nuka nuka ツ



Complicated Love Story ep 1
Monday, 17 December 2012 | 18:06 | 0 c r e e p e r


pengenalan

cerita ini hanyalah rekaan semata mata yang berkaitan dengan watak2 vongola high school students. untuk episod pertama ni hanya sedikit sahaja watak2 yang dikeluarkan untuk pengenalan dan bayang2 cerita yang akan datang. sekiranya ada kesilapan atau apa2 yang tak menyenangkan saya minta maaf kerana saya hanya manusia biasa yang pasti melakukan kesalahan :)






keriuhan kelas pelajar 2A di Vongola High School langsung tidak menarik minat iu. walaupun die kelihatan sedang bermain2 dengan bear kecil yang pernah dihadiahi oleh seseorang yang sangat bermakna dalam hidupnya yang tergantung di kotak penselnya, namun fikiran sebenarnya jauh melayang. iu merupakan pelajar yang baru memasuki sekolah itu due bulan yang lepas. disebabkan kelakuannya yang sering suke menyendiri menyebabkan die tidak mempunyai ramai kawan. 

sojin : weh iu!!

sojin mengejutkan iu dari lamunannye dengan menghentak meja iu. iu yang terkejut dengan tindakan sojin serta merta terkeluar dari lamunannya yang telah terbang bagaikan kertas yang ditiup angin. 

iu : ish kau ni, panggil elok2 tak boleh ke ha?
sojin : dah aku panggil dari tadi kau tak dengar.. memang macam ni je la caranye kan? yang kau main bear ni macam budak2 asal? sampai aku kat sebelah ni pon kau tak nampak kan..

iu hanya membalas dengan senyuman. sojin, satu2nya kawan baik iu di sekolah ini. disebabkan sikap sojin yang ramah membuatkan die berjaya menjadi rapat dengan iu. suasana yang hingar bingar tadi bertukar menjadi sunyi sepi apabila cikgu shiroshi menguak daun pintu kelas 2A. semua mata tertumpu pada cikgu shiroshi yang terkenal dengan sikap tegasnya. tetapi yang lebih menarik minat pelajar2 semua adalah lima orang pelajar yang tidak dikenali di belakang cikgu shiroshi.

cikgu shiroshi : semua pelajar duduk di tempat masing2.

sekali saja arahan di beri dengan serta merta semua pelajar ke tempat duduk masing2.

cikgu shiroshi : hari kita ade lima orang pelajar baru yang akan belajar di dalam kelas ini. jadi pelajar baru, tolong kenalkan diri anda.
hongki : annyeonghasaeyo hongki imnida. kami dari jepun berpindah kesini. harap anda semua dapat memberikan kerjasama yang baik pada kami semua.
minhwan : annyeonghasaeyo minhwan imnida.
jaejin : annyeonghasaeyo jaejin imnida
jonghoon : annyeonghasaeyo jonghoon imnida
seunghyun : annyeonghasaeyo seunghyun imnida

mereka berlima tunduk hormat kepada semua pelajar. semua pelajar pon mula berbisik2 sesama mereka. kecuali iu.

cikgu shiroshi : iu.

semua mata tertumpu pada iu tetapi iu langsung tidak perasan dengan keadaan tersebut.

sojin : weh iu, iu!
cikgu shiroshi : iu!!!
iu : huh?? ye saye??
cikgu shiroshi : kamu bangun sekarang dan bagi tahu semula nama kawan2 baru kamu ni.
iu : haa??

iu memandang sojin dengan mengharapkan bantuan darinya. sojin cuba membantu tetapi dihalang oleh cikgu shiroshi.

cikgu shiroshi : kamu sojin pandang depan! semua orang bagi perhatian kat depan ni. yang kamu syok sendiri kat belakang tu apahal? tolong tunjukkan contoh yang baik pada pelajar2 baru ini.
iu : baik cikgu. saya minta maaf.
cikgu shiroshi : saya maafkan kamu, tapi.... ape yang cikgu salin di papan putih ni kamu kena salin balik dalam buku kamu sebanyak 100 kali faham! pelajar baru boleh duduk di mana2 tempat yang kosong.
iu : baik cikgu.

iu mengeluh kecil dan memarahi dirinya sendiri kerana asyik mengelamun sahaja. sojin memegang tangan iu dengan wajah sedih kerana mengasihaninya. pelajar2 baru semuanya duduk di barisan belakang iu dan sojin.

hongki : hey, saya hongki.. awak?
sojin : saya sojin, sebelah saya ni iu.
hongki : ouh sojin. yang iu tu kami kenal dah hahaha.
jaejin : kau ni hongki! suke sangat kacau orang.. kite budak baru kena buat perangai baik sikit..

iu memandang hongki lalu menjelingnya.

seunghyun : tengok! kau dah buat dia marah tahu.
hongki : laahh ape salah aku? dah memang aku dah taw nama die sebab cikgu jerit nama die tadi kan? so betul ape aku cakap.

jonghoon serta merta mencubit peha hongki.

hongki : ahh!! sakitlah!
jonghoon : padan muke kau, banyak cakap sangat kan.
minhwan : hai saya minhwan. awak?
iu : bukan korang semua dah tahu nama saya ke? jadi tak perlu la nak tanye lagi okay.
hongki : tengok! ape aku buat tadi betullah.. korang je konon baik huh.

mereka semua menumpukan perhatian pada cikgu yang sedang  mengajar di hadapan dan malas melayan karenah hongki yang sememangnya nakal sejak kecil lagi. mereka berlima berkawan sejak kecil di jepun. latar belakang mereka yang sama menyebabkan mereka rapat dan juga minat mereka yang mendalam pada muzik membuatkan mereka lebih rapat lagi.

KRIINGGGGG!!! loceng menandakan tamat waktu persekolahan. kesemua pelajar mengemas barang mereka dan pulang ke rumah masing2. cuma iu sahaja yang masih berada di kelas untuk menyelesaikan tugasan atau lebih tepat lagi denda yang dikenakan ke atasnya oleh cikgu shiroshi tadi.

di luar sekolah

hongki : weh sojin!
sojin : ye ye kenape?
hongki : balik sorang ke?
sojin : selalu dengan iu tapi..
hongki : ahh tak pe saya faham. saya teman awak balik lah harini okay?
sojin : haha saya tak kisah. eh korang bukan berlima ke? mane lagi sorang?
jaejin : lima lah ni tapi termasuk awak lah hahaha.
seunghyun : minhwan die cakap die balek sendiri nanti. die ade hal.
hongki : hal? hal ape je die tu? baru masuk sekolah ni dah ade perjumpaan ke? haihh
jonghoon : entah lah die. biarkan je lah die. die dah besar kan nak kecoh ape.
sojin : a'ah la. tahu la die jage diri die kan kan.

di sekolah

iu sudah keletihan dan merebahkan kepalanya di atas meja. die membebel seorang diri dan masih menyalahkan dirinya kerana tidak memberi perhatian semasa pelajar baru memperkenalkan diri mereka.

iu : ahhh.. yang dorang tu pon time2 ni jugak nak masuk kelas ni. tak pasal2 aku yang kena. errr. kalau aku dah bukak taekwando aku nanti memang.......
minhwan : memang?

iu yang terkejut kerana ada suara di belakangnya terus bangun dari tempat duduknya. dia langsung tidak perasan kehadiran minhwan di situ.

iu : eh eh. bukan awak dah balik ke?
minhwan : mule2 memang nak balik tapi memikirkan awak sorang kat sini so saya patah balik lah. emmm saya nak awak sambung ayat awak tadi tu. memang ape eh?

iu menundukkan wajahnya yang sudah kemerah merahan kerana malu. 

iu : ahhh takde ape2 lah.
minhwan : hahaha kelakar rupenye awak ni ye.
iu : saya buat lawak ke?
minhwan : nope tapi muke awak tu lawak. haha. ade ape2 yang saya boleh tolong ke?
iu : awak nak tolong saya buat keje ni sampai habes?
minhwan : memang tu pon niat saya datang sini. dah cepat duduk buat keje. kalau tak sampai bile2 pon tak siap.

setelah beberapa jam akhirnya denda yang diberi kepada iu berjaya disiapkan dengan bantuan minhwan.

iu : terima kasih lah. saya tak tahu nak balas budi awak macam mane.
minhwan : same2. emmm saya nak awak balas dengan jadi kawan saya okay?
iu : kita belum kawan lagi eh?
minhwan : ouh okay2 kita dah kawan kan. macam tu teman saya balik?
iu : okay tapi awak kena belanja saya air. saya dahaga sangat ni.
minhwan : alah air je? tauke air pon saya mampu beli.hahaha.

iu tergelak dengan telatah minhwan yang kelakar. kelakuan minhwan mengingatkan iu kepada seseorang yang pernah menjadi orang yang paling penting dalam hidupnya.

minhwan : sudah2 lah berangan tu.
iu : haaa?? eh eh mane ade.. hee jom la balik.

mereka berdua pon berjalan pulang bersama-sama sambil berkenalan. sikap minhwan yang suke membuat kelakar membuatkan iu tak henti2 ketawa.
dari satu sudut kelihatan seseorang sedang memerhatikan gerak geri mereka. mata si pemerhati itu penuh dengan perasaan cemburu, benci dan marah..




persoalannye : 

siapakah pemerhati itu? apakah yang sering dikhayalkan oleh iu? mengapa minhwan begitu baik terhadap iu? siapakah orang yang pernah menjadi orang paling penting dalam hidup iu itu? 



nantikan sambungannya di episod kedue :)

thanks for reading :D



| NEWER POST