|
kpop fanwar foreword
Tuesday, 22 January 2013 | 23:23 | 0 c r e e p e r
Mungkin tahun 2013 dunia masih dalam keadaan biasa. Tapi itu kisah 37 tahun yang lalu. Kini era 2050 dimana dunia sudah ditakluki oleh kpoppers. Tiada lagi amerika syarikat, afrika selatan mahupun Malaysia. Setelah kpoppers menjajah seluruh muka bumi, semua Negara bertukar nama. Semua penduduk masing-masing mempunyai gelaran untuk komuniti mereka sendiri. Aku nuka, dimana aku ditugaskan menjaga satelit bumi di hujung dunia. Mungkin hidup aku keseorangan namun aku lebih bersyukur hidup sebegini kerana aku bebas dari kpop fanwar. Dari sini terdapat cctv alaf baru yang menyebabkan aku dapat melihat kesemua Negara. Tugas aku untuk menyebarkan maklumat kepada pembesar-pembesar Negara sekiranya kelihatan ada peperangan bakal tercetus. Nuka’s pov Aku melihat di skrin, setiap Negara sedang menjalankan kehidupan seperti biasa. Tiba-tiba, aku terlihat sesuatu seperti piring terbang ataupun lebih gemar disebut ufo sedang menuju ke Negara SHINee. Aku pantas zoom dengan lebih dekat. “ape ni?” aku masih mengerutkan dahi kerana aku tidak pernah Nampak ufo ini sebelum ini. Aku pantas memberikan isyarat kepada pembesar Shawol. Onew’s pov Aku yang sedang berehat untuk menikmati cuti hujung mingguku terhenti apabila mendapat isyarat dari penjaga satelit bahawa ada piring terbang yang sedang menuju ke Negara ku. Aku pantas bangun dan berlari mencari minho, jonghyun, key dan taemin. Aku yang ternampak jonghyun segera memanggilnya. “jonghyun!!!” jeritku. “wae?” jonghyun yang kelihatan agak terkejut membalas. “hantar isyarat dekat semua Shawol ade ufo yang dilihat menuju kesini. Kemungkinan besar dorang akan mendarat di Bandar utama kita!”, tegasku. Jonghyun hanya mengangguk dan terus mengikut arahan ku. “kenapa ni?”, minho yang terdengar membuat muka pelik memandang aku. “takde masa nak terangkan, now kita berlima kene pergi bandar utama”, arahku lagi. Minho juga tidak membantah. Sheena’s pov Aku yang telah dilantik sebagai ketua pertahanan dan keselamatan shawol berdiri dihadapan sekali bersama shinee dan shawol yang lain semuanya sudah bersedia dibelakang kami untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Angin yang kuat kerana piring terbang yang kelihatan menuju ke Negara kami ingin mendarat menyebabkan kami semua terpaksa berundur kebelakang sedikit. Habis rambut panjangku ditiup angin. Selesai sahaja ufo mendarat, aku kembali mara kehadapan. Bunyi pintu ufo terbuka agak kuat. Kami semua menanti penuh debaran siapakah mereka. Kelihatan dua belas orang asing keluar dengan semuanya memakai pakaian hitam. “siapa korang semua?!”, aku meninggikan suaraku tanpa gentar. “im suho, from exo planet”. Nuka’s pov Aku melihat dari skrin Negara SHINee. Dua belas makhluk asing yang tidak dikenali keluar dari piring terbang mereka. Aku hanya menyaksikan apakah yang akan berlaku seterusnya. |