|
Complicated Love Story ep 14
Saturday, 22 December 2012 | 05:50 | 0 c r e e p e r
ini adalah sambungan complicated love story ep 13 <-- click untuk ep 13
dongwoon yang tidak puas hati dgn reaksi iu yang hanya berdiam diri tanpa memberikan sebarang reaksi dengan pertanyaannya merampas telefon bimbit iu. iu yang terus duduk melutut dan terdiam dipandang pelik oleh semua orang termasuk minhwan. minhwan menyentuh bahu iu.
minhwan : are u okay? kenape ni?
iu memandang minhwan dengan dahi berkerut.
iu : eunji unnie..
dongwoon : why? kenape eunji hantar mesej alamat ni? die ade dekat sini ke? ber tubi-tubi soalan yang diajukan oleh dongwoon kepada iu namun iu tetap berdiam diri sebelum bangun dari kedudukannya lalu berpusing menghadap dongwoon. iu : ade orang gune fon die mintak wang tebusan. dongwoon : what?!! OMG!! dongwoon mundar mandir kerana tidak senang hati dan risau akan keadaan eunji ketika ini. gi kwang : eunjung! saya taw awak taw ape yang kita patut buatkan? please help us! gi kwang menarik tangan eunjung yang hanya berdiam diri sahaja. eunjung mengangkat kedua-dua belah tangannya. eunjung : ahhh chill2. now die da bagi alamat kan? so ikut my plan okay. eunjung terus memberitahu mereka semua tentang rancangannya. iu mengangguk tanda menyetujui rancangan eunjung. iu : tapikan, iu bukan risau kan eunji sekarang ni. semua mata memandang pelik pada iu. iu : tak!! bukan tak risau langsung! jangan la semua pandang iu macam tu. sebenarnye yang iu pikir2 sekarang ni suara lelaki tu. iu macam pernah dengar la. tapi ingat2 lupe siape. dujun : taecyeon? gi kwang : yaa! maybe taecyeon ke kan. dongwoon : ape masalah die lagi?! iu : ish! diamlah kejap! bukan taecyeon lah. suara taeyeon garau. ni orang lain and im sure die lebih kurang baya iu je. jup2 nak ingat dulu siapa. setelah beberapa minit iu cuba mengingati suara yang menghubunginya tadi itu, akhirnya memori iu berjaya mengingati kembali empunya suara. iu : haa!!! dah ingat!! semua mata tertumpu pada iu. keesokannya di kawasan bangunan lama eunji yang baru tersedar dari tidur atau lebih tepat lagi pengsan terasa begitu berat sekali kepalanya. eunji cuba memegang kepalanya namun dia dapat merasakan seperti sesuatu menghalang pergerakannya itu. eunji juga cuba membuka mata namun pandangannya masih lagi gelap. eunji juga cuba berkata sesuatu namun mulutnya tidak boleh bergerak. akhirnya setelah pening kepalanya sudah mula menghilang dan dia sudah mampu berfikir dengan baik barulah eunji menyedari yang kini dirinya sedang diikat. tangannya terasa diikat dibelakang. mulutnya dan juga matanya diikat menggunakan kain. tiba-tiba eunji terdengar bunyi tapak kasut menghampirinya. someone : woit. jaga dah kau. suara seorang lelaki menegurnya sambil menyepak kakinya. malangnya eunji tidak dapat mengecam suara lelaki itu. dalam masa yang sama suara seorang perempuan pula muncul. someone P : memang pandailah kau bercakap dengan die yang mulut terikat tu kan! someone : eh aku lupe. lelaki tersebut membuka ikatan mulut eunji. eunji terasa lapang apabila mulutnya sudah tidak diikat lagi. namun matanya yang masih tidak dapat melihat wajah orang yang mengikatnya itu masih tidak berpuas hati. eunji : kau siape? someone : tak payah lah kau nak taw. kejap lagi iu datang bagi kitorang duet tebusan. lepas tu kau bebas. eunji : what?! eunji terkejut mendengar bahawa adiknya iu akan datang memberi wang tebusan untuk dirinya. eunji sedar pasti dia sudah pengsan agak lama disitu kerana penculik tersebut telah sempat menghubungi keluarganya meminta wang tebusan. tiba-tiba eunji teringatkan dongwoon. eunji : dongwoon. someone p : ape? siape dongwoon? iu : woi!!! keluar lah korang!!! selagi aku tak nampak unnie aku jangan harap aku nak bagi duet ni kat korang!! suara iu yang menjerit memanggil mereka membuatkan mereka tersentak seketika begitu juga dengan eunji. someone : die dah sampai. kau usha die jup mane lah taw die bawak orang lain ke. someone p : okay okay jup. tak. die sorang. someone : cantek.! lelaki tersebut menarik eunji agar bangun. mata eunji dibuka dari ikatan. eunji berasa lega kerana dia masih dapat melihat dunia. eunji memandang wajah lelaki yang menculiknya itu. kelihatan masih muda tetapi eunji tidak mengenali pemuda dan perempuan itu dan juga tidak tahu apakah motif penculikan terhadap dirinya. lelaki itu menarik eunji agar mengikuti langkahnya dan perempuan lagi seorang itu hanya menuruti langkah eunji bersama lelaki terbabit dari belakang. iu yang berada di kawasan yang telah dialamatkan oleh si penculik sedang berjalan seorang diri sambil menjinjing sebuah beg meninjau-ninjau kawasan itu kerana dia seperti berada seorang diri sahaja disitu. someone : ni unnie kau! duet mana?! iu menoleh kebelakang mengikut arah suara yang menegurnya. iu tersenyum sinis. iu : aku dah agak dah kau! suara annoying kau aku tak pernah lupe even kite baru pernah jumpe sekali je dulu. haihh. memang dasar hati busuk betul kan kau niel! yang belakang kau tu dari dulu lagi tak pernah buat bende baik. jessica : shut up u! kau nak unnie kau selamat kan? jessica mengacukan pistol pada kepala eunji. jessica : juz give me the money! iu tergelak mendengar ugutan jessica. iu : dah bankrup sangat ke sampai tahap macam ni korang nak duet? btw satu bende lagi yang kelakar, korang ni nampak sangat penculik yang tak pro, dah la gune fon eunji call aku. dah tu cakap bukan main lama. kalau lah aku suruh polis detect kedudukan kau time kau call aku tu, sia-sia je plan kau ni. lagi satu, siap text aku bagi alamat. sah-sah aku boleh jadikan tu bahan bukti. jessica dan niel yang berasa tercabar dengan ejekan iu menolak eunji sehingga terjatuh melutut. niel : dalam kiraan 3, kalau duet tu tak berada dalam tangan aku, peluru dalam pistol ni akan tembus dalam otak unnie kau. eunji : iu! biarkan je. jangan bagi satu sen pun dekat diorang ni. jessica : kau diam perempuan! niel : satu! niel : due! jessica : kau memang nak cabar kitorang ke huh?! niel : ti.. belum sempat niel menghabiskan kiraannya, satu das tembakan telah dilepaskan oleh seseorang. niel dan jessica yang terkejut melihat sepasukan pihak polis telah mengepung kawasan mereka cuba melarikan diri. namun pihak polis lebih pantas menumpaskan mereka berdua di bawah arahan eunjung. iu segera berlari mendapatkan eunji. iu membukakan ikatan tangan eunji lalu memeluk kakaknya itu. iu : unnie okay? takde cedera mana2? eunji : okay okay. tak. dorang takde buat ape2 pon kat unnie. iu : baguslah macam tu. dongwoon : eunji!! dongwoon berlari mendapatkan eunji. eunji tersenyum melihat dongwoon yang masih mengambil berat tentangnya. dongwoon : i damnly worried bout u. dongwoon memeluk eunji dengan erat. iu perlahan-lahan berundur dan meninggalkan mereka berdua lalu kearah kawan-kawannya yang lain yang juga sebenarnya berada disitu. hoya : tak sangka betul si niel tu boleh buat hal macam ni. suzy : tu lah pasal. iu : errr ikutkan hati nak flying kick je si niel and jessica tu. menyusahkan hidup betul. minhwan : awak kenal dorang tu? tiba-tiba minhwan mencelah sambil memegang bahu iu. iu : yeah. dorang pun grup street dance macam kitorang. minhwan : ouh. hmmm ni nak tunggu ape lagi kat sini. sume dah setelkan? balik jom. minhwan menarik tangan iu agar mengikutnya pulang. mereka yang terserempak dengan eunjung berhenti seketika. iu : unnie! eunjung : ouh ya. thanks sebab bagi kerjasama and buat plan kita dengan baik. iu : sokay ah. yang penting eunji unnie selamat. eunjung : ya. so korang semua balik lah kecuali eunji kitorang bawak gi balai dulu nak soal siasat. gi kwang : saya? eunjung menolah ke arah gi kwang yang berada di belakangnya. eunjung : awak? kenapa dengan awak? nak kena culik jugak? gi kwang : ish bukan lah. saya balik dengan awak. eunjung : tapi saya ade banyak hal nak kene uruskan. gi kwang : takpelah saya temanlah sampai siap. iu yang mula menyedari sikap gi kwang yang agak berlainan ketika melayan eunjung menyiku lengan abang tirinya itu sambil mengeyit mata lalu meninggalkan mereka berdua dan berjalan pulang bersama minhwan. iu : ahhh. penatnye harini. minhwan : alooo siannya. nak saya dukung ke? iu : errr?? ingat saya budak kecik ke? minhwan : memang kecik pon. hahaha. minhwan memegang tangan iu dan memberhentikan langkah mereka. iu : kenapa? minhwan : naik belakang saya. iu : what?! no way! malulah. minhwan : pilih antara due, nak naik belakang saya ke atau saya yang dukung awak? iu : pffftt. ape sikit sangat pilihan tu. taknak due2. mendengar jawapan iu membuatkan minhwan betul2 ingin mendukungnya. iu : ahhh!!! okay okay. saya naik belakang awak. minhwan : taw pon. minhwan segera mencangkung dan iu teragak-agak untuk naik di atas belakang minhwan. iu : malu la. iu menutup mukanya di bahu minhwan. minhwan : biarlah. orang yang pandang2 ni die jeles. iu : cepatlah jalan biar cepat sampai rumah. di rumah yoona, sungjong, L, hyorin, woohyun, sojin, onew, hongki, jaejin, seunghyun, jonghoon, namjoo, hara, dujun, gain dan rakan-rakan yang lain sabar menanti kepulangan mereka yang terlibat untuk menyelamatkan eunji. gain : lambatnye dorang ni. saya risau lah oppa. gain menggenggam erat tangan dujun kerana dia berasa tidak senang hati selagi belum mengetahui tentang eunji dan yang lain-lain. dujun : sabarlah. kejap lagi dorang balik lah tu. oppa yakin semuanya akan selamat okay. dujun cuba menenangkan isterinya itu. manakala yoona, sungjong, L, hyorin., woohyun, sojin, hongki, jaejin, hara, seunghyun, namjoo, jonghoon dan onew duduk disatu kelompok sambil menunggu juga kepulangan rakan-rakan mereka. onew : agak2 iu selamat tak? sojin : mestilah! jangan nak fikir bukan2 okay. onew : aku tanya je yang kau emo asal? sojin : emo lah dah kau nak fikir bende buruk pasal kawan baik aku. woohyun : guys, ni bukan masa nak bertengkar okay. woohyun cuba meleraikan pergaduhan mulut antara adiknya onew dan sojin. woohyun mengalihkan pandangan sojin yang memandang onew dengan pandangan yang tajam ke arah wajahnya. woohyun : chill okay. hongki : tapi aku yakin minhwan selamat. kata-kata hongki membuatkan semua orang memandang ke arahnya. hongki : what?! betullah. die teman je. itu pon ikut eunjung. komfem lah selamat kan. jaejin : errr perlu ke kau nak cakap pasal tu? hongki : salah ke?! seunghyun : bukan salah. tapi dalam keadaan macam ni tak yah la kau buat lawak kurang pandai kau tu. hongki : bile mase aku buat lawak huh?! namjoo : weh.. sudah2 lah. jonghoon : haa! kan makwe seunghyun dah marah. hikhikhik. seunghyun : ciss. diamlah kau! sungjong dan yoona yang tidak tahu untuk mencelah perbualan mereka hanya berdiam diri dan berpandangan sesama mereka. yoona : risau jugak? sungjong : mestilah. kawan kan. even tak rapat sangat tapi dalam keadaan macam ni mestilah risau. yoona : hmmm samalah. tapi.. sungjong : tapi? yoona : yuyu ngantuk lah. sungjong : hahaha alololo siannye. baring kat bahu jojo. yoona tersenyum mendengar kata-kata sungjong lalu merebahkan kepalanya di bahu sungjong dan memejamkan mata. sungjong mengusap lembut kepala yoona yang sudah mula terlena. L : are u okay? hyorin : err? yeah. risau je sikit. L : same ah. hyorin : walaupun baru je kenal korang tapi korang semua baik sangat and saya dah rasa macam satu family dengan korang. L : baguslah kalau awak dah mule fikir macam tu. L tersenyum riang apabila melihat hyorin sudah mula ingin bercakap dengannya dan tidak lagi bersedih seperti selalu. sedang semua dalam keadaan risau memikirkan eunji, tiba-tiba mereka terdengar suara sulli menjerit di bahagian dapur. mereka semua bangun serentak dan berlari ke arah dapur untuk melihat apa yang berlaku. persoalannya : apakah yang telah terjadi kepada sulli? mengapakah gi kwang melayan eunjung dengan baik sekali? adakah dongwoon tidak memarahi eunji lagi? adakah iu sudah mula dapat melupakan thunder? nantikan sambungannya di complicated love story ep 15 thanks for reading ^_^ |