ini adalah sambungan sacrifice ep 8 <-- click untuk ep 8
sepanjang malam krystal tidak dapat melelapkan mata. pelbagai cara telah krystal cuba untuk tidur setelah top menghantarnya pulang malam tadi tetapi gagal. fikiran krystal masih kuat mengingati apa yang berlaku malam tadi. hatinya masih belum tenteram. krystal bengang apabila junhyung yang tidak dapat menjawab pertanyaanya sebaliknya menuduh dirinya yang curang kerana keluar bersama top. krystal sengaja mengusutkan rambutnya kerana terasa begitu tertekan ketika ini. tiba-tiba krystal memegang perutnya yang terasa sakit. sejak akhir2 ini krystal sering sakit di bahagian bawah perut. bukan kerana datang bulan tetapi krystal sendiri juga tidak pasti. sakit ini kadang2 datang kadang2 pergi. serta merta krystal terlupa tentang junhyung kerana terasa perit sekali. krystal menekan perutnya sambil memejamkan matanya. krystal cuba bangun dari katilnya tetapi dia tidak dapat berdiri tegak dah tertolak gelas kaca di atas meja lampu tidurnya. berkecai pecah gelas tersebut.
omma : krystal!
omma krystal yang terdengar bunyi kaca pecah segera memanggil nama krystal sambil mengetuk2 pintu bilik krystal. krystal masih seperti tadi menahan sakit dengan wajah berkerut. krystal cuba bersuara dan berpura-pura seperti tiada apa-apa berlaku.
krystal : ye ye omma.
omma : krystal okay ke?
krystal : krys okay.
krystal lega apabila ommanya mempercayai kata-katanya. krystal yang sudah tidak dapat menahan sakit akhirnya terlutut di lantai dan tangan krystal tersusuk serpihan kaca tadi. darah dari tapak tangan krystal mula perlahan-lahan menitis ke lantai.
zico berjalan sambil merangkul seorang gadis. mereka berdua kelihatan mesra bersama. zico membawa perempuan tersebut ke sebuah restoran. sebaik sahaja zico duduk bersama perempuan tersebut seseorang menghampiri lalu menolak belakang zico. zico yang terkejut segera berpaling.
hyuna : betina mane pulak kau usung ni? anak ayam baru huh?
zico tergelak mendengar pertanyaan hyuna.
zico : yelah sayang, macam u dulu.
hyuna : aku bukan anak ayam kau!
zico : haihh ini la manusia, selalu tak kenang budi. u jangan la jeles sangat, tak puas lagi ke berseronok dengan i huh? kalau macam tu jom bekerja dengan i nak?
hyuna : kau memang binatang!
hyuna segera menyepak muka zico. hyuna mengangkat tangannya sekali lagi untuk menampar zico buat kali kedua tetapi seseorang menghalang. hyuna terkejut apabila melihat top yang menghalangnya. serta merta hyuna mengukirkan senyuman. top menarik hyuna jauh dari situ.
hyuna : u dah boleh terima i ke?
top : yang awak cari gaduh depan orang ramai ni kenape? tak reti malu ke?
hyuna : die dah hancurkan hidup i. die dah pisahkan kite due.
top : itu silap awak. jangan nak salahkan orang lain.
hyuna : ahh lantaklah!
hyuna menepis tangan top. top mengeluh kecil kerana perangai mudah melenting hyuna masih belum berubah.
hyuna : u dah terima i balik ke?
tiba-tiba suara hyuna berubah manja seperti ingin memujuk namun top langsung tidak termakan pujukan seperti itu.
top : saya nak bagitaw awak satu bende je.
hyuna : what? anything for u.
top : really?
hyuna : yeah.
hyuna pantas mengangguk kerana memikirkan top akan menerimanya semula.
top : jangan kacau krystal dah. saya tak suke. awak buat macam mane pun saya tetap dengan pendirian saya.
top terus berlalu pergi tanpa menoleh semula. hyuna terkaku mendengar kenyataan top. perasaan marah hyuna pada krystal makin meninggi.
junhyung yang terlihat krystal baru keluar dari sebuah klinik segera berlari untuk menghampiri krystal. junhyung terus memegang lengan krystal.
junhyung : are u okay?
wajah krystal yang kelihatan agak pucat ketika itu membimbangkan junhyung.
krystal : kisah lagi awak pasal saya?
jawapan krystal membuatkan dahi junhyung berkerut.
junhyung : mestilah. awak pun taw kan saya sayang awak.
krystal : tak. saya tak taw pun. saya tak pernah taw pun.
junhyung : awak. please lah.
tiba-tiba bunyi hon kereta mengejutkan mereka berdua. serentak mereka memandang ke arah kereta tersebut. krystal terseyum sambil melambai top yang telah berjanji untuk mengambilnya.wajah junhyung terus berubah.
junhyung : now i know the real situation.
krystal : awak takkan tahu dan tak pernah tahu keadaan sebenar. pergilah, minah tunggu awak kot.
krystal terus meninggalkan junhyung lalu masuk ke dalam perut kereta. sebelum kereta top meninggalkan tempat tersebut, krystal sempat melihat junhyung melalui ekor matanya. krystal mengeluh berat. top sempat menjeling ke arah krystal.
top : okay tak ni?
krystal hanya mengangguk.
top : doktor cakap ape?
krystal : haa?
top : doktor cakap ape?
krystal : ouh. takde ape pun. sakit biase je.
krystal yang sedang memegang sampul coklat bersaiz A4 perlahan melipat dua sampul tersebut lalu memasukkan kedalam begnya. krystal menoleh ke arah top yang hanya fokus dengan pemanduannya. krystal berasa sedikit lega.
********************************************************************************************************************
sejak beberapa hari ini krystal lebih banyak membuang masanya di dalam bilik. krystal sendiri tidak tahu apa yang merunsingkan fikirannya. krystal sering memberikan alasan jika junhyung ajak berjumpa tetapi krystal tidak pernah sampai hati untuk menghampakan top jika top mengajaknya berjumpa. malam ini sekali lagi top ingin berjumpa dengannya dengan alasan ada hal penting yang ingin diberitahu. krystal merenung sampul coklat yang diberi oleh doktor tempoh hari yang berada di atas meja belajarnya. bunyi telefon bimbitnya mematikan lamunannya.
krystal : hello.
top : oppa kat depan rumah ni.
krystal : okay. wait there.
krystal mematikan talian lalu mengambil sweaternya dan berlari turun ke bawah. sekali lagi krystal berlari ke arah top yang sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya sambil memeluk tubuh akibat cuaca yang sangat sejuk ketika ini. krystal yang juga mula tidak tahan dengan cuaca terus memakai sweater tebalnya dan berdiri dihadapan top. krystal senyum memandang top.
top : jalan jom.
krystal : okay.
mereka berdua berjalan sambil memerhati keadaan sekeliling tanpa bersuara. tiba-tiba top menarik krystal.
krystal : why?
untuk pertama kali krystal melihat muka top seperti sedikit tidak senang dengan keadaan sekarang.
krystal : kenape ni?
top : oppa juz nak bagitaw hal sebenar je.
krystal : what?
top : oppa suke krys.
bulat mata krystal apabila mendengar pengakuan berani top.
krystal : huh? haha.
top menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
top : oppa bagitaw je. oppa tak kisah pun sebab oppa taw krys da ade junhyung.
top terus meneruskan kembali perjalanannya tanpa mahu mendengar jawapan dari krystal. krystal mengekori top. makin lama top berjalan makin laju seperti mahu meninggalkan krystal. krystal berlari anak mengejar top lalu memeluk top dari belakang.
krystal : please dont leave me.
wait for sacrifice ep 10
thanks for reading ^_^