|
Sacrifice ep 11
Tuesday, 25 December 2012 | 16:59 | 0 c r e e p e r
Seperti biasa rutin harian top menyediakan makanan untuk anak kesayangannya dareum. Sejak pemergian krystal dua tahun lalu, top menjadi lebih pendiam. Dareum yang makin besar makin berfikiran matang untuk memahami keadaan appanya. Bagi top kini hidupnya Cuma untuk menguruskan anak kecilnya itu. Hyuna sudah lama berkahwin lain setelah top tidak langsung memberi hyuna peluang, tetapi bukan zico yang dikahwini hyuna. Top sendiri tidak ambil peduli mengenai bekas isterinya itu, asalkan dia tidak mengacau hidupnya dan dareum. Dareum : appa. Top : ye anak appa. Dareum berjalan kea rah top sambil tersenyum lalu duduk di meja makan. Top juga turut sama duduk disebelah anaknya sambil mencedok nasi goreng yang dimasaknya ke dalam pinggan dareum. Dareum : appa, harini macam biasa hantar dareum gi kelas muzik dan ambik macam biasa jugak ok? Dareum memandang wajah appanya sambil makan. Top hanya mengangguk sambil makan makanan yang di masak olehnya. Dareum sudah masak benar dengan perangai appanya yang hanya akan bercakap bila perlu. Setelah selesai makan, dareum pantas mengambil barang keperluannya di dalam bilik dan terus memakai kasut untuk bersiap sedia ke kelas pianonya. Top yang melihat anaknya sudah bersedia untuk ke kelas terus mengelap mulutnya dengan tisu dan bangun dari tempat duduknya lalu mencapai kunci kereta sebelum turut sama keluar dari rumah. ************************************************************* Krystal yang merindui tanah kelahirannya membuka cermin mata hitam yang dipakai sambil menarik beg roda pakaiannya lalu menghirup udara segar. Terasa lama benar dia meninggalkan korea. Perasaanya bercampur baur ketika ini. Krystal : agak2, junhyung masih tunggu aku macam yang die janji tak? Rindunya dekat family! Mesti top oppa marahkan aku sebab aku tinggalkan die macam tu je kan. Agak2 die kawen tak balik dengan hyuna? Hmmm macam mana dah la rupe dareum ye. Sedang krystal bercakap – cakap dengan dirinya sendiri tiba-tiba bahunya di sentuh seseorang. Krystal pantas menoleh. Krystal : appa! Omma! Krystal terus memeluk appa dan ommanya. Krystal : rindunya. Omma : omma pun rindu krys. Macam semuanya? Krystal : semua berjalan lancar. Thanks to God. Krys pun tak jangka yang krys dapat lagi balik sini dan jumpe omma dengan appa. Ingatkan due tahun lepas tu lah last. Appa : ape krys ni cakap macam tu. Okay sudah, yang penting sekarang krys dah selamat sampai sini so kita balik jom. Krystal tersenyum gembira berjalan menuju ke arah kereta mereka sambil memeluk pinggang ommanya. Masuk sahaja di dalam kereta, krystal bersandar keletihan. Krystal : omma, krys nak singgah rumah junhyung sekejap boleh? Lama tak jumpe die la. Omma : buat ape? Nanti kalau isteri die marah susah pulak. Krystal bangun dari bersandar sambil mengerutkan dahinya. Krystal : isteri? Omma : nae. Time krys kat amerika hari tu, junhyung kahwin dengan minah. Hampir setahun dah jugak omma rasa. Krystal serta merta terdiam. Terasa seperti mahu luruh jantungnya mendengar berita itu. Krystal kecewa dengan sikap junhyung yang tidak menepati janji akan menunggunya pulang. ************************************************************* Setelah selesai membersihkan diri, krystal segera bersiap untuk keluar. Sudah lama dia merindui seoul. Krystal berlari menuruni anak tangga. Omma : nak pergi mana ni? Krystal : jalan2. Dah lama tak jalan kat sini. Krys pergi dulu ye omma. Krystal sempat mencium pipi ommanya sebelum keluar menaiki keretanya menuju ke Bandar seoul. Sampai sahaja di café yang sering krystal kunjungi, dia memberhentikan keretanya lalu menuju masuk ke dalam café tersebut. Dua tahun berlalu namun café tersebut masih sama tiada perubahan. Cuma pekerjanya sahaja sudah bertukar orang. Krystal memesan iced chocolate oreo kegemarannya. Krystal memerhati keadaan sekeliling lalu membelek-belek telefon bimbitnya sementara menanti pesanannya sampai. Sampai sahaja minuman yang di pesan, krytsal tersenyum lebar lalu menyedut minumannya dengan berselera sekali. Krystal : hmmm rasanya still sama macam dulu. Krystal menjilat-jilat bibirnya. Tiba-tiba krystal terpandang seseorang yang sedang memandangnya dari meja lain. Krystal mengecilkan matanya untuk mengecam pemuda tersebut kerana krystal seperti mengenali lelaki itu. Lelaki tersebut sempat memberikan senyuman menggoda pada krystal. Krytsal seperti sudah dapat mengagak siapa lelaki tersebut. Sekelip mata krystal tidak senang duduk berada disitu. |