nuka nuka ツ



Sacrifice ep 8
Tuesday, 25 December 2012 | 16:49 | 0 c r e e p e r


ini adalah sambungan sacrifice ep 7 <-- click untuk ep 7



krystal bersama hyuna duduk di restoran berhampiran kelas tarian krystal sementara menunggu kedatangan junhyung menjemput krystal. tambahan pula hyuna ingin meminta tolong sesuatu pada krystal. krystal duduk menghadap hyuna yang hanya merenungnya dari tadi. krystal mula berasa kurang senang dengan pandangan hyuna namun krystal berpura-pura biasa sahaja. krystal bermain-main dengan straw minumannya sambil menunggu hyuna memulakan bicara terlebih dahulu.

hyuna : i need ur help.

krystal tergamam seketika sambil memandang wajah hyuna.

krystal : nak tolong ape?
hyuna : tolong pujuk top for me. im sure die dengar cakap u.
krystal : saya bukan taknak tolong awak tapi..

hyuna yang sememangnye cepat melenting menepuk meja dengan kedua-dua belah tangannya sambil berdiri menghadap krystal. krystal tersentak.

hyuna : tapi ape?! u taknak tolong i kan?! why? u suke top huh?! 
krystal : saya tak habes cakap lagi.
hyuna : yaa! i know, u memang dari dulu tunggu peluang macam ni kan? 
krystal : please lah jangan salah anggap. bukan saya taknak tolong tapi awak sendiri yang patut yakinkan top kalau awak dah betul2 berubah. saya mintak sangat kalau awak betul2 nak die balik, berubahlah.
hyuna : kau siape nak tegur aku?
krystal : saya cakap bende betul je. kalau awak masih sama macam dulu, top takkan sesekali terima awak dah.

muka hyuna merah seperti ditampar oleh kata-kata krystal. hyuna yang sudah mula hilang sabar menghayunkan tangannya untuk menampar krystal. krystal serta merta menutup matanya. tiba-tiba tangan hyuna dihalang oleh seseorang.

junhyung : kau sape?

mendengar sahaja suara junhyung membuatkan krystal membuka matanya kembali. hyuna meronta agar tangannya di lepaskan tetapi junhyung memegang kuat tangan hyuna.

hyuna : kau tu sape?
junhyung : aku bf die. ape masalah kau nak tampar die?

hyuna pantas merentap tangannya dari pegangan junhyung lalu mengambil beg tangannya dan berlalu dari situ. hyuna sempat menjeling tajam wajah krystal. junhyung memandang hyuna dengan muka tidak puas hati. krystal terus bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah junhyung lalu memeluk junhyung. junhyung mengusap lembut rambut krystal.

junhyung : masuk kereta jom, saya hantar awak balik.

krystal mengangguk lalu berjalan masuk ke dalam perut kereta di bahagian sebelah pemandu. junhyung juga turut masuk ke dalam kereta sambil memandang wajah krystal yang kelihatan runsing. 

junhyung : sape perempuan tadi tu?
krystal : ex wife top.

dengar sahaja nama top membuatkan wajah junhyung berkerut. 

junhyung : die nak ape cari awak?
krystal : die nak saya tolong die dapatkan top balik.
junhyung : then yang sampai nak tampar awak tu kenape?
krystal : saya taknak tolong die.
junhyung : why? thats good what. kate awak taknak tolong dorang sebab awak ade hati kat top.

krystal memandang junhyung.

krystal : kalau saya suke die, saya takde dengan awak sekarang ni. saya taknak jadi orang tengah, nanti ape2 hal saya yang kene tanggung. lagipun top taw ape yang lebih baik untuk die dengan dareum. 
junhyung : ape2 je lah awak. saya tak berminat dengan kisah sedih kawan baik awak tu. cuma saya mintak die jangan nak libatkan awak dalam masalah die.

krystal yang malas mahu bertekak dengan junhyung memandang ke luar tingkap sambil berpeluk tubuh. junhyung terus memandu untuk menghantar krystal pulang. sepanjang perjalanan tiada seorang pun yang bersuara. sampai sahaja di hadapan rumah krystal, krystal membuka pintu kereta.

krystal : malam ni nak keluar ke?
junhyung : hmmm tak kot. saya penat nak rehat kat rumah. 
krystal : okay.

krystal terus keluar dari perut kereta junhyung lalu menutup kembali pintu kereta. junhyung terus memecut meninggalkan krystal. krystal berpaling lalu masuk ke dalam perkarangan rumahnya. krystal berlari menuju kebiliknya. krystal mencampakkan begnya di atas katil kemudiannya naik ke atas katil lalu bersandar di kepala katil. pelbagai perkara yang bermain di kotak fikiran krystal ketika ini. akhirnya krystal membuat keputusan untuk menghantar mesej pesanan ringkas pada top. 'jumpe malam ni boleh?' - krystal' krystal meletakkan telefonnya di dagunya sambil menunggu top membalasnya. tidak lama kemudian, top membalas mesej krystal 'okay :) - top'. krystal mengeluh berat. 

********************************************************************************************************************

junhyung tiba di tasik yang dia telah berjanji mahu bertemu dengan minah disitu. junhyung mengunci super bikenya lalu membawa topi keledarnya mencari minah. sekejap sahaja junhyung sudah nampak kelibat minah sedang menunggunya. junhyung perlahan-lahan berjalan ke arah minah lalu mengejutkan minah. minah yang terkejut memuncungkan mulutnya tanda marah. junhyung tergelak melihat wajah minah sebegitu rupa.

minah : dah la lambat, terkejutkan i pulak tu. eee nakal taw oppa ni.
junhyung : haha sorry lah. lama dah tunggu?
minah : boleh tahan la.
junhyung : ade ape nak jumpe oppa malam2 ni? macam serius sangat je.

minah membetulkan rambutnya yang di tiup angin malam di situ lalu memandang junhyung. minah menarik tangan junhyung lalu menggenggamnya. junhyung memandang pelik minah yang berkelakuan aneh tiba-tiba.

minah : i sebenarnye nak terus terang dengan oppa.
junhyung : pasal ape?
minah : pasal kita.

junhyung mengangkat sebelah keningnya tanda kurang memahami.

minah : i sebenarnye dah lama simpan perasaan kat oppa. i rasa dah sampai masanya i bagitaw oppa sebab i tak sanggup dah tengok oppa dengan orang lain.

minah membuat muka sedih seperti meminta simpati. junhyung ternganga kerana terkejut dengan pengakuan minah. perlahan junhyung menolak tangan minah.

junhyung : oppa mintak maaf sangat2. u pun taw kan oppa dah ade krystal.
minah : like i care! perempuan tu tak serius pun dengan oppa lah. i love u more than she loves u.
junhyung : but i love her.

minah membuat muka tidak puas hati apabila mendengar pengakuan junhyung.
********************************************************************************************************************

krystal duduk di buaian di hadapan rumahnya sambil mengelamun jauh. bunyi hon kereta top menyedarkan krystal dari lamunannya. krystal terseyum ke arah top yang sudah keluar dari keretanya dah membukakan pintu kereta untuk krystal. krystal berjalan ke arah top lalu masuk ke dalam kereta. krystal hanya melihat top berjalan lalu masuk ketempat pemandu. tanpa berlengah top terus meneruskan pemanduannya.

top : nak gi mane?
krystal : haha. macam driver teksi.
top : muka macho macam ni driver teksi?

krystal ketawa dengan lebih kuat apabila mendengar kata-kata top tetapi top yang sememangnya susah untuk ketawa hanya tersenyum melihat krystal mentertawakannya. 

krystal : tempat biasa nak?
top : tempat biasa? tasik kat taman sane tu?

krystal mengangguk laju.

krystal : lame tak gi sane kan? dulu krys suke mengadu macam2 kat oppa dekat situ kan?
top : yup. okay. 

beberapa minit perjalanan krystal tidak berhenti berborak bersama top. ada sahaja topik yang di perbualkan namun topik sebenar masih dirahsiakan oleh krystal. sampai sahaja di tempat yang ingin mereka tuju, top memberhentikan keretanya. krystal terus keluar dari kereta diikuti oleh top. krystal memeluk tubuh sambil menghirup udara segar disitu. 

krystal : jom la jalan2.

top hanya menurut permintaan krystal sambil memasukkan tangannya di dalam poket sweaternya.mereka berdua berjalan perlahan sambil melihat pemandangan disitu.

top : krys okay?

krystal terkejut mendengar pertanyaan top seperti dapat membaca hatinya ketika itu.

krystal : susahlah nak berahsia dengan oppa ni kan?
top : i can read ur heart, i can read ur mind. 
krystal : eee menakutkan.

top tergelak kecil dengan kenyataan krystal.

top : cerita je la.
krystal : hyuna jumpe krys tadi. 

top serta merta mematikan langkahnya mendengar nama hyuna di sebut oleh krystal.

top : serius?
krystal : yeah. petang tadi lepas krys habes kelas tarian.
top : die nak ape?
krystal : die mintak krys tolong die. die nak oppa maafkan die dan terima die balik. 

top seperti tidak berminat dengan cerita krystal lalu meneruskan perjalanannya. krystal pantas mengekori top. 

krystal : oppa tak boleh maafkan die dah ke?

top langsung tidak menjawab soalan krystal. wajah top serius. krystal tidak berani bertanya lagi dan terus mengikut top berjalan. tiba-tiba krystal terpandang satu pasangan sedang duduk di bangku sambil berpegangan tangan. dahi krystal berkerut kerana dia seperti mengenali mereka berdua itu. krystal menarik lengan top meminta top memberhentikan langkahnya.

top : why?
krystal : tunggu jap. 

krystal terus berjalan ke arah pasangan itu.

krystal : inilah rumah awak ye? macam ni cara awak hilangkan penat?

terbeliak mata junhyung memandang krystal disitu. junhyung terus menepis tangan minah. tiba-tiba junhyung terlihat top sedang berjalan perlahan ke arah mereka di belakang krystal. 

wait for sacrifice ep 9

thanks for reading ^_^



OLDER POST | NEWER POST