nuka nuka ツ



Complicated Love Story ep 5
Monday, 17 December 2012 | 18:35 | 0 c r e e p e r



ini adalah sambungan complicated love story ep 4 <-- click untuk ep 4




di rumah iu

suasana menjadi hening apabila boa mengamuk. iu, eunji dan gain tidak berani bersuara walaupun hati mereka meronta-ronta untuk menyuarakan perasaan mereka.gi kwang yang sememangnya banyak bercakap juga terdiam melihat boa memarahi iu, eunji dan gain.

boa : mummy dah kate mummy tak suke maknenye mummy tak suke! kenapa korang ni semua tak faham cakap mummy?! mummy kecewa betul dengan korang berdue tahu eunji, gain! korang taw mummy bawak iu balik sini sebab mummy nak jaohkan die dari budak jalanan ni! tapi korang boleh bawak budak ni datang sini!!

iu sudah mula rasa kesabarannya menipis namun ditabahkan lagi hati. iu segera menggenggam erat tangan thunder yang berdiri tegak disebelahnya dalam keadaan serba salah.

boa : mummy penat2 carikan lelaki yang terbaik dan sama taraf dengan kita tapi budak ni jugak yang iu nak kenapa?! die cume penari jalanan, langsung tak setaraf dengan kita tahu!
iu : mummy!!! sudah lah! mummy ingat duit mummy ni boleh beli hati iu untuk dengar semua cakap mummy?! mummy ingat harta mummy ni boleh beli kebahagiaan keluarga kita?! patutlah dulu daddy tinggalkan mummy. semuanya sebab mummy ni tamakkan harta kan?! kalau iu dah boleh fikir dengan matanglah waktu tu, iu rela ikut daddy dari terseksa ikut mummy macam ni!

dada iu turun naik dengan laju kerana tidak dapat lagi menampung segala yang di pendamnya selama ini. boa yang pertama kali di marahi anak sendiri memandang iu seperti harimau yang mahu membaham mangsanya. boa segera kearah iu. tanpa disangka-sangka "pangggg" satu tamparan hinggap dipipi iu. eunji, gain, gikwang dan thunder langsung tidak menduga bahawa iu akan ditampar. iu hanya tersenyum sinis sambil memegang pipinya. melihat iu memberikan reaksi sebegitu membuatkan hati boa semakin membara.

boa : mummy tak pernah ada anak yang kurang ajar macam kamu ni!! sekarang ni, kamu pilih antara mummy dengan thunder!! kalau kamu pilih mummy, kamu boleh terus tinggal disini dan mummy akan lupekan segala yang berlaku malam ini dengan syarat kamu tidak boleh lagi berhubung dengan thunder sampai bila2! tapi kalau kamu pilih thunder, kamu boleh keluar dari rumah ni malam ini jugak tanpa membawa apa2 pun barang kamu termasuk pakaian, duit dan telefon! cuma kamu boleh bawa apa yang kamu pakai sekarang ini sahaja! jadi, kamu pilih siapa sekarang?!
iu : thunder.

tanpa berfikir panjang iu segera memberikan jawapannya. thunder memandang muka iu dengan gelisah.

thunder : are u sure?
iu : yup. u lupe u pernah cakap kat i dulu? buat ikut kata hati kan.
boa : sekali lagi mummy bagi kamu pilihan. mummy atau thunder?!

kali ini iu tidak menjawab tetapi iu segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan purse miliknya dari poket seluarnya. kemudian iu meletakkan barang-barangnya itu di atas meja yang berhampiran.

iu : iu rase mummy faham jawapan iu kan? tu barang2 iu so mummy boleh jual kalau mummy taknak.

iu segera menarik tangan thunder dan meninggalkan mereka yang memandangnya disitu.sampai sahaja di hadapan pintu, iu memulas tombol dan membuka pintu rumahnya. belum sempat iu keluar, boa memanggil namanya.

boa : iu! sekali sahaja kamu buat keputusan untuk tinggalkan rumah ini, sampai bila2 pun rumah ini tertutup untuk kamu faham!

iu hanya tersenyum lalu meninggalkan rumahnya tanpa sedikit pun perasaan menyesal. eunji serta gain sudah mula menitiskan air mata apabila tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka tiada keberanian seperti iu untuk membangkang kata-kata boa. gi kwang terus menjadi pemerhati dari awal pertengkaran mereka sehingga akhir.

eunji : mummy, tolonglah panggil iu balik. die satu2 nya adik eunji.cukuplah mummy dah tentukan hidup eunji dengan gain unnie, biarlah iu seorang sahaja yang pilih jalan hidup die sendiri.
boa : kamu fikir die akan mampu bertahan hidup tanpa kemewahan yang mummy taburkan pada die sejak kecil? mummy yakin di akan melutut minta maaf pada mummy besok.
gain : tak mummy. iu bukan jenis macam tu. die jenis nekad dengan ape saje keputusan yang die buat.
boa : mummy lebih kenal anak mummy dari korang!

di taman

iu dan thunder duduk di sebuah bangku yang jauh dari cahaya lampu jalan agar orang ramai tidak nampak mereka. iu memalingkan wajahnya dari thunder agar thunder tidak terlihat wajahnya yang menahan tangisan ketika itu. thunder yang sudah memahami perangai iu perlahan-lahan menggenggam erat jari jemari iu. iu memandang wajah thunder sambil memaksa dirinya untuk tersenyum. kemudian, thunder menampar lembut wajah iu.

iu : hey, ape main tampar2 ni.
thunder : sape suruh buat muke macam tu? kalau taknak senyum tak yah pakse2 lah.
iu : mane ade.
thunder : u sedih sebab u rase u dah salah buat keputusan ke?
iu : tak lah. i sedih sebab i tak sangka i ade mummy macam tu. kenape mummy i tak macam omma orang lain?
thunder : hmm entah lah. sebab i tak pernah rase pun macam mane ade seorang omma. i sedar2 je i dah tak ade sesiape dan i dah ade di rumah kebajikan anak-anak yatim tu. lepas 18 tahun kitorang boleh buat haluan masing2. sebab tu i cume mampu jadi penari jalanan. i takkan dapat bagi u kekayaan macam mummy u ade u tahu.
iu : u ingat i kesah sangat ke dengan harta die tu. banyak harta pun kalau tak bahagia buat ape kan? macam u pernah cakap kat i dulu, buat ikut kata hati. ingat lagi tak?

imbas kembali
1 tahun lepas di amerika

iu sudah siap sedia menunggu thunder di hadapan sebuah tasik dimana tempat mereka sering bertemu. thunder perlahan-lahan menghampiri iu.

thunder : ha berangan!!
iu : sampai dah pun.
thunder : u tak terkejut?
iu : nope.
thunder : ni asal muke ketat je? gaduh dengan mummy u? gaduh dengan gi kwang?

iu hanya menggelengkan kepalanya.

thunder : dah tu?
iu : u sayang i?
thunder : ha? mestilah. kenape tanya macam ni tibe2?
iu : agak2 kalau i tinggal u untuk beberapa tahun, u sanggup tunggu i?

pertanyaan iu membuatkan thunder menjadi gelisah.

thunder : wait2, cube cerite betul2. u nak tinggal i pergi mane?
iu : jawablah dulu i tanye tu.
thunder : yes i will. now your turn.
iu : huh! mummy i pakse ikut die balik korea.
thunder : u setuju?
iu : u taw mummy i kan? susah nak bangkang cakap die.
thunder : ouh okay. so how about me?
iu : thats why i tanye u macam tu. kalau u serius u sanggup tunggu i, i akan balik sini balik no matter what.
thunder : promise?
iu : promise. tapi..
thunder : what more?
iu : i dengar mummy i dah ade someone untuk i after i habes sambung belajar dekat sane nanti.
thunder: so?
iu : so? u tak kesah?
thunder : mestilah tak. sebab i kenal iu i ni macam mane. u takkan punye nak dekat lelaki yang u tak sayang kan kan kan. hehe.
iu : ish u ni, time macam ni pun nak buat lawak lagi ke?
thunder : chill ah. jangan lah buat muke tension tu. eeee. sekarang ni, ini mase depan u kan? so u mesti pertahankan hak u untuk u buat keputusan u sendiri. so buat lah sesuatu keputusan tu ikut kata hati u bukan mulut orang lain okay.

hari ini
di sekolah

sojin berjalan seorang diri ke sekolah kerana iu tidak muncul2 di tempat biasa dia menunggu iu untuk pergi ke sekolah bersama. dia menganggap bahawa iu mungkin tidak sihat kerana itu iu tidak hadir ke sekolah.

hongki : uit2. jalan sorang nampak. bff mane?
sojin : iu tak datang lah. maybe tak sihat kot. eh eh tu aunty boa kan? mummy iu.
hongki : a'ah la. die buat ape dalam bilik guru tu ye?

belum sempat mereka pergi ke arah boa, boa dahulu menghampiri mereka.

boa : iu ade jumpe kamu malam tadi sojin?
sojin : errr?? hmmm takde pun. kenape ye?
boa : lepas ni kamu tak payah tunggu die lagi pagi2. kamu terus saje pergi sekolah.
sojin : tapi kenape?
boa : iu dah berhenti sekolah.

belum sempat sojin ingin meminta penjelasan boa terus berlalu begitu sahaja. sojin dan hongki saling berpandangan dengan wajah hairan.

sojin : iu berhenti sekolah?
hongki : itulah jugak ape yang saye dengar tadi.
minhwan : hoi! dating ke ha?
hongki : kau sehari tak buat aku lemah jantung memang tak boleh ke ha?
minhwan : alaa chill ah. serius sangat ni asal? eh sojin, iu mane?

sojin dan hongki serentak berpandangan. minhwan memandang pelik muka mereka silih berganti.

minhwan : hello! ape hal pulak ni?
sojin : errr, hongki, awaklah cakap.
hongki : saya?
minhwan : eh, cube cakap je terus.
hongki : sebenarnye tadi mummy iu datang sekolah. die bagitaw kat sojin yang iu dah berhenti sekolah.
minhwan : what?!!!!

minhwan segera berlari meninggalkan sojin dan hongki.

hongki : woit2! kau nak pergi mana?!

di bilik guru

minhwan mencari tempat duduk cikgu toushiro kerana minhwan mengharapkan bahawa cikgu toushiro ada jawapan tentang persoalan mengenai iu sekarang ini.

minhwan : annyeonghasaeyo.
cikgu toushiro : annyeonghasaeyo. ade ape ni? cikgu lambat masuk ke kelas kamu ke?
minhwan : eh tak2. cikgu tahu kenapa iu berhenti sekolah?
cikgu toushiro : kenape kamu tanye cikgu sedangkan ramai lagi cikgu di sekolah ini?
minhwan : sebab saye taw siape cikgu dengan iu.

cikgu toushiro agak terkejut dengan pengakuan minhwan kerana dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang kisah silamnya dan hubungan sebenarnya bersama iu.

cikgu toushiro : iu memberitahu kamu?
minhwan : ye cikgu. saye harap cikgu dapat jawab soalan saye tadi tu.
cikgu toushiro : hmmm cikgu sebenarnye pun tak berapa faham sebab iu berhenti dari sekolah ni. tapi dari ape yang cikgu dengar dari mulut pn.boa tadi, die cakap iu tidak mahu lagi bersekolah disini. tapi cikgu pun tak pasti sama ade betul atau tidak.
minhwan : oh. takpelah cikgu. terima kasih ye. saya minta maaf kerana ganggu cikgu.

di dalam kelas

minhwan termenung seorang diri sambil mengingati kembali kata-kata cikgu toushiro sebentar tadi.

jaejin : ehem2. cik abang sorang ni termenung ingatkan siape.
hongki : ingat iu lah tu kot.
jonghoon : ish kau ni hongki. biarkan je lah die.

minhwan memandang wajah kawan-kawan karibnya itu tanpa memberi sebarang reaksi.

minhwan : aku rase kan. mesti ade something wrong somewhere lah.
seunghyun : kau ni, tak habes2 fikir pasal iu tu. kalau dah memang die nak berhenti sekolah kau nak buat ape ha?
minhwan : ish! aku tak rase die saje2 nak berhenti sekolah la. mesti ade sebab lain.

minhwan sudah malas menjawab pertanyaan rakan-rakannya itu. dia mendiamkan diri sehingga tamat waktu persekolahan. sewaktu pulang dari sekolah, dia ingin pulang bersendirian tanpa kawan-kawannya itu.

jaejin : weh, kau marah kitorang ke? takkan la marah sampai taknak balik dengan kitorang kot.
minhwan : tak lah. aku nak jalan2 kejap. nanti aku balik lah.

minhwan meninggalkan mereka semua. minhwan berjalan seorang diri. dia sendiri tidak tahu kemana arah tujunya. dia masuk kedalam sebuah shopping mall walaupun dia tidak mahu membeli apa-apa. tiba-tiba dari jauh, dia terlihat seseorang yang mirip seperti iu bersama seorang lelaki. dia berjalan dengan lebih dekat untuk memastikan bahawa perempuan itu adalah iu atau tidak. belum sempat dia mahu mendekati perempuan itu, seseorang menyapanya dari belakang.

cikgu toushiro : hey minhwan! skodeng anak dara orang ke?
minhwan : eh cikgu. eh eh tak la.. saya tengah tengok baju2 kat sini. errr saya suka baju ni.

minhwan tidak sedar baju yang dipegangnya adalah baju perempuan. cikgu toushiro memandang pelik wajah minhwan.

cikgu toushiro : are u sure baju tu sesuai untuk kamu?
minhwan : ha??

dia kemudiannya mengalihkan pandangannya pada baju yang di pegangnya. serta merta wajahnya bertukar menjadi merah kerana malu dengan cikgu toushiro.

minhwan : hehe. saya tengok baju kat kedai depan sane tu.
cikgu toushiro : ouh ok. jalan baik2. jangan salah beli baju ye. haha.

minhwan hanya mengangguk. dia baru teringat kembali tentang perempuan yang dilihat seperti iu tadi. dia memandang semula ke arah perempuan itu tadi tetapi perempuan tersebut tiada lagi disitu. minhwan memanjangkan lehernya untuk mencari perempuan itu sekali lagi tetapi gagal.

onew : kau cari ape sampai macam tu?

minhwan terkejut apabila di kejutkan sekali lagi. dia tidak menyangka yang onew akan menyapanya dengan baik.

minhwan : cari baju lah.
onew : baju ke iu?
minhwan : ape pulak cari iu kat kedai baju?
onew : manelah taw. kau still nak kat iu tu walaupun die ade scandal dengan cikgu toushiro? huh?

minhwan tergelak dengan soalan onew kerana onew masih tidak mengetahui keadaan sebenar. 

minhwan : ade kaitan pulak dengan kau.
onew : kau ni kalau aku bagi kaki pulak memang best kan? aku tanye elok2 tak boleh jawab elok2?
minhwan : itu pun takde kaitan dengan kau.

onew yang mula hilang sabar menarik leher baju minhwan.

iu : hey sudah lah!

onew dan minhwan terkejut apabila iu tiba-tiba muncul. minhwan tersenyum kerana tekaannya tentang perempuan seperti iu sebentar tadi sememangnya iu. tetapi apabila terlihat lelaki di sebelah iu serta merta senyumannya hilang. onew semakin keliru kerana dia menyangkakan bahawa iu mempunyai hubungan bersama minhwan dan hubungan sulit bersama cikgu toushiro tetapi hari ini di hadapan matanya iu berpegangan tangan bersama seorang lelaki yang mereka tidak kenali.


persoalannya :

adakah iu akan terus dengan keputusannya untuk pergi bersama thunder? mengapa minhwan begitu risaukan keadaan iu? adakah onew akan mengetahui keadaan yang sebenarnya? 

nantikan sambungannya dalam complicated love story ep 6

thanks for reading :)

OLDER POST | NEWER POST