nuka nuka ツ



Sacrifice ep 10
Tuesday, 25 December 2012 | 16:52 | 0 c r e e p e r


ini adalah sambungan sacrifice ep 9 <-- click untuk ep 9 

kini sudah hampir tiga bulan hubungan krystal bersama junhyung tergantung begitu sahaja. sesekali krystal tersempak bersama junhyung seperti orang asing. masing2 seperti kekok untuk bertegur sapa. tambahan pula apabila ketika krystal terserempak, junhyung sedang keluar bersama minah. krystal sendiri tidak faham dengan isi hatinya. dia tahu dia masih menyayangi junhyung tetapi dalam masa yang sama dia seperti terikat dengan top. hyuna pula tidak berhenti2 mengganggu hidup krystal meminta krystal menolongnya mendapatkan top semula. sesekali minah juga mengganggu hidupnya meminta dia melepaskan junhyung. tidak ketinggalan juga zelo yang suka mengapi-apikan hubungannya bersama junhyung. ada sahaja kesalahannya yang dicari dan sampai ke pengetahuan junhyung. krystal melihat wajahnya di hadapan cermin sambil memikirkan segala konflik yang di hadapinya. wajahnya semakin susut. krystal juga sedar wajahnya makin pucat dan tidak bermaya. setiap hari krystal berulang alik dari rumah ke hospital tanpa pengetahuan sesiapa. hari ini, doktor peribadinya telah meminta krystal berkorban sedikit masa untuk kesihatan dirinya sendiri namun krystal sendiri tidak pasti apayang harus dilakukannya. sepintas lalu kenangannya bersama junhyung bermain di kotak fikirannya. masih terbayang sewaktu krystal menerima junhyung menjadi kekasihnya.

imbas kembali

krystal malihat junhyung sedang duduk menghadap tasik sambil menunggu kedatangannya. krystal perlahan menghampiri junhyung lalu duduk di sebelahnya. krystal perasan junhyung seperti terkejut sewaktu krystal duduk di sebelahnya namun krystal berpura-pura tidak nampak.

krystal : ade ape junhyung nak jumpe krys ni?

krystal merenung wajah junhyung. junhyung seperti tidak tentu arah sambil menggaru-garu kepalanya. krystal mengulum senyuman melihat keadaan junhyung. krystal yang sudah dapat mengagak apa yang ingin disampaikan oleh junhyung berpura-pura tenang menunggu walaupun hakikatnya hatinya seperti mahu pecah akibat berdebar.

junhyung : krys tahu kan, junhyung da lame suke dekat krys?

sekali lagi junhyung tergaru-garu. krystal hanya berdiam diri menunggu ayat selanjutnya daripada junhyung. kalau ikutkan hati mahu sahaja krystal melompat kegembiraan mendengar junhyung menyukainya. tiba-tiba junhyung mengelarkan sehelai kertas yang telah dilipat dua dari poketnya lalu dihulurkan pada krystal dengan muka kemerah-merahan menahan malu. krystal mencapai kertas tersebut lalu membuka dan membacanya.

" dear my lovely girl krystal, 
saya junhyung dengan berbesar hatinya ingin melamar anda krystal menjadi kekasih hati saya. sekiranya anda menerima sila baca syarat2 di bawah:
- harap awak terima saya seadanya
- saya sememangnye kuat cemburu so please jangan bagi saya cemburu
- kalau saya ade buat salah tolong tegur
- saya harap awak sayang saya macam saya sayang awak ^_^


setuju/tidak setuju ?"

krystal melipat kembali kertas tersebut sambil tergelak kecil memandang junhyung yang sedang bermain dengan ranting kayu mengukir sesuatu di pasir.

krystal : ape ni?
junhyung : huh?
krystal : krys nak junhyung yang cakap sendiri boleh?

junhyung tergamam mendengar permintaan krystal. junhyung mengeluh.

junhyung : be mine please?

krystal tergelak melihat muka junhyung yang tidak yakin melafazkannya.

junhyung : junhyung macam badut ke? im serius lah.
krystal : ok ok. haihh. yeke serius ni?

junhyung mengangguk laju sambil mengangkat tangan seperti berikrar.

junhyung : so? ur answer?

krystal tunduk sambil mengangguk perlahan kerana malu. junhyung yang sangat gembira lantas memeluk krystal.

hari ini

kenangan krystal bersama junhyung itu tidak mungkin krystal akan lupakan sampai bila2. mata krystal berkaca mengingati kembali memorinya bersama junhyung. krystal juga tidak menafikan dia sudah mula menerima top dalam hidupnya lebih dari seorang kawan namun krystal tidak dapat memadam lagi rasa sayangnya terhadap junhyung menyebabkan krystal tidak mahu mempunyai hubungan dengan sesiapa buat masa ini. tiba-tiba tangan krystal seperti ingin menghubungi junhyung. beberapa deringan sahaja junhyung sudah menjawab panggilan krystal.

junhyung : hello krys?

krystal sebak mendengar suara junhyung. beberapa saat krystal mengambil masa untuk menahan dirinya daripada menangis.

junhyung : hello?
krystal : yaa. are u free today?
junhyung : yeah. nak jumpe saya ke?
krystal : yup. itu pun kalau awak sudi lagi lah.
junhyung : mestilah sudi.
krystal : thanks.
junhyung : welcome.

krystal memutuskan panggilan sambil menutup mulutnya untuk menahan kesedihannya yang tiba-tiba sahaja hadir.

********************************************************************************************************************

junhyung menunggu kedatangan krystal di sebuah cafe dengan penuh sabar. dari jauh krystal dapat melihat kelibat junhyung sedang menunggunya. krystal mempercepatkan langkahnya untuk bertemu dengan junhyung. sampai sahaja di hadapan junhyung, krystal terus melabuhkan punggungnya di hadapan junhyung. krystal memaksa dirinya untuk tersenyum di hadapan junhyung. junhyung membalas senyuman krystal.

junhyung : are u okay?
krystal : yeah. why?

junhyung menggelengkan kepalanya.

junhyung : i miss u so much.

krystal hanya tersenyum tanpa membalas apa-apa.

junhyung : do u still love me? kite tak break off lagi okay.
krystal : yeah i know. awak still ingat surat ni?

krystal mengeluarkan surat yang pernah diberi oleh junhyung padanya ketika ingin menjadi kekasihnya dahulu. junhyung tergelak melihat surat itu sambil mengangguk tanda masih mengingati. 

krystal : dalam tu awak cakap saya kene terima awak seadanya kan? 
junhyung : yeah.
krystal : i try my best buat macam tu. so boleh ke awak terima saya seadanya jugak?
junhyung : mestilah. 
krystal : awak sanggup tunggu saya berapa lama pun?
junhyung : of course la. kenape ni?

krystal menceritakan segalanya tentang masalah yang dihadapinya kini pada junhyung. wajah junhyung kelihatan terkejut mendengar kenyataan krystal. 

junhyung : serius ke?
krystal : yeah. kalau awak betul sayang saya dan sanggup tunggu saya, kalau ditakdirkan umur saya panjang saya balik je sini saya akan cari awak terus. thats my promises.

junhyung mengangguk dengan senyuman sambil memegang tangan krystal.

********************************************************************************************************************

krystal menekan loceng rumah top sambil meninjau dalam halaman rumah top. tidak lama kemudian top membuka pintu rumah lalu keluar membuka pagar menjemput krystal masuk ke dalam rumah. krystal terus masuk ke dalam rumah lalu melabuhkan punggungnya di sofa.  top duduk di sebelah krystal sambil memandang wajah krystal.

top : kenape tak bagitaw dulu nak datang? 
krystal : tak plan pun. lalu tadi saje singgah. dareum mana?
top : dareum tidur dah.

krystal mengangguk tanda memahami.

krystal : krys nak tengok dareum kejap boleh?
top : pergilah.

krystal pantas bangun lalu masuk ke bilik tidur dareum. krystal membiarkan pintu terbuka agar cahaya luar masuk ke dalam bilik untuk melihat wajah dareum. krystal duduk di sebelah dareum yang sedang nyenyak tidur lalu menggosok lembut rambut dareum. krystal mencium dahi dareum sambil memeluk dareum. krystal sudah menganggap dareum seperti anaknya sendiri. krystal tidak mahu mengganggu tidur dareum lalu keluar semula dan berjalan ke arah top. krystal duduk kembali di sebelah top. 

krystal : krys tak pernah mintak ape2 dari oppa kan?

top mengangkat keningnya tanda kurang memahami maksud sebenar krystal.

krystal : i mean, kalau krys mintak oppa buat something untuk krys oppa sanggup tak?
top : what?
krystal : oppa taw kan krys sayang oppa, krys sayang dareum. krys just nak tengok korang happy and ade orang yang boleh jaga korang. 
top : sorry, im not clear.
krystal : krys rasa, hyuna dah betul2 berubah kot. mungkin oppa boleh bagi last chance kat die. 

top mengerutkan dahinya sambil merenung wajah krystal.

top : die ugut krys ke?
krystal : tak tak. ni ikhlas dari hati krys sendiri. mungkin krys dah tak boleh nak jaga oppa dengan dareum, tapi krys nak ade orang yang boleh jaga korang. please. kalau bukan untuk krys pun untuk dareum.

top menggelengkan kepalanya sambil mengalih wajahnya ke tempat lain.

top : krys nak tinggal oppa ke?
krystal : bukan. but i have my own reason. please. krys merayu dekat oppa. 
top : whats wrong with u?
krystal : krys tak kisah oppa nak cakap ape pun. tapi krys nak oppa taw krys buat semua ni untuk kebaikan kite semua. 

wait for sacrifice ep 11

thanks for reading ^_^



OLDER POST | NEWER POST