|
Complicated Love Story ep 13
Saturday, 22 December 2012 | 05:48 | 0 c r e e p e r
ini adalah sambungan complicated love story ep 12 <-- click untuk ep 12
eunji membawa dongwoon ke restoran yang sering dikunjunginya sewaktu dia menetap di situ dahulu. mereka memesan minuman sahaja kerana masing-masing masih lagi kekenyangan setelah makan dirumah. sambil menunggu pesanan mereka sampai, mereka berbual-bual tentang apa yang telah berlaku sebentar tadi. kertas yang dikutip oleh eunji sebentar tadi masih berada dalam genggaman eunji.
dongwoon : siapa lelaki tu? korang macam dah kenal lama je? eunji : huh? die tu.. eunji tidak dapat meneruskan kata-katanya. eunji khuatir jika dongwoon tidak dapat menerima tentang kisah perkahwinannya bersama taecyeon kerana eunji tidak berterus terang dari awal pertemuan semula mereka. dongwoon melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah eunji yang jauh mengelamun. dongwoon : hello!! eunji : errr.. sorry2.. saya still memikirkan pasal perempuan tadi tu. kenapa die tinggalkan note "please help me"? macam ade something tak kena je. dongwoon : kenapa awak nak heran sangat pasal perempuan tu? awak belum jawab lagi soalan saya okay. eunji : haa? soalan? dongwoon : lelaki tu siapa? eunji : emmm. awak. kalau saya bagitaw awak hal yang sebenarnye, awak janji tak marah saya boleh? dongwoon : awak tak bagitaw saya lagi macam mana saya nak taw saya akan marah ke tak? come on la. eunji : okay okay. eunji menarik nafas sedalam-dalamnya kerana ingin mencari kekuatan untuk menceritakan hal sebenarnya kepada dongwoon. eunji : okay macam ni. die tu sebenarnye ex husband saya. sebelum saya balik sini saya kahwin dengan die atas paksaan mummy saya. then kitorang bercerai tanpa pengetahuan mummy saya tak lama kemudian sebab die tu kaki pukul, kaki mabuk and selalu bawak perempuan mana2 entah balik rumah. so, saya tak tahan dengan perangai die saya paksa die ceraikan saya. if tak saya akan laporkan pada polis tentang die. saya minta maaf banyak2 sebab tak jujur dengan awak pasal hal ni. bukan saya taknak bagitaw, tapi saya takut awak tak boleh terima saya. saya takut sangat kalau saya hilang awak untuk kali kedua. eunji segera menggenggam tangan dongwoon sambil menahan diri dari menitiskan air mata di situ. dongwoon memandang eunji tanpa sebarang reaksi. tiba-tiba dongwoon perlahan-lahan menarik tangannya dari genggaman eunji. eunji yang dapat mengagak reaksi dongwoon selepas ini tidak dapat lagi membendung air matanya. dongwoon : saya pikir awak percaya saya. saya langsung tak kesah kalau dari awal awak cerita semua ni dekat saya. sebab saya pon ade kisah saya sendiri sebelum kita jumpa balik. tapi sebab saya percaya awak dan saya nak awak tahu saya ikhlas dengan awak so saya cerita semuanya. tapi awak, awak boleh cakap yang awak takut saya tak dapat terima awak pasal hal ni? itu maknanya awak belum percayakan saya seratus peratus. kalau kita tak terjumpe die harini, awak nak rahsiakan hal ni dari saya sampai bila2? huh? fine! dongwoon terus bangkit dari bangkunya dan berlalu meninggalkan eunji begitu sahaja. eunji yang tidak mahu menambahkan kemarahan dongwoon pada dirinya membiarkan sahaja dongwoong pergi. eunji menekup wajahnya dah menangis semahu-mahunya disitu. eunji juga menyesal kerana tidak bersikap jujur pada dongwoon. eunji terpaksa redha jika dia akan kehilangan dongwoon sekali lagi. di tasik woohyun, sojin dan onew berjalan-jalan di kawasan taman yang mempunyai tasik di situ. mereka mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di situ selagi mereka belum pulang ke korea. woohyun : wahh, cantik taman kat sini. sojin : yeah. macam2 bunga ade. onew : hey guys, cantik tu memang cantik tapi korang ingat tak jalan nak balik rumah ni? aku terus terang cakap aku tak ingat. woohyun yang juga baru menyedari mereka telah jauh berjalan memandang wajah sojin dengan wajah yang bimbang. sojin yang juga bimbang terus memegang tangan woohyun. woohyun : a'ah la. aku pon tak ingat jalan balik lah onew. sojin : awak ni! jalan tadi bukan main lagi macam tempat sendiri je. saya lagi la tak ingat. onew : adush! nak balik macam mana ni? sojin : haa! teksi lah. woohyun : yeah pandai. onew : hahaha pandainye. taw ke alamat tempat kita tinggal tu? kenyataan onew membuatkan woohyun dan sojin berpandangan sekali lagi. sojin : alaaa tak ingat jugak. onew : tu lah korang, jalan bajet macam taw je. ish! sojin mebuat muka sedih kerana takut mereka akan sesat dan tidak dapat pulang kerumah. tiba-tiba sojin ternampak seseorang sedang duduk di hadapan tasik. dari belakang, sojin seperti kenal akan perempuan itu. sojin : eh, tu iu! sojin menunding jarinya ke arah iu yang sedang duduk seorang diri dihadapan tasik sambil membalingkan batu ke dalam tasik. mereka bertiga terus berlari menghampiri iu. sojin : iu!! sojin segera memeluk iu dari belakang. iu yang terkejut dengan kehadiran mereka bertiga terpinga-pinga memandang mereka. iu : korang dari mana ni? sojin : dari rumah la. kitorang jalan-jalan sampai sini. lepas tu kitorang lupe jalan balik. nasib jumpe kau! ahhh aku sayang kau. woohyun dan onew tergelak melihat telatah sojin. woohyun duduk di sebelah sojin yang telah pon duduk di sisi kiri iu. manakala onew duduk di sisi kanan iu. onew : awak buat apa sorang2 kat sini? sojin : kau selalu datang sini dengan thunder yeah? woohyun menampar peha sojin sebagai isyarat agar sojin menjaga tutur katanya kerana bimbang akan mengguris perasaan iu. iu yang langsung tidak ambil hati dengan kata-kata sojin terus memeluk lengan sojin dan baring di bahu sojin. iu : aku datang sini sebab aku nak tenangkan fikiran aku. dulu waktu awal2 aku kenal dengan thunder kitorang selalu lah jugak datang sini. hari last aku datang sini dengan die time aku nak bagitaw die yang aku kene pindah korea balik and mummy aku dah ade someone nak jodohkan aku. haha. onew yang menyedari iu sedang bercakap tentang dirinya memandang iu sambil tersenyum. onew : sorry lah. saya tak taw pon awak dah ade someone time tu. iu : its okay. juz forget bout the past. saya malas nak ingat dah. saya nak mintak maaf kat awak. saya cuma boleh sayang awak as friend je. onew : yeah i know. takpe. saya pon dah anggap awak macam kawan baik saya je. iu : thanks babe. iu memegang tangan onew sambil memberikan senyuman padanya. onew membalas senyuman iu. kemudian onew sengaja mengacau rambut iu. iu yang tidak suka orang lain menyentuh rambutnya menepis tangan onew. iu : hey! jangan kacau rambut saya lah. onew : hahaha comel sangat rambutnye tu. rambut saya lagi panjang dari awak. sojin : a'ah la iu. dari haritu aku nak tanya asal kau potong rambut tapi asyik lupe je. iu : minhwan pon tanya bende yang sama. so jawapan aku pon still sama lah. ini style okay. woohyun : style? ye ye je lah tu. macam lelaki dah aku tengok. iu : biarlah. kau jeles apehal? sojin : alaaa takkan dengan aku pon kau nak berahsia. sojin memuncungkan mulutnya tanda merajuk. iu pantas menampar mulut sojin lalu tergelak melihat sojin terkejut ditampar. iu : yelaa. sebenarnye, aku potong rambut ni sebab aku rindukan thunder. rambut die sebijik macam ni. so bile aku diri aku kat cermin aku akan rasa macam aku ni diri die. gile kan? sojin : a'ah la. kau dah gile eh? sayang taw tak rambut kau yang panjang dulu tu. iu : aku tak sayang pon haha. alaaa nanti panjang la balik. cute tak aku? iu membuat mimik muka comel di hadapan sojin. sojin segera menolak muka iu yang terlalu hampir dengan wajahnya. sojin : ahh! aku lagi comel. kan woohyun? woohyun : haa? due2 comal kot. hehe. sojin : ish awak ni! bukan nak beckup saya. iu : dah dah. kau je la yang comel. puas hati? sojin : yeay! onew : iu lagi comellah. sojin : diam ah kau! iu : hey! jangan gaduh depan aku lah. onew : sojin ni haa! onew menampar tangan sojin dan sojin juga menampar tangan onew. mereka saling berbalas tampar menampar sehingga iu yang berada di tengah-tengah juga terkena. iu : woi! nak gaduh balik rumah bukan tengah jalan lah! onew : okay okay. onew dan sojin yang terkejut melihat iu meninggikan suara pada mereka terus menamatkan adegan tampar menampar sebentar tadi. sojin : iu, kau ikut tak kitorang balik korea besok? iu : entah la. aku tak janji. onew : sian minhwan. iu : huh? sojin : kau ni rabun ke buta? dari dulu lagi aku boleh nampak die suke kau. asal kau susah sangat nak nampak? iu : yeah aku taw. malam tadi die ade cakap. sojin : then? kau terima? iu : terima ape? merepek lah kau ni. die cakap je die tak suruh pon aku terima die. sojin : sengal lah kau. sojin menampar dahi iu. iu : oi! sakit lah. iu menggosok-gosok dahinya yang terasa sakit akibat ditampar oleh sojin. sojin : suke hati kau lah. at least ikut lah kitorang balik. sian la kat aku. iu : hahaha aku tak pernah kesian kat kau. sojin : jahatlah kau. macam ni ke bff? sedang rancak mereka berbual tiba-tiba datang seorang perempuan berlari menghampiri mereka. mereka berempat serentak bangun dari tempat duduk mereka. dari arah belakang perempuan itu, seorang lelaki sedang mengajarnya. iu yang mengenali lelaki itu segera menghalang lelaki itu dari terus menghampiri perempuan itu walaupun iu tidak mengenali siapakah perempuan itu. iu : kau tak puas2 lagi aniaya perempuan ke ha?! taecyeon : kau tak yah nak sibuk hal aku! die tu gf aku suke hati aku lah nak buat ape pon! iu : kalau die ni gf kau takdenye die nak lari dari kau macam nampak anjing gile! taecyeon : kau dengan kakak kau sama je kurang ajar! taecyeon yang berang dikatakan seperti anjing gile segera mengangkat tangannya dan ingin menampar iu namun onew yang berada di sebelah iu pantas menghalang dengan menepis tangan taecyeon. onew : kau tak malu ke nak tampar perempuan huh? lelaki lawan die lelaki lah weh! onew yang sudah mula ingin menghampiri taecyeon di tarik oleh woohyun. perempuan yang tidak dikenali itu masih lagi berada di belakang iu sambil memeluk iu dari belakang. iu yang perasan kelibat dua orang pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaaan di kawasan itu segera mengugut taecyeon. iu : baik kau berambus dari sini sebelum aku panggil pengawal2 tu! tak pon kau nak aku call polis terus ha?! taecyeon yang sememangnya tidak gemar mendengar perkataan polis kerana dia sudah beberapa kali di tahan disebabkan pelbagai kes perlahan-lahan berundur dan menjauhi mereka lalu meninggalkan mereka sambil memandang tajam kepada iu. iu terus berpaling ke belakang dan menenangkan perempuan tersebut kerana dia masih kelihatan pucat dan takut. iu : are u okay? perempuan tersebut hanya mengangguk sambil menggenggam erat tangan iu. iu : hey hey, jangan takut okay. i'll make sure die takkan dekat dengan awak dah okay. onew : awak kenal lelaki tu? iu : die ex husband eunji unnie. die tu errr teruk gile perangai. eunji unnie dulu pon sampai ugut nak lapor pada polis pasal die kalau die taknak ceraikan eunji unnie. sojin : kesiannye eunji unnie. yang ni pulak siapa? sojin merujuk kepada perempuan tersebut. iu hanya mengangkat bahu tanda dia juga tidak mengetahui siapakah perempuan itu. iu : awak ni siapa yeh? kenapa awak lari dari taecyeon? sulli : saya sulli. ayah tiri saya ade hutang die then ayah tiri saya jual saya kat die sebagai ganti bayar hutang. tadi die kate nak bawak saya pergi kerja, tapi.. sulli tidak menghabiskan kata-katanya tetapi memeluk iu sambil menangis. iu : errr, awak, jangan la nangis tengah2 jalan macam ni. cbe awak cerita hal sebenar, manelah taw kitorang boleh tolong. sulli meleraikan pelukannya dan mengesat air matanya. sulli : die bawak saya jumpe seseorang dan saya curi2 dengar dorang berbincang dibelakang saya. dorang nak jadikan saya pelacur. sebab tu saya terus tak fikir ape2 dan terus lari dari dorang. tolong lah saya. saya takut sangat kalau saya jumpe die lagi. saya takde siape2 dah selain ayah tiri saya lepas mummy saya pergi. saya tak nak jadi pelacur. iu : what the hell!! die tu memang tak pernah berubah! macam ni la, awak ikut kitorang balik. awak jangan balik rumah awak dah sebab ayah tiri awak tu pon sama je. then dekat rumah saya nanti kita bincang ramai2 pasal awak okay. sulli pantas mengangguk. di rumah dujun dan gain baru sahaja sampai di rumah mereka selepas iu menelefon gain memberitahu berita tentang adik iparnya taecyeon yang masih tidak berubah perangainya. dongwoon yang telah terserempak dengan sulli bersama taecyeon segera menceritakan tentang mereka pada iu. kemudian, dongwoon meminta penjelasan pada iu tentang kisah lampau antara eunji dan taecyeon. selepas mendengar keseluruhan cerita dongwoon mula rasa simpati pada eunji dan juga rasa bersalah kerana memarahi eunji di restoran siang tadi. dongwoon : iu! kenapa eunji tak balik2 lagi ni? oppa risau ah. iu : yeah me too. fon die off. gain : eunji gi mana? dongwoon : kitorang jalan2 tengah hari tadi lepas tu ade hal sikit then saya balik dulu. tapi ni dah malam die tak balik2 lagi. aihh.. dongwoon mundar mandir di ruang tamu kerana risau akan eunji. dia juga tidak akan memaafkan dirinya sekiranya sesuatu berlaku pada eunji disebabkan dia terlalu mengikut perasaan cemburunya siang tadi. dujun : eh iu, mana perempuan tu? iu : sulli? die ade kat dalam bilik iu. die nampak macam trauma lagi je. biarkan dululah die. dujun : aihh oppa geram betullah dengan taecyeon tu.dia da lame tak balik rumah omma oppa cakap. entah mana die pergi. errr. iu hanya menggelengkan kepalanya apabila memikirkan tentang taecyeon. minhwan dan rakan-rakannya yang lain hanya mendengar tanpa menyampuk hal keluarga iu kerana mereka tidak begitu memahami keadaan sebenar. minhwan yang sedang duduk bersandar memandang ke arah iu yang sibuk menguruskan hal keluarganya. iu yang menyedari dirinya diperhatikan oleh minhwan memberikan senyuman kepada minhwan. kemudian iu menghampiri minhwan lalu duduk di sebelah minhwan. iu melepaskan keluhannya di sebelah minhwan. kepalanya terasa berat ketika itu. minhwan : letih? iu hanya mengangguk. minhwan : sini sini. baring sini. minhwan menepuk-nepuk bahunya lalu menarik kepalanya kebahunya. iu hanya membiarkan sahaja dia diperlakukan sebegitu tanpa menyoal. iu membetulkan kedudukan kepalanya dibahu minhwan agar lebih selesa. iu : penat la. yang sorang buat hal macam tu, yang sorang macam ni. yang eunji unnie merajuk pulak dengan dongwoon sampai tak balik2 lagi. dah la off fon. aaaaahhh! sakit kepala taw tak. minhwan tidak tahu apa yang patut dikatakannya pada iu ketika itu. minhwan terus memicit-micit kepala iu kerana iu mengatakan dia sedang sakit kepala. iu yang selesa sebegitu hampir melelapkan matanya tiba-tiba dia menerima satu panggilan. panggilan itu mengganggu keadaan iu yang sudah hampir tertidur. di skrin telefon terpampang nama eunji. iu tersenyum melihat kakaknya itu menelefonnya. iu segera menjerit memanggil nama dongwoon. iu : dongwoon oppa! eunji unnie call ni! nah oppa lah angkat! iu menghulurkan telefon bimbitnya kepada dongwoon. dongwoon pantas berlari ke arah iu dan mengambil telefon bimbit iu lalu menjawab panggilan eunji. dongwoon : hello eunji! someone : eunji? siapa eunji? dongwoon yang terkejut apabila suara lelaki yang berada di talian segera memulangkan telefon bimbit iu kepada iu. iu : why? dongwoon : bukan eunji. iu : huh? dongwoon : cuba cakap. kali ini iu pula yang menjawab panggilan tersebut. iu : hello? someone : eunji korang dekat aku! kalau nak dia balik selamat macam mana last korang nampak dia, jumpa aku besok dengan setengah juta USD. ouh one more, without anyone kecuali kau. aku nak kau yang datang! if tak, kau takkan nampak lagi eunji kau dah! iu : hey! hello?? hello?? iu melihat skrin telefonnya dan pemanggil sudah memaatikan talian. tiba-tiba satu teks masuk ke dalam telefon iu. pemanggil tersebut yang menggunakan telefon eunji menghantar alamat di mana merka harus bertemu esok. iu cuba menghubungi nombor eunji tetapi lelaki itu sudah mematikan telefon eunji. iu yang risau dengan keadaan eunji seperti hilang suara untuk berkata-kata. semua mata tertumpu pada iu dan ingin mengetahui keadaan sebenar namun iu belum cukup kuat untuk menceritakannya. persoalannya : siapakan pemanggil tersebut? apakah motif penculikan eunji? adakah iu akan pergi seorang diri berjumpa si pemanggil? sampai bilakah sulli akan bersama mereka tanpa dikesan oleh taecyeon? nantikan sambungannya di complicated love story ep 14 thanks for reading ^_^ |