|
Complicated Love Story ep 4
Monday, 17 December 2012 | 18:34 | 0 c r e e p e r
ini adalah sambungan bagi complicated love story ep 3 <-- click untuk ep 3
semalam sudah genap seminggu iu di gantung sekolah. hari ini iu akan ke sekolah seperti biasa kembali. rutin harian seperti selalu akan dijalankan kembali setelah seminggu berkurung di rumah. sojin sudah siap sedia menunggu iu di bus stop persimpangan rumah iu untuk berjalan bersama iu ke sekolah.
woohyun yang lebih suka ke sekolah menaiki motorsikal kesayangannya berbanding adiknya onew yang menaiki kereta di hantar oleh driver keluarga mereka ternampak sojin keseorangan di bus stop. dia segera mengambil peluang itu untuk mendekati sojin. sojin yang menyedari kehadiran woohyun berpura-pura tidak perasaan akan kewujudannya disitu.
woohyun : awak buat ape sorang2 ni? jom lah saye hantarkan.
sojin : ahhh terima kasih je la. lagipun iu dah sampai dah tu.
woohyun menoleh ke belakang dan melihat kelibat iu sedang berjalan menghampiri mereka.
iu : okay sojin jom pergi sekolah.
woohyun : eh eh, girls wait a minutes.
sojin : awak nak ape?!
woohyun yang cukup tidak suka apabila orang lain meninggikan suara padanya terus melenting dengan tiba-tiba.
woohyun : yaaa! sejak budak2 baru tu datang sini bukan main sombong lagi korang kan?! huh! boleh tahan jugak dorang tu ye.. baru je datang sini dah dapat tackle awek2 kat sini! sorang dapat sojin, sorang dapat iu lagi tiga orang tu?! nak hara aku ke?! patut la haritu aku ade dengar onew cerita pasal budak mane entah hantar kau balik kan iu! rupenye salah sorang dari dorang tu la ye?!
iu : dah puas kau bercakap? so listen to my words now. kau tu ex sojin je. kau takde hak nak campur hal hidup die nak berkawan dengan siape yang die suke. adik kau tu pulak, mummy aku yang suke die bukan aku. so, die pun tak payah nak sebok hal urusan hidup aku. btw kitorang dengan budak2 baru tu kawan je. yeah aku mengaku kitorang dah makin rapat, tapi itu langsung takde kaitan dengan kau kan. so, pergilah sekolah, kite jumpe je kat sekolah. tapi kitorang lambat la sikit sampai sebab jalan kaki kan lain la kau naik motor. bye.
iu terus menarik tangan sojin. woohyun yang semakin membara kemarahannya terus memecut laju motorsikal berkuasa tingginya meninggalkan iu dan sojin di belakang. sojin yang hanya mengikuti langkah iu berjalan sambil memandang muka iu tanpa berkelip matanya. iu yang menyedarinya membalas kembali pandangan sojin itu.
iu : dah kau ni pulak kenape?
sojin : haaa? takde ape lah.
iu : dah tu kau pandang aku macam tak pernah nampak muke aku kenape? aku nampak comel eh hari ni? hehe.
sojin : ahh perasan kau. aku cume pelik sikit je. sejak akhir2 ni kan, kau dah mule banyak cakap tak diam je macam dulu. aku suke tengok kau macam ni taw. tadi pun aku tak sangke kau boleh sound si woohyun tu macam tu.
iu : hahahaha. kau ni ade2 je. sebenarnyekan aku ni bukanlah pendiam sangat. sejak aku datang sini aku jadi malas nak bercakap sikit. tapi kan, sejak aku rasa macam orang yang aku rindu ade dekat dengan aku, aku jadi happy sikit.
sojin : orang yang rindu dekat dengan kau? die ade kat sini? siape? iu : tak lah. sebenarnye perangai minhwan kan same dengan seseorang. so bile aku dekat dengan minhwan, aku rase macam aku dengan orang tu.
sojin : patutlah kau layan minhwan baik je dari first day die datang sini. orang yang kau rindu tu orang yang sama dengan budak yang kau dah janji kau akan balik amerika balik one day tu nanti?
iu menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskannya perlahan-lahan sebelum mengangguk sebagai jawapan kepada soalan sojin itu tadi.
sojin : siape weh die tu? cite lah sikit.
imbas kembali 5 tahun lepas di amerika
iu yang sememangnya suke berjalan seorang diri memasuki MCD untuk membeli makanan bagi mengisi perutnya yang sudah berbunyi. dia hanya membeli bungkus makanan disitu dan ingin makan dirumah sahaja. setelah selesai urusan berjual beli disitu dia segera ke arah pintu keluar. iu yang leka berbalas mesej di telefon bimbitnya tidak perasan akan sesorang yang ingin menggunakan pintu yang sama untuk masuk kedalam MCD itu. dengan tidak sengaja iu terlanggar lelaki itu.
iu : ouh sorry2. lelaki itu hanya tersenyum kerana bukan masalah besar baginya kejadian tidak sengaja itu. iu segera keluar untuk berjalan pulang kerumahnya. tanpa dijangka seseorang dari arah belakang iu dengan pantas meragut begnya dan berlari dengan pantas. iu yang terkejut kerana begnya diragut menjerit meminta pertolongan. orang ramai yang prihatin di situ mengejar pemuda yang meragut beg iu tersebut. iu yang kelihatan sangat cemas terduduk disitu hanya mengharapkan ada orang yang dapat menyelamatkan begnya. setelah hampir setengah jam akhirnya pemuda itu berjaya di tangkap oleh orang ramai dan dihantar ke balai polis berhampiran. someone : here your beg. lain kali jalan tu hati2 pandang depan bukan telefon. iu segera mencapai begnya dan memeluk sekuat-kuat hati begnya. iu masih dalam keadaan trauma. someone : chill lah. semue dah setel. tak perlu takut okay. iu : thanks so much . i tak taw macam mana nak balas budi baik u. someone : its okay. small matter. btw, are u okay? jomlah i teman u balik. u still nampak terkejut. ouh oh yang pasal balas budi tu, juz be my friend okay. iu hanya mengangguk sahaja. dia seperti tidak tahu untuk berkata apa-apa. lelaki yang masih tidak dikenali itu pun menemani iu berjalan sehingga kerumahnya. iu : ini rumah i. thanks again. my name is iu. someone : ouh okay. iu? nice name. i'm thunder. if u ade ape2 u boleh cari i kat belakang bangunan MCD tadi tu sebab i duduk situ. yeah i taw mesti u pelik i duduk kat bangunan lama macam tu kan? itu port i dengan kawan-kawan i. bile2 ade mase kite jumpe lagi okay. take care. iu : okay. thunder terus berjalan setelah selamat menghantar iu kerumahnya. baru beberapa langkah thunder meninggalkan iu tiba-tiba iu memanggilnya kembali. iu : thunder! thunder : yes i am. why? iu : harap dapat jumpe lagi. i nak balas budi baik u. take care too bye. setelah beberapa bulan kejadian itu berlaku, iu dan thunder semakin rapat. thunder membawa iu kebangunan lama yang menjadi tempat tinggalnya bersama kawan-kawannya. iu teruja melihat keadaan dalam bangunan itu kerana di dalamnya ternyata lebih elok berbanding luaran bangunan itu. thunder dan rakan-rakannya menghiasi dinding rumah mereka itu dengan pelbagai jenis, saiz dan bentuk speaker sebagai tempat mereka berlatih menari. iu : whoah! i cant believe it. thunder : haha. i dah agak. actly kitorang ni semua asalnya penari jalanan yang cari duit dengan cara membuat persembahan dimana-mana sahaja asalkan ada orang yang menonton dan bayar kami. tapi lama-lama kitorang pikir lebih bagus kalau kitorang bergabung dan buat satu team kan. so sekarang ni kitorang selalu masuk competition. duit tu je lah yang menanggung kos hidup kitorang kat sini. iu : macam cerita step up? thunder : u tengok cerita tu? yup, macam tu lah kehidupan sebenar kitorang. iu : i suke dengan semangat korang. kalau la mummy i bagi i tinggal kat luar, i nak duduk sini. hehe. thunder : u nak tinggal sini? iu : yup. tapi i sure mummy i takkan bagi punye. huh. thunder : kalau mummy u bagi pon i tak bagi. iu : why? thunder : semue yang tinggal kat sini boys lah dear. u tak takut ke? iu : u kan ade heee. eh u, buat free show kat i cepat. i nak jugak tengok. thunder : free show?! iu : hey! i mean i nak tengok u menari lah. thunder : hahaha i taw lah. saje je nak usik u. okay, anything for u. iu tersenyum girang. thunder segera memainkan lagu untuk memulakan tariannya. iu memandangnya tanpa berkelip kerana dia kagum dengan bakat yang ada pada thunder. iu : wow. hebat betul u menari. thunder yang bangga dipuji terus memberhentikan langkah tariannya dan berpura-pura berlagak apabila iu memuji kehebatannya. disebabkan lagu yang dimainkan masih belum tamat, iu menyambung tarian thunder sebentar tadi dengan gayanya tersendiri sehingga lagu tersebut tamat. thunder : woah u also, a good dancer. iu : yeke? haha. saya pun minat jugak menari tapi tak taw nak tunjuk kat siape. thunder : i kan ade. secara tiba-tiba, thunder berjalan sehingga dihadapan iu dan kemudiannya menghulurkan tangannya. thunder : sudikah u menari dengan i? iu tergelak dengan telatah thunder. dan kemudiannya dia menyambut tangan thunder sambil mengangguk tanda setuju. iu : mestilah. hari ini di kantin sekolah minhwan : haaa! bergosip lah tu. iu dan sojin yang terkejut dengan sergahan minhwan memarahinya. sojin : ish awak ni! kalau saya ade heart attack memang tak nampak dunia dah besok tahu! minhwan : hahaha chill lah. dari jaoh saye tengok korang khusyuk bercerita. saje nak kacau. nak taw jugak korang cerita ape tadi. sojin : ouh. iu cerita pasal... belum sempat sojin memberitahu iu segera memijak kaki sojin. sojin : awwwww! ape kau ni?! kotorlah kasut aku!. iu : heee.. sebenarnye kitorang cerita pasal pelajaran dalam kelas tadi. iu sengaja tidak mahu menceritakan hal yang sebenar kerana dia tidak mahu ramai orang mengetahui tentang kisah hidupnya. sojin pula memuncungkan mulutnya tanda tidak berpuas hati dengan tindakan iu itu. seohyun : iu. iu : nae. seohyun merupakan kekasih kepada abang tiri iu gi kwang. walaupun iu tidak rapat dengan gi kwang tetapi iu tetap baik dengan seohyun kerana seohyun jugak begitu baik pada iu. cuma iu kesian dengan seohyun kerana terpaksa melayan karenah abang tirinya yang yang mengada-ngada. setiap kali seohyun bertemu dengannya pasti kerana seohyun mempunyai masalah dengan gi kwang. seohyun : abang kau ade cerita ape2 tak kat kau? iu : ha? tak. asal lagi korang ni? seohyun : die merajuk dengan aku lah. penat aku pujuk die tapi die buat tak taw je. nanti kau balik bagitaw die yang aku nak jumpe die minta maaf okay. iu : huh. yela. iu sudah penat untuk mendengar tentang masalah hubungan mereka. sojin dan minhwan hanya melihat dan mendengar tanpa menyampuk. seohyun yang lega apabila iu akan membantunya terus meninggalkan mereka setelah mengucapkan 'terima kasih'. tanpa di jangka, secara tiba-tiba yoona menghampiri mereka. yoona : hai minhwan. tak ajak pon i makan. iu : errrr. die kenal minhwan? sojin : a'ah. kau takde haritu die dah sempat menggedik huh. yoona : eee korang ni. mengumpat pun depan2. iu : okay what. barulah kau pun taw sekali kan. yoona : diamlah! i cakap dengan minhwan bukan u. minhwan : korang ni tak boleh jumpe la. mesti nak gaduh aihh. yoona : tu lah. dorang ni jeles dengan i taw. iu : weh sojin aku nak baliklah. aku takut aku muntah kat sini. sojin : a'ah la. aku nak balik jugak. minhwan : eh, janganlah tinggal saye. nak ikut korang balik. mereka bertiga bergegas meninggalkan yoona di situ. sekali lagi yoona ditinggalkan begitu sahaja. yoona : eeeeee! dengki betullah iu dengan sojin ni! huh! sungjong : hai yoona. yoona : ape hai hai! gi balik lah! sungjong terkejut dengan jerkahan yoona. dia tidak faham kenapa yoona begitu marah padanya sedangkan dia tidak berbuat apa-apa pun. yoona berjalan dengan pantas sambil merungut seorang diri. dia bertemu dengan rakan karibnya namjoo yang sedang mengulangkaji pelajaran. yoona menghempaskan beg sandangnya di hadapan namjoo. namjoo yang sedang khusyuk membaca buku terkejut dengan tindakan yoona. namjoo : hoi! ape main baling2 ni. yoona : kau pun nak membebel jugak haa? namjoo : takde lah. datang2 terus main campak2 beg. kau ape kes ni marah2? yoona : eeeee aku geram dengan sojin and iu tu. suke sangat menyebok hal aku. namjoo : yeke? setahu aku lah kan, iu tu bercakap dengan orang pun nak taknak. ape kes die menyebok hal kau? yoona : kau ape taw! aku baru nak kenal2 dengan budak baru tu, tapi mesti dorang kacau line ouh. errr. namjoo yang sudah memahami sikap yoona hanya mendiamkan diri daripada menaikkan lagi kemarahannya. L : namjoo. balik jom. namjoo : oh okay. kemas barang jap. L merupakan abang kepada namjoo. mereka berdua sangat akrab sehingga ada yang memikirkan bahawa mereka adalah pasangan kekasih kerana rupa mereka yang tidak sama menyebabkan ramai orang tidak mengetahui bahawa mereka adalah adik beradik. yoona yang pernah ada hati pada L mengambil kesempatan untuk menarik perhatian L. yoona : hai oppa. sehat? lame tak nampak oppa. L : sehat je. tapi sungjong yang tak sehat so pegi lah ambil berat pasal die okay. cepat namjoo. bye yoona. namjoo : okay2. bye yoona. yoona : alahhh semua orang pun nak tinggal aku. mendengar sahaja yoona merungut, L memandang semula kepadanya. L : sungjong takkan tinggal kau. pegi lah cari die. yang ade depan mata taknak. haihh. yoona memuncungkan mulutnya tanda merajuk tetapi tidak dilayan oleh L. di rumah iu iu yang baru pulang dari sekolah segera ke bilik air untuk menyegarkan diri. setelah selesai semuanya, iu ke ruang tamu untuk bertemu gi kwang. iu : kau asal mengada-ngada nak merajuk dengan seohyun? gi kwang : eh eh kau, suke hati akulah. die makwe aku bukan kau. iu : huh! memang die makwe kau, tapi aku yang tekanan nak dengar die mengadu pasal kau tahu!. gi kwang : aku tak suruh pun die libatkan kau lah. salahkan lah die. iu : kau cakap memang pandai. errr. letih betul aku tengok perangai kau ni. die cakap die nak jumpe kau. lepas ni bagitaw die aku tak nak taw dah hal rumah tangga kau dengan die. sedang mereka berdue bertengkar, tiba-tiba loceng rumah mereka berbunyi. mereka berdue serentak terdiam. iu membuka pintu untuk melihat siapa yang menekan loceng rumahnya. iu yang tidak menjangka kehadiran tetamu yang dilihatnya segera berlari mendapatkan mereka. gi kwang hanya melihat tanpa memberi sebarang reaksi. iu : unnie!! iu memeluk kedua-dua kakaknya. gain : rindu kitorang tak? iu : mestilah! iu bosan kat sini. hari2 tengok muke gi kwang. err eunji : hahaha. bukan korang rapat ke? hehe. gurau2. iu : jangan sesekali nak kaitkan iu dengan die huh! hey, mummy taw tak korang balik sini? gain : hmmm nope. its surprise! eunji : yup. and kitorang ade surprise lagi besar untuk iu. gain : a'ah la. lupe pulak pasal surprise tu. cube teka, kitorang bawak ape untuk iu dari amerika? iu : hadiah? wah!! chocolate gergasi? clothes? kereta? eunji : hahaha. yang tu semua ade kat sini jugak. yang kitorang bawak ni takde kat sini, ade kat amerika je taw. exclusive untuk iu kesayangan kitorang ni. gain : cepatlah teka! iu : jup la. hmmmm presiden amerika? hahaha. alahhh malaslah nak teka. bagi je la taw. eunji dan gain saling berpandangan lalu tersenyum. eunji : gain unnie, unnie je lah bagitaw. gain : lah kenapa unnie? eunji : sebab unnie kakak sulung. iu : ehem2. gain : heee okay lah. kitorang bawak.... gain & eunji : surprise!!!! sebaik sahaja gain dan eunji menjerit 'surprise' pada iu. seseorang muncul di belakang mereka. iu ternganga kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. iu seperti tidak dapat bergerak dan berkata apa-apa. dia kaku bagai patung di situ. persoalannya: siapakah yang dibawa oleh kakak-kakak iu kepada iu? mengapakah iu begitu terkejut dengan kehadiran orang yang dibawa oleh kakak-kakak nya itu? adakah gi kwang akan bertemu dengan seohyun? adakah iu dan thunder akan bertemu kembali? wait for complicated love story ep 5 thanks for reading :) |