ini adalah sambungan sacrifice ep 6 <-- click untuk ep 6
junhyung berdiri di balkoni di biliknya sambil berpeluk tubuh. mata junhyung memandang seluruh pemandangan di hadapannya tetapi fikirannya jauh melayang. junhyung masih tidak melupakan peristiwa beberapa hari lepas ketika die terserempak krystal bersama top dan dareum. yang membuatkan junhyung bimbang mengapa dareum memanggil krystal dengan panggilan mummy? adakah krystal mempunyai apa2 hubungan bersama top? adakah dareum anak krystal? pelbagai persoalan yang keluar di fikiran junhyung. dan yang lebih menyakitkan hati junhyung apabila krystal langsung tidak menjawab persoalannya. akhirnya junhyung hanya berlalu pergi bersama minah begitu sahaja. setiap hari junhyung mengharapkan krystal akan menghubunginya tetapi hampa. hanya nama minah yang sering berlegar2 di skrin telefonnya. beberapa kali junhyung terfikir untuk menghubungi krystal namun mengenangkan kata-kata krystal tempoh hari segera membatalkan niat junhyung. bunyi telefon junhyung mengeluarkan junhyung dari lamunannya. junhyung sudah dapat mengagak pasti minah yang menghubunginya. junhyung mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. junhyung terkejut apabila melihat krystal yang menghubunginya. junhyung senyum tiba-tiba tanpa disedarinya.
junhyung : hello.
krystal : how are u?
junhyung : teruk. i want u back.
krystal : awak kat balkonikan? pandang bawah.
junhyung : huh?
junhyung menurut kata-kata krystal. junhyung tidak menyangka bahawa krystal sedang berdiri dihadapan pagar rumahnya sambil memandang ke arahnya.
junhyung : wait there.
junhyung terus berlari keluar dari biliknya dan menuruni anak tangga dengan pantas dan terus keluar dari rumahnya untuk pergi ke arah krystal. mata junhyung berkaca kerana terharu krystal masih mahu berbaik semula dengannya namun junhyung menahan dirinya daripada menangis di hadapan krystal. junhyung pantas memeluk krystal sambil mengetap bibirnya. krystal membalas pelukan junhyung.
junhyung : i miss u so much.
krystal : i hate u. i hate u!
junhyung : im so sorry. kalau saya ade buat salah saya mintak maaf sangat2 okay.
junhyung masih tidak mahu melepaskan krystal dari pelukannya.
krystal : saya selalu mengharapkan orang yang saya sayang protect saya, sentiasa ada untuk saya bile saya perlukan die. and awak la orang yang saya sayang tu awak taw tak?
junhyung : okay okay i promise, saya takkan tinggalkan awak lagi dan saya takkan biarkan sesiape saketkan hati awak dah okay?
krystal : sekalipun orang tu minah?
junhyung agak terkejut dengan pertanyaan krystal. junhyung teragak-agak untuk menjawabnya.
junhyung : yeah. janji jugak dengan saya jangan buat saya macam ni dah.
krystal mengangguk sambil memandang wajah junhyung.
krystal : i love u.
junhyung : i do love u, more than u love me.
krystal tersenyum mendengar kata-kata junhyung.
krystal : satu bende saya nak mintak.
junhyung : what?
krystal : jangan halang saya berkawan dengan top. please.
junhyung tunduk sambil mengerutkan dahinya kerana agak kurang setuju dengan permintaan krystal namun kerana junhyung bimbang krystal akan meninggalkannya sekali lagi junhyung mengangguk lemah tanda setuju. junhyung mengangkat kembali mukanya memandang krystal lalu memegang tangan krystal.
junhyung : keluar jom.
krystal : gi mane?
junhyung : makan. dah lame saya tak makan.
krystal : tipu!
junhyung : memang la makan tapi tak selera. awak ade baru selera nak makan.
junhyung membuat muka comel di hadapan krystal. krystal tergelak melihat telatah junhyung.
krystal : dah2 jangan nak buat muke macam tu.
junhyung : comel kan?
krystal : hodoh sangat. hahaha.
junhyung : yaa! saya comel taw tak.
krystal : iye2 saya taw. dah jom lah.
junhyung : okay. jalan lah. dah lame tak exercise kan? awak nampak gemuk taw tak.
krystal : yeke?
krystal memandang badannya sambil membuat muka risau. junhyung tahan gelak melihat muka krystal. krystal yang menyedari junhyung mempermainkannya segera menampar bahu junhyung. junhyung terus ketawa dengan gembira. sepanjang perjalanan pelbagai perkara yang diceritakan oleh junhyung pada krystal. krystal yang sememangnye lebih suke mendengar dari bercerita ketika bersama junhyung hanya menjadi pendengar yang setia. junhyung berjalan sambil meletakkan tangannya di atas bahu krystal manakala krystal memeluk pinggang junhyung. sesekali junhyung mencium rambut krystal.
junhyung : dah lame kite tak macam ni kan? asyik2 gaduh je. penat taw tak.
krystal : taw takpe. dah la malas nak ingat dah. yang dah lepas tu biarkan je la. eh awak, nak aiskrim.
junhyung dan krystal singgah di gerai aiskrim di tepi jalan. junhyung membelikan satu aiskrim kon untuk krystal dan satu untuknya. belum sempat krystal menjilat aiskrimnya junhyung pantas menjilat aiskrim krystal terlebih dahulu.
krystal : hey! ape ni? awak makan la awak punye.
junhyung : taknak. saya punye nak makan besok. nak awak punye jugak.
krystal : tak boleh!
krystal menyorokkan aiskrimnya di belakang. junhyung sengaja mahu berebut aiskrim krystal. krystal sedaya upaya menghalang aikrimnya daripada di makan oleh junhyung tiba-tiba krystal terlepas aiskrim yang dipegangnya itu. krystal membuat muke sedih apabila aiskrimnya jatuh begitu sahaja tanpa die sempat merasanya. mata krystal terus tertumpu pada aiskrim junhyung.
junhyung : ape? ni saya punye. tu la kedekut sangat. jangan harap saya nak bagi sikit pun.
krystal : aloooo awak punye pasal jugak la aiskrim saya jatuh taw tak.
junhyung : lalalalalala.
junhyung berpura-pura tidak mendengar kata-kata krystal sambil menjilat aiskrimnya di hadapan krystal.
junhyung : mmmmm sedapnye. sian sape tak dapat makan.
krystal memuncungkan mulutnya tanda merajuk. krystal terus membelakangkan junhyung sambil menyilangkan tangannya. junhyung ingin melihat muka krystal tetapi krystal memalingkan mukanya ke arah lain.
junhyung : siape nak aiskrim?
krystal : saya!
junhyung : kite kenal ke?
krystal : huh! baliklah macam ni.
krystal berpura-pura ingin meninggalkan junhyung tetapi junhyung pantas menarik lengan krystal.
junhyung : hey hey! nah la. saya bukannye suke sangat aiskrim. saje je suke tengok muke awak merajuk. dah la jangan nak buat mulut itik. taknak saya makan.
krystal : nak!
krystal terus merampas aiskrim junhyung. tiba-tiba telefon junhyung berbunyi. junhyung segera mengeluarkan telefonnya. melihat sahaja nama minah membuatkan junhyung serba salah untuk menjawab panggilan minah di hadapan krystal. krystal yang sudah dapat mengagak terus memakan aiskrimnya sambil memandang tempat lain.
junhyung : mmm hello.
minah : oppa! oppa kat mane?
junhyung : err oppa dengan krystal.
junhyung sempat memandang krystal yang berpura-pura tidak mendengar perbualan mereka.
minah : what?!
junhyung : call nanti la.
minah : tapi oppa...
junhyung terus memutuskan talian. junhyung segera memeluk krystal dari belakang.
junhyung : makan jom.
krystal : okay.
krystal memaksa dirinya untuk terus senyum walaupun jauh di sudut hatinya die masih belum dapat percaya bahawa junhyung akan berubah dari terus mendengar kata-kata minah lebih dari dirinya sendiri.
minah yang berada di rumah sepupu yang paling rapat dengannya iaitu yoseob menghentak-hentakkan kakinya apabila junhyung memutuskan panggilan mereka begitu sahaja. lebih menyakitkan hati apabila minah mengetahui junhyung sudah berbaik kembali bersama krystal. dari jauh, yoseob tergelak melihat minah seperti anak kecil yang tidak dapat gula-gula apabila minah menghentak-hentakkan kakinya berulang kali. yoseob segera mendekati minah.
yoseob : dah kau ni kenape?
minah : kawan baik kau la! die pikir aku ni siape? sesedap je off call aku. dah tu off fon lagi tu. saje taknak bagi aku kacau die tengah berasmara dengan betina tu la tu.
yoseob yang tidak memahami langsung mengerutkan dahinya.
yoseob : kawan baik aku? betina? bile mase aku kawan dengan haiwan pulak?
yoseob menggaru-garukan kepalanya kerana tidak dapat memahami maksud minah.
minah : eeee! aku tak cakap kau kawan dengan betina! kawan kau junhyung tu la. die tu yang berkawan dengan betina tak sedar diri.
yoseob : ouh junhyung. maksud kau krystal ke? aku tengok macam baik je die tu. kau jeles eh?
minah : hello! tak main lah jeles2. ingat aku ni tak laku ke nak berebut lelaki dengan perempuan tu.
yoseob : dah tu asal kau nak marah2 sangat? haaa.
minah : susah cakap dengan orang sengal macam kau ni.
minah meninggalkan yoseob yang masih terpinga-pinga seorang diri di situ.
dareum yang ingin memakan pizza sejak pagi tadi lagi teruja apabila top ingin membawanya keluar untuk menunaikan hajat anak kesayangannya itu. top sempat menghantar pesanan ringkas pada krystal untuk mengajaknya keluar bersama. 'oppa belanja pizza jom - top' tidak lama kemudian krystal membalas 'wahhh! sedapnye. tapi, krys keluar dengan junhyung la :( sorry, next time okay :) - krystal' top membaca pesanan ringkas krystal lalu membalasnya kembali 'ouh its okay. have fun dear, take care - top'
top : okay jom.
dareum : mummy krys ikut tak?
top : mummy krys sibuk la sayang. kite due je okay.
dareum : okay.
top membuka pagar sebelum membawa kereta keluar dari perkarangan rumahnya. belum sempat top masuk kedalam perut kereta tiba-tiba seseorang memeluknya dari belakang.
hyuna : top, please forgive me.
top : hey! how come awak boleh ade kat sini?
hyuna : i sentiasa ade dekat sini nak cari peluang mintak maaf dengan u.
top segera meleraikan pelukan hyuna. dareum hanya melihat dari dalam kereta dan tidak berani keluar.
top : better awak pergi dari sini sebelum saya call polis cakap awak menceroboh rumah saya.
hyuna : buat lah! ingat i takut huh?! i dah takde tempat nak pergi. please lah.
top tidak mahu menimbulkan kekecohan disitu lalu menarik hyuna keluar dari kawasan rumahnya. top pantas menutup pagar rumahnya sebelum hyuna menceroboh sekali lagi. top terus mendukung dareum keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.
top : kita keluar besok lah ye dareum.
dareum hanya mengangguk lalu memeluk erat appanya. top menggosok lembut belakang dareum lalu mencium rambut dareum.
krystal baru sahaja selesai dari kelas tariannya. setelah mengemas barang2nya, krystal keluar dari bilik tarian lalu mencapai kasutnya di rak kasut. krystal duduk di bangku yang disediakan disitu lalu menunduk badannya untuk mengikat tali kasutnya. selesai sahaja mengikat kedua-dua tali kasutnya krystal bangun dari tempat duduknya. krystal terkejut apabila terlihat hyuna berada dihadapannya.
hyuna : we need to talk.
wait for sacrifice ep 8
thanks for reading ^_^