nuka nuka ツ



my diary
Monday, 31 December 2012 | 07:25 | 0 c r e e p e r









12 january 2012…

Macam biasa permulaan kehidupan harianku. Bangun pagi, mandi, sarapan, pergi kolej. Walaupun agak muak dengan rutin harian namun memang itu je la yang harus aku lakukan setiap hari. Hari ini baru masuk minggu kedua sesi pembelajaran bermula setelah hampir dua bulan cuti. This year my final year! Ape pun aku kene buat yang terbaek. Aku melangkah masuk ke kolej dengan azam tahun baru untuk belajar dengan lebih bersungguh supaya aku dapat membuktikan pada appaku yang aku mampu untuk menguruskan syarikatnya suatu hari nanti. “yeobo” , seseorang menyentuh lembut bahuku. Aku segera memusingkan kepalaku memandang kebelakang. “nae, baru sampai ha?” , balasku sambil tersenyum memandang si buah hati yang menjadi peneman setiaku sejak tahun pertama aku di kolej ini. “hmmm, bas lambat tadi. Dah la orang ramai kene berdiri lagi dalam bas. Penat taw”, gd cuba mengadu padaku sambil memuncungkan mulutnya. Aku tergelak melihat telatah gd yang cuba menjadi manja dengan aku. Aku menarik kerusi disebelahku memberi isyarat padanya agar duduk. Gd akur dengan arahan ku. “dah sarapan my baby si gedik huh?”, aku sengaja mengusik gd. “yaa! I tak gedik la. Dah kat rumah tadi. Ni yeobo takde kelas ke? “, Tanya gd. “ dah nak start lah ni. Saje nak tengok muke gedik u dulu sebelum masuk kelas hahaha”, aku mencubit pipi gd sebelum bangun lalu menuju ke kelas ku.

Pembelajaran berjalan seperti biasa. Aku cuba memberi tumpuan sepenuhnya pada pensyarahku. Tamat sahaja kelas aku terus keluar menuju ke café. “ dara! “, seseorang memanggil namaku. Aku seperti kenal suara yang memanggilku itu. Seperti jangkaan ku. “ ye kau, nak ape?’, ujarku pada minzy. Minzy merupakan salah seorang kawan baikku. Walaupun dia junior aku namun itu tak menjadi penghalang untuk aku terus rapat dengannya. “tadi kekasih hati kau pesan kat aku suruh bagitaw kau”, minzy cuba memberitahu sesuatu dengan keadaan termengah mengah mungkin kerana dia berlari untuk mendapatkan aku. Aku masih memandang tepat ke wajah minzy untuk mendengar kenyataan yang seterusnya. “ dia kene balik dulu sebab ade kerja sikit, so tak dapat teman kau”, terang minzy. Aku mengangguk tanda memahami. Mendengar sahaja gd tiada aku tidak jadi untuk terus melangkah ke café. “kau nak gi mane?”, tanye minzy lagi. “baliklah”, jawabku ringkas. Minzy menggaru garu kepalanya sambil mengerutkan dahinya memandangku. “kau dah kenape?”, aku cuba mendapat kepastian. “teman aku jap, gi atas bumbung”, minzy menarik tanganku. “woi, nak buat ape? Aku nak baliklah”, aku cuba menarik kembali tanganku namun minzy jauh lagi kuat dariku. “aku ade tertinggal barang, teman lah aku”, minzy masih menarikku untuk mengikutnya. Mahu tidak mahu aku terpaksa mengikut langkahnya. Sampai sahaja di atas bumbung, angin agak kuat menerpa meniup rambut ku yang hampir mencecah paras pinggang. Tiba-tiba minzy menolak ku kehadapan, aku agak terkejut dengan tindakannya. “aku gi dulu bye, have fun”, minzy terus berlari turun ke bawah meninggalkan ku seorang diri. Aku agak terkejut dengan tindakannya tergamam seketika. “yaa! Kau nak gi mane huh?”, aku menjerit pada minzy yang sudah makin menghilang dari pandanganku. “yeobo”, suara gd menerjah ke telingaku. Aku mengalihkan pandanganku pada arah suaranya. Kelihatan gd sedang berdiri tegak memandangku sambil tangannya dibelakang. Aku yang tidak mengesyaki ape-ape terus menuju ke arah gd. “bukan u kata ade kerja ke?”, aku mula hairan. “ni lah kerja I”, ujar gd sambil menghulurkan sejambak bunga padaku. Aku kaku memandang gd. “ape ni?”, Tanya ku hairan. “yaa! Bunga pun dah tak kenal?”, gd menjentik dahi ku. “saketlah, taw la tapi untuk ape?”, aku menggosok-gosok dahiku yang masih terasa pedih. “biar pelupa jangan nyanyok terus, bufday sendiri lupe ke? “, gd mengingatkan ku. Serta merta otak ku berfikir untuk mengingati. Sah! Memang harini birthday aku entah macam mane aku boleh lupe. Sekali lagi gd menjentik dahiku. Kali ini lebih sakit rasanya. “yaa!”, marahku padanya. “haih, yeobo, happy birthday. I love you so much. “, aku tersenyum mendengar kata-kata gd lalu mengambil pemberiannya. Aku mencium sejambak ros putih di tanganku itu. Masih segar baunya. Aku membuka kad yang terdapat di situ lalu membacanya. ‘ yeobo, i tak banyak harta macam yeobo, tapi I akan pastikan yeobo sentiasa happy. Please love me like I love u. happy birthday my sweetheart. from your baby gedik’ . tanpa diduga air mata gembiraku mengalir selepas membaca kad tersebut lalu aku memeluk erat gd. “u lagi berharga dari harta I la gedik”, walaupun suara ku tersekat-sekat namun aku pasti gd dapat mendengarnya dengan jelas.








23 february 2012



Hari ini aku tidak dapat hadir ke kolej untuk 3 hari berturut kerana demam yang agak teruk. Aku hanya terbaring lemah di atas katil. Bunyi telefon agak mengganggu minda aku disebabkan kepalaku agak pening. Namun aku menggagahkan diri untuk mencapai telefon bimbitku lalu menjawab panggilan. “hmm?”, tanyaku malas. “yeobo, u tak sehat lagi ke?”, suara gd kedengaran risau. “sikit hari lagi I okay lah. Wae?”, tanyaku lagi. “I rindu u. benci la datang kolej macam ni. U tunggu ye, I datang rumah u nanti”, aku tersentak mendengar kata-kata gd. “hey, janganlah. Mummy I ade la. U taw kan die tak suke sangat I berkawan dengan lelaki if still belajar”, aku mengingatkan gd tentang omma ku. “takpe la, taw la I nak cakap ape. I nak jumpe u kejap je”, gd terus mematikan talian sebelum aku sempat melarangnya dengan lebih keras. Aku Cuma mampu mengeluh. Lebih kurang 45 minit kemudian aku dengar pintu bilikku di kuak, aku memandang lemah ke arah pintu bilikku. Mata ku serta merta membulat apabila ternampak gd masuk ke dalm bilikku sambil mengenyit mata pada ku. Lebih mengejutkan aku apabila gd berpakaian fomal dengan kemeja lengan panjang beserta tali leher. Tidak cukup itu, gd juga tiba-tiba memakai kaca mata seperti orang rabun. Aku memandang gd dengan wajah hairan. Tetapi gd hanya tersenyum lebar lalu duduk disebelahku. Aku cuba untuk duduk sambil dibantu oleh gd. “macam mane u boleh masuk? Mummy I keluar ye?”, tanya ku hairan. “hello, I masuk ni dapat kebenaran mummy u taw.”, gd tersenyum bangga sambil membetulkan kolar bajunya. “yaa! U rasuah ape mummy I huh? U pukau die eh?”, tuduh ku. “hish! Tak la seteruk tu. I Cuma cakap I lecture u je. Hehe. I datang nak melawat anak murid kesayangan I ni ha haha”, gd tergelak dengan perangainya sendiri. Aku hanya menggelengkan kepala. Gd kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari begnya. “ape lagi tu?”, aku ingin tahu sambil menjenguk begnya tetapi gd menghalang aku untuk tengok. “sebok la u ni, jangan tengok”, gd mengusikku sambil membuat muka serius namun aku sudah masak dengan perangainya. “taraa! Ni I bawak blueberry cheese cake kesukaan u. makan taw”, gd memberi blueberry cheese cake itu kepadaku. Aku yang sudah lama terkenangkan makanan kegemaranku ini tersenyum gembira. “ u ni taw taw je kan”, aku menepuk-nepuk pipi gd lalu terus mengambil makanan tersebut dan makan dengan penuh selera. Gd menongkat dagu memandang aku, sesekali die membelai rambutku. “cepat sembuh nae? Baby gedik bosan la sorang2 yeobo takde”, gd sudah mula dengan membuat suara gediknya. Aku hanya mengangguk sambil mengepit hidungnya dengan tangannku.






9 march 2012



Setelah pulang dari kolej aku terus pulang kerumah. Sampai sahaja dirumah, kelihatan sebuah kereta yang sememangnya bukan milik keluarga ku tersadai di hadapan rumahku. Tanpa berfikir apa-apa aku terus masuk ke perkarangan rumah ku. “annyeong”, aku menyapa keluarga ku lalu membuka kasut sebelum masuk ke dalam rumah. Aku tergamam seketika apabila melihat keluarga kawan appa ku berada di dalam rumah ku. Aku Cuma menunduk hormat sambil senyum lalu berjalan menaiki tangga untuk menuju kebilik. “ turun cepat sikit dara”, ommaku sempat berpesan padaku. Aku yang tidak suka membantah perintah omma dan appaku terus menuju kebilik air untuk membersihkan diri. Setelah mandi aku bersiap-siap dan terus menuju ke ruang bawah. Omma menepuk-nepuk sofa disebelahnya memberikan isyarat padaku agar duduk disebelahnya. Aku akur lagi. Walaupun agak kekok kerana aku tidak pernah bertemu dengan keluarga kawan appaku ini tetapi aku tetap memaniskan wajah dengan senyuman. Aku langsung tidak menyampuk perbualan mereka lagipun aku sedang texting dengan gd jadi aku tidak menumpukan perhatian langsung dengan perbualan mereka. “ betulkan dara. Lagipun tahun ni dara tahun akhir dah,” aku memandang ommaku dengan wajah terkejut kerana aku tersentak tiba-tiba omma menyebut namaku sedangkan aku langsung tidak memahami topik apa yang diperbincangkan. Aku mengangkat kening memandang ommaku. Semua mata sedang tertumpu ke arahku. “dengar tak ape mummy cakap?”, tanya ommaku. “err? Cakap pasal ape?”, tanyaku kembali dengan muka penuh tanda tanya. Ommaku mengeluh kecil. “omma tengah bincang pasal dara dengan daehyun ni”, sekali lagi aku tersentak. “daehyun? Siape daehyun?”, tanyaku hairan. “me”, seseorang bersuara. Aku mengalihkan pandanganku ke arah suara itu. Aku memandang lelaki yang kelihatan kemas bergaya yang mengaku dirinya adalah daehyun dengan wajah pelik. “ni anak aunty daehyun,” omma daehyun pula bersuara. Aku memandang setiap orang yang berada di hadapanku dengan hairan dan akhir sekali aku memandang ommaku semula. “omma dengan appa dah berbincang dan kitorang dah setuju nak satukan dara dengan daehyun lepas dara habis final exam nanti. Family daehyun pun dah setuju,” terbeliak mataku mendengar cerita sebenar yang diperbincangkan. Serta merta wajah gd terbayang dimataku. Tidak mungkin aku akan kecewakan gd setelah hampir 3 tahun kitorang lalui pelbagai kisah bersama. Cuma keluarga aku sahaja tidak tahu mengenai kewujudan gd dalam hidupku. Aku terdiam. Mulutku bagaikan terkunci. Aku tidak tahu ape yang harus aku perkatakan. Telefon bimbitku bergetar menunjukkan isyarat pesanan ringkan masuk. Nama gd tertera di skrin. ‘okaylah yeobo I ade hal sikit, malam nanti I text u lagi ye sweetheart. Love u like crazy’. Aku tidak membalas lagi pesanan ringkas gd. Aku menggenggam kuat telefon bimbitku. Perasaan sedih, marah, geram, sebak bercampur baur. “kenape omma tak tanye dara dulu”, aku mula bersuara walaupun agak tersekat-sekat kerana aku cuba bertahan dari mengalirkan air mata. “omma dan appa dah rancangkan yang terbaek untuk dara, dara jangan risaula. Daehyun ni budak baik”, omma memandang daehyun bakal menantu idamannya dengan senyuman mesra.






17 april 2012



Sejak peristiwa bulan lepas, aku seperti cuba mengelak dari gd. Bukan kerana aku sudah mula menerima daehyun atau pun tidak menyayangi gd lagi, tetapi aku seperti tidak boleh memandang muka gd. Rasa bersalah menguasai diri setiap kali melihat wajah gd yang sentiasa menyayangiku. Aku berjalan menuju ke kelas, tiba-tiba tanganku direntap. “ape kene dengan u? I ade buat salah ke?”, gd terus menyerangku dengan soalan. Gd merenung mukaku, dan aku terus menundukkan wajah. “ape salah i?”, tanya gd lagi. Gd segera mengangkat wajahku agar memandang wajahnya. Namun aku pantas melarikan mataku ke arah lain. “tolongla jangan buat I macam ni. U tak pernah macam ni taw tak. Bagitaw je la ape I dah buat sampai u dah taknak jumpe I, pandang muka I pun tak sudi dah”, rayu gd dengan nada kecewa. Aku semakin lama semakin tidak dapat menampung kesedihan terus memeluk erat gd sambil menangis teresak-esak. Gd membalas pelukanku sambil membelai rambutku. “u marah I ke yeobo?”, gd masih mahukan kepastian. Aku hanya menggelengkan kepala. Aku cuba untuk berterus terang tentang keadaan sebenar namun mulutku terasa berat untuk menyatakannya kerana aku takut gd akan kecewa denganku. “I Cuma terlampau stress. I perlu lulus dengan cemerlang dalam final exam nanti”, bohongku. “laah tu je ke? Kalau ye pun janganlah sampai buat I macam ni. Sedih I taw tak? Jangan buat lagi nae?”, pujuk gd sambil memegang kedua dua belah pipi ku. Aku mengangguk lemah. Serta merta mood gd kembali ceria.






21 may 2012



Sebulan lagi sebelum menjelang final exam. Makin serabut otak aku apabila memikirkan aku bakal disatukan dengan daehyun setelah tamat final exam ku. Aku bertambah tertekan melihat omma dan appa yang semangat dan beria menyiapkan serba sedikit keperluan untukku sedangkan aku tidak pernah berbuat apa-apa langsung. Hari ini omma meminta pendapatku tentang kad jemputan. Aku semakin tertekan seperti mahu sahaja menghentak segala barang persiapan mereka biar hancur berkecai seperti impian aku yang sudah berkecai untuk membina keluargaku sendiri bersama gd. Aku tidak mengendahkan pertanyaan omma sebaliknya terus mencapai kunci kereta lalu keluar dan memandu tanpa arah tujuan. Aku segera mencapai telefon bimbitku lalu mendial nombor gd. “nae yeobo”, kedengaran suara ceria gd di ruang telefon. “I need u rite now please”, pintaku seperti sedikit memaksa. “where are u? I datang now”, suara gd kedengaran sedikit risau. Aku menyatakan tempat aku berada lalu mematikan talian. Aku bersandar sambil memejamkan mata. Aku tidak mampu mengawal perasaan marah dan sedihku lagi. Aku menghentak-hentak stereng kereta sekuat hati. Aku membayangkan stereng itu adalah muka-muka yang cuba mengubah hidupku dan muka-muka yang telah merosakkan masa depan ku dan masa depan gd. Akhirnya aku sendiri terasa lemah lalu meletakkan dahiku di stereng. Tidak lama kemudian bunyi cermin keretaku diketuk. Aku mengangkat wajahku. Wajah gd kelihatan risau sedang memandangku. Aku segera keluar dari kereta lalu memeluknya sekuat hati. “I benci diorang! Diorang tak boleh terus paksa I buat ape yang diorang nak je! I nak terus hidup dengan u!”, aku membentak sambil menumbuk-numbuk bahu gd yang juga sedang memelukku. “I ade je, I tak tinggal u la”, gd cuba menenangkan ku walaupun aku yakin dia tidak memahami langsung maksudku. Gd membiarkan sahaja aku menjerit-jerit dan memukulnya. Walau apa pun yang aku lakukan dia masih setia memelukku. Aku yang mula rasa bersalah kerana tiba-tiba memarahi gd mula mendiamkan diri. Aku membenamkan muka ku ke bahunya. Baju gd mula sedikit basah dengan air mataku. Gd masih tetap sama seperti asal. “I sayang u”, ujar ku tiba-tiba. “I lagi lah sayang u”, balas gd ringkas. Gd tidak berani untuk bertanya apa-apa.






29 jun 2012



Hari ini adalah hari terakhir untuk aku menduduki kertas peperiksaan akhir. Gd yang habis sejam lebih awal kertas akhirnya menungguku di café. Tamat sahaja masa untuk menjawab aku terasa seperti satu beban yang memberatkan bahuku hilang sedikit. Aku yang agak gembira berlari mendapatkan gd. “baby gedik!”, jeritku. “yaa! Malu lah orang dengar”, gd sengaja berpura-pura malu sambil menutup mukanya dengan buku. “yaa! Ade I kesah? Sejak bile u pandai malu ni huh? Menyampah!”, aku juga berpura-pura memarahinya sambil memuncungkan mulut. Tanpa diduga gd menyumbat straw minumannye kedalam mulutku lalu tergelak apabila melihat reaksi wajahku yang terkejut dengan perlakuannya. “muncungkanla lagi mulut tu. Nanti I sumbat gajah, badak, harimau sume masuk”, gd masih tergelak memandangku. “huh. Kejam”, aku berpura-pura merajuk. Aku mengalihkan pandanganku menghadap ke arah lain. “sandara?”, tegur seorang pemuda. Gd memandang kami bersilih ganti. Aku turut memandang wajah pemuda itu. Aku seperti pernah melihatnya namun aku juga sudah terlupa siapakah dia. Aku mengecilkan mataku memandangnya. Lelaki tersebut memberikan senyumannya padaku. “daehyun. Lupe ke?”, serta merta darahku berderau. Aku terasa seperti saluran pernafasanku tersumbat. Gd masih seperti tadi. Aku memandang gd dengan perasaan takut. Aku tidak mahu gd mengetahui semua ini. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku terus terang walaupun jauh di sudut hati aku, aku tidak mahu berterus terang langsung. “siapa ni? Student baru?”, gd memecahkan kesunyian. Aku terdiam. Daehyun memandang gd lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Gd menyambut baik. “bukanla. Saya daehyun, bakal suami dara”, terang daehyun dengan jujur. Serta merta wajah gd berubah. “I salah dengar ke?”, gd merenung tepat ke wajah ku. Aku terasa wajahku panas tiba-tiba walaupun cuaca mendung. “u, betul ke ape I dengar?”, gd masih lagi inginkan kepastian. Suara gd sudah mula sedikit berubah. Nafasnya kedengaran kuat turun naik. Gd memandang daehyun pula. “bakal suami dara?”, gd mengangkat keningnya. “nae. Mungkin dara tak bagitaw sesape lagi pasal kitorang. Btw dara, mummy u yang suruh I datang amek u. dorang tunggu dekat butik.”, daehyun berterus terang tanpa ragu ragu. Aku sudah mula tak tentu arah. Aku langsung tidak berani mengangkat muka memandang gd. “kau taw tak die ni siapa?”, gd bangun dari tempat duduknya lalu berdiri menghadap daehyun. Daehyun sedikit terkejut dengan tindakan gd seperti mahu bergaduh dengannya. “ape masalahnye ni?”, daehyun pula ingin mencari kepastian. Aku segera bangun lalu berdiri di tengah-tengah antara gd dan daehyun sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. “yeah, daehyun bakal suami i. tapi..”, belum sempat aku menerangkan sepenuhnya gd terus mengamuk dengan menendang kerusi di café tersebut. Untuk pertama kalinya aku melihat gd marah sebegini. Gd meramas-ramas rambutnya lalu merenungku seperti ingin menelanku. Mata gd kelihatan merah. “mane janji u pada I selama ni?! Dulu I nak berhenti belajar nak kerja cari duet u tak bagi! U cakap u tak kesah pasal harta semua ni! Sekarang ape kes ni?! U perbodohkan I selama ni ha?! ,” gd menengkingku. Aku teragak-agak untuk menjawab. “I tak mintak pun semua ni. Mummy I yang..”, gd memotong cakap ku “arghh!! Jangan nak bagi alasan lah! Sampai hati u mainkan perasaan I selama ni ha?! U taw kan macam mane I sayang u?! “, gd sudah tidak hiraukan orang sekeliling yang memandang kami bertiga. Daehyun mula masuk campur. “siape die ni dara?”, suara lembut daehyun menerjah ke telingaku pula. Aku tidak menjawab pertanyaan daehyun. Gd pantas menggalas begnya lalu meninggalkan aku dan daehyun disitu. Tiba-tiba aku teras kaki ku lemah seperti tiada tenaga. Aku terlutut disitu. “gd..”.






11 julai 2012



Semakin hari tarikh untuk aku menjadi isteri daehyun semakin dekat. Daehyun sering datang bertemu denganku untuk berkenal kenalan. Aku sendiri khuatir mengapa daehyun akur sahaja dengan cadangan keluarganya untuk menjodohkannya denganku. Rupanya daehyun juga sama sepertiku tidak pernah membantah apa sahaja yang disuruh oleh omma dan appa kami. Daehyun juga tidak pandai berkawan jadi dia lebih senang jika omma dan appanya yang mencarikan jodoh untuknya. Namun aku masih tidak dapat melupakan gd. Seringkali aku menelefon gd tetapi dia tidak menjawab. Pesanan ringkasku tidak dibalas. Mungkin dia masih memarahiku. Selagi dia tidak memaafkan aku, aku tidak senang untuk melakukan apa sahaja. Aku terus memandu menuju ke rumah gd. Sampai dihadapan rumahnya aku membunyikan hon kereta beberapa kali sehingga kelibat gd kelihatan. Gd seperti sedikit tidak terurus dan aku rasa bersalah untuk segala yang terjadi. Aku keluar dari perut keretaku. Gd seperti tidak rela untuk bertemu denganku. “nak ape?”, tanya gd acuh tidak acuh. Aku menarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan bicara. Namun gd terlebih dahulu bersuara sebelumku. “kalau datang nak bagi kad jemputan tak payah la. Tak berminat nak datang”, tegasnya. “bukan! I rindu nak jumpe u. honestly I still sayang u. family I yang jodohkan kitorang. I taknak pun”, terangku. “dah tu u takde mulut nak bantah ke?!”, gd mula meninggikan suaranya. Matanya berkaca memandangku. “dorang takkan dengar cakap i. dari dulu lagi semua pasal I dorang yang rancang. I tak boleh nak buat ape2”, terangku lagi.

“u tak sayang I pun kan”

“tak! I sayang u. kalau tak takkan la hampir 3 tahun I dengan u”

“habes tu? U sanggup tengok I macam ni ha? U sanggup khianat i?!”

“tak! Tapi..”

“fine! I faham. I tak kaya macam family u dengan bakal suami u tu. I fikir u lain, tapi sama je”

Gd terus masuk ke dalam rumah tanpa memberi peluang padaku untuk terangkan dengan lebih jelas. Aku pulang dengan perasaan kecewa. Sebaik sahaja masuk kedalam kereta, daehyun menghubungiku. Aku segera menjawab. “ ade ape?”, tanyaku. “jum, I belanja u lunch”, jawabnya lembut. Aku tidak menjawab ‘ya’ tetapi aku juga tidak sampai hati untuk menolak kerana daehyun melayanku dengan baik. Daehyun bersungguh-sungguh untuk mengenaliku dengan lebih mendalam. Ada masa-masanya aku terasa seperti sudah mula boleh menerimanya Cuma sayang aku pada gd masih lagi kuat. Sukar untuk aku melupakan gd.






28 ogos 2012



Aku sudah lengkap berpakaian gaun pengantin. Orang ditugaskan untuk menyolekku juga telah selesaikan kerjanya dengan baik sekali. Aku tersenyum melihat wajahku dicermin tetapi sedikit hampa apabila mengenangkan bukan gd yang menjadi pasanganku hari ini. “dara!”, minzy yang kelihatan lebih sebok dari ommaku memanggilku. Aku pantas menoleh. “wae?”, tanyaku. Minzy tercungap-cungap seperti kehilangan oksigen. “gd.. gd..”, ujar minzy. Aku yang tidak memahami mengerutkan dahi. “dia datang nak jumpe kau”, jelas minzy padaku. Aku agak terkejut mendengar gd mahu berjumpa denganku setelah sekian lama dia menyepikan diri. Aku sendiri yang keluar berlari untuk bertemu gd. Gd berdiri dihadapan pintu rumahku. Aku perlahan-lahan menghampirinya. “u”, panggilku. Gd memandangku dari atas sehingga ke bawah. Jelas wajahnya menunjukkannya sedih. Gd memaksa dirinya untuk senyum di hadapanku. “cantek yeobo”, gd bersuara perlahan. Aku sebak melihat gd. “yaa! Jangan nanges! Rosak mekap nanti. Kang tak cantek dah”, gd sempat mengusikku. Aku cuba untuk gelak walaupun kelihatan pelik. “gedik!”, aku menjeling gd.

“I bukan datang nak rosakkan majlis u. I dah nak pergi”

“pergi mane?!”

“mane2 je supaya I boleh lupekan u”

“sampai hati u nak lupekan i. kita boleh jadi bestfriend kan?”

“no! I tak boleh. I mintak maaf sangat2 tapi I tak sanggup tengok u dengan orang lain. Tapi i dah tak marah u. I sedar taraf kite berbeza. Tapi u dengan daehyun setaraf. I doakan korang due bahagia. Ni last I nak tengok muka u sebelum I pergi. Lagipun I teringin nak tengok u pakai wedding dress”

Aku menundukkan wajahku sambil menggigit bibir. Tiba-tiba gd menghampiriku lalu memelukku. “thanks for everything. I love u so much yeobo”, bisiknya ketelingaku. Aku semakin sebak. “I love u so much too baby gedik”, balasku sambil cuba tersenyum. “take care”, ujarnya lalu pergi begitu sahaja meninggalkanku.



15 september



Aku kini tidak lagi tinggal bersama keluargaku sebaliknya tinggal bersama suamiku daehyun. Pada awalnya aku agak kekok untuk hidup bersamanya. Masih banyak yang aku perlu belajar untuk hidup berdikari, untuk hidup bersama seorang suami dan untuk hidup tanpa gd. Aku belum betul-betul mengenali daehyun namun daehyun tidak pernah berkasar denganku. Daehyun bersabar denganku walaupun kadangkala aku bersikap dingin dengannya. Aku masih tidak dapat menerimanya dengan sepenuh hati. Aku masih menyayangi dan merindui gd. Entah dimana dia berada kini. No telefonnya tiada lagi dalam perkhidmatan. Sesekali aku melewati depan rumahnya namun rumahnya kini sudah mencari tuan baru untuk disewakan. Apabila aku berasa tertekan kerana merindui gd , aku akan melepaskan kemarahanku pada daehyun. Daehyun tetap sabar melayan karenahku. Tidak pernah sekalipun dia meninggikan suara apatah lagi berkasar denganku. Dirumah kami, aku dan daehyun tidur di bilik berasingan. Aku langsung tidak bersedia untuk berkongsi bilik dengan orang yang aku tidak pernah sayang sebelum ini. Hari ini merupakan anniversary untuk kali ketiga bagi hubungan aku dengan gd. Jika kami masih bersama pasti gd akan mengadakan kejutan buatku. Sepanjang hari aku hanya mengelamun mengingati setiap memori antara aku dan gd.

“dah makan?”

“tak”

“u tak masak ke?”

“takde mood”

“I bawak makan kat luar nak?”

“taknak”

Aku terus naik ke atas masuk ke dalam bilik meninggalkan daehyun seorang diri. Daehyun mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Pelbagai cara daehyun lakukan untuk mengambil hati aku namun tak semudah yang disangka.






20 oktober 2012



Hari ini sepanjang hari aku tidak menegur daehyun kerana aku marah dengannya apabila daehyun bertanya padaku tentang perasaanku pada gd. Aku mengurungkan diri di dalam bilik sepanjang hari tanpa menghiraukan keadaan daehyun. Menjelang malam pintu bilikku diketuk. Ikutkan hati mahu sahaja aku menjerit menghalaunya tetapi aku masih waras untuk berbuat demikian. Aku bangun dengan malas lalu membuka pintu bilik. Kelihatan daehyun sedang berdiri tegak memandangku. “nak ape?”, tanyaku kasar. “makan jum. U sepanjang hari dalam bilik. Mesti laparkan?”, ujarnya dengan nada memujuk. “tak lapar”, aku cuba menutup pintu bilik namun daehyun pantas menghalang.

“teman I makan boleh?”

“u budak kecik ke sampai makan pun nak berteman ha?”

“bukan, sebenarnye..”

“sebenarnye u memang sengaja nak menyusahkan I kan?”

“takpelah kalau u taknak. I boleh sambut bufday I sorang2”

Daehyun terus turun ke bawah. Birthday? Aku langsung tidak mengetahui bahawa hari ini adalah ulang tahun kelahirannya. Perasaan bersalah mula menjalar dalam hati. Aku mengeluh. Aku perlahan-lahan turun kebawah. Daehyun mengemas meja makan. “kata nak sambut bufday?”, tanyaku mengejut. “eh, I ingat u taknak turun. I simpan la semua makanan dah. Kalau u nak makan I ambik balik”, daehyun terus menuju ke dapur. Aku hanya duduk di meja makan sambil menunggunya. Aku membiarkan sahaja daehyun mengemas meja makan. Daehyun membawa sebuah kotak bersaiz sederhana. Dari luar kotak aku dapat mengagak itu adalah kek. Daehyun mencucuk lilin pada kek hari jadinya. “taknak nyanyi untuk I ke?”, pintanya. Mahu tidak mahu aku menyanyi lagu happy birthday padanya dengan malas namun daehyun tetap menunjukkan yang dia gembira lalu dia meniup kesemua lilin. Setelah memotong kek, daehyun menyuakan kek kemulutku. “sini I suap”, daehyun memandang wajahku. Aku melayan sahaja kerana memikirkan hari ini hari jadinya dan aku langsung tidak memberinya apa-apa. “setelah sekian lama, ni first time kita makan sama-sama semejakan”, katanya dengan gembira. Daehyun masih tetap mencuba untuk mengambil hati aku walaupun daehyun tahu peratusannya agak sedikit.






19 november 2012



Hari demi hari aku sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan daehyun. Aku juga sedang berusaha untuk mengikis semua memoriku bersama gd. Aku memaksa diri untuk menerima daehyun. Cuma aku masih belum dapat melupakan gd sepenuhnya. Kemana sahaja aku pergi, ada sahaja kenangan aku bersama gd terlintas difikiran. “hey,” daehyun melambai-lambai di hadapan mukaku. Lamunanku terhenti seketika. Daehyun duduk disebelahku sambil menukar siaran televisyen. “u tengok tv ke tv tengok u ni?” , ujar daehyun sambil tersengih. Aku hanya tersenyum tanpa menjawab apa-apa. “kalau I tanya u sumthing jangan marah ye?” , daehyun mengalihkan pandangannya menghadapku. Aku mengangkat kening. “ape?”, tanyaku padanya.

“u… still ade ape2 dengan gd?”

“I tak taw dah pun dia kat mane”

“still sayang die?”

“u ni kenape? Nak cari gaduh dengan I ke?”

“tak! I dah tak sanggup tengok u macam ni hari2. Kalau u betul2 sayang die, I carikan die balik untuk u nak?”

“ha? Habes tu u?”

“takpelah, dari u tak bahagia hidup dengan I baik u hidup balik dengan gd. Lagipun u tak dapat lupeka die kan? Dan u mesti takde masalah pun tinggalkan I kan, sebab u tak pernah..”

“tak pernah ape?”

“tak pernah sayang I pun kan?”

Aku mengalihkan pandangan ke arah televisyen. Walaupun aku sering menunjukkan seperti aku tidak langsung menyayangi daehyun namun sedikit demi sedikit aku sudah dapat menerimanya dan aku sedang cuba untuk menyayanginya seperti mana dia menyayangiku. “ I boleh mintak tolong kawan2 I carikan gd balik nae?” , daehyun menyentuh lembut bahuku. “wae? Kenapa nak susahkan diri cari die?” , aku cuba mengujinya. “because I love u so much. I nak tengok u happy bukan monyok je macam dari first u jadi isteri I sampai harini”.






31 disember 2012



Hari demi hari perasaan sayangku pada daehyun sudah mula timbul. Cuma aku sahaja yang tidak mahu tunjuk. Aku tidak pernah menanti kepulangannya balik dari kerja. Hari ini aku sudah siap masak untuk makan malam dan menunggu daehyun pulang. Aku harap daehyun akan terkejut dengan sedikit perubahan positif pada diriku. Kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Aku berpura-pura menonton televisyen. Daehyun masuk ke dalam rumah dan terus meluru padaku. “dara! I ade good news untuk u”, daehyun memberitahuku dengan bersungguh-sungguh. “ape die?”, tanyaku ingin tahu. “kawan I dah jumpa dekat mana gd tinggal. So nanti kita buat kejutan dekat die okay. I hantar u pergi jumpe die. Pasal family u jangan risau nanti I akan uruskan sampai diorang boleh terima gd okay?”, daehyun memberi kejutan padaku bukan aku yang mengejutkannya. Sepatutnya aku gembira mendengar berita itu tetapi aku tidak tahu mengapa aku seperti sebaliknya. “u tak happy ke? Surprise ke? Tak eh?”, tanya daehyun. “kalau u tak hantar I dekat die tak boleh?”, aku menjawab pertanyaan daehyun dengan soalan. Daehyun memandang hairan wajahku. “bukan ni ke yang impikan selama ni? Hidup bahagia dengan gd?”, tanyanya pula. “itu dulu”, jawabku ringkas. “sekarang?”, daehyun cuba mendapatkan kepastian. “I nak hidup dengan u”, daehyun seperti tidak mempercayai kata-kataku. “sejak bile semua ni?” , wajahnya bertambah hairan. “alaa tak kesah la sejak bile ke ape ke. Sekarang ni mulai hari ni setiap kali u balik kerja kita dinner sama-sama okay. I dah masak dah dan perut I pun dah lapar. So jum makan”, aku menarik tangan daehyun menuju ke meja makan. Daehyun memegang dahi aku. “u tak demamkan”, usiknya. “yaa! Tak suke ke I macam ni ha?”, aku memuncungkan mulut tanda merajuk. “eh sape kate? Mestilah suke. Kalau u jadi macam ni sebab u demam, I doa semoga u demam hari2”, daehyun tersengih lalu dudukdi meja makan menghadapku.






1 january 2013



Hari ini aku sudah mula menulis untuk buku diary yang baru. Diary sepanjang tahun 2012 aku telah tutup dan biarkan segala kenangan manis pahitku sepanjang tahun itu terkubu di dalam diary itu. Tahun ini azam tahun baruku untuk membina sebuah keluarga yang bahagia bersama daehyun suami tersayang. Walaupun baru satu hari aku menunjukkan yang aku sudah menerimanya namun aku pasti perkara ini akan terus berlarutan sampai bila-bila.

*tutup buku diary*

OLDER POST | NEWER POST