|
truth or dare ep 3
Thursday, 10 January 2013 | 00:53 | 0 c r e e p e r
truth or dare ep 2 <-- click here
IU’s pov Sejak kes yang berlaku di kawasan tempat tinggal kami, changjo tidak membenarkan aku pergi ke kolej seorang diri lagi. Setiap pagi dia dan ilhoon akan menjemputku dirumah dan akan menghantar aku pulang juga. Bunyi hon kereta menyebabkan aku menjadi kelam kabut. Aku segera keluar sambil menggalas beg lalu menutup pintu rumah dan mengunci grill. Aku Cuma menyarung selipar supaya mudah untuk aku bergerak. Aku segera berlari kea rah kereta ilhoon lalu duduk di tempat penumpang di belakang. “morning”, sapa ku ceria pada mereka berdua. “morning”, balas ilhoon. Aku tersenyum memandangnya. Changjo tidak hiraukan sapaanku tetapi khusyuk membaca surat khabar seperti masuk mencium sahaja akhbar itu kerana mukanya terlalu dekat. Ilhoon segera memandu dan aku hanya bersandar tanpa berbuat apa-apa. “mangsa ketiga”, changjo bersuara tiba-tiba. “ha?!”, tanya ku hairan kerana tidak memahami maksudnya. “mangsa ketiga pembunuhan kejam bersiri dikenali sebagai Hyosung. Mangsa bekerja sebagai akauntan sebuah syarikat telah dijumpai mati di dalam semak dengan keadaan matanya terbeliak, perutnya dibelah dan ususnya dikeluarkan serta separuh dari wajahnya hancur akibat bahan kimia yang dikenali sebagai asid”, changjo menerangkan dengan membaca surat khabar yang dipegangnya. Changjo’s pov “maknanya die bukan attack pelajar je, pekerja pun tapi perempuan. Polis langsung tak dapat jejak bayang-bayang die, selagi die tak kene tangkap tempat ni bahaya gile”, aku yang resah dengan masalah yang melanda menutup surat khabar yang telah dibaca. Ilhoon dan iu dua-dua mendiamkan diri seperti sedang berfikir sesuatu. Mungkin mereka juga risau seperti aku. Aku memandang wajah gadis kesayanganku iu. “wae?”, iu memandangku hairan. “take care nae?”, balasku. iu hanya mengangguk. Ilhoon’s pov Aku hanya melihat kedua-dua bff aku ini berpandang pandangan. Mood ceria pagiku sedikit rosak mendengar berita itu. Aku memandang changjo yang sentiasa risau apabila kes pembunuhan ini terjadi. Aku berfikir-fikir sesuatu untuk menceriakan keadaan. “alah, iu takdenye pembunuh tu nak cari”, kataku tiba-tiba. Iu segera mengalihkan pandangannya padaku. “wae?, kau kenal ke pembunuh tu ha?”, tanya iu padaku. “pembunuh tu kan cari perempuan, die kalau tengok kau die sendiri pun tak yakin kau lelaki ke perempuan”, aku ketawa apabila dapat mengenakan iu. Iu sudah memuncungkan mulutnya lalu memukul aku bertubi-tubi dengan bukunya. “woi woi, accident kang sape nak jawab”, aku mengelak dari dipukul. Kini changjo pula ketawa melihat iu memukulku. Melihat changjo ketawa membuatkan aku juga turut ketawa dan gembira kerana mood kami bertiga kini kembali ceria. “yaa! U suke ha ilhoon cakap kat I macam tu?”, iu memarahi changjo. “I bukan gelak sebab tu la. I gelak tengok u pukul ilhoon. Macam mak pukul anak.”, changjo menutup mulutnya untuk menahan gelak. **************************************************** IU’s pov Seperti biasa rakan serumahku jiyeon dan suzy sering tidur awal. Aku yang masih belum dapat melelapkan mata berbaring disofa sambil menontong televisyen. Lama-kelamaan mataku mula kuyu akibat mengantuk. Bunyi pintu rumahku diketuk bertalu-talu mengejutkan aku. Aku pantas bangun dan membuka pintu. “arghhh!!”, aku segera menjerit dan berundur beberapa tapak kebelakang apabila melihat seorang wanita berlumuran darah dengan separuh dari wajahnya dikelar halus. “tolong saya, tod kejar saya, bagi saya masuk”, perempuan tersebut merayu dengan suara lemah. Aku ingin termuntah melihat darah tetapi aku tetap membenarkan dia masuk kerana mungkin dia salah seorang mangsa yang bakal dibunuh oleh pembunuh kejam bersiri itu. Aku segera menutup pintu apabila perempuan tidak dikenali itu sudah masuk. Perempaun tersebut duduk dilantai sambil menangis mungkin kerana menahan sakit. Aku yang juga ketakutan sekiranya pembunuh itu datang kerumahku pantas menelefon pihak polis serta changjo supaya menemaniku seketika sebelum pihak polis datang kerumah. Tidak sampai 15 minit changjo dan ilhoon sudah sampai kerumahku. Changjo terus memeluk ku. “u okay tak”, tanyanya dengan wajah risau. “iu okay je. Sian hyoyeon”, aku memberitahu nama perempuan tersebut pada changjo setelah aku mengetahui namanya sebentar tadi. “macam mana dia boleh sampai sini?”, ujar ilhoon. Aku hanya mengangkat bahu dan menggelengkan kepala. Yunho’s pov Aku yang telah menerima panggilan dari seorang pelajar bernama iu segera kerumahnya mengikut alamat yang diberikan. Aku sedikit gembira kerana mangsa masih hidup walaupun dalam keadaan sedikit menakutkan tetapi sekurang-kurangnya aku akan mendapat serba sedikit maklumat tentang pembunuh bersiri itu. Sampai sahaja dirumah iu aku terus menuju masuk kerumahnya. “mana mangsa tu?”, tanyaku pada tiga orang budak muda dan aku jangkakan perempuan yang berdiri antara dua orang lelaki ini adalah iu. “saya iu, saya yang telefon tuan. Tu yang duduk tepi sofa tu mangsa yang saya ceritakan”, terang iu padaku. Aku segera kea rah mangsa. Aku sedikit terkejut melihat wajahnya tetapi aku cuba berlagak tenang. “jangan takut, juz tell me what happened. I will help u okay?”, aku cuba menenangkan mangsa. Mulut mangsa sedikit terbuka seperti mahu menyatakan sesuatu. Flashback Hyoyeon’s pov Aku yang baru pulang dari rumah rakanku segera membuka kunci pintu rumah lalu masuk ke dalam rumah. Belum sempat aku menutup pintu seseorang menghalang. “sorry?”, aku bertanya pada orang yang aku tidak kenali itu. “hyoyeon kan?”, tanyanya padaku. Aku hanya mengangguk. “im tod”, tod menyuakan tangan untuk bersalaman. Aku yang ragu-ragu tambahan pula dengan kes yang berlaku di kawasan ini pantas ingin menutup pintu. Tod’s pov Hyoyeon tidak menyambut tangannku tetapi cuba menutup pintu. Aku pantas menghalang tetapi hyoyeon cuba melawan namun tenaga aku jauh lebih kuat dari hyoyeon mungkin kerana hyoyeon keletihan. Aku menolak pintu sehingga hyoyeon jatuh tersungkur. Aku pantas masuk kedalam rumah hyoyeon dan menendang pintu sehingga tertutup. Hyoyeon menjerit-jerit meminta tolong dan aku mengeluarkan pisauku untuk mengugutnya. “baik kau diam sebelum kau sakit”, aku menghunuskan hujung pisauku ke bawah dagunya. Hyoyeon segera diam sambil menelan-nelan air liurnya. Hyoyeon’s pov Aku segera mendiamkan diri apabila pisau betul2 dibawah daguku. Aku cuba mencari peluang untuk melepaskan diri. Aku tidak mahu dibunuh seperti mangsa2 lain. Aku mengsunakan sepenuh tenagaku untuk menolak tod. Tod terundur kebelakang dan aku mengambil peluang untuk melepaskan diri namun tod lebih pantas menarik rambutku dan menyeretku sehingga ke tangga rumahku. Tod pantas menghentak mukaku ke tangga. Aku terasa cecair panas mula menuruni kemukaku. Tod’s pov Dahi hyoyeon luka akibat aku menghentaknya ke tangga. Hyoyeon mula lemah dan aku yang marah kerana dia cuba melarikan diri mengelar sedikit demi sedikit isi wajahnya sebagai pengajaran supaya tidak melawan kataku. End of flashback Yunho’s pov “macam mane awak boleh terlepas dari die?”, tanyaku yang semakin berminat untuk mengetahui tentang pembunuh misteri yang dikenali sebagai tod. “saya tetap melawan dan saya dapat tending perut die tapi dia still cuba guna pisau die nak bunuh saya. kitorang bergelut berebut pisau dan saya terkelar sikit lengan die. Time tu dia macam terkejut and saya terus lari keluar. Saya lari tak pandang belakang dah, so saya tak tahu sama ada die kejar saya atau tak”, terang hyoyeon panjang lebar. Aku hanya mendengar. Di dalam fikiranku masih tertanya-tanya siapakah tod? Apakah motif segala pembunuhannya? Aku terus membawa hyoyeon bagi mengawal keselamatannya dan juga untuk siasatan lanjut. Hyoyeon juga akan dirawat sehingga pulih sebelum membantu aku untuk mencari tod. |