dareum anak kecil yang berusia 4 tahun namun pemikiran serta kelakuannya jauh lebih matang dari usia sebenar. mungkin masalah keluarga menjadikan dareum lebih pandai untuk berdikari sendiri. hari minggu bukanlah halangan untuk dareum bangun awal. kerana sudah terbiasa bangun dari tidur sendiri. dareum yang sudah membersihkan diri perlahan memulas tombol pintu kamar bapanya yang masih lagi sedang lena dibuai mimpi. dareum terus membuka tirai agar cahaya matahari yang akan mengejutkan bapanya bangun dari tidur. cahaya matahari yang menyilaukan pandangan membuatkan bapa dareum, choi seung hyun atau lebih dikenali dengan nama panggilannya top serta merta terjaga. top menghalang pandangannya dengan tangannya agar terlindung dari sinaran matahari. dareum hanya tersenyum memandang bapanya itu. top yang masih mamai segera duduk sambil memandang wajah anak kesayangannya itu.
top : dareum makan dah?
dareum : belum. dareum tunggu appa.
top tersenyum sambil menggosok lembut rambut dareum. kemudian top memandang sebelahnya. kelihatan bantal disebelahnya masih elok tersusun menunjukkan belum ada yang mengusik kedudukan tersebut. wajah top hampa. dareum yang memahami riak wajah bapanya segera bersuara.
dareum : dari semalam omma tak balik. die sibuk kot.
top : takpelah. appa gi mandi dulu ye. nanti kita sarapan same2 ok.
dareum hanya mengangguk lalu keluar dari kamar bapanya dan terus menunggu di meja makan. top yang kecewa dengan sikap isterinya bangun dengan malas menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.beberapa minit kemudian top menuju ke arah dareum yang setia menunggunya.
top : dareum nak roti biasa ke roti bakar?
dareum : roti bakar.
top membuka plastik roti lalu memasukkan dua keping roti kedalam alat pembakar. sedang menunggu roti dibakar, bunyi enjin kenderaan memasuki halaman rumah menarik perhatian top. top bingkas bangun dan mengintai disebalik langsir. kereta isterinya memasuki perkarangan rumah namun isterinya sedang tidur di tempat menumpang. seorang lelaki yang tidak dikenali top yang memandu kereta isterinya. top segera membuka pintu rumah sambil merenung lelaki tersebut dan isterinya. lelaki tersebut segera membuka pintu untuk hyuna keluar dari kereta lalu memimpin hyuna yang berjalan terhuyung hayang untuk masuk kerumah. sampai sahaja di hadapan pintu masuk, top menghalang laluan mereka.
top : kau siapa? bagi sini bini aku.
top meminta agar mereka bertukar tangan. tetapi tangan top di tepis oleh hyuna. top cuba menahan bau busuk akibat bau arak yang masih kuat melekat pada hyuna.
hyuna : u ni kenape? biarlah kawan i ni yang bawak masuk i. dah tepi2.
top yang malas untuk mengeruhkan keadaan memberi lalaun kepada mereka tanpa secalit senyuman. top masih setia berdiri dihadapan pintu sehingga rakan isterinya itu lalu disitu untuk keluar dari rumahnya.
top : aku taknak kau berkawan lagi dengan isteri aku.
lelaki yang berkulit cerah dengan rambut kuning keemasan dipacakkan itu langsung tidak rasa apa-apa dengan amaran top. sebaliknya tersenyum sinis memandang top.
zico : for your information, bini kau yang cari aku okay. aku tak hadap pun dengan die tu.lagipun bini kau bagitaw aku, kau ni tak pandai layan die. aku memang tak pernah tolak mane2 pompuan yang datang kat aku. okay la der, lu rantai la bini lu tu baik2.
zico menepuk bahu top sebelum beredar dari situ. top hanya memandang kosong wajah zico sebelum menghampiri semula anaknya yang masih taat duduk di kerusi meja makan mereka tanpa berani bersuara. top cuba tersenyum dihadapan anaknya.
top : makan la. nanti sejuk roti tu tak sedap dah.
tiba-tiba hyuna dengan rambut kusut masainya datang menghampiri mereka di meja makan. dareum pantas bangun lalu berdiri disebelah top sambil menutup hidung. top meletakkan tangannya di atas bahu dareum. top merenung wajah hyuna yang langsung tidak mempunyai perasaan bersalah.
top : awak gi mana sepanjang malam?
hyuna : lepak dengan kawan2, clubbing, tu je.
top : sampai tak boleh balik rumah?
hyuna : i balik kan ni? whats wrong with u?
hyuna yang tidak boleh ditegur langsung sudah mula melenting lalu mencampakkan roti yang sedang dimakannya ke atas meja. wajah top masih sama seperti tadi. top sudah masak benar dengan perangai isterinya itu. dareum yang mula takut melihat hyuna marah terus memeluk erat top. top cuba mengawal keadaan agar tidak lebih menakutkan dareum.
top : dareum masuk bilik sayang. semalam appa ade beli buku barukan kat dareum. gi baca ye?
top memimpin tangan anak kecilnya itu sehingga ke bilik. perlahan-lahan top menutup pintu bilik dareum. top segera kembali ke hyuna lalu merampas kunci kereta hyuna.
top : selagi awak buat perangai macam ni. saya takkan bagi kunci kereta ni.
hyuna : u ni kenape?! dari dulu lagi i dah cakap, jangan berani2 nak kawal hidup i!
top : saya tak control hidup awak, tapi taknak awak terlampau bebas sangat. awak tu dah ade suami, anak. ingat sikit tanggungjawab dalam rumah ni.
nafas hyuna kedengaran pantas berbunyi menunjukkan dia sangat marah ketika itu. rambutnya dikuak kebelakang. matanya bulat memandang top yang masih memandangnya dengan tenang.
top : jantan mana bawak awak balik tadi?
hyuna : jantan? he is my friend okay!
top : die bukan budak baik. saya taknak awak berkawan dengan die dah.
makin bulat mata hyuna mendengar kata-kata top.
hyuna : i paling benci orang sekat kebebebasan i. lebih baik kita bawak haluan masing-masing dari i terseksa hidup macam ni dengan u.
top : saya taw awak still mamai kan? tapi cakap tu tolong pikir dulu okay.
hyuna : u ingat i main2 ke? i serius okay! i dah tak tahan hidup dengan orang kolot macam u ni! dareum biar i bawak dari sini!
mendengar sahaja nama dareum serta merta membuat wajah top berubah.
top : saya boleh ikut apa sahaja keputusan awak tapi jangan sesekali awak berani nak pisahkan saya dengan dareum!
hyuna : he's my son!
top : yeah i knew it. tapi pernah awak care pasal die? saya takkan benarkan awak ambik dareum dari saya.
dareum yang mengintai disebalik pintunya dari tadi sudah mula mengalirkan air mata apabila ibu dan bapanya masih tidak pernah berhenti bergaduh dari dulu lagi. dareum teragak-agak keluar dari biliknya dan berjalan menghampiri mereka. top serta merta terdiam apabila melihat dareum. dareum terus menghampiri top.
dareum : dareum nak ikut appa.
hyuna : tapi dareum anak omma!
dareum : dareum sayang appa.
hyuna : dareum tak sayang omma huh?!
dareum tidak menjawab pertanyaan hyuna dan memeluk top dengan erat.
hyuna : anak dengan bapak sama je! dareum jangan menyesal! omma takkan sesekali terima dareum dah kalau dareum nak ikut omma lepas ni!
dareum : dareum tak perlukan orang lain selain appa.
mendengar pengakuan anaknya membuatkan hyuna bertambah panas hati. hyuna pantas mengambil beg tangannya lalu merampas kunci keretanya di tangan top dengan wajah bongkak sambil menjeling top.
hyuna : jumpa u kat court nanti.
hyuna terus keluar dan menghempas pintu dengan kuat. bunyi enjin kereta meninggalkan perkarangan rumah mereka. top terus bercangkung memandang wajah dareum yang masih ada sisa air mata. top mengelap air mata anaknya itu lalu mencium dahi dareum.
top : appa pun tak perlukan orang lain selain dareum.
********************************************************************************************************************
krystal yang baru pulang dari kelas tarian, sedang menunggu seseorang di sebuah cafe. tidak lama kemudian, krystal ternampak kekasih hatinya, junhyung sedang berjalan bersama minah, kawan baik mereka. kelihatn mereka berdua rancak berbual sambil diselangi gelak ketawa. krystal pantas membuka begnya dan mengambil sesuatu dari dalam begnya lalu menyorokkannya di belakang.
junhyung : hey dear.
krystal : hey. hey minah.
minah : hey babe.
krystal : duduklah. asal berdiri je?
mendengar pertanyaan krystal membuatkan junhyung dan minah saling berpandangan. krystal memandang wajah mereka bersilih ganti.
junhyung : errr dear, saya nak kene hantar minah balik la. die tak drive arini and parents die pun takde. awak taw kan saya naik super bike so saya rasa saya tak boleh hantar awak balik lah harini. awak naik cab boleh?
krystal agak terasa dengan kata-kata junhyung kerana junhyung sudah berjanji ingin menghantarnya pulang hari ini. tetapi demi menjaga hati junhyung dan minah, krystal hanya mengangguk dengan senyuman terpaksa.
junhyung : thanks sayang. saya pergi dulu ye.
junhyung terus berlalu begitu sahaja dengan minah. krystal mengeluarkan barang yang disorok dibelakangnya sebentar tadi lalu membuka kotak bersaiz sederhana itu. terdapat beberapa cupcake yang dibuat krystal sendiri sempena hari lahirnya. krystal yang memahami bahawa junhyung sememangnya tidak akan ingat tarikh-tarikh penting seperti itu membawa cupcake untuk menyambut hari lahirnya bersama junhyung. krystal hampa namun dibiarkan sahaja perasaan itu berlalu pergi. tiba-tiba telefonnya berdering. melihat nama yang tertera di skrin membuatkan krystal tersenyum.
krystal : hello.
top : happy birthday krys. from me and dareum.
krystal : thanks oppa.
top : where are u? tak celebrate?
krystal : krys kat cafe ni. hmmm tak kot.
top : krys kat cafe?
krystal : yup. why?
top : tunggu situ. nanti oppa datang.
krystal : ouh okay.
krystal memutuskan panggilan. setengah jam menunggu akhirnya krystal nampak kelibat top berjalan kearahnya sambil memimpin dareum. top dan krystal yang mula berkenalan sejak beberapa tahun yang lalu di kelas piano pada awalnya jarang bertegur. tetapi sejak akhir-akhir ini persahabatan mereka makin baik. sikap top yang tenang dan matang membuatkan krystal suka mengadu masalahnya pada top. top juga senang dengan sikap krystal yang lembut dan pandai menjaga hati orang lain.
top : birthday girl lepak sorang2?
krystal : haha. junhyung sibuk. so tak boleh la jumpe die. hmmm. dareum nak kek?
dareum : nak nak.
krystal segera mengeluarkan cupcake yang dibuatnya itu lalu menghulurkan pada dareum. dareum terus mengambil dan makan.
krystal : oppa ambik la jugak. krys buat sendiri taw tak.
top : yeke? sedap dareum?
dareum : sedap. appa taknak?
top : nantilah. dareum makan la dulu.
krystal : are u okay oppa?
top : hmmm. bakal bercerai.
jawapan top mengejutkan krystal.
krystal : oh my God! why?
top : itu yang die nak.
krystal : dareum?
top : oppa jaga. oppa takkan bagi die ambik dareum dari oppa.
krystal : oh. im feel sorry for u. sorry tanya.
top : its okay la. oppa pun dah tak larat nak nasihat die. bukan dengar pun.
dareum hanya melihat tanpa bersuara wajah top dan krystal sambil memakan cupcake. krystal yang simpati dengan dareum kerana menjadi mangsa keadaan masalah keluarganya membelai lembut rambut dareum.
sedang mereka rancak berbual tanpa diduga hyuna sedang berjalan melintasi mereka disitu sambil memeluk erat lengan zico. top yang menyedari mereka disitu berpura-pura tidak nampak. zico yang perasan top bersama perempuan lain sengaja menarik hyuna ke arah mereka. mata hyuna meliar memandang wajah krystal dari atas sampai bawah.
zico : baru plan nak cerai dah ade pengganti. boleh tahan jugak lu ni der.
hyuna : huh! selama ni act like baik gile. padahal dah ade perempuan simpanan kat belakang i.
top : saya taknak bertekak dengan awak kat luar ni. orang ramai kat sini.
krystal yang tidak pernah berjumpa dengan hyuna dan hanya mendengar cerita dari top sudah dapat mengagak perempuan seksi dihadapannya ini pasti hyuna yang sering diceritakan oleh top padanya. krystal tidak berani mencampuri urusan keluarga top. krystal hanya berdiam diri. zico memandang krystal sebelum mengenyitkan mata pada krystal apabila krystal terpandang wajahnya.
zico : not bad your taste huh. cuma kurang seksi.
top : jantan macam kau memang tak pernah puas dengan satu perempuan. sampai bini orang pun kau rembat.
mendengar kata-kata top dengan muka selambanya itu mebuatkan zico menjadi bengang. zico segera melepaskan pelukan hyuna dari lengannya dan merentap kolar baju top. sekelip mata suasana menjadi kecoh disitu apabila orang ramai mula berkerumun melihat mereka.
zico : kau yang tak pandai jaga bini. so jangan nak salah kan aku. sebenarnye kau tu yang puas satu sebab tu kau dah standby sorang lagi kan?
zico memandang krystal yang sedang memeluk dareum. zico tersenyum sinis.
zico : agak2 kau dah muak lagi sorang ni, pas lagi kat aku okay. aku terima je semua.
top yang sudah hilang sabar dengan zico terus menghayunkan penumbuk ke muka zico.
top : kau nak sangat si hyuna ni? ambik! tapi aku takkan sesekali bagi kau sentuh krys! die bukan perempuan murahan macam perempuan2 kat keliling pinggang kau!
top yang tidak mahu menerukkan lagi keadaan menghampiri krystal dan dareum. top terus mendukung dareum lalu menarik tangan krystal pergi dari situ. krystal yang terkejut dengan tindakan top hanya menurut tanpa berani bertanya.
hyuna menghampiri zico dan ingin menolong zico untuk bangun setelah rebah ditumbuk oleh top. namun zico yang masih marah menepis tangan hyuna sambil mengelap darah dihidungnya.
zico : huh! juz wait and see top.
wait for sacrifice ep 2
thanks for reading ^_^