|
truth or dare ep 1
Tuesday, 8 January 2013 | 00:36 | 0 c r e e p e r
IU’s pov Jam menunjukkan pukul 10.45 minit malam. Aku, keluar dari tempat pemandu kerana aku membawa kereta aku harini untuk mengambil changjo dan ilhoon keluar makan malam bersama. Sudah menjadi kebiasaan kami makan bersama kecuali salah seorang ada urusan yang tidak dapat di elakkan. Hujan renyai-renyai langsung tidak diendahkan oleh sesiapa. Kami bertiga pantas bergegas ke rumah yang berhadapan dengan rumah sewa changjo dan ilhoon itu. “siapa duduk sini?”, bisikku pada changjo. Changjo hanya menggelengkan kepala dengan wajah risau. Aku langsung tidak terkejut dengan reaksi changjo kerana changjo memang tidak begitu pandai bergaul. Mata ilhoon kelihatan liar memandang sekeliling. “tu dasom, soyu dengan bora”, ilhoon menunding jari ke arah tiga orang perempuan yang sedang berpelukan seperti ketakutan. Ada juga salah seorang dari mereka sedang menangis. Dari dalam rumah kelihatan dua orang lengkap berpakaian uniform hospital sedang mengusung seorang wanita. “tolong bagi laluan!”, jerit salah seorang pekerja itu kerana keadaan agak sesak apabila semua orang berpusu-pusu untuk melihat siapa yang sedang diusung. Wanita tersebut diusung untuk dibawa masuk ke dalam ambulans. “oh my god!!!”, aku tersentak melihat mayat wanita itu lalu memeluk changjo sekuat hati. Orang ramai yang mengerumuni masing-masing mula memalingkan muka, ada juga yang terus berlari meninggalkan tempat kejadian. Tia’s pov Cameraman mengangkat ibu jarinya sebagai isyarat kamera dalam keadaan standby. Setelah aku mengangguk kamera pun mula on. Annyeonghasaeyo, bersama saya wartawan kbs news sedang berada di kawasan perumahan tempat kejadian dimana seorang wanita dikenali sebagai hyorin dipercayai telah mati dibunuh dengan keadaan mengerikan. Pihak polis menjumpai jari telunjuk kanan mangsa yang telah putus berada tidak jauh dari mayat mangsa. Mangsa telah dibunuh dengan kejam apabila satu mata beliau masih belum dijumpai dan telinga sebelah kiri mangsa hampir putus. Sekarang disebelah saya inspektor yunho akan menerangkan serba sedikit tentang kejadian. *halakan mike ke mulut yunho* saya agak terkejut sebenarnya apabila mendapat laporan mengenai kes ini. Setakat ni kami masih menjalankan siasatan dan kami tidak menjumpai sebarang bukti seperti cap jari mahupun alatan tajam yang digunakan untuk membunuh si mangsa jadi setakat ini kami menganggap mungkin si pemangsa ini berdendam dengan mangsa dan yang paling penting pembunuhan ini pasti sudah dirancang kerana mangsa dibunuh ketika ketiga-tiga orang rakan serumah mangsa tiada. Mungkin juga orang yang dekat dengan mangsa yang melakukannya. Apa-apa pun kami akan cuba selesaikan kes secepat mungkin. *yunho bergegas masuk ke dalam rumah mangsa* itu sahaja setakat ini. Saya tia, wartawan kbs new melaporkan berita terkini, kamsahamnida. *camera off* “okay tak?”, aku bertanya pada cameraman ku kerana aku masih baru dalam bidang pengacaraan. Cameramanku hanya mengangguk sambil tersenyum. Aku berasa lega lalu cuba mendapat berita lebih lanjut mengenai mangsa oleh penduduk setempat. Changjo’s pov Aku menggosok belakang iu untuk menenangkannya kerana aku tahu iu tidak gemar dengan darah. Aku juga terkejut melihat jiranku mati dibunuh dengan mata terbeliak dan yang mengejutkan hanya sebelah sahaja matanya yang ada lagi sebelah kosong berlubang. Darah penuh berlumuran diseluruh muka dan tubuhnya. “macam mane boleh jadi sampai macam ni kat hyorin?”, gumam ilhoon seorang diri namun aku jelas mendengar. Sesekali aku mengerling ke arah ilhoon kerana masih segar dalam ingatanku minggu lepas aku terserempak dengan ilhoon yang keluar bersama hyorin. Mungkin hyorin juga salah seorang dari scandalnya.pihak polis sudah mula memasang pita kawasan larangan untuk memudahkan siasatan mereka. Bunyi siren ambulans mengejutkan aku. Kereta ambulans mula bergerak membawa mayat hyorin ke hospital mungkin untuk dibedah siasat. “kamu tiga orang kawan rumah hyorin sila ikut kami ke balai untuk membantu sisatan”, salah seorang anggota polis memberi arahan pada housemate hyorin. *********************************************************** Ilhoon’s pov Seperti jangkaan aku, iu dan changjo, topik hangat untuk hari ini adalah kes pembunuhan hyorin. Dari jauh iu berjalan membawa dulang berisi air kami bertiga lalu diletakkan dulang tersebut di atas meja. Iu terus duduk disebelah changjo. “kau tak takut ke changjo? Betul2 depan rumah kite kot. Tak tidur malam aku fikir. “, aku cuba berkongsi perasaan takutku pada changjo. Changjo tetap dengan reaksi bersahajanya. Changjo hanya mengangkat bahu. “kadang2 kan aku benci cakap dengan kau! Weh iu, ape yang pandang kat budak heartless ni?”, aku bersandar sambil menghirup minumanku. Iu hanya tergelak. “sebab die heartless lah aku suke. Kau tu hati banyak sangat, lagi benci tahu?”, iu cuba memenangkan buah hatinya. Aku hanya mencebik. “yang kau nak risau sangat pasal hyorin tu kenape?”, tiba-tiba changjo bersuara sambil merenung tajam padaku. “kenape kau tanya? Buatnye pembunuh tu memang bunuh ikut suke hati die je sesape, tak bahaya pulak aku pertaruhkan nyawa aku duduk situ?”, aku membulatkan mataku untuk melawan renungan changjo. “polis cakap tu kes dendam la. Kalau orang tu dendam dengan hyorin yang kau nak over cuak pahal? Kau sape je dengan die tu?”, nada pertanyaan changjo seperti ada maksud lain. Aku mengerutkan dahi memandang changjo. “hello! Im here bukan nak dengar pasal kes semalam dah okay? Please lah, juz forget bout that. “, iu cuba menenangkan keadaan. Changjo’s pov Iu cuba menenangkan keadaan apabila aku dan ilhoon masing-masing bercanggah pendapat. Aku masih belum berpuas hati dengan ilhoon. Dia berpura-pura seperti tidak mengenali hyorin padahal dia sudah pernah keluar berdua dengan hyorin. Yang buat aku tidak puas hati apabila ilhoon kini tidak lagi seperti ilhoon yang dulu. Ilhoon yang dulu tiada rahsia antaranya dengan aku dan iu. ilhoon seperti ingin berahsia tentang perhubungannya kini. “sudahlah tu”, iu menarik mukaku agar memandang wajahnya. “whats wrong with u dear?”, tanya iu apabila muka aku masih tidak berpuas hati memandang ilhoon yang berpura-pura memandang tempat lain. IU’s pov Pertanyaanku tidak dijawab oleh changjo. Aku hanya memandang mereka bersilih ganti. Aku sendiri tidak faham apa masalah mereka berdua sebenarnye, sebelum keadaan lebih teruk lebih baik aku masuk campur. Cuma aku juga agak risau dengan keadaan yang sedang berlaku dalam kawasan tempat tinggal kami. Selagi pembunuh kejam itu belum ditangkap selagi itu tiada siapa disini yang akan berasa tenang. Flashback Hyorin’s pov Aku keletihan akibat baru pulang dari kelas. Rakan-rakan serumahku yang lain semuanya ada kelas tambahan kecuali aku kerana aku mengambil jurusan lain daripada mereka bertiga. Setelah selesai mandi aku berbaring di sofa untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba kedengaran pintu rumahku diketuk. Aku dengan perasaan malas bangun lalu membuka pintu. “ye cari siapa”, tanya aku pada tetamu tidak dikenali itu. “hey, im tod”, tetamu tidak dikenali itu menghulurkan tangan sambil tersenyum. Aku tanpa ragu-ragu bersalaman tiba-tiba aku direntap kasar sehingga rapat kebadannya. Aku terasa seperti sesuatu berada diperutku. Perlahan-lahan aku tunduk untuk melihat. Tod menghunus pisau kecil sambil berbisik “don’t u dare to do anything, juz let me in”, tod terus masuk kedalam rumahku lalu menutup pintu dan menguncinya dari dalam. Aku menggigil ketakutan dan aku berpeluh dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk. Aku berfikir-fikir mahu melaporkan pada polis sekiranya aku sudah bebas dari tetamu tidak diundang ini. Tetapi mungkin agak sukar untuk aku memberi maklumat kerana aku tidak mengenali si dia ini dan dia juga memakai sarung tangan sejuk jadi sudah pasti tiada langsung cap jarinya akan ditemui. Tod’s pov Aku tersenyum puas melihat gadis dihadapanku ini ketakutan. “relax dear, I juz nak main game dengan u je”, bisik ku ketelinganya sambil menjalarkan hujung pisau ku keseluruh wajahnya. Hyorin kelihatan seperti mahu menangis sambil menjeling kemana arah pisau berjalan. Aku mendudukkan hyorin di atas sofa miliknya. “if u lepas, u boleh lari sejaoh yang mungkin dari I, if tak… “, aku sengaja tidak menghabiskan kata-kataku sambil merenung tepat wajah hyorin. “apa kau nak?”, ujar hyorin terketar-ketar. Aku sempat mengelapkan peluh hyorin yang kelihatan semakin banyak. “juz choose, truth or dare?”, tanyaku serius. “dalam kiraan 3, if tak I yang akan pilihkan”, terangku. Aku mula mengira. “1….. 2….”, hyorin pantas mencelah “dare!”, pilihnya. Aku tersenyum gembira sambil mengeluarkan pisau yang lebih besar dari yang aku pegang lalu meletakkannya di atas riba hyorin. Hyorin memandang takut segala tindakanku. “okay.. cut your finger now”, arahku. “what?! Are u crazy?!”, tengking hyorin. “dalam kiraan tiga..”. “please! Im beg to you! Kalau u nak rompak ambik la tolong jangan buat I macam ni”. “satu…”. “I merayu please!!!!”. “dua….”. “oh God help me!”. “tiga”. Dengan pantas aku mengambil semula pisau tersebut lalu menetak jari telun juk kanan hyorin. “arghhhhhhh!!!!!!!”, hyorin menjerit kesakitan sambil darah memancut-mancut. Hyorin menggigil menahan sakit. “truth or dare?”, bisikku lagi pada telinganya. Hyorin masih sama seperti tadi. “aku tak cakap dengan dinding!”, pekikku sambil menarik rambutnya yang panjang mengurai. “aku kira satu sampai tiga.. satu.. dua… tiga..”, aku segera mengerat telinga sebelah kiri hyorin namun tidak terus putus. Sekali lagi hyorin menjerit kesakitan. “baik takde telinga dari ade tapi tak dengar ape aku cakap!”, tengkingku ke mukanya yang terketar-ketar bagai ayam yang disembelih hidup hidup. Darah sudah membanjiri wajah hyorin. “disebabkan kau dah pilih dare tadi, aku pilihkan truth untuk kau.. dank au ni pun dah macam nyawa-nyawa ikan so biar aku je main untuk truth. Kebenaran yang aku nak bagitaw adalah, im here to kill u. aku cakap dengan kau sekarang ni! Yang kau pandang tempat lain kenape?! Mungkin aku patut tunjuk betapa pentingnya ada mata sebelum kau k.o.”, ucapku panjang lebar. Pantas aku menindih hyorin lalu perlahan-lahan memasukkan hujung pisau kedalam matanya sambil berusaha mencungkil bebola matanya. Hyorin menjerit bagai dirasuk. Darah membuak-buak sehingga terpancut kemukaku. Namun itu membuatkan aku lebih seronok dengan permainanku hari ini. Akhirnya bebola mata hyorin bergolek jatuh kelantai. Aku segera menamatkan riwayatnya. |