nuka nuka ツ



truth or dare ep 4
Friday, 11 January 2013 | 02:43 | 0 c r e e p e r


truth or dare ep 3 <-- click here



Tod’s pov



Habes semua barang di dalam bilikku aku baling. Aku betul2 tidak berpuas hati kerana ini pertama kali aku gagal dan aku sendiri pun tercedera walaupun sedikit. Aku melihat lenganku yang berbalut akibat terkena pisau. Aku segera mengambil tukul besi lalu menghentak pisau yang memakan tuannya sendiri sehingga hancur berkecai. Aku tahu rumah mana yang menyembunyikan hyoyeon semalam dan aku jugak berjanji dengan diriku sendiri mereka yang menolong hyoyeon semalam tidak akan selamat dan akan lebih teruk dikerjakan oleh aku dari mangsa2 sebelum ini. Aku duduk sendirian sambil mengenang kembali mangsa terakhir yang mati ditanganku supaya mood aku kembali pulih.



Flashback



Hyosung’s pov



Aku melihat keadaan sekeliling seperti tiada tanda-tanda aku akan sampai kerumahku kerana jalan yang dibawa ini seperti sudah entah kemana. Aku mula runsing sambil memandang2 ke belakang. Aku pandang kearah tod yang masih tenang memandu. “errr, kite ni nak gi mana ye? Saya rasa awak salah jalan la”, tanyaku sedikit tergagap kerana takut akan mengacau pemanduannya. Tod seperti tdak mendengar pertanyaanku dan masih meneruskan pemanduannya. “hello?”, aku melambai-lambaikan tangan kiriku di hadapan mukanya. Namun reaksi tod masih sama. Makin lama kami semakin jauh masuk ke dalam kawasan perhutanan, tiada langsung kawasan perumahan disebelah-sebelah jalan. Aku mula runsing dan takut namun aku hanya berdiam diri. Aku yang mula tidak sedap hati perlahan-lahan mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tanganku. “sini takde line”, ujar tod tiba-tiba. Aku tersentak. Nafasku mula kuat kedengaran kerana perasaan takut mula menguasai diri aku. Aku tidak berani bergerak langsung apatah lagi untuk bersuara. Aku seperti dapat menghidu sesuatu yang tidak baik akan berlaku.



Tod’s pov



Aku dapat mendengar nafas ketakutan Hyosung. Aku hanya tersenyum sendiri sambil membayangkan permainan menarik yang bakal berlaku. Aku memberhentikan kereta disebelah kiri jalan dan sekeliling kami semuanya pokok-pokok hutan tebal. Aku sempat mengerling kearah Hyosung yang hanya duduk tegak sambil memejamkan matanya sebelum keluar dari kereta. Aku membuka bonet belakangku untuk mengambil alatan permainanku. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu kereta ditutup. Aku dapat mengagak sesuatu. “mana nak lari ?”, tanyaku bersahaja. Langkah Hyosung mati disitu. “kalau terasa nak kene baham harimau, patuk ular berbisa atau yang lebih teruk2 lagi pergilah masuk dalam hutan sana. Depan sana jalan mati”, terangku sambil menutup bonet keretaku. “please la jangan ape2kan saya. awak nak ape? Nah ambik duet saya, telefon, jam, dengan beg saya sekali semua ambik la saya merayu jangan ape2kan saya je”, Hyosung merayu sambil melutut. Air matanya mula bergenang apabila aku menghampirinya tanpa menghiraukan segala barang berharganya yang aku memang tidak mahu langsung. Aku bercangkung dihadapan Hyosung sambil merapatkan muka aku ke arah mukanya. “semua barang u ni, I pun ade”, bisikku. “I Cuma bosan, I nak orang main game dengan i. kalau u boleh lepas, u boleh lari sejauh mungkin dengan harta2 u ni sekali. If tak… “, aku tersenyum bahagia melihat mangsaku menggigil ketakutan. “truth or dare?”, aku memberinya pilihan. “truth”, jawab Hyosung perlahan. “see! Ni kapak, ni asid”, aku menunjukkan bahan yang dipegang olehku pada Hyosung. Hyosung hanya melihat tanpa bertanya apa-apa. “suke yang mana?”, tanyaku lagi. “what?”, Hyosung memandangku pelik. “sekarang ni aku yang tanya ke kau? Jawab je lah!”, aku menengking Hyosung. Hyosung menelan air liurnya. Beberapa kali Hyosung mengeluh sebelum menjawab “asid”. Aku hanya tergelak kerana pilihannya agak bagus fikirku. Aku meletakkan kapak lalu membuka penutup asid. Aku terkejut apabila Hyosung merampas asid yang dipegang olehku lalu cuba menyimbah asid kemuka ku. Aku yang dapat mengagak tindakannya dapat mengelak sebelum kemarahanku memuncak. Hyosung bertambah takut apabila rancangannya tidak menjadi. Hyosung cuba melarikan diri setelah membuang kasut tingginya. Namun aku lebih pantas mengejarnya lalu menarik rambut panjangnya. Kini aku pula menguasai permainan apabil asid sudah berada ditanganku. Aku memeluk Hyosung dari belakang supaya dia betul2 rapat denganku. Aku mencekak bawah dagu Hyosung dan mendongakkan mukanya sehingga dapat melihat mukaku. “kau cuba buat ape tadi? Kau nak simbah ni kat muka aku ha?”, tanyaku pada Hyosung yang sudah mula menangis dengan kuat. Tanpa belas kasihan, kini aku yang mencurahkan semua asid yang masih tinggal ke atas muka Hyosung sebelum melepaskannya begitu sahaja. Hyosung menggelupur kesakitan di atas jalan. Aku kembali mendapatkan kapakku. “perempuan macam kau tak layak hidup”, ujarku yang masih marah dengan tindakannya lalu menetak perutnya berkali. Aku juga sengaja mengeluarkan segala usus perutnya. Selesai permainanku dengannya.



End of flashback



Jiyeon’s pov



Aku terkajut mendengar suara suzy menjerit dari arah bawah. Aku pantas berlari menuruni anak tangga. Aku terkaku seketika apabila melihat suzy sedang diacukan parang dilehernya. Dan yang lebih mengejutkan aku apabila orang yang mengacukan parang itu adalah orang yang aku dan suzy kenali. “jiyeon lari! Die ni tod!”, suzy cuba menyelamatkan ku. Aku yang seperti patung yang tidak mampu bergerak tidak dapat berfikir apa yang harus aku lakukan. Jeritan suzy juga membuatkan tod mengalihkan perhatiannya padaku. “pergi jiyeon!”, suzy memekik. Aku terus menghayunkan langkah untuk keluar dari rumah. Namun langkahku mati mendengar kata-kata tod “kau pergi dari sini, suzy pergi dari dunia ni”. Aku memandang kebelakang semula. Tod mencengkam rambut suzy sambil meletakkan parangnya betul2 di leher jinjang suzy. Air mata dan peluh membanjiri wajah suzy. Aku tercungap-cungap sambil menanti arahan setrusnya dari tod kerana aku tidak mahu suzy turut terkorban sama seperti perempuan lain. “pergi jiyeon”, pinta suzy. Tod hanya memandang wajahku sambil meletakkan parangnya lebih dekat dengan leher suzy. Suzy sedikit mendongak dan masih lagi mengharapkan aku pergi. “aku takkan pergi tanpa kau”, terangku. “just go!!!!!”, teriak suzy. tod terus mengelar sedikit leher suzy. “no!!!!”, aku terlutut melihat suzy diseksa. “aku dah cakap, takde siapa dalam rumah ni boleh pergi!”, kini tod pula meninggikan suaranya. Aku turut sama menangis apabila melihat suzy diperlakukan sebegitu. Nafas suzy bagaikan tersekat-sekat. “ji… jiyeon.. go..”, suzy masih meminta aku untuk meninggalkannya. Aku yang terfikir perlu mendapatkan bantuan pantas bangun dan berlari keluar. Suara jeritan suzy makin kuat kedengaran namun aku cuba berpura-pura tidak mendengar. Sesuatu bergolek dan melanggar kaki ku di belakang. Aku berhenti seketika untuk melihat. Aku berteriak dan jatuh terduduk apabila melihat kepala suzy tanpa badan bergolek.



Tod’s pov



Aku sengaja menggolekkan kepala suzy supaya jiyeon dapat melihat bahawa aku tidak bermain dengan kata-kata ku. Kini aku menyeret badan suzy tanpa kepala sambil mendekati jiyeon. “siapa2 yang tak dengar cakap aku dan cuba rampas kebahagiaan aku, macam ni jadinya”, aku memberitahu jiyeon sebelum sengaja mencincang badan mayat suzy sekuat hati dengan parangku di hadapan jiyeon. Makin kuat jeritan jiyeon. “woi!”, seseorang berteriak kearah ku. Aku yang terkejut kerana dia adalah orang yang mengenaliku terus melarikan diri namun dia tetap mengejarku.



Jiyeon’s pov



Aku yang menggigil ketakutan merangkak keluar dari kawasan rumahku kerana lututku terasa lemah untuk berdiri. Aku tidak tahu berapa jauh aku merangkak sehingga aku terbaring lemah ditepi jalan. Tiba-tiba aku terasa seseorang cuba mengangkatku. Aku menggagahkan diri untuk membuka mata. “jiyeon, kenapa ni?”, entah dari mana changjo datang membantuku. Aku yang masih takut menangis sambil memeluk changjo. Changjo kaku seketika dengan perbuatanku. “tod! Ilhoon! Iu!”, aku tidak dapat menerangkan dengan betul. “ha?!! Iu?! Ilhoon?! Mane dorang?! Tod dengan dorang?!”, changjo mula risau dan bertubi-tubi soalan keluat dari mulutnya. Aku seperti hilang suara. Aku hanya menunjukkan arah mereka berlari.



Changjo’s pov



Jantungku bagai diragut apabila mendengar nama tod pembunuh yang dicari dan yang lagi menakutkan aku apabila iu dan ilhoon kini berada dengannya menurut pemahamanku dari apa yang diterangkan oleh jiyeon walaupun sangat tidak jelas. Aku menghubungi polis dan ambulans sebelum berlari menuju kearah yang ditunjuk oleh jiyeon. “ni kawasan rumah aku”, getus hatiku. Aku melihat sekeliling namun tiada tanda-tanda yang mencurigakan. Tiba-tiba aku terfikir pembunuhan hyorin yang berlaku didalam rumah. “rumah!”, aku pantas berlari masuk ke dalam rumah. “iu?!”, terbeliak mataku apabila melihat iu yang berada di atas ilhoon ingin menghentak ilhoon dengan pasu bunga. Tindakan iu terbantut apabila aku menjerit namanya.



IU’s pov



Aku tidak jadi memukul ilhoon dengan pasu bunga apabila changjo menjerit namaku. Kami bertiga saling berpandangan. “pergi changjo! Die ni tod! “, ilhoon berteriak. Aku terlepas pasu bunga yang aku pegang mendengar kata-kata ilhoon.

OLDER POST | NEWER POST