ini adalah sambungan sacrifice ep 3 <-- click untuk ep 3
junhyung yang baru tiba di restoran yang telah ditetapkan untuk berjumpa dengan top membuka pintu kaca restoran itu. junhyung memanjangkan lehernya mencari top. walaupun mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini tetapi junhyung yang pernah melihat gambar top dapat mengecam wajah top. top yang sedang duduk seorang diri kelihatan melihat jam tangannya seperti tidak mempunyai banyak masa untuk berada disitu. junhyung segera ke arah top lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. top bangun dari tempat duduknya dan bersalaman dengan junhyung.
top : junhyung?
junhyung : yeah.
top : duduklah.
junhyung terus duduk di hadapan top.
junhyung : ade ape nak jumpe aku?
top : aku taknak kau salah anggap antara aku dengan krys. kitorang cuma kawan. die still sayang kau.
junhyung : kalau tu je kau nak bagitaw. aku dah lame taw.
top : baguslah kalau kau dah taw. cume aku mintak kau hargailah ape yang ade depan mata kau. kau luck dapat perempuan yang betul2 sayang kau. aku antara yang tak bertuah. aku taknak kau salah buat pilihan nanti. krys tu budak baik, jaga die . kalau die tak sayang kau, die tak nanges2 kol aku sebab kau je.
top segera bangun dari tempat duduknya sambil memandang junhyung.
top : sorry ganggu masa kau. pikir baik2 sebelum buat keputusan.
top terus berlalu pergi. junhyung seperti terikat mulutnya apabila tidak dapat menjawab apa2. junhyung memandang meja di hadapannya tetapi fikirannya teringatkan krystal. bunyi mesej di telefon junhyung mengejutkan junhyung dari lamunannnya. junhyung membuka mesej di telefonnya ' oppa, where are u? i datang rumah oppa ni tapi oppa tak ade kat sini :( - minah' . junhyung mengeluh. apabila terpandang wallpaper telefonnya, membuatkan junhyung makin mengingati krystal. junhyung terus menghubungi krystal.
krystal : err hello.
junhyung tersenyum apabila mendengar suara krystal.
junhyung : awak.
krystal : ye saya.
junhyung : can we meet up?
krystal : kalau awak nak bertekak lagi dengan saya pasal gambar tu tak payah la. saya penat la.
junhyung : tak bukan! i miss u so much. sorry okay pasal hari tu. saya mengaku salah saya. please.
krystal : are u serius?
junhyung : yeah. please. saya nak sangat jumpe awak.
krystal : okay.
junhyung : yeah thats my girl. thanks. love u.
krystal : love u too.
junhyung mematikan panggilan sambil tersenyum lebar. junhyung terus terlupa tentang mesej minah sebentar tadi. junhyung bangun dari tempat duduknya dan terus keluar dari restoran itu dengan hati gembira.
krystal tersenyum sambil mencium telefonnya walaupun agak pelik dengan sikap junhyung yang mudah berubah hati. namun krystal tidak mahu memikirkan tentang itu. krystal yang terlalu gembira pantas menghubungi top.
top : hello.
krystal : oppa!!!
top : yaa! kenape jerit2 ni?
krystal : krys happy sangat. oppa taw tak betul cakap oppa, junhyung dah okay dah. tadikan die call krys ajak jumpe. die cakap die rindu krys. heee.
top : ouh ya? baguslah tu. oppa happy jugak untuk krys.
krystal : tapi kan oppa, macam pelik pun ade tibe2 je die tak marah dah.
top : biar lah. maybe die dah sedar yang die silap menilai krys.
krystal : a'ahkan. okaylah oppa. krys nak siap2 jumpe die. bye oppa. kiss hug dareum for me.
top : okay okay.
krystal yang sangat gembira terus mencapai tualanya dan ke bilik air untuk mandi sambil menyanyi-nyanyi.
krystal duduk di hadapan tasik di tempat dia sering bertemu dengan junhyung. berkali-kali krystal melihat wajahnya di cermin. krystal sendiri tidak tahu mengapa dia rasa berdebar untuk berjumpa junhyung kali ini seperti first date mereka dulu. sedang krystal khusyuk melihat wajahnya di dalam cermin, krystal ternampak wajah junhyung di dalam cermin sedang tersenyum padanya. krystal terus memandang belakangnya sambil menyimpan cerminnya di dalam poket seluar jeansnya.
junhyung : hai.
krystal : hai. duduklah.
junhyung melabuhkan punggungnya di sebelah krystal.
junhyung : saya lambat ke?
krystal : eh tak la. saya pun baru je sampai.
junhyung memandang wajah krystal lalu perlahan-lahan junhyung meletakkan tangannya di atas bahu krystal. junhyung menggosok-gosok bahu krystal.
junhyung : sorry okay.
krystal hanya mengangguk. krystal terus meletakkan kepalanya di atas bahu junhyung.
krystal : saya tak pernah ade niat langsung nak curang dengan awak. trust me okay.
junhyung : okay. saya nak awak taw yang saya sayang awak.
krystal : me too.
minah : oppa!!!
krystal dan junhyung yang terkejut mendengar suara minah menjerit pada mereka segera memandang ke arah minah. minah berjalan kearah mereka sambil menghentak-hentak kaki. minah sempat menjeling ke arah krystal.
minah : i penat2 gi rumah oppa cari oppa, oppa boleh pulak berdrama dekat sini dengan perempuan tak gune ni huh?
junhyung : ape ni u. jangan la jerit2 kat sini. kan oppa dah reply your text cakap nak jumpe krys.
minah : oppa boleh lagi nak kat perempuan yang curang belakang oppa ni huh? entah ape la perempuan ni bagi oppa makan sampai oppa senang2 tunduk dekat die macam tu je.
krystal : watch your mouth girl.
krystal bangkit dari kedudukannya dan junhyung turut mengikutnya.
junhyung : minah, tolong lah. kita jumpe nanti boleh?
minah : oppa kenape nak lebihkan perempuan yang menipu oppa tu? die tu pura2 baik depan oppa. oppa still tak nampak ke yang die nak main2 kan oppa je huh?
junhyung langsung tidak menjawab pertanyaan minah. krystal mula menjeling pada junhyung apabila junhyung langsung tidak membela dirinya. minah masih seperti tadi tidak berhenti2 menuduh krystal macam2. krystal yang mula hilang sabar terus menghampiri minah lalu menampar muka minah. minah terus terdiam sambil memegang pipinya. terbeliak mata junhyung melihat krystal menampar minah.
krystal : taw pun diam? ini ke kawan yang awak sayang sangat ni?
krystal mengangkat kening memandang junhyung. junhyung tetap sama seperti tadi hanya diam seperti kehilangan suara. krystal terus mengangkat begnya lalu meninggalkan mereka berdua disitu.
junhyung : awak!
krystal berpura-pura tidak dengar dan meneruskan perjalanannya tanpa menoleh ke arah mereka semula.
junhyung : whats wrong with u?
minah : whats wrong with me? oppa boleh tanya i macam tu? whats wrong with u?! oppa boleh senang2 je maafkan die lepas ape yang die buat kat oppa huh?!
junhyung : krys bukan perempuan macam tu la. oppa kenal die.
minah : yaa!! memang die je yang baik. semua orang pun suke lebihkan die je.
minah yang sakit hati apabila junhyung membela krystal memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
seperti biasa, setiap malam hyuna akan menghabiskan masanya bersama zico di club. hyuna yang baru lepas puas menari datang ke arah zico yang sedang berborak bersama rakan-rakannya. hyuna duduk di sebelah zico.
zico : tak nak dance dah ke?
hyuna : kejap lagilah. u tak nak dance sekali ke baby.
zico : nanti lah. nah minum ni.
zico menghulurkan segelas air pada hyuna. hyuna terus mencapai lalu meminum air yang diberi oleh zico. zico hanya memandang hyuna sambil tersenyum.
zico : u nak dance dengan i kan? jom.
zico menarik tangan hyuna tetapi hyuna tidak bangun dari tempat duduknya.
zico : why?
hyuna : wait! i pening la. u bagi i minum air ape ni?
hyuna mengetuk2 kepalanya. zico hanya tersenyum sinis.
zico : air yang u biasa minum la. cuma i tambah bende ni.
zico menayangkan sejenis pil di hadapan hyuna tetapi hyuna yang sudah mula pening tidak dapat melihat dengan jelas. zico terus bangun dan ingin meninggalkan hyuna di situ tetapi hyuna sempat menarik baju zico.
hyuna : u nak gi mane?
zico : balik. malam ni u tidur sini ye sayang.
zico menepuk2 muka hyuna sambil tersenyum. hyuna terus pengsan dan tidak sedarkan diri.
zico : kerja aku dah setel. habuan aku mane?
zico yang di beri bayaran oleh seseorang disitu tersenyum gembira melihat wang miliknya.
zico : perghh! kalau aku taw dari dulu aku jual orang je. okay, kau setelkan la perempuan tu. aku chow dulu.
zico terus berlalu pergi meninggalkan hyuna yang pengsan disitu.
top sedang menonton televisyen bersama dareum di ruang tamu di kejutkan oleh bunyi loceng rumah mereka.
top : dareum tengok dulu ye.
dareum hanya mengangguk. top bingkas bangun dan membuka pintu rumahnya. top pantas keluar menghampiri seseorang yang berdiri membelakangkannya di luar pagar. top membuka pagarnya.
krystal : oppa.
krystal berkalih kedudukannya memandang top lalu memeluk top sambil menangis.
wait for sacrifice ep 5
thanks for reading ^_^