nuka nuka ツ



Complicated Love Story last ep
Saturday, 22 December 2012 | 05:56 | 0 c r e e p e r


ini adalah sambungan complicated love story ep 15 <-- click untuk ep 15



gikwang sedang bersiap-siap dihadapan cermin sambil membelek-belek wajahnya dan diperhatikan oleh iu yang sedang duduk di katil di bilik gikwang. 

gikwang : oppa nampak hensem tak?

iu hanya membalas dengan senyuman sambil mengangkat ibu jarinya. kemudian gikwang berjalan menghampiri iu dan duduk disebelahnya.

gikwang : agak2, eunjung suke oppa jugak ke ha?
iu : mestilah. kalau tak takkan die sanggup tolong kita semua sampai ikut oppa gi amerika haritu.
gikwang : yeke? kalau die tolak macam mane? malu la oppa.
iu : haihh ruginye lah kalau die tolak oppa.
gikwang : sebab?
iu : sebab die tak dapat adik ipar secomel iu.

gikwang mencebik mendengar kata-kata iu dan disambut oleh gelak ketawa iu.

gikwang : oppa serius ni jangan main2.
iu : ok ok. oppa jangan la nervous sangat. everything gonna be ok. u are so handsome, nice? hmm sejak akhir2 ni haha. so ape lagi tak cukup kan. memang gile la kalau eunjung tak nak kat oppa.
gikwang : amboi. oppa taw la dulu oppa ni jahat. suke cari gaduh dengan iu, saketkan hati iu, menyusahkan iu. tapi sekarang tak dah kan. sejak iu takde haritu baru oppa sedar betapa bosannye kalau oppa takde iu. oppa tak taw nak gaduh dengan siape. hahaha.
iu : ouh. nak iu sebab nak gaduh je la?
gikwang : takde lah. oppa mane adik selain iu walaupun adik tiri je.
iu : iyelah. hey! dah pukul berapa ni? pergi cepat nanti eunjung marah pulak die tunggu oppa lama kat sane.

gikwang melihat jam di tangannya.

gikwang : alamak dah lambat! ok iu, oppa pergi dulu. tolong kemaskan baju2 oppa yang berselerak tu. bye.
iu : hey! asal iu pulak?! haihh.

iu memandang katil gikwang yang penuh dengan baju semata-mata untuk mencari baju yang sesuai dipakai untuk bertemu janji bersama eunjung. 

iu : takpelah. kalau aku tak kemas memang harapan la die kemas adoi..

iu mula berkemas pakaian gikwang yang berselerak.

di restoran

eunjung melihat jam dinding di restoran tersebut. kemudian eunjung melihat ke arah luar restoran. kelihatan gikwang sedang metetakkan kereta di tempat letak kereta di hadapan restoran tersebut. sebaik sahaja gikwang masuk kedalam restoran, dia pantas menghampiri eunjung yang sedang memandangnya. walaupun jantungnya berdegup kencang namun gikwang berlagak seperti biasa.

gikwang : lama dah tunggu?
eunjung : janji pukul berapa?
gikwang : pukul 9.
eunjung : now pukul berapa?
gikwang : pukul 9.30
eunjung : kalau dalam pasukan polis kan bile kite dapat arahan datang pukul berapa kita kene datang on time taw tak? kalau macam ni lah memang kene teruk la dengan orang atasan.
gikwang : errr sorry2 tadi jalan jam. btw kite sekarang bukan nak gi tangkap penjenayah ok. relaks2!

gikwang cuba menenangkan eunjung yang sememangnye terlampau mementingkan disiplin dalam semua aspek. melihat keadaan eunjung sebegitu membuatkan gikwang menjadi lebih berdebar untuk menyuarakan hal sebenar kepada eunjung.
tidak lama kemudian pelayan restoran menghantar makanan yang telah di pesan awal oleh gikwang.

gikwang : makan lah. mesti awak lapar dah kan tunggu saya lama. 
eunjung : mestilah.

gikwang hanya tersenyum melihat eunjung yang sudah bersiap sedia untuk makan. 

eunjung : awak tak makan ke? 
gikwang : eh awak makan lah dulu. emm teh saya ni macam kurang manis lah. cube awak tolong letakkan gule dalam ni.

gikwang menghulurkan cawan tehnya kepada eunjung. eunjung pantas mengambil bekas kecil yang selalunya berisi gula didalamnya.eunjung membuka penutup bekas gula itu. mata eunjung membulat apabila di dalam bekas itu tiada gula tetapi terdapat sebentuk cincin di dalamnya. eunjung mengangkat muka memandang gikwang dengan hairan. 

gikwang : why?

gikwang berpura-pura tidak mengetahui apa2. eunjung menunjukkan isi bekas tersebut pada gikwang. gikwang tunduk sambil menggaru-garukan kepalanya.

gikwang : hmmm awak terima ke?
eunjung : terima?

eunjung membuat muka hairan kerana tidak memahami maksud gikwang.

gikwang : haihh.. sebenarnye cincin tu untuk awak. saya rasa awak faham kot niat saya. saya janji takkan sia2 kan awak. tu pun kalau awak terima saya lah. errr sorry saya tak pandai nak beromantik. ini je yang saya mampu.

eunjung serta merta tergelak melihat wajah gikwang yang begitu bersungguh-sungguh meyakinkan dirinya. 

eunjung : sempoi habes cara awak melamar saya yeh.

melihat eunjung yang masih tidak berhenti-henti ketawa membuatkan gikwang turut sama ketawa.

eunjung : saya kene pakai sendiri ke cincin ni?
gikwang : suke hati awaklah.
eunjung : langsung tak romantik awak ni.
gikwang : eh eh saya gurau je la. sini jari. mestilah saya yang pakai kan.

*****************************************************************************

eunji yang berada di rumah dongwoon sedang memasak makan malam untuk dongwoon, mikio dan dirinya sendiri. dongwoon turut sama membantu eunji di dapur manakala mikio sibuk kehulu kehilir dengan mainannya. 

dongwoon : mikio, jangan kacau aunty la. aunty tengah masakkan?
eunji : alah awak ni, budak2. biasa lah. biakan je.
mikio : aunty tak marah pun kan? appa ni je lebih2. 
eunji : mestilah aunty tak marah. mikio lapar ye? kejap yeh. nanti kita makan sama2.
mikio : okay. mikio gi depan dulu ye.

eunji menggosok kepala mikio sambil tersenyum sebelum mikio berlari ke ruang tamu. 

dongwoon : ape lagi yang saya boleh tolong ni?
eunji : hmmm awak gi kemas lah meja makan tu. yang lain biar saya buat okay.

dongwoon hanya mengikut arahan yang diberikan oleh eunji. eunji yang telah selesai masak segera mengangkat makanan ke meja makan. 

eunji : mikio. sini makan jom.
mikio : okay.

mikio berlari ke arah meja makan lalu duduk di situ. mikio yang sudah lapar terus makan makanan yang dimasak oleh eunji.

mikio : sedapnye aunty. kalau hari2 makan macam ni kan best. selalunye appa masak ramen je kat mikio.

dongwoon yang terkejut dengan pengakuan mikio segera memandang mikio.

dongwoon : eh! appa penah jugak masak bende lain kan?
mikio : memang la. tapi jarang. selalunye ramen je.

eunji tergelak melihat telatah mikio dan appanya.

eunji : takpe2 lepas ni hari2 aunty masak untuk mikio okay?
dongwoon : hari2?
mikio : yeay! hari2.
eunji : yela hari2 kenape?
dongwoon : takkan hari2 awak nak datang sini. tak menyusahkan ke?
eunji : haihh ape susah. saya duduk je la sini terus.
dongwoon : huh?

dongwoon yang masih tidak dapat memahami maksud eunji membuat muka pelik.

mikio : yeay aunty duduk sini terus jadi omma mikio eh?

eunji mencubit pipi mikio sambil mengangguk setuju.

eunji : itu pun kalau appa mikio nak lah.
mikio : mikio nak! appa bagi kan aunty duduk sini?

dongwoon yang baru memahami terseyum memandang eunji.

dongwoon : mesti lah appa nak. 

dongwoon jawab sambil tunduk dan makan kerana malu. eunji memandang dongwoon sambil menahan ketawa.

mikio : yeay yeay mikio da ade omma.
eunji : lepas ni panggil aunty omma ye.
mikio : okay omma.

eunji mencium dahi mikio lalu menyambung semula makan.

*****************************************************************************

hongki yang merasakan dia patut berterus terang dengan sojin segalanya hari ini pantas berjalan ke rumah sojin. kelihatan sojin sedang rancak berbual bersama woohyun di hadapan rumahnya. hongki tetap ingin meneruskan niatnya.

sojin : eh hongki, buat ape kat sini?
hongki : saya nak jumpe awak lah. hey woohyun.
woohyun : hey.
hongki : hmm woohyun, aku pinjam awek kau sekejap boleh? ade hal sikit.
woohyun : ouh okay. 

woohyun terus meninggalkan hongki dan sojin disitu untuk memberi ruang mereka bercakap.

sojin : awak nak bagitaw ape?
hongki : sebenarnye dah lama saya nak bagitaw tapi entah la saya macam susah nak cakap. so harini saya bagitaw supaya saya rasa lega thats it. awak jangan anggap bukan2 pulak okay. 

sojin mengangguk tanda memahami dan memandang tepat wajah hongki untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh hongki. 

hongki : dari first time saya jumpe awak dulu saya dah mula suke awak cume saya tak taw macam mana nak luahkan. saya ingat awak pun ade perasaan yang sama bile kite start rapat. tapi lepas saya taw awak masih sayangkan woohyun and now awak dah terima die balik baru saya taw yang saya juz bertepuk sebelah tangan and saya jugak ade rasa sikit menyesal sebab tak terus terang dari awal. tapi ape2 pun saya tak mintak awak terima saya sebab saya cuma nak tengok awak happy. okay tamat. saya balik dulu.

hongki terus pusing dan ingin melangkah pulang tapi dihalang oleh sojin.

sojin : eh sabar la!. saya tak sempat jawab sikit pun lagi.

hongki mematikan langkahnya dan menghadap sojin kembali.

sojin : saya sedar sebenarnye yang awak suke saya dari cara awak layan saya. saya pun pernah jugak suke awak dulu tapi sebab awak langsung tak cakap ape2 saya pun mula rase yang saya ni syok sendiri. then tetibe woohyun pulak datang balik dalam hidup saya. dan saya sudah mula sayangkan die balik. im so sorry hongki. 
hongki : ahhh sokay, salah saya.
sojin : memang pun! siape suruh lembab sangat huh?! penat saya tunggu awak dulu taw tak. 

hongki mengeluh berat kerana berasa menyesal tidak berterus terang dari awal.

hongki : takpe lah. kalau ade jodoh tak kemana kan?
sojin : maybe. but we still best friend kan?
hongki : of kos!

sojin senyum memandang hongki lalu memeluk hongki. 

sojin : saya doakan awak akan jumpe someone yang lebih baik dari saya.
hongki : hope so. semoga awak bahagia dengan woohyun.
sojin : thanks.

******************************************************************************

hyorin kini menjalani hidupnya seperti biasa kembali. walaupun susah untuknya menerima hakikat dia harus hidup seorang diri tanpa abangnya namun dikuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan. sekali sekala L dan namjoo akan datang untuk membantunya di kedai. hari ini bertambah lagi seorang pembantunya iaitu seunghyun yang turut sama ingin membantu kerana mahu dekat dengan namjoo.

hyorin : hey, due orang ni nak tolong ke nak dating?
namjoo : mestilah tolong.
seunghyun : ish awak ni namjoo. due2 lah. sambil tolong sambil dating hahaha.
L : ehem2.

namjoo pantas menyiku lengan seunghyun dan mula menyibukkan diri menyusun bunga-bunga disitu. seunghyun tersengih memandang L lalu menolong namjoo. hyorin tergelak melihat L membuat muke serius memandang seunghyun.

L : ape gelak2?
hyorin : tak perlulah nak jeles dengan adik awak tu sampai buat muke macam tu.
L : jeles? for what?
hyorin : yelah. adik awak tu ade teman, awak tu harap je tue tapi takde lagi. haha.
L : tue? saya belum habes belajar lagi taw. awak yang tue sebenarnye haha.
hyorin : what?!

seunghyun dan namjoo hanya memandang L dan hyorin yang sudah mula bertekak. 

namjoo : dorang ni asal jumpe je ade je nak digaduhkan.
seunghyun : taw xpe. gaduh2 nak kahwin la tu. 
namjoo : yelah tu. adoi selagi saya tak leraikan jangan harap dorang akan berhenti gaduh. awak tunggu yeh.

namjoo segera berjalan ke arah L dan hyorin lalu berdiri di tengah2 mereka.

namjoo : sudahlah!!!!!!

L dan hyorin terdiam mendengar namjoo menjerit.

namjoo : korang due2 dah tue sebenarnye! adil! dah!
hyorin : oppa namjoo tu yang tue bukan unnie.
L : eh eh awak yang tue.
namjoo : sudah lah!! namjoo kahwin kan korang kang!

mata L bulat mendengar kata-kata namjoo.

L : hahaha. namjoo nak kahwin kan kitorang? hahaha.
hyorin : eleh unnie tak nak pun oppa namjoo tu!
L : awak taknak? 

L terkejut mendengar pengakuan hyorin. serta merta suaranya berubah mendatar. hyorin tiba-tiba berasa serba salah melihat L sebegitu.

hyorin : awak bukan suke saya pun kan? saya ni kan tue.
L : saya pun tue jugak hehehe.
hyorin : so?
L : so? lets be my girl! tue same tue kan kan?
hyorin : what?! are you serius?

L pantas mengambil bunga disebelahnya lalu dihulurkan pada hyorin. 

L : serius lah.
hyorin : hee. 
L : nak tak bunga ni?
hyorin : yaa! bunga tu memang saya punye pun!
L : ehh yeke? haha takpela saya nak suruh awak pegangkan je.

seunghyun mencuit bahu namjoo. pantas namjoo memandang ke arah seunghyun. lalu seunghyun berbisik pada namjoo.

senghyun : jom la. jangan kacau orang tue bermadu asmara.
namjoo : haha ok ok.

seunghyun menarik tangan namjoo keluar dari kedai bunga hyorin tersebut.

namjoo : kite nak pergi mana ni? kata nak tolong hyorin unnie.
seunghyun : eh tadi kan dah kemas semua dah. now time to date lah hehe.
namjoo : eleh. nak gi mana?
senghyun : karaoke?
namjoo : taknak lah. saya tak pandai nyanyi.
seunghyun : ceh! haritu saya bawak gi karaoke bukan awak ke yang taknak lepas mike langsung sampai saya tak dapat nyanyi. semua awak je.

namjoo tergelak melihat muka seunghyun bercerita.

namjoo : okay2. jum lah. saya bagi awak chance nyanyi puas2 okay.

******************************************************************************

jonghoon menjerit nama jaejin yang berada dalam biliknya kerana seseorang ingin berjumpa dengannya.

jonghoon : weh jaejin!! pekak ke?!!
jaejin : sabarlah! aku nak turunlah ni!


jaejin menjerit dari atas. jaejin pantas berlari menuruni anak tangga.

jaejin : apesal?
jonghoon : hara tunggu kau kat luar tu.
jaejin : yeke?

jaejin menjenguk ke arah luar. kelihatan hara sedang mundar mandir di luar. jaejin segera memakai selipar lalu menghampiri hara.

jaejin : hey.
hara : hey.
jaejin : sorry lambat. saya kat dalam bilik tadi.
hara : oh takpe. awak busy ke?
jaejin : takde lah. kenape?
hara : hmmm nah!

hara menghulurkan coklat yang hanya diikat dengan reben kepada jaejin. jaejin memandang pelik.

jaejin : birthday saya lambat lagi lah hara.
hara : takkan tunggu birthday baru boleh bagi. ambil lah.

jaejin senyum mengambil coklat yang diberi oleh hara kepadanya.

jaejin : thanks. tapi kenape?
hara : welcome. awak taw kan saya ni jenis suke terus terang?
jaejin : ye saya taw. ape kene mengene?
hara : so, harini saya nak terus terang yang suke awak.
jaejin : what?!

jaejin ternganga mendengar pengakuan berani hara. hara sikit pun tidak berasa malu sebaliknya tersenyum girang.

hara : kenape? saya bukan mintak awak suke saya jugak pun. saya nak bagitaw je.
jaejin : aihh. kenape awak ni cepat sangat?
hara : cepat?
jaejin : yelah. sepatutnya saya yang cakap bukan awak.
hara : haaa?! maknanya awak suke saya jugak?!
jaejin : mestilah suke.

hara yang sangat gembira segera memeluk jaejin sambil terlompat-lompat. jaejin hanya melayan perangai hara dan turut sama terlompat-lompat.

******************************************************************************

sungjong membawa dua kon aiskrim untuk yoona dan dirinya. yoona yang sedang duduk di bangku di taman sedang menunggu kedatangan sungjong. sungjong perlahan mendekati yoona lalu menghulurkan aiskrim kepada yoona dari arah belakang.

sungjong : nah! untuk my princess yuyu.

yoona menyambut aiskrim yang diberi lalu menjilat aiskrim tersebut. sungjong segera melabuhkan punggung di sebelah yoona sambil menjilat aiskrimnya juga. 

sungjong : eh yuyu taw tak cikgu toushiro nak kahwin dengan cikgu shiroshi tak lama lagi?
yoona : mestilah. satu sekolah dah kecoh kan.
sungjong : seronoklah iu nak dapat omma baru.
yoona : haha tapi dulu cikgu shiroshi tu anti dengan iu. last2 jadi omma iu. lawaklah.
sungjong : itulah pasal. kite pergi sama2 ye nanti.
yoona : okay. mesti meriahkan? bestnye! tak sabar nak kahwin jugak.
sungjong : amboi. siape lah lelaki malang yang nak kahwin dengan yuyu tu ye.

yoona membulatkan matanya memandang sungjong. lalu ditampar lengan sungjong.

yoona : hey! jojo taknak kahwin dengan yuyu ke?
sungjong : haha. mestilah nak. jangan lah marah. jojo main2 je.
yoona : maknanya jojo la lelaki malang tu haha.

sungjong memuncungkan mulutnya apabila yoona mengenakannya kembali.

sungjong : takpelah. malang pun jojo sanggup asalkan ade yuyu kat sisi jojo.

******************************************************************************

hari ini adalah hari yang bersejarah dalam keluar iu apabila tiga orang ahli keluarganya berkahwin serentak. appa, gikwang dan eunji. setelah berbincang mereka bercadang untuk berkahwin sekali. tetamu sudah mula ramai datang untuk memeriahkan majlis. gain yang bergaun putih mengikut tema sibuk melayan tetamu yang hadir sebagai penyambut tetamu bersama suami tercintanya dujun yang juga segak dengan tuksedonya. iu yang sedang bersiap di bilik eunji sesekali menolah ke arah eunji yang sedang di mekapkan. eunjung serta cikgu shiroshi juga bersiap di dalam bilik yang sama.

iu : canteknya korang semua.
eunji : unnie hari2 cantik kan?
iu : ahaha. iyelah. okay la iu nak keluar cari kawan2 iu.cepat sikit siap.

iu sempat mencium pipi unnienya eunji, kakak iparnya eunjung dan omma barunya cikgu shiroshi sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. keluar sahaja dari bilik, iu menjenguk sekeliling mencari kawan-kawannya yang ingin hadir ke majlis tersebut. iu menghampiri gain dan dujun di pintu gerbang utama.

iu : unnie! nampak kawan2 iu tak?
gain : ade2. tadi jojo datang dengan yuyu. L, hyorin, namjoo dengan seunghyun datang sekali. paling awal sojin, woohyun dengan onew. tak nampak diorang ke?

iu hanya menggeleng sambil memuncungkan mulutnya.

dujun : yeobo, iu ni bukan cari kawan die yang dorang2 tu. die cari minan.
iu : oppa! mane ade lah!

iu menjeling dujun yang sedang mentertawakannya.

dujun : haa! panjang umur. baru je sebut pasal minan dah sampai.

iu segera menolah kebelakang. minhwan datang bersama hongki, jonghoon, jaejin dan hara.

hongki : korang mengumpat minan ke?
gain : eh mane ade! iu ni haa asyik tanya pasal minan je dari tadi. tak sabar2 nak jumpe minan.
iu : unnie!!!

muka iu serta merta menjadi merah apabila diusik oleh gain dan dujun. minhwan tersenyum lalu menghampiri iu.

minhwan : sorry lah lambat. rindu saya ke?
dujun : minan jangan tanye, die takkan jawab dengan jujur punye. dah dah korang gi masuk dalam. bawak sekali si iu ni.

sekali lagi iu menjeling dujun namun dujun berpura-pura tidak perasan. minhwan terus menarik tangan iu.

minhwan : awak dah makan ke?
iu : belum lagi.
minhwan : tunggu saya lah tu.
iu : tak lah! saya baru je siap. memang nak pergi makan pun tadi tapi takde kawan lagi.
minhwan : okay sekarang saya dah ade jum makan.

mereka berjalan ketempat makan. setelah mengambil makanan mereka duduk di meja bersebelahan dengan meja sojin, woohyun dan onew.

sojin : iu!!

sojin melambai pada iu. iu melambai kembali dan berjalan ke arah sojin.

iu : hey, asal tak text aku bagitaw dah sampai? aku text tanye kat mane pun tak rep kan? huh!
sojin : sorry lah. kredit aku habes hehe.
iu : ok lah aku makan dulu. aku lapar lah.
sojin : okay okay.
onew : iu!

iu berpaling memandang onew.

onew : cantek awak hari ni.
iu : yeke? awak orang ke sembilan puluh sembilan puji haha. thanks.

iu terus berjalan ke mejanya lalu duduk di kerusinya.

minhwan : senyum sepanjang jalan ni kenape?
iu : huh? ade orang puji kite cantek senyum le. haha.
minhwan : siape puji? siape yang rabun tu?

minhwan pura-pura meninjau sekeliling. iu memuncungkan mulutnya sambil menjeling minhwan. kemudian iu terus memakan makanan di hadapannya. minhwan menahan gelak melihat muka iu apabila diusik olehnya.
ketibaan ketiga-tiga pasangan pengantin membuatkan semua tetamu berdiri. iu teruja melihat appanya bersama omma barunya, gikwang bersama eunjung dan eunji bersam dongwoon beriringan masuk. iu yang tersangat gembira kali ini memegang tangan minhwan tanpa disedarinya. minhwan yang sedar memandang muka iu tanpa berkelip.

iu : what?

minhwan memandang tangannya sebagai isyarat. iu turut sama memandang lalu pantas menarik tangannya dan berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

minhwan : suke ye tengok dorang kahwin?
iu : mestilah.
minhwan : awak nak jugak ke?

iu memandang muka minhwan.

iu : entah lah.
minhwan : yang lepas biar lepas boleh tak?
iu : huh?
minhwan : i know u still love thunder kan?
iu : tipulah kalau saya kate tak. but i know la life must go on.
minhwan : and u need to give a chance untuk orang lain dalam hati awak.

wajah iu serta merta merah menahan sebak. minhwan yang rasa bersalah segera memeluk iu. 

minhwan : saya boleh jaga awak macam die jaga awak jugak.
iu : ouh ya?

minhwan mengangguk sambil mengelap air mata iu. 

sojin : ehem2.

minhwan segera meleraikan pelukannya apabila sojin, woohyun dan onew mula menghampiri mereka.

sojin : amboi. orang lain yang kahwin orang lain over ni.
minhwan : ape? kitorang tengah tengok lah ni tak nampak?
sojin : eleh minan ni takyah nak cover sangat lah. terang terangan kot.
woohyun : hahaha. aku nampak jugak minan.
minhwan : diamlah!
onew : untunglah. aku jugak yang single sampai kesudah.
sulli : siape kate?

iu, minhwan, sojin, woohyun dan onew serentak memandang belakang mereka. kelihatan sulli sedang tersenyum memandang mereka semua. sulli yang tinggal bersama suzy di amerika menggantikan tempat iu datang menghadiri majlis bersama suzy, hoya dan ricky. iu pantas berlari ke arah suzy.

iu : iu rindu suzy.
suzy : suzy pun.

mereka saling berpelukan. iu sempat memberikan senyuman pada hoya dan ricky. 

ricky : kitorang lambat ke?
iu : tak lah sangat. baru je start. hey onew!
onew : what?
iu : dengar tak ape sulli cakap tadi. siape cakap awak single sampai kesudah? sulli kan ade. kan sulli kan?

sulli hanya mengangguk sambil tersenyum memandang iu. onew berpura-pura pandang ke tempat lain kerana malu. sulli menghampiri onew.

sulli : saya tak sempat say thanks kat awak sebab banyak tolong saya sebelum ni. thanks a lot.
onew : most welcome.
woohyun : kau malu?
onew : hey! mane ade!
woohyun : merah kot muke kau. haha. first time aku tengok kau malu.
minhwan : haha. ok ok wait. sebab suzy, hoya n ricky pun dah ade so aku nak bagitaw sumthing boleh?
hoya : what?!
minhwan : next year last year batch minan n iu sekolah kan. habes je sekolah, minan nak lamar iu jadi my wife.

iu ternganga mendengar pengakuan minhwan. suzy terus memeluk iu.

suzy : tahniah lah.

iu masih kaku memandang minhwan. 

sojin : terima lah iu.


iu tunduk lalu mengangguk perlahan. 

******************************************************************************

7 tahun kemudian

iu yang sini sudah sibuk bekerja sering diberi kerja lebih masa. minggu lepas iu hampir terlupa hari jadi anaknya, hyunoo namun minhwan mengingatkan iu tentang hari lahir anak mereka itu. hari ini sekali lagi iu harus pulang lewat. iu yang sudah sampai diperkarangan rumah membuka pintu keretanya lalu keluar dari perut kereta dan pantas menutup pintu kereta. dari luar iu melihat rumahnya sudah gelap. pasti hyunoo dan minhwan sudah terlena. perlahan iu membuka kunci lalu memulas tombol pintu. iu meraba mencari suis lampu. iu memetik suis lampu. rumah iu segera menjadi terang benderang.
SURPRISE!!!!!
iu terkejut apabila keluarga serta kawan-kawannya semua berkumpul di rumahnya.

iu : surprise?
minhwan : die lupe lah tu hari ni birthday die.
iu : OMG!! sorry. iu lupe lah.

iu mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri. hyunoo berlari ke arah iu lalu menarik iu mengahampiri mereka semua. sojin yang sedang memegang kek segera menghulurkan kek kepada iu. iu meniup semua lilin dengan pantas. 

iu : ahh thanks lah semua. iu busy sangat and tak ingat tarikh pun.
hyunoo : mama, nak makan kek.
iu : ouh okay sayang.

iu memotong kek lalu menyuap ke mulut hyunoo. 

minhwan : anak je? appa die?
iu : eleleleh nak cakap la.

iu menyuap kek ke mulut minhwan pula. 

cikgi shiroshi : ni hadiah dari omma, appa, eunji, dongwoon, gain, dujun, gi kwang n eunjung.
iu : wah! sume sekali satu hadiah je? haha
eunji : hey! okay lah tu. iu dah tue taw tak sepatutnye takde hadiah dah.
sojin : ini dari aku and woohyun.
iu : thanks. yang lain?

mereka yang lain hanya menggelengkan kepala tanda tiada hadiah untuk iu.

iu : ciss. due je hadiah? ni tak suke makin tue ni.

mereka semua ketawa mendengar kata-kata iu. tiba-tiba minhwan dari arah belakang iu menghulurkan sejambak bunga pada iu.

minhwan : yang ini dari hyunoo.
iu : hyunoo? appa die bagi ape?

minhwan segera memeluk iu dan mencium pipinya.

minhwan : itu hadiah dari appa hyunoo. hahaha.

mereka yang lain hanya tersenyum melihat kemesraan iu bersama minhwan. mereka yang lain juga kini mempunyai kehidupan tersendiri dengan keluarga masing-masing. kehidupan tidak akan lari dari masalah namun itu semua bukan penghalang untuk kita semua hidup bahagia. 

THE END! ^_^



OLDER POST | NEWER POST