die boleh lari macam tu je dengan beg aku. bile orang dah bawak lari beg kita, tiada yang lain melainkan aku terpaksa kejar si sungje untuk ambik balik beg aku. yaaa! dah mula adegan kejar mengejar macam cerita hindustan. errr..

iu : bagilah balik my beg sebelum orang lain pikir pakcik ni peragut !
sungje : saya cakap la awak tu bini saya yang nak lari dari rumah ! (gelak)

tak malu ape die ni nak mengaku aku bini die lagi. erghhh. aku yang dah penat berlari terus berhenti dan bersandar di kaki lima dalam keadaan perut berkeroncong. sungje turut berhenti berlari apabila aku sudah berhenti mengejarnya.

sungje : sudah2 la tu. sampai bile nak duduk situ ?
iu : i nak tidur sini lah ! (pejam mata)
sungje : dengar cerita kan, tempat ni berhantu. sebab 10 tahun yang lalu ade orang bunuh diri kat sini. dah la depan tu hutan. mesti banyak binatang liar macam ular, kala jengking. saya taknak masuk campur kalau makcik kene kacau. saya selamatkan beg makcik je. bye.

sungje terus berjalan meninggalkan aku disitu. aku yang mula terbawa-bawa dengan cerita sungje tadi segera bangun dan berlari kearah sungje dan memegang lengan bajunya.

sungje : ape ni pegang2 baju saya ? tak malu huh ? tadi kate nak tido situ.
iu : memang la ! tapi i tak suke hantu bukan takut tapi tak suke. bak la my beg. duet i semua dalam tu.
sungje : tengok tu nak belagak lagi. kat sini takde hotel. nak tahan teksi pun takde malam2 ni.
iu : tak malu huh pegang beg perempuan ?
sungje : eleh.. pegang baju lelaki lagi tak malu.
iu : pegang baju je bukan pegang pakcik. tido kat bahu orang lagi tak malu okay !
sungje : ouh pakai baju lelaki tak malu pulak ?
iu : eh asal pulak nak malu ? bukan tak pakai baju. (manyun)
sungje : kalau macam tu asal pulak nak malu tido atas bahu. bukan tido kat tempat lain.
iu : eleh, baju tu kes emergency. yang tido atas bahu tu apesal ? bantal banyak je.
sungje : makcik pun tak kesah kan ? siap kiss my forehead lagi nape ? dah jatuh hati ? 

okay fine! aku speccless bile bukak kes tu. errr tak sangka betul die tak tidur lagi time tu. and now, aku tak taw nak jawab ape. errrrr! mulut sungje ni kalah omma aku! aku pun terus berjalan sambil tunduk main-main dengan jari. tiba-tiba sungje dekatkan muka dia dengan muka aku. pfffttt suke bagi aku terkejut.

iu : ape ?
sungje : kenape makcik buat macam tu ?
iu : i lapar.
sungje : jangan nak ubah topik !
iu : yaaa ! makcik nak kiss anak buah sendiri tak boleh ?
sungje : eh eh bukan makcik cakap makcik bukan makcik saya ke ? bile pulak makcik kahwin dengan pakcik saya kan kan kan ?
iu : dah kahwin tadi !
sungje : bukan sepanjang masa saya dengan makcik ke ? 
iu : eh dah dah bile nak masuk rumah ni ?
sungje : eleh tadi taknak balik.
iu : dah beg i dekat pakcik. *nasib dah ubah topik*
sungje : yela yela. btw, makcik tak jawab lagi soalan saya.
iu : (terkejut) errr soalan ape lagi ?
sungje : why u kiss me ?

haihh kalau aku bagi penumbuk agak-agak okay tak? nak ambik beg then lari jauh-jauh? tapi aku nak lari mane malam-malam ni. errrr. sungje ni !!!!  aku paling tak suke bila aku rasa cuak macam ni. pfffttt.

iu : i kiss u sebab u banyak tolong i thats it.
sungje : really ? 
iu : yela.... kot

adegan yang tak suke jugak bila lelaki nak main tenung-tenung mata dengan aku. errrrrr aku taw aku akan kalah. so better buat-buat pandang tempat lain. tapi yang aku yakin, muka aku sekarang komfom merah gile sebab aku terasa panas je muka aku sekarang ni. 

sungje : kot ?
iu : huh ! okay fine, i suke u ! so ?
sungje : (senyum) so ? tinggal je la dengan saya terus. lagipun saya taw awak tak boleh hidup tanpa saya kan ? kalau saya takde habis lah bersepah barang awak merata-rata awak tinggal taw. 

betul ke aku dengar?! die ajak aku tinggal dengan die terus, mean?! hee. ape punye tak malu aku gi terus terang macam ni. errr. tapi dalam masa yang sama aku rasa nak melompat-lompat pun ade sebab memang aku dah mula suka si sungje ni bila dia faham perangai aku yang careless and childish ni. sikit pun dia tak pernah marah aku macam gwangsu. yaaa!! lupekan gwangsu coz i have sungje rite now. 

sungje : please be mine (pegang tangan iu)

aku yang dah tersipu-sipu malu macam kerang busuk ni pun mula lah tergaru sana sini walaupun tak gatal pun sebenarnye. in the end, aku just angguk je tanda setuju.

iu : but, i love to hate u. i mean, i suke gaduh dengan u. (sengih)
sungje : takpe la. lepas ni kite gaduh hari2 okay. (gelak)

so now, barulah aku sedar macam orang selalu cakap 'setiap perkara yang berlaku ade hikmahnya'. aku langsung tak rugi hilang gwangsu sebab aku dapat sungje yang jauh lebih baik dari die.

the end.

thanks for reading ^_^




OLDER POST | NEWER POST