nuka nuka ツ



Complicated Love Story ep 15
Saturday, 22 December 2012 | 05:52 | 0 c r e e p e r


ini adalah sambungan complicated love story ep 14 <-- click untuk ep 14





sepanjang perjalanan pulang, minhwan tidak berhenti-henti bercakap bersama iu.

minhwan : awak ni berat taw tak. makan ape je sejak duduk sini? haihh. awak ikutkan kitorang balik korea nanti?

iu langsung tidak menjawab pertanyaan minhwan.

minhwan : awak? cik iu?

iu tetap jugak tidak bersuara. minhwan yang berjalan sambil menggendong iu di kaki lima berhenti sambil memandang cermin kedai disebelahnya untuk melihat iu. minhwan tersenyum seorang diri apabila melihat iu sudah terlena di belakangnya.

minhwan : patutlah diam je. tidur rupenye.


minhwan meneruskan perjalanan. tiba-tiba satu suara berteriak di telinganya.

iu : yaaaaa!!!!!
minhwan : woiiii!!!

minhwan terkejut di sergah oleh iu. iu ketawa terbahak-bahak melihat muke minhwan terkejut.

iu : pandai terkejut ye?
minhwan : errr. bukan awak tidur ke tadi?
iu : hahaha mane ade. saje suke dengar awak cakap sorang2. orang yang lalu lalalng pon pikir awak gile cakap sorang2.
minhwan : eeeee budak ni.

sepanjang perjalanan minhwan membebel memarahi iu kerana mengejutkannya.

iu : eh awak dah dah, turunkan saya. takkan nak bawak masuk rumah macam ni. malulah.
minhwan : pandai malu? hahaha. like i care!

minhwan tetap ingin menggendong iu sampai masuk ke dalam rumah.iu menampar-nampar bahu minhwan tetapi minhwan langsung tidak mengendahkannya.

minhwan : we are home!

minhwan membuat muka pelik apabila tiada sesiapa di rumah. iu mentertawakan minhwan sekali lagi.

iu : tu lah konon nak kenakan saya balik. see! no one here dah dah nak turun.

minhwan menurunkan iu dari belakangnya sambil merenung tajam pada iu. iu berpura-pura tidak perasan.

iu : mane dorang semua ni?

tiba-tiba bunyi kecoh dari arah dapur membuatkan iu dan minhwan segera berlari kesana untuk melihat apa yang terjadi. di luar pintu dapur iu dan minhwan terkejut melihat taecyeon mengacukan pisau ke arah kawan-kawannya sambil mengepit leher sulli sebagai tebusan.

taecyeon : siapa dekat dengan aku, aku tikam die!

minhwan ingin menghampiri mereka semua tetapi di halang oleh iu. kemudian iu menarik minhwan rapat ke dinding agar tecyeon tidak sedar mereka ada disitu lalu iu berbisik sesuatu di telinga minhwan dan minhwan mengangguk tanda setuju. minhwan perlahan-lahan beredar dari situ dan mengikut seperti yang di arah oleh iu. iu memejamkan matanya untuk mencari keberanian menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi. iu segera keluar sambil menjerit memanggil nama taecyeon. serta merta taecyeon mengalihkan perhatiannya pada iu.

taecyeon : ade pon kau! aku dah agak dah memang kawan-kawan kau ni penipu kata kau takde!

tecyeon terus melepaskan sulli dan menolaknya sehingga tersungkur ke tanah. sulli yang ketakutan berlari ke arah mereka yang lain sambil menangis.

iu : kau nak ape lagi?
taecyeon : aku nak musnahkan hidup orang yang suke semak dalam hidup aku! kau ingat aku tak taw kau bagitaw semua pasal aku dekat dujun?! sah2 anak manja tu bagtaw kat parents aku pasal aku dan sekarang aku takkan dapat sesen pon harta family aku sume sebab kau!

taecyeon memarahi iu sambil perlahan-lahan menghampiri iu dengan sebilah pisau di tangannya. iu juga perlahan-lahan berundur ke belakang sambil mengharapkan agar minhwan segera datang.

taecyeon : kau memang nak mati dengan aku!

tecyeon pantas menghampiri iu dan iu yang sudah tidak boleh kemana-mana kerana belakangnya jalan mati hanya berserah pada takdir. iu memejamkan matanya tiba-tiba bunyi sesuatu yang kuat dan iu membuka sebelah matanya.minhwan senyum memandang iu sambil bangga menunjukkan kayu ditangannya.

iu : awak pukul kuat ke? mati kang anak orang.
minhwan : dari awak mati baik die mati huh!

iu menarik nafas lega kerana dia masih berkesempatan untuk hidup.

minhwan : korang ni harap je ramai. sorang pun tak leh wat pape. kalau aku lambat macam mane tadi?
hongki : aku tak leh tengok pisau ah. aku kan fobia pisau.
minhwan : alasan!
woohyun : aku jaga kaum2 wanita ni.
hongki : perghh alasan lagi hampeh.
minhwan : ehh dah dah. sekarang ni aku tetap hero yang menyelamatkan heroin aku. korang sume useless huh! angkat mamat tu masuk dalam. papehal pun tunggu eunjung balik. die je leh setelkan.
L : beragak la nak kata kitorang useless. masing2 sayang nyawa kot.
iu : errr dah dah. bende dah setel.

woohyun dan hoya mengangkat taecyeon masuk kedalam rumah. sulli yang masih ketakutan memeluk onew sambil memejamkan mata. minhwan memandang onew dan onew hanya mampu tersenyum.

onew : ni salah satu sebab aku takleh bergerak.
iu : sulli, are u okay?

sulli memandang iu lalu menggelengkan kepalanya. iu menghampiri sulli.

iu : sumenye dah okay la. jangan takut okay. ramai yang ade kat sini untuk lindungi awak.
minhwan : memang ramai sangat. tapi hero tetap sorang.

hongki menjeling ke arah minhwan sambil membuat muka mengejek minhwan.

yoona : berlagak la minan ni.
sungjong : kan kan? jojo hero yuyu je.
yoona : really? heee.
iu : dah la. masuk la korang sume.
minhwan : awak okay ke? ade luke mane2 ke?
iu : taklah. im okay. btw thanks ya.
minhwan : anything for u.

iu tersenyum mendengar kata-kata minhwan. minhwan menggosok kepala iu lalu menariknya masuk kedalam rumah dan iu hanya menuruti langkahnya.

beberapa jam kemudian

gikwang, eunjung, dongwoon dan eunji yang baru pulang setelah selesai segala urusan segera masuk kedalam rumah. kesemuanya berasa gembira melihat eunji pulang dengan selamat. gain terus berlari memeluk adik kesayangannya itu.

gain : unnie risau taw tak.
eunji : eunji tak ape ape lah.
iu : ehem ehem. iu tak nak hug?
eunji : mestilah nak! kalau tak sebab iu tadi tak taw la macam mana unnie dengan budak2 tu haihh.

eunji terus memeluk iu dan gain turut sama memeluk kedua-dua adiknya itu.

iu : iu rindu daddy.
gain : unnie pun same.
eunji : jyeah me too.
minhwan : kite balik korea same2 kalau macam tu.

iu memandang minhwan yang menyanpuk secara tiba-tiba.

minhwan : what? cikgu toushiro mane ade sini. rindu die kene la balik sane hee.
sojin : a'ah iu! jom la ikut kitorang balik sane. kate sayang aku!

iu memandang kosong wajah kawan baiknya itu tanpa memberikan sebarang reaksi.

sojin : hello! aku tak cakap dengan dinding.
iu : aku taw lah. tapi macam mane dengan grup aku ni? thunder dah takde. kalau aku balik berkurang lagi ahli. sian suzy sorang je perempuan kat sini.
suzy : lah tu ke yang iu risau? suzy okay lah.
hoya : lagipun i ade jage suzy kan? hee

suzy tersenyum memandang hoya. iu menyiku lengan hoya yang kelihatan malu-malu.

iu : ehem! sebenarnyekan suzy, hoya kan, die kan..
hoya : weh!!!!

hoya pantas menutup mulut iu semua mata tertumpu ke arah mereka sambil ketawa melihat telatah mereka.

suzy : eh eh kenapa ni?

iu menolak tangan hoya dari mulutnya.

iu : eeee ape ni pegang2 mulut orang! tak malu huh?
hoya : eleh macam i nak sangat! diamlah!
iu : sebenarnye hoya suke suzy!

iu pantas berlari setelah membocorkan rahsia hoya. hoya yang terkejut dengan tindakan iu mengejar iu. suzy serta merta tertunduk malu apabila mengetahui hoya menyukainya.

hoya : jahat la u!
iu : hahaha chill ah. kalau i tak bagitaw sampai bile2 suzy takkan taw kan. see! i dah tolong u okay. bukan nak cakap thanks. huh!

sedang mereka semua tergelak melihat hoya berkejaran dengan iu tiba-tiba bunyi suara lelaki menjerit dari arah bilik.

eunji : siapa tu?!
minhwan : errr.. tu taecyeon.
dujun : taecyeon?! die buat ape kat sini!

dujun memandang pelik ke arah minhwan.

minhwan : minan tak taw ape pun sebab time minan dengan iu balik tadi die memang ade dah.
hongki : ceh tak taw ape2 konon. sebenarnye minan yang kurung taecyeon dalam bilik tu.
minhwan : hoi ! aku buat untuk kebaikan semua orang lah!
eunjung : asal korang kurung die?
hongki : ayok minan! kau dah buat kesalahan. penjarakan die

minhwan merenung tajam ke arah hongki. eunjung tergelak mendengar kata-kata hongki.

eunjung : kau ingat aku suke2 boleh penjarakan orang?
hongki : heee.. mane lah taw.
dujun : hey wait! asal korang kurung adik hyung ni?

dujun memandang serius wajah semua orang.

iu : emm wait! bia iu terangkan dekat oppa.

dujun memandang iu. iu menceritakan segala yang terjadi pada dujun. dujun terkejut mendengar adiknya cuba membunuh iu.

eunjung : lah asal tak call unnie?
onew : time tu semua panik lah. lagipun bile mase kitorang ade no noona?
gikwang : hyung je ade hahaha.

eunjung menjeling gikwang yang seronok ketawakan onew.

dujun : so now takkan nak kurung je die.
gikwang : serahkan semuanya pada eunjung.
eunjung : hmmm korang keluarkan die. then kite bawak la die gi balai. tiga orang saksi selain iu dengan minan ikut and iu dengan minan pun ikut.
minhwan : why?
eunjung : dah minan yang gi belasah die kan? kene buat keterangan jugak. kalau tak minan boleh kene dakwa taw pukul orang.
hongki : hahaha aku dah kata. kau nak tunjuk hero tadi.
minhwan : aku selamatkan iu je okay. dari iu mati baik aku masuk penjara lah. kan iu kan?

iu senyum terharu mendengar pengakuan minhwan.

iu : takpelah. iu dengan minan pergi la ikut unnie. yang lagi tiga tu siape?
hongki : aku!
iu : tak payah! nanti tambah2 cerita kata minan macam2 kang!
minhwan : hahaha kene marah! booo.
iu : hmmm iu rasa bawak sojin, onew, woohyun.
eunjung : okay!

mereka semua hanya menurut sahaja arahan eunjung.

keesokannya


iu melihat sekeliling rumah bangunan mereka itu. iu masih ingat lagi pertama kali dia menjejakkan kaki kerumah itu. iu begitu teruja melihat susun atur perabot di rumah itu. pertama kali dia menjejakkan kaki di situ, thunder mengajaknya menari bersama. iu tidak menjangka yang dia akan menjadi penghuni rumah itu juga. tetapi hari ini dia akan meninggalkan rumah itu dengan seribu satu kenangan. iu mengemas pakaiannya dan segala barangannya disitu. iu tersenyum sendiri melihat gambarnya bersama thunder dalam bingkai gambar di atas meja soleknya lalu dicapai dan peluknya gambar itu.

iu : kita balik korea okay.

iu bercakap bersama gambar yang dipegangnya. minhwan yang lalu ternampak iu bercakap seorang diri.

minhwan : ehem!

iu yang terkejut mendengar suara seseorang segera menyimpan gambarnya bersama thunder di dalam beg.

minhwan : boleh saya masuk?
iu : ouh ya sure.

minhwan melangkah masuk ke bilik iu dan duduk disebelahnya.

minhwan : dah siap?
iu : ouh dah. nak gerak dah ke?
minhwan : hmmm tunggu gain dengan dujun datang dulu. yang lain semua dah standby.
iu : ouh okay.

iu berpura-pura sibuk mengemas.

minhwan : cakap dengan sape je tadi?
iu : huh?

iu berhenti mengemas dan memandang minhwan.

minhwan : hmm tak, tadi waktu lalu saya nampak awak cakap dengan emmm ape entah.
iu : ouh tu! hmm gambar.
minhwan : gambar? gambar siape?

minhwan cube mencungkil rahsia iu.

iu : gambar la.
minhwan : memang la gambar tapi gambar siape?
iu : hmmm gambar thunder.
minhwan : ouh okay. saya tunggu luar lah ye.

iu hanya mengangguk melihat minhwan bangun lalu berjalan keluar dari biliknya.
dujun dan gain yang sudah sampai membunyikan hon kereta. mereka semua keluar membawa beg masing-masing.

eunji : lambat la unnie ni. lama kitorang tunggu.
gain : eh salah kan oppa korang ni. die bangun lambat sangat. penat unnie kejut.
dujun : hehehe. chill ah. ade sejam lagi sebelum flight kite semua kan.
gain : sape naik dengan unnie? sape nak naik dengan dujun oppa? tapi tak muat la kite semua. dah la ramai.
hoya : naik kereta saya. kalau tak cukup jugak ricky pun ade kereta.
dujun : ouh okay lah macam tu. boleh kemas2 dah la barang masuk dalam bonet.

mereka menurut arahan dujun. iu yang sedih ingin meninggalkan kawan-kawannya disitu memeluk erat suzy.

iu : take care.
suzy : iu pun.
iu : woi hoya! jaga suzy baik2.

hoya hanya tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya. suzy tersenyum malu.

iu : hoya tu baik taw tak. rugi kalau tolak. hee. jaga die baik2 jugak.
suzy : iyelah. awak pun jaga minhwan tu baik2.
iu : eh asal pulak?
minhwan : ehem2. betul tu suzy. thanks.
suzy : hahaha. minan pun jaga iu okay.
minhwan : for the sure.

iu berpura-pura tidak dengar dan berlari kearah ricky.

iu : take care babe. thanks for everything.
ricky : u too.

setelah semuanya telah selesai. mereka beramai-ramai bertolak ke air port.

sebulan kemudian
korea
di sekolah

mereka semua menjalani rutin harian seperti biasa. masing-masing mengambil segala pengalaman yang mereka lalui di amerika sebagai pengajaran. persahabatan mereka juga kini kian rapat. cikgu shiroshi juga tidak lagi bersangka buruk pada iu setelah mengetahui hal yang sebenar. kini cikgu toushiro tinggal bersama anak-anaknya setelah dipujuk oleh iu, eunji dan gain. mereka juga meminta ayah mereka cikgu toushiro melamar cikgu shiroshi.

iu : daddy! daddy boleh lah! cepatlah sebelum cikgu shiroshi balik.
cikgu toushiro : aihh besok2 tak boleh?
iu : tak! daddy ni pengecut la.
cikgu toushiro : hamboi! sape cakap? daddy nak gi lah ni.
iu : yess thats my dad! go go go.. iu tunggu sini dengan minan. cepat!


cikgu toushiro teragak-agak untuk menghampiri cikgu shiroshi. minhwan segera menarik iu ketempat lain agar tidak menganggu.

cikgu toushiro : annyeong.
cikgu shiroshi : err. annyeong. tak balik lagi?
cikgu toushiro : nak balik dah. tapi..
cikgu shiroshi : tapi?

cikgu toushiro mengeluh berat.

cikgu shiroshi : are u okay?
cikgu toushiro : ya ya ya.. im okay. just.. i nak... errr.. ahh!!
cikgu shiroshi : whats wrong with u?
cikgu toushiro : i nak.. nak... cakap.. yang i sebenarnye.. hmmm.. aihh.. i..
cikgu shiroshi : i what?!
cikgu toushiro : i love you!

cikgu shiroshi yang terkejut dengan pengakuan cikgu toushiro tunduk malu. 

cikgu toushiro : will u marry me?

cikgu toushiro melutut dihadapan cikgu shiroshi sambil menghulurkan sebentuk cincin. cikgu shiroshi yang terharu dengan tindakan cikgu toushiro mengangguk perlahan sambil menahan sebak.
iu dan minhwan yang mengintai dari jauh melompat keseronokan apabila melihat cikgu shiroshi menerima lamaran cikgu toushiro.

iu : yeah!!

iu terus memeluk minhwan kerana terlampau gembira. minhwan yang terkejut dipeluk iu serta merta kaku. iu yang menyedari tindakannya itu segera meleraikan pelukannya dan berpura-pura memandang kembali appanya. minhwan tersenyum sendiri.

minhwan : ehem!
iu : what?
minhwan : tetibe rase sejuk kat sini.
iu : yeke? tak pun. awak demam kot.
minhwan : eh tak tak. angin kat sini sejuk.
iu : dalam my beg ade sweater gi la amek kalau nak.

iu masih lagi bercakap tanpa memandang muka minhwan kerana ingin menyorokkan mukanya yang telah merah kerana malu akibat memeluk minhwan sebentar tadi.

minhwan : taknak lah. rasenye kalau ade yang hug baru tak sejuk dah kot. hmmm.

mata iu bulat mendengar apa yang telah dikatakan oleh minhwan namun dia berpura-pura tidak dengar dan cuba mengubah topik.

iu : awak lapar tak?
minhwan : tak. saya sejuk.

iu menjeling minhwan.

iu : mengada!
minhwan : siape yang mengada dengan siape dulu?
iu : what are u talking about?
minhwan : im talking about u. eleleleleh buat2 lupe. dah amik kesempatan kat saya tadi. ish ish.

iu yang berasa sangat malu segera mengangkat begnya dan beredar dari situ. 

minhwan : hey nak gi mana?! tunggu!

minhwan segera mengejar iu.

persoalannya :

tiada persoalan untuk kali ini. juz wait for last ep complicated love story ^^

thanks for reading ^_^



OLDER POST | NEWER POST