nuka nuka ツ



sacrifice ep 12
Tuesday, 25 December 2012 | 20:56 | 0 c r e e p e r

                





Ini adalah sambungan sacrifice ep 11 <-- click untuk ep 11





Zico : long time no see. Where’d u go beauty?



Krystal tetap sama seperti dulu, tidak mengendahkan apa sahaja yang keluar dari mulut zico. Zico tetap tersenyum sambil memerhati krystal lalu duduk di kerusi di hadapan krystal.



Zico : jangan salah anggap ok. I tak macam dulu la. I tak buat dah kerja2 jahat ok. Cuma muka I je tak leh ubah, memang still nampak naughty kan kan.



Zico membetul-betulkan rambutnya dengan tangan sambil dipandang oleh krystal.



Krystal : junhyung dah kawen?

Zico : huh? U baru taw ke? Cerita lama lah. U duduk pendalaman mane selama ni huh?

Krystal : tak faham soalan ke?

Zico : ok ok chill la. Yeah. Dah hampir setahun kot. I pun da lama tak jumpe die sejak die kawen. Minah kan queen control. I pikir dulu time die jemput I gi wedding die tu die kawen dengan u. tak sangka pulak dengan cousin yoseob tu. Why u break dengan die? Sebab top?



Krystal langsung tidak menjawab soalan zico. Krystal pantas menggalas beg tangannya lalu keluar dari café tersebut.



Zico : haih sayangnye beli mahal2 minum sikit je.



Zico segera menarik gelas minuman krystal lalu menghabiskannya.



********************************************************************************


Sambil menunggu dareum pulang dari kelas, top berlegar-legar di kedai berdekatan untuk menghabiskan masa. Top sempat membelek mukanya sambil membetulkan kedudukan cap nya di cermin luar kedai. Tiba-tiba top terundur beberapa kebelakang apabila seseorang yang entah dari mana datang melanggarnya sambil memebebel seorang diri.



Top : krys?!



Top kaku memandang wanita di hadapannya yang juga kaku berdiri memandang top. Jauh di sudut hati krystal, dia memang ingin berjumpa semula dengan top tetapi dia masih belum bersedia. Takdir terlalu cepat mempertemukan mereka kembali. Krystal cuba melarikan diri namun tangan top lebih pantas menyambar lengan krystal.



Top : dua tahun krys. Dua tahun oppa tunggu krys. Mane krys pergi ha?! Sampai hati krys tinggal oppa macam tu je. Ape salah oppa sampai krys hilang macam tu je tak bagitaw oppa ape2?



Krystal cuba mengelak dari memandang wajah top kerana mata krystal sudah mula berkaca. Top masih setia menunggu penjelasan dari krystal namun krystal masih berdiam diri tanpa memandang mukanya langsung.



Dareum : appa!!



Serentak top dan krystal memandang ke arah yang sama. Dareum menghampiri mereka berdua sambil tersenyum memandang appanya.



Dareum : mummy ?!

Krystal : dareum.



Krystal terus memeluk dareum. Dareum memandang kembali muka krystal sambil memegang pipi krystal.



Dareum : ni mummy krys ke?

Krystal : nae. Ni mummy krys.

Dareum : appa. Mummy dah balik.



Dareum tersenyum gembira memandang appanya tetapi reaksi top sebaliknya. Top masih tidak berpuas hati kerana krystal tidak memberi sebarang penjelasan padanya. Perlahan-lahan krystal berdiri kembali lalu menghadap top yang masih tepat merenung ke wajahnya.



Krystal : panjang ceritanya krys nak terangkan. Mungkin belum masanya krys nak bagitaw oppa.

Top : cukupla dua tahun oppa tunggu.



Top pantas menarik tangan krystal dan dareum lalu berjalan ke arah keretanya.



Krystal : nak pergi mana ni?



Top tidak menjawab pertanyaan krystal. Krystal terpaksa mengikuti langkah top kerana top menggenggam tangannya dengan kuat sekali. Sampai sahaja di kereta miliknya, top membuka pintu tempat duduk belakang.



Top : dareum, masuk.



Dareum hanya menurut. Kemudiannya top membuka pintu tempat duduk hadapan di sebelah pemandu.



Top : masuk.

Krystal : wae?

Top : oppa cakap masuk, masuk je la.



Melihat wajah top yang serius, krystal tidak berani membantah. Top terus menutup pintu di tempat duduk krystal lalu masuk di tempat duduk pemandu. Krystal memandang top sambil mengerutkan dahinya. Tanpa memberitahu apa-apa top terus memandu.



Krystal : oppa nak bawak krys pergi mane?

Top : I will never let u go anymore.


*********************************************************************************



Zico segera memberhentikan keretanya apabila tiba di rumah junhyung lalu membunyikan hon sehingga minah keluar dari pintu masuk utama rumahnya. Dengan wajah masam mencuka minah berjalan menghampiri zico yang berada di luar pagar rumahnya.



Minah : u nak ape?

Zico : junhyung mane?

Minah : nak buat ape jumpe die?

Zico : yaa! Die kawan I, takkan jumpe pun tak boleh huh?



Zico sengaja membunyikan hon keretanya banyak kali sambil menjerit memanggil nama junhyung.



Zico : junhyung!!!! Keluarlah!!!!

Minah : yaa! U ingat rumah I ni ape nak memekak malam2 ni huh?

Junhyung : eh zico.



Junhyung pantas keluar lalu membuka pagar untuk zico. Minah menjeling junhyung.



Zico : keluar pun kau. Aku pikir kau dah kene rantai dengan bini kau ni.

Junhyung : ade ape?

Zico : ha! Aku ade hot new news.

Junhyung : ape?

Zico : tekalah.

Minah : kitorang takde masa nak main teka2 dengan u okay. Hurry!

Zico : siape nak main dengan u? I main dengan junhyung.

Junhyung : ish! Cakap je la.



Minah sudah mula menarik mukanya sambil menyilangkan tangannya memandang zico.



Zico : aku terjumpe krys siang tadi.

Minah : what?!

Junhyung : really?!



Junhyung dan minah masing2 memberikan reaksi yang sama tetapi dengan maksud berlainan.

OLDER POST | NEWER POST